Memaparkan catatan dengan label pengedar sah Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengedar sah Shaklee. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Julai 2014

Vitamin untuk Kulit Kusam tak Berseri

Siapa tak nak kalau diberi peluang untuk meremajakan kulit wajah. Saya teringat satu iklan kecantikan tak lama dahulu. Ada seorang gadis, Ayu (nama sekadar rekaan) dengan rakan baiknya. Suatu hari, rakan baiknya yang telah lama tidak berjumpa mengajak beliau untuk keluar dating. Ayu menolak kerana dia sangat malu dengan wajahnya yang kusam tidak berseri. Ini menyebabkan beliau berasa sangat rendah diri.

Dengan wajah yang kusam tidak bermaya, sesiapa sahaja pun boleh rasa rendah diri kan? Saya percaya, setiap orang pasti mahukan penampilan yang terbaik setiap kali keluar rumah. Tak ada kot yang berani keluar rumah jika wajah mereka nampak pucat dan penuh dengan parut hodoh yang menakutkan. Kalau diri-sendiri pun tak sanggup nak tengok, apa tah lagi orang lain kan?

Kali ini saya mahu berkongsi tips untuk mengelakkan kulit wajah kusam tak berseri. Saya bukanlah pakar kecantikan, namun saya akan share tentang pengalaman yang saya alami sendiri. Kalau sesuai, korang pun boleh amalkan ye :-)

  • Amalkan facial secara berkala. Dua kali seminggu cukuplah. Sangat bagus untuk menanggalkan sel-sel mati yang melekat pada wajah. Kalau tak sempat ke salun kecantikan, buat aje di rumah. Boleh jimat masa, jimat tenaga dan jimat duit poket kita :-). Boleh try masker macam saya buat ni. Masker ESP Bersihkan Muka Berkarat.
  • Saya akan pastikan muka dibersihkan daripada make up (saya pakai bedak je pun) sebelum tidur supaya liang-liang roma tidak tersumbat. Apabila liang roma tersumbat, mulalah jerawat muncul beramai-ramai. So, pastikan muka dicuci dengan bersih dan sapukan toner dan pelembap sebelum tidur. Muka kita boleh jadi lembut dan lembap seperti bayi. Tapi nak kena RAJIN lah ye...Untuk penjagaan kulit muka, Set Enfuselle Normal to Oily pilihan saya.
  • Untuk penjagaan dalaman pula, saya lebih suka makan suplemen kerana saya sukar untuk disiplinkan diri supaya makan makanan seimbang setiap hari. Tambahan pula saya tinggal dua beranak sahaja, jadi kebiasaannya masak satu dua lauk sahaja dah cukup. Itu pun kadang-kadang dan jarang-jarang sahaja! Suplemen pilihan saya ada di sini. Vitamin untuk Kulit Cantik. Boleh terus ORDER di sini jika korang berminat.
  • Selain daripada tiga suplemen di atas, saya juga tidak lupa untuk mengamalkan ESP setiap hari. ESP sangat penting untuk memulihkan parut dan membuatkan wajah kelihatan bersih dari dalam. Tahukah anda, setiap hari badan kita menghasilkan sel-sel baru. Dan protein yang ada dalam ESP merupakan zat yang sangat diperlukan oleh sel-sel tersebut supaya dapat berfungsi dengan sempurna. Mereka yang punya parut-parut hitam di tubuh menandakan mereka kekurangan protein dalam diet mereka. Kalau pun tak mampu nak makan suplemen banyak-banyak, sekurang-kurangnya amalkanlah ESP kerana banyak fungsi ESP ni tau. Klik ORDER untuk dapatkan ESP.
  • Amalkan sikap pemaaf. Kalau dalam hidup ni, kita sukar nak maafkan orang hati kita pun tak bahagia. Jadi, apabila hati tak bahagia, agak-agak wajah kita nampak berseri ke suram? Haa..jawab jangan tak jawab. Lagi pun tak rugi kalau kita bersikap pemaaf. Jadinya, maafkanlah semua orang barulah jiwa kita tenang :-)
  • Hargai diri kita. Sentiasa ucapkan perkara-perkara yang positif tentang diri-sendiri. Biasanya, ramai orang yang sibuk menghargai orang-orang di sekeliling mereka tetapi mereka jarang  menghargai diri-sendiri. Kalau bukan kita yang menghargai diri kita, nak harapkan siapa lagi? Sebab tu saya suka reward diri dengan perkara-perkara yang menggembirakan saya setiap kali dapat selesaikan sesuatu tugasan. Tak perlu reward diri dengan benda-benda mahal, cukup dengan sebatang aiskrim atau kek kegemaran pun dah OK:-) Yang penting benda tu boleh buat kita happy....
  • Sentiasa tersenyum walau pun dalam hati ada taufan. Dengan senyuman, kita boleh menyebarkan aura positif. Jadi, secara tak langsung wajah kita akan nampak berseri-seri dan membahagiakan orang lain. Insya Allah. Tak perlu modal pun nak senyum..jadi, jangan kedekut nak tunjuk lesung pipit korang lepas ni yek..

Antara testimoni pengguna ESP yang happy dengan kesannya!

Cukup setakat ini dahulu tips untuk wajah tampil berseri ye. Kena rajin amalkannya, barulah nampak kesannya. 


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga. Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee atau menjadi ahli, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah, dengan menjadi ahli anda mampu jimat sehingga 15-25%!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Khamis, 3 Julai 2014

Petua Lembapkan Kulit Wajah ketika Berpuasa

Salam Ramadhan! Bertemu kembali kita di ruangan maya tanpa suara ni. Semoga semuanya sihat-sihat aje ye. Kali ini saya ingin berkongsi tips untuk melembapkan wajah ketika sedang berpuasa.

Belum pun sampai seminggu kita berpuasa, tetapi dah ada yang mengadu kulit mereka makin kering dan tak lembap macam dulu lagi. Puncanya kenapa? Oh...mestilah sebab kurang minum air kosong kerana sedang berpuasa. Bagi orang perempuan, sudah tentu mereka risau kerana takut nampak kurang cantik di Hari Raya nanti...Orang lelaki tak kisah sangat kot fasal ni hihihhh.

Antara tips yang banyak saya google mencadangkan supaya menggunakan kaedah semula jadi seperti campuran jus limau nipis dan madu. Campurkan kedua-dua bahan tersebut hingga sebati dan sapukan pada wajah yang bersih. Biarkan selama setengah jam, dan hasilnya memang marvellous! Kulit akan jadi sangat lembap dan lembut macam baby... Tips ini tak susah, tapi nak kena rajinlah kan..



Kalau macam saya, saya lebih suka amalkan suplemen supaya kulit lembap dan lembut setiap hari. Antara supelemen yang sangat membantu untuk melembapkan dan menghaluskan kulit ialah :



ESP
ESP merupakan protein soya yang membantu untuk kulit memperbaharui sel-sel yang sihat setiap hari. ESP juga membantu supaya tubuh dapat menyerap vitamin lain yang kita makan setiap hari dengan lebih baik. Sebab itulah, kalau kita amalkan ESP, kita akan nampak kesan yang lebih cepat berbanding orang lain yang tidak mengamalkan ESP.

Lecithin
Selain untuk memecahkan lemak, lecithin sangat memainkan peranan untuk melembapkan kulit. So, no wonderla seorang customer saya, sangat berpuas hati kerana kesan tumit yang pecah kini dah tiada lagi setelah mengamalkan sebotol lecithin. Siap nak repeat order lagi tu..:-)
Performance Drink
Saya sangat sukakan Performance Drink..ala, yang perisa oren tu..rasanya sungguh nyaman di tekak. Selain itu, ia juga mampu membantu untuk mengelakkan tubuh daripada kekeringan setelah seharian berpuasa. Ia juga membantu untuk melembapkan kulit supaya kita kelihatan awet muda sentiasa :-)

Shaklee Collagen Powder
Kesan kolagen dalam bab anjal-menganjal dan tegang-menegang sudah tidak dapat dinafikan lagi. Ia juga mampu membantu supaya kulit lebih lembap daripada biasa. 

Cubalah. Klik ORDER untuk mendapatkan set di atas hari ini juga. Insya Allah tak menyesal kot kalau korang mencuba set untuk kulit lembap ni. 

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221




Rabu, 2 Julai 2014

Pesanan KHAS buat semua yang Bergelar Isteri

Assalamualaikum dan selamat pagi :-) Semua sihat-sihat aje hari ni kan? Alhamdulillah...saya doakan semoga semua pembaca yang saya kasihi sihat sejahtera hendaknya. Ameen. 

Kali ini saya ingin mengupas tentang topik suplemen versus lelaki. Aduhaiii...susah nak cakap kalau bab ni kan? Orang perempuan biasanya lebih mengambil berat tentang kecantikan dan kesihatan diri. Mereka sanggup berhabis semata-mata untuk tampil cantik dan sihat setiap hari. Jarang sangat saya jumpa orang lelaki yang ambil berat tentang kesihatan mereka sendiri. Kerap kali yang saya jumpa, isteri sampai tahap dah penat paksa suami mereka makan vitamin. Tapi tak dilayannya pun. Kata mereka, mereka masih lagi sihat. Buat apa nak ambil suplemen? 

Sebenarnya, ramai yang salah faham tentang suplemen. Suplemen bukan ubat. Suplemen hanyalah makanan tambahan yang kita ambil untuk melengkapkan zat dalam badan yang kita tak dapati daripada makanan. Bila semua keperluan nutrisi lengkap, maka sel-sel tubuh akan dapat berfungsi dengan baik. Macam kereta juga, kalau salah satu 'compartment' rosak atau haus, boleh tak ia berfungsi dengan baik? Begitu juga dengan badan kita, sekiranya kekurangan kalsium, lama-kelamaan gigi akan rosak, tulang akan reput dan kita boleh diserang osteoporosis pula.

Kata-kata di bawah ini saya tujukan khas buat para isteri di luar sana :




Korang…
Memalam,penah tak korang pandang teman sekatil tu..
Terpikir tak korang..dia sihat ke??
Dia ok ke??
Dia kerja kuat..merokok lagi..
Makan tak tentu masa..ade pulak tu yang jenis tak suka makan sayur..apatah lagi nak minum susu..kita pula masak ikut sahaja selera dia..bukan ikut keperluan badan dia..
Jangan dibiarkan dia terus begitu..
jangan rasa dia kuat bekerja tu dia sihat..
Sayangilah dia..
fikirkan masa depan kita & anak di tangan dia..
kalau dia selalu mengeluh penat..mungkin ade yang tak kena pada dia..
Kalau korang rasa perlu beri dia sesuatu yang dia perlukan
Usah bertangguh. Mungkin sikap bertangguh korang boleh mendatangkan sesalan seumur hidup.

[saya tahu awak faham siapakah DIA yang saya maksudkan] 


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee atau vitamin untuk lelaki dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221




Selasa, 1 Julai 2014

Vivix Shaklee Rahsia Awet Muda Ayu Raudhah

Alhamdulillah. Semalam saya mendapat pesanan ringkas daripada Shaklee berbunyi : 
RM0.00 Shaklee : July'14 buy 6 Free 1 Promotion - VIVIX. Place your order now. TQ!



Ini bermakna, bulan Julai 2014 adalah promosi bagi Vivix! Wooowwwweee...ramailah akak-akak yang tersenyum lebar kerana vivix ni sememangnya menjadi kegemaran mereka yang nak tampil awet muda. Andai diberi peluang untuk kelihatan muda 25 tahun daripada usia sebenar, siapa tak mahukan? 

Macam pelik jer bunyinya. Habis tu kalau sekarang usia saya 25 tahun, makan vivix boleh jadi usia kosonglah ye? Hihihh...jangan salah faham pulak ye. Sebenarnya macam ni. Vivix ni bertindak dari peringkat yang paling asas iaitu sehingga ke peringkat DNA. Jadi, apabila DNA sihat, maka dengan sendirinya seluruh tubuh akan jadi lebih sihat dan bertenaga. Dari situlah, kita akan tampil lebih awet muda sekiranya mengamalkan vivix setiap hari :-) Ayu Raudhah yang cun melecun tu pun gunakan Vivix untuk awet muda tau. Saya dari dulu lagi kagum dengan rambut beliau yang hitam berkilat dan lebat tu. Memang cantik.




Antara fungsi dan peranan Vivix : 


Selain itu, anda juga boleh dapatkan info yang lebih lanjut di sini. Bahan-bahan utama yang ada dalam vivix boleh dibaca di sini.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221





Ahad, 29 Jun 2014

Tips Berpuasa ketika Cuaca Tidak Menentu

Subhanallah. Pagi tadi saya hampir-hampir terlepas waktu sahur. Mungkin kerana kepenatan yang amat sangat (siangnya drive dari kampung) dan malam tadi Faris tidur lambat daripada biasa. Jadi saya tidak sedar ketika alarm berbunyi. Saya sepatutnya bangun pukul 3.30 pagi untuk buat to do list yang berjela. Tapi sedar-sedar tadi, dah pukul 5.05 pagi! Waktu macam tu agak lewat bagi saya yang suka bangun awal-awal pagi. Mujurlah sahur cara saya sangatlah mudah. Saya memilih untuk bersahur dengan sebiji kurma, 2 sudu ESP, segelas Performance dan 2 gelas air masak. Kembung perut dibuatnya coz minum semua tu dalam masa tak sampai setengah jam! Lain kali taubat tak buat lagi daaa...

Kali ini saya nak berkongsi tentang tips untuk menjaga kesihatan ketika berpuasa dalam fenomena El Nino sedang melanda dan cuaca tak menentu sebegini. Jemput baca :-)

Minum air buah semasa bersahur adalah antara tindakan yang baik dalam memastikan umat Islam sentiasa bertenaga dan sihat sepanjang hari pada bulan Ramadan ini, menurut pakar dietetik.
Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman berkata dengan meminum air buah-buahan segar, ia dapat mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi pada bulan puasa ini.
Air buah-buahan ini mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potasium dan glukosa, dan berperanan sebagai bekalan tenaga di dalam badan, katanya kepada Bernama baru-baru ini.

"Sebenarnya rasa letih, penat dan mengantuk bukannya disebabkan kekurangan makanan tetapi ia adalah disebabkan kuantiti air di dalam badan berada pada tahap rendah.
"Bila berlakunya dehidrasi, tubuh kita kehilangan air serta garam galian seperti sodium, potasium, kalsium, fosfat dan sebagainya, sebab itu air memainkan peranan penting di dalam tubuh kita," tambahnya.
Memandangkan bulan Ramadan kali ini jatuh pada musim Monsun Barat Daya dengan cuaca yang panas dan kering, serta diburuk dengan jerebu yang tidak menentu dan ramalan fenomena El Nino akan melanda Malaysia pada pertengahan tahun ini, maka adalah perlu bagi umat Islam memastikan bekalan air dalam badan sentiasa dijaga.
Ridzoni berkata selain meminum air buah-buahan, orang ramai perlu mengelak daripada meminum kopi ataupun teh pada bulan puasa kerana minuman itu mempunyai kesan deuratik.
Minuman tersebut akan merangsang pengeluaran air kencing, dan akibatnya, badan akan mengalami dehidrasi dan tekak menjadi sangat haus, katanya.
Sementara itu, Pegawai Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd Hairil Nizam Abdul Hamid turut bersependapat pengambilan air yang mencukupi amat penting dalam menghadapi musim panas ketika berpuasa.
Katanya, kekurangan air ini boleh menyebabkan tubuh menghadapi masalah kerana 70 peratus daripada komposisi tubuh terdiri daripada air.
"Tubuh badan memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari bagi memastikan sel-sel tubuh dapat berfungsi dengan baik. Ketahui cara untuk minum air masak dengan lebih banyak di sini.
"Apabila tubuh mengalami dehidrasi masalah utama adalah buah pinggang kerana bila tubuh kekurangan air, buah pinggang akan kecut yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, malah antara perkara lain yang boleh berlaku adalah pening dan pitam," katanya.
Tambah beliau, walaupun pengambilan air yang mencukupi dititikberatkan namun orang ramai turut dinasihat memakan makanan seimbang.
-Sumber Bernama
Jagalah kesihatan diri supaya kita dapat berpuasa dengan tenang dan selesa.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Isnin, 23 Jun 2014

Cara Nak Ambil Bacaan Tekanan Darah

Assalamualaikum.
Nak Ilmu baru tak?
Macamana nak check blood pressure?
Ok..hari ni kita belajar baca blood pressure saya ye..
Blood pressure ni diambil oleh ibu mertuaku pd hari Isnin lepas.
Excited dia nak check BP sorang2.
Free of charge lg katanya.hehe.
Jom Start!
SYS-SYSTOLIC
Tekanan ke atas pembuluh arteri akibat dari denyutan jantung.
120 ke bawah-normal
120-139 >prehypertension
140-159 >high blood pressure stage1
DIS-DIASTOLIC
Tekanan semasa jantung berehat diantara waktu mengepam.
80 kebawah-normal
80-89 >prehypertension
90-99 >high blood pressure stage 1
PULSE
Kiraan denyutan nadi dlm masa seminit.
Normal bg kanak2 (6 ke 15thn)
70-100 beats per minute.
Dewasa (18 thn ke atas)
60 ke 100 beats per minute.
Ok..sekarang cuba baca result saya.
Dah dpt 1 ilmu hari ni kan?
Best tak??
Semoga bermanfaat!
kredit to ; Pn. Mastura Ahmad SGL
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.

Shaklee ada menyediakan produk untuk penjagaan jantung dan tekanan darah. Jom, dapatkan sekarang. Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Isnin, 16 Jun 2014

Peluang Bekerja dari Rumah dengan Shaklee

Aduhai...cemburu sungguh rasanya apabila melihat ibu-ibu yang bekerja dan berbisnes dari rumah. Sambil melayan keletah anak-anak, mereka masih boleh meraih pendapatan yang lumayan setiap bulan. Mengalahkan orang yang bekerja makan gaji macam saya ni. Ops! Bukanlah bermakna saya tidak bersyukur dengan pekerjaan saya sekarang...but there's something yang saya nak dan saya belum dapat. 

Untuk pengetahuan semua, saya dan suami telah pun masuk tahun keenam berkahwin. Hingga sekarang, kami masih belum pernah tinggal sebumbung. Sadiskan? Mungkin ramai lagi pasangan di luar sana yang senasib dengan saya. Atas dasar itulah, saya memilih untuk membuat Shaklee. Impian saya adalah untuk bekerja sendiri dan berbisnes dari rumah. Jadi saya tidaklah terikat dengan pekerjaan saya sekarang. Saya kasihankan Faris kerana dia membesar tanpa seorang bapa di sisi. Walaupun kami berhubung setiap hari menerusi telefon, manakan sama dengan ayah yang berada di depan mata. 

Jadi, apabila bertemu dengan Shaklee, saya nampak jalan yang terbentang di hadapan mata. Sudah ramai ibu-ibu yang dahulunya bekerja kini telah memilih Shaklee sebagai sumber pendapatan. Kebetulan pula, saya berada di bawah naungan kumpulan Jutawan, pimpinan Master Shareeza Hashim. Setakat ini,  Master Shareeza telah melahirkan 45 orang
Master Coordinator dalam Shaklee. Dan pencapaian ini sangat-sangat membanggakan kerana mereka hanya melakukan bisnes melalui online. Hanya dari rumah! Dan mereka mengamalkan konsep teach others to teach others to teach others. Upline kami  tidak lokek ilmu dan sentiasa membantu anak cucu yang memerlukan. Alhamdulillah, kami bertuah kerana mengenali mereka.

Jangkaan pendapatan mengikut Ranking dalam setahun. 

Jika ada rakan-rakan yang senasib dengan saya ( Perkahwinan Jarak Jauh ), apa kata cuba buat bisnes shaklee. Modalnya cuma RM75 sahaja. Syaratnya hanyalah ikut sahaja jalan yang mentor tunjukkan. Mereka telah merentasinya jadi tugas kita hanyalah duplicate. Just do it! Yang penting, anda adakan masa untuk membina bisnes yang anda pilih. Buat betul-betul dan ikhtiar sungguh-sungguh. Pasti kita akan tiba ke puncak kejayaan. Insya Allah :-)

Berminat untuk menyertai kami? Hubungi saya di maklumat yang tertera. Semoga kisah PJJ kita ada kesudahannya.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<. Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli dan berbisnes, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Jumaat, 9 Mei 2014

KESILAPAN SOLAT JAMAK QASAR: TAPI ANDA TIDAK PERASAN.


Menghadiri ‘conference’ dalam dan luar negara bukan perkara ganjil. Ramai yang pergi dan kembali, bahkan ramai yang berulang-alik ke pelbagai destinasi dengan niat mengembangkan ilmu. Ini perkara rutin bagi seorang researcher atau ahli akademik di universiti atau ‘research centre’. Tidak ketinggalan bagi yang suka melancong, musafir adalah perkara ‘ghalib’.

Sungguhpun setiap musafir dengan niat kerana Allah besar ganjaran pahalanya, namun harus ditelusuri feqah yang berkaitan dengan musafir tersebut, adakah bertepatan dengan syariah? Mungkin ramai yang tidak pernah mengambil kisah akan adab musafir mengikut sunnah. Amat rugi, jika kita tidak mengambil kepentingan dari perkara adab dan sunnah Rasul. Namun perkara sunat bukanlah ‘aula’ jika yang wajib masih terumbang-ambing. Antara sedar atau tidak, ramai yang melakukan kesalahan berulang akan hal yang wajib seperti SOLAT.


Walaupun isu solat jamak atau jamak qasar bukan lagi menjadi topik perbincangan mutakhir ini, namun saya melihat ianya masih lagi perlu diperhalusi kerana masih banyak salah faham yang berlaku. Malah, masalah ini seringkali berlegar-legar dalam kumpulan teman-teman yang bermusafir bersama saya. Tidak kira musafir ke tempat jauh atau dekat, isu solat tidak boleh dipandang remeh.
Lihat situasi berikut:
Sehingga ke hari ini, masih ramai yang menganggap bahawa solat jamak qasar boleh dilakukan 3 hari pertama berada di sesuatu tempat. Sedangkan menduduki tempat melebihi 3 hari tidak lagi dikira musafir tetapi ‘bermukim’ (sudah gugur taraf musafir). Jadi, solat jamak qasar sama sekali tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai ke destinasi. Tiada nas yang membenarkan solat jamak qasar pada 3 hari pertama anda bermukim. Solat jamak qasar hanya ‘valid’ sepanjang perjalanan anda yang melebihi 89 km dan tidak ‘valid’ sebaik tiba di destinasi yang anda ingin duduki melebihi 3 hari. Sekali lagi diingatkan, jamak qasar selama 3 hari hanya dibenarkan untuk orang yang benar-benar singgah tidak melebihi tiga hari di sesuatu tempat.
Namun, anda masih diberi rukhsah untuk menjamakkan solat apabila berada dalam situasi yang sukar. Dan jamak ini dibenarkan sepanjang tempoh mukim atas sebab-sebab yang diizinkan syarak. Salah faham berlaku apabila kebanyakan kita tidak jelas akan perbezaan antara solat jamak qasar dan solat jamak. Mungkin silibus pendidikan Islam di peringkat sekolah perlu dikaji semula kerana belum mampu memberi kefahaman tentang masalah feqah yang paling utama ini. Ataupun ustaz ustazah perlu mengkaji kaedah pengajaran agar lebih berkesan dan dapat difahami oleh pelajar di sekolah.
Sedikit pencerahan tentang solat qasar dan solat jamak.
1) Solat Qasar
Sekiranya anda bermusafir ke sesuatu tempat yang perjalanannya melebihi dua marhalah atau 89 kilometer, maka diharuskan untuk mengqasarkan solat.
(Dua marhalah bersamaan empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 km.)
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” [an-Nisa’ : 101]
Bahkan dalam satu hadith Riwayat An-Nasa’i dan Abu Daud, Rasulullah s.a.w mengharuskan para sahabat mengqasarkan solat walaupun bermusafir dalam keadaan aman.
Qasar adalah memendekkan solat, yang 4 kepada 2.
Syarat qasar :
1) Jarak perjalanan > 89 km
2) Bermusafir tidak melebihi 3 hari penuh (tidak termasuk hari berangkat dan pulang)
3) Sudah memulakan perjalanan dan keluar dari mukim atau kawasan kampungnya.
Apa bezanya solat qasar dan solat jamak?
2) Solat jamak
Pada asasnya, solat jamak tidak berkaitan secara langsung dengan solat qasar dan ianya boleh dilakukan atas pelbagai keperluan yang dibenarkan syarak. Solat jamak maksudnya menghimpunkan solat tanpa mengurangkan rakaat.
Perkara yang membolehkan jamak:
Dalam Syarah Muslim, Imam al-Nawawi r.a berkata: “Beberapa imam membolehkan jamak bagi orang yang tidak musafir, bila terdapat suatu kepentingan, asalkan hal itu tidak dijadikan kebiasaan. Ini juga merupakan pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari golongan Maliki, juga pendapat al-Quffal dan al-Syasy al-Kabir dari golongan Syafi’i, juga dari Ishak Marwazi dan dari jemaah ahli hadis, serta pendapat yang dipilih oleh Ibnul Mundzir. [al-Majmu’, jil. 4, ms. 264]
Dalam kitab feqah karangan Dr. Basri Ibrahim ada menjelaskan keharusan jamak kepada beberapa golongan yang memerlukan seperti sakit, ketakutan, pekerjaan yang punya maslahat kepada umat, bencana alam dan musafir. Bahkan syarat bagi musafir untuk menjamakkan solat tidak diwajibkan melebihi dua marhalah. Waima orang yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan tidak mampu keluar dari situasi tersebut boleh berniat jamak, dan melaksanakan solat jamak ta’khir apabila sampai di rumah. Ini kerana solat jamak tidak terikat kepada syarat jarak perjalanan, musafir, bermukim dan keluar dari mukim.
2 Jenis solat jamak yang anda sedia maklum:
1. Jamak Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
Syarat jamak Taqdim :
1) Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
2) Hendaklah niat Jamak Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
3) Berturut-turut di antara solat yang dijamakkan itu.
4) Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2. Jamak Ta’khir pula ialah mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
Syarat jamak Ta’khir :
1) Hendaklah berniat jamak ta’khir dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib. Tidak sah solat jamak ta’khir yang dilakukan akibat luput waktu solat, tanpa diniatkan sedari awal waktu solat yang pertama.
Jadi, apa perbezaan jamak qasar dan jamak?
Sangat berbeza kerana,
1. Jamak qasar bermaksud menghimpunkan dan memendekkan, manakala jamak bermaksud menghimpunkan sahaja.
2. Jamak qasar hanya dibenarkan bagi orang yang sedang bermusafir melebih 2 marhalah dan singgah tidak melebihi 3 hari penuh.
3. Jamak pula dibenarkan pada pelbagai keadaan mengikut keperluan yang syari’e.
Lihat situasi berikut :
Contoh 1: Ulama membincangkan masalah solat jamak sebelum memulakan perjalanan. Jumhur ulama berpendapat, boleh menjamakkan solat sebelum bertolak sekiranya dibimbangi berlaku kesukaran untuk solat dalam perjalanan. Pendapat ini berdasarkan hadith:
"Rasulullah saw menjamakkan solat Zohor dan Asar di Madinah, pada masa itu tiada ketakutan dan tidak pula musafir, Abu al-Zubair berkata : Aku bertanya kepada Sa'ed (iaitu Ibn Jubair), Kenapa baginda melakukan begitu? Dia berkata, Aku telah bertanya Ibn 'Abbas soalan yang sama, dan dia berkata : Baginda tidak mahu sesiapa dikalangan umatnya menghadapi kesukaran" [Hadith Riwayat Muslim no. 705].
Tapi perlu diingat.. yang dibenarkan adalah solat JAMAK, bukan JAMAK QASAR.
Sekali lagi ditekankan bahawa jamak qasar hanya boleh dilakukan apabila anda sudah memulakan perjalanan dan keluar daripada mukim.
“Diantara syarat-syarat sah memendekkan (qasar) solat adalah hendaklah musafir melepasi pagar kampung (balad) yang dimulakan permusafirannya" [al-Fiqh al-Manhaji 1/187].
Contoh 2: Anda sudahpun dalam perjalanan pulang ke rumah. Akibat kesulitan sepanjang perjalanan pulang menyebabkan anda tidak mampu menunaikan solat dalam perjalanan. Sebagai contoh, jalan yang sangat 'jam' (musim perayaan) yang boleh menyebabkan terluput waktu solat. Maka dibolehkan anda jamak ta’khir di rumah. Sekali lagi ditegaskan, dibolehkan JAMAK, bukan JAMAK QASAR. Kerana jamak qasar tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai di rumah.
Contoh 3: Apabila mengalami sebarang kesulitan di tempat anda bermukim (musafir yang melebihi 3 hari), maka dibolehkan jamak. Contoh kesulitan berbeza mengikut situasi. Berada di tempat asing memungkinkan kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Hanya yang mengalaminya dapat merasakannya. Jangan tinggalkan solat, sebaliknya jamaklah pada sesetengah keadaan yang sulit. Allah telah memberi kelonggaran kepada hamba-hambanya pada setiap keadaan agar kita menjadi hamba yang sentiasa ta’at.
Syeikh Mohammad Salih al-Munajjid juga pernah menyatakan hal ini :
"Dibenarkan bagi seseorang yang bermukim (tidak musafir) menjamakkan dua solat jika ia menjadi terlalu sukar untuk melakukan solat yang kedua pada waktunya. Kebenaran menjamakkan solat adalah LUAS berbanding dengan memendekkan solat, kerana memendek (qasar) solat hanya dibenarkan kepada musafir sahaja. Akan tetapi jamak dibenarkan kepada musafir dan bukan musafir untuk menjamak solat apabila menghadapi kesukaran menunaikan solat samaada pada waktunya atau didalam jemaah".
Dengan itu, jelas sekali ketetapan untuk solat tidak pernah gugur walaupun kita berada dalam kesulitan. Bahkan Allah telah memberi kemudahan untuk kita tetap ‘thabat’ di atas jalan-jalan orang yang abid.
"(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"[al-Baqarah : 185]
"dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" [al-Haj : 78]
_______________________________________________________________________________
Disclaimer Note : Setiap pendapat saya adalah bukan pendapat peribadi yang condong kepada mana-mana fahaman. Pangkal dalam setiap hukum syariat Islam adalah dalil dari al-Quran dan hadith. Telah berkata Imam Malik r.a, “mana-mana pendapat yang dilontarkan setiap muslim boleh diambil dan boleh ditolak, kecuali yang datang dari Muhammad s.a.w”. Jadi, sekiranya terdapat pendapat yang tersasar daripada dalil yang sahih, maka lakukan penolakan. Yusuf Qardhawi pernah mengingatkan bahawa setiap muslim adalah tawanan hujah yang kuat serta dalil yang sahih. Dr. Yusuf al-Qaradawi juga telah mengupas mengenai isu jamak dan qasar ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut ).
Allah Lebih Mengetahui.
ASMAH ALIAS. UiTM. AS 990, 9 Sept 2012, 22 Syawal 1433


Sekadar perkongsian. Semoga bermanfaat buat semua :-).
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

10 Petua sentiasa Ceria dan Bahagia

Salam ceria & selamat pagi..Apa khabar semua pagi ni? Hari ini kediaman saya, di Kuarters Guru ada aktiviti gotong-royong sempena sekolah ganti. Tapi program ni khas untuk guru-guru dan pelajar sesi pagi sahaja. Untuk kami yang bersekolah pada sesi petang, waktu mengajar adalah seperti biasa.

Menurut jangkaan saya, kehadiran pelajar pada petang nanti sekitar 60-70% je kot..atau kurang daripada tu.. Hari Khamis lepas, saya dah survey siap-siap, siapa yang tak nak datang ke sekolah hari Sabtu ni sila angkat tangan. Hampir separuh daripada mereka yang angkat tangan..Cikgu dah agak dah...huhuu..Cikgulah jugak yang tetap setia ke sekolahkan...hihihh..


Kat sini saya nak share tips untuk sentiasa ceria setiap hari. Tak kiralah, hujan ke ribut ke, panas terik ke, tengah nak rasa stress ke...yang penting dalam hati kena rasa gembira!! Layan je gambar kat atas ni ye...

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

09.05.2014... A Happy Weekend!

Assalamualaikum... apa khabar semua hari ini? Weekend ni saya bertapa di bumi Chiku sahaja. Memandangkan minggu ini ada sekolah ganti, jadi saya tak dapatlah nak balik kampung seperti biasa. Aunty kesayangan Faris, Miss E sempat meluangkan masa ke Cameron Highlands siang tadi..jelesnya coz tak dapat nak join..ahahahh!

Credit photo : Miss E

Last time saya ke Cameron Highlands dah berbelas tahun lamanya. Masa tu saya masih lagi student di USM, Penang. That time saya datang ke Cameron Highlands seorang diri jer tau..mak aihh..berani kot masa tu. Tak delah, sebenarnya abang kandung saya & family menginap di sana. So, saya mengambil kesempatan tu untuk berkunjung ke tanah peranginan yang orang suka sangat pergi tu kan..best je coz sejuk & nyaman bangattt..

Tapi kata orang, cuaca kat sana sekarang dah tak sesejuk dulu. Bila bercakap pun dah tak ada keluar wap dari mulut. Bezanya cuma sejuk sikit berbanding di tempat lain. Sekian kisah di hujung minggu kali ini. Esok dah sekolah, jadi Mama nak kena siapkan apa-apa yang patutlah ni.

P/S : Hari ni Faris & mama bertapa di rumah je sementara menunggu kedatangan Encik Papa yang dikasihi..Yippieee. Air Performance kegemaran Mr. H dah saya siapkan awal-awal dalam peti sejuk. bolehlah buat penghilang dahaga memandu jarak jauhla katakan.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink.


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Meriahnya Bulan Mei setiap Tahun!

Masa begitu pantas berlalu. Pejam celik, pejam celik sedar-sedar dah nak habis setengah tahun. Rasanya macam baru je lagi kita beranjak ke tahun 2014. rupa-rupanya hari ni dah masuk 9 Mei pun..

Bulan Mei setiap tahun merupakan antara bulan yang paling meriah dengan pelbagai sambutan. Bermula dengan Hari Pekerja pada 1 Mei, sambutan Hari Ibu pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei, sambutan Hari Wesak ( cuti umum, siapa tak suka kan?), dan yang paling meriah untuk semua guru adalah sambutan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun. 

Tahun ni saya merupakan antara salah seorang Cikgu yang agak 'sibuk' dengan persiapan hari guru kerana saya memegang jawatan dalam Kelab Staff. Jadi, terpaksalah saya menjalankan tugas yang diberi dengan sebaik mungkin. Dalam banyak-banyak tugasan, jawatan diberi sebagai AJK Cenderahati untuk semua guru daripada Kelab Staff. Naik pening jugak nak fikir. Bukan senang nak puaskan hati semua orang. Dengan bajet yang serba sederhana saya dan anak buah pun memilih beberapa item di bawah :

Jam epal ni macam comel je kan?

Yang ni, kalau budak-budak diorang sukalah kot.

Lastly kitorang pilih mug yang boleh dihias mengikut pilihan kita.

Tapi takdelah lukis gambar kartun camni pulak..marah Pengetua kami nanti kang..ehehee!

Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua  insan yang bergelar guru. Tak lupa juga buat semua cikgu yang pernah mengajar saya dari darjah 1 - Universiti. Dan juga kepada semua sahabat yang menjadi 'guru' dalam universiti kehidupan saya. Semoga kehidupan mereka semua sentiasa berkat dan dikasihi Allah dalam setiap ketika. Saya sayang kamu semua.. Tak lupa juga buat pembaca budiman, terima kasih kerana sudi menjengah ke teratak comelku ini ;-) Semoga kalian sentiasa bahagia dalam meniti titian kehidupan ini.

Sekian, terima kasih.