Memaparkan catatan dengan label Set Enfuselle Normal to Oily Skin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set Enfuselle Normal to Oily Skin. Papar semua catatan

Isnin, 30 Jun 2014

Review Shaklee Skincare Set ~ Enfuselle Normal to Oily

Semakin hari semakin sayang! Begitulah diibaratkan saya dan Shaklee. Hek elehhh...mengada-ngada je bunyinya kan? Bukan gurauan tapi kenyataan. Semakin lama mengenali produk dan fungsinya, saya semakin jatuh cinta! Salah satu keistimewaan Shaklee berbanding syarikat lain ialah kesetiaan pengguna. Biasanya pengguna akan terus setia menggunakan Shaklee kerana yakin dengan keberkesanannya selain selamat dan diperbuat daripada bahan semula jadi. 

Kali ini saya nak buat review tentang Set Enfuselle Normal to Oily. Kulit saya jenis sensitif, berminyak dan berjerawat. Pakej yang cukup lengkap tu. Saya telah menggunakan set ini selama hampir tiga bulan. Dan apa yang saya perasan, kulit saya semakin lembut dan liang-liang roma yang dulunya terbuka juga semakin mengecil. Kalau tak, dari jauh lagi dah boleh nampak! Apa yang paling penting, kulit saya yang sensitif (cepat merah) apabila terkena cahaya matahari dah makin berkurangan. Sampaikan ada anak saudara saya tegur, kulit Aunty dah tak merah macam dulu-dulu lagilah. Laaa, ye ke? Saya sendiri pun boleh tak perasan pulak fasal ni. Kata orang, biar orang lain yang menilai. Kalau tak, kita akan dikatakan syok sendiri...ahahahhh!

Sepanjang tempoh menggunakan Set Enfuselle Normal to Oily, saya perasan bahawa setiap kali memakai toner dan pelembap, kulit saya akan berasa sedikit pedih. Tapi lepas tu dalam 2-3 minit rasa pedih tu akan hilang. Ramai juga pengguna yang ada pengalaman macam saya ni. Ada juga yang dah mula was-was. Cakap produk semula jadi, tak ada chemical bagai, tapi kenapa bila pakai terus rasa pedih dan pijar? Nak tahu sebabnya kenapa? Sebabnya, ia sedang bertindak balas untuk meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas dengan logam yang ditemui dalam air paip. Air paip yang disalurkan ke rumah kita sebenarnya masih mengandungi banyak bahan kimia dan jika ada kemampuan, eloklah ditapis sebelum digunakan. 

Apabila wajah bebas daripada masalah kulit, kita pun akan tampil dengan lebih berkeyakinan. Apabila masalah kulit menghantui, sedikit sebanyak sudah tentu akan menggugat tahap keyakinan diri. Lebih-lebih lagi apabila ada yang bermulut cabul dan tak de insurans yang menegur...cakap ikut sedap mulut aje kan..siapa yang pernah terkena je yang tahu perasaan saya. Peace! 

Sekarang ni, saya lebih yakin untuk ambil dan lihat gambar sendiri. Kalau dulu, nak bergambar pun naik malu. Terkejut juga apabila melihat gambar saya semasa National Conference tempoh hari...alhamdulillah! 

Saya bertudung putih, gambar bersama nenek Shaklee saya, M. Zeti Hafiza :-)

Saya bertudung merah. Jangan terkejut, gambar lama ni..

Tadaaaaaa....!

Ini dia Set enfuselle buah hati kesayangan hamba :-)

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-) Klik ORDER untuk dapatkan set skincare anda sekarang!

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Sabtu, 14 Jun 2014

Kecutkan Jerawat Batu Cara Saya

Bayangkan, seminggu lagi anda akan menyambut hari istimewa yang paling ditunggu-tunggu dalam hidup anda. Wajah anda yang licin bak telur dikupas tiba-tiba dihiasi dengan dua tiga biji jerawat batu yang besar. Aduh! Sungguh merosakkan mood bukan? Sudahlah wujudnya jerawat batu tersebut di kawasan yang strategik. Nak sorok-sorok dengan tudung pun tak boleh... Geram tak? hihih...



Kali ini saya nak kongsikan beberapa petua mudah untuk mengecutkan jerawat batu dengan cepat.
  • Gunakan ubi kentang. Ubi kentang mengandungi alkali yang mampu memecahkan jerawat batu berpunca daripada pori-pori yang tersumbat. Potong ubi kentang nipis-nipis dan tampalkan pada jerawat batu tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga jerawat batu benar-benar mengecut.
  • Gunakan ramuan putih telur dengan tiga sudu madu. Kacau sebati dan oleskan ke seluruh muka. Tunggu sehingga kering baru dibilas dengan sempurna. Hasilnya? Kulit akan jadi lebih bersih dan jerawat batu akan mengecil dengan cepat.
  • Tumbuk dua inci kunyit hidup sehingga lumat. Tambahkan dengan sesudu jus limau nipis. Sapukan pada seluruh wajah dan biarkan selama 15-20 minit sebelum dibilas sehingga bersih. Masker ini akan membantu mengurangkan radang pada jerawat batu.
  • Campurkan sesudu teh baking powder dengan sedikit air. Sapukan pada bahagian yang berjerawat dan biarkan selama 15-20 minit. Baking powder akan membantu untuk menyerap minyak berlebihan dan mengurangkan jangkitan bakteria di kawasan tersebut.
Kecutkan jerawat batu dengan Shaklee :
  • Gunakan masker setengah sudu ESP dan setengah paket Shaklee Collagen Powder. Campurkan dengan toner ataupun air bersih. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sehingga masker tersebut benar-benar kering sebelum dicuci. Kesannya sungguh mengujakan. Tak caya, boleh try nanti :-) Boleh tekan sini untuk ORDER.
  • Sapukan setengah sudu teh vivix pada muka yang bersih. Dan biarkan sehingga kering. Setelah wajah dicuci, anda akan dapat rasakan perbezaannya. Korang boleh beli vivix kat sini,click to ORDER Vivix now.
  • Bagi saya yang mengalami masalah kulit berjerawat, Set Enfuselle Normal to Oily sangat membantu untuk mengurangkan jerawat. Sebelum ini saya dah cuba macam-macam jenis produk muka. Baik tempatan mahu pun luar negara. Tapi sayang, kulit semakin menipis dan rosak. Masalah jerawat tak juga hilang. Sedihkan? Mungkin saya boleh share dalam next entry pasal ni. Klik untuk ORDER skincare set macam saya :-)

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<. Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Jumaat, 9 Mei 2014

Set Enfuselle Shaklee ~ Normal to Oily


Harga satu set Normal to Oily = RM303.75

1) Purifying Cleansing Gel (RM88.75) :
Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.

  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik
2) Purifying Toner (RM78.75) :
Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida
Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.

  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
  • Membantu mengawal kulit berminyak
  • Hipoalergenik
3) Balancing Moisturizer (RM83.75) :
Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit
Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.
Terbukti secara klinikal:

  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  • Hipoalergenik
4) Eye Treatment (RM52.50) :
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus
Terbukti secara klinikal:

  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

Shaklee ni bagus coz siap dengan bukti klinikal lagi, produk lain tak banyak kot yang macam Shaklee ni kan?
Jadinya sesiapa yang masih pakai jenama yang lain cubalah semak dengan teliti. Manalah tahu, produk yang anda gunakan tu mengandungi bahan kimia berbahaya. Pakai sebulan dua OKlah lagi. Kalau dah makan masa bertahun, sendiri mau ingatlah kesan sampingan yang korang dapat. Tak pasal-pasal wajah cantik bertukar rupa...Yang tu tahan lagi kot, buatnya kalau nyawa yang jadi galang ganti? Berbaloi ke... Jadi, suka saya sarankan supaya korang pilihlah jenama yang dah terbukti selamat & insya Allah berkesan. Shaklee lettew...ahahah!

Enfuselle yang ni khas untuk kulit berminyak dan sensitif je tau.. Untuk kulit kering pun ada. Nanti kita jumpa dalam next entry ye.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink.



June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221