Memaparkan catatan dengan label pengedar shaklee Felda Chiku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengedar shaklee Felda Chiku. Papar semua catatan

Rabu, 13 Ogos 2014

Kelebihan Puasa Enam Hari di bulan Syawal

Alhamdulillah, hari  ini dah 18hb Syawal 1435H, bermakna tinggal 12 hari sahaja lagi untuk kita beraya. Kalau ada yang sibuk memenuhi undangan rumah terbuka tu, jangan sampai terlepas pula untuk berpuasa enam ni. Rugi sangat tau...enam hari jer, takkan tak boleh kot? Saya pun baru mula berpuasa dua hari. Insya Allah sempat rasanya untuk menghabiskan puasa enam tahun ini. Kalau sempat bolehlah qadha puasa yang tertinggal sekali gus.

Apalah agaknya fadilat puasa enam sehingga kita amat digalakkan untuk melakukannya? Jom kita lihat manfaat berpuasa enam hari dalam bulan Syawal : 

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Kalau diikutkan, panjang lebar penerangan yang diberikan tentang hikmah berpuasa enam di bulan Syawal ni...korang boleh rujuk link kat bawah ni ye :-)

Semoga perkongsian ini memberikan manfat untuk semua. Kepada yang belum memulakan puasa sunat 6 hari ni, eloklah dimulakan sekarang. Syawal masih lagi berbaki 12 hari...sempat lagi tu.... Insya Allah.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Khamis, 7 Ogos 2014

Kebaikan GLA Complex Shaklee

Bulan ini promo untuk GLA Complex. Jadi sudah tentu fokus saya akan lebih banyak kepada vitamin yang satu ini. Apa yang menarik tentang GLA Complex? Ia merupakan suplemen yang disukai oleh para wanita. Percaya atau tidak, orang yang sangat sukar untuk menurunkan berat badan walaupun telah mengurangkan kuantiti makanan yang diambil selama berbulan-bulan, berjaya kurus setelah menambah GLA Complex dalam jadual harian beliau. Sebelum ini, berat badan beliau statik dan tidak berubah. Dah naik jemu untuk berdiet. Hampir-hampir give up pun ada. Kasihan kan....End up, beliau mencuba GLA Complex dengan konsisten dan makan setiap hari. Barulah berat badan menunjukkan pengurangan walaupun sedikit. Yang penting, berat berkurangan dan tidak lagi statik seperti dahulu!

Selain untuk menurunkan berat badan, GLA Complex sangat sesuai untuk : 

  1. Mengurangkan masalah kanak-kanak hiperaktif dan autisme ( ADHD) ~ terbukti secara klinikal bahawa minyak omega 6 dalam GLA membantu kanak-kanak ini untuk lebih memberi tumpuan ketika belajar.
  2. Memperbaiki masalah kelenjar prostat dan kerap kencing bagi golongan lelaki
  3. Mengelakkan tekanan darah tinggi dengan menghalang pembekuan lemak pada salur darah, melancarkan aliran darah dalam arteri, mengembangkan salur darah dan mencegah arteriosklerosis (pengerasan arteri dan arteri yang keras akan mdah pecah apabila tekanan darah terlalu tinggi).
  4. Mengurangkan komplikasi diabetis dengan merendahkan kadar gula dalam darah. Sesuai untuk diabetis bagi mereka yang telah berusia dan wanita hamil. Me,bantu mengurangkan kesakitan akibat gula yang berlebihan dalam darah.
  5. Menentang pembentukan kanser ~ GLA Complex adalah sumber anti oksidan yang kuat dan ia membantu menghalang pertumbuhan sel kanser dalam badan.
  6. Mencantikkan kulit. Menghalang sebarang inflamasi atau radang pada kulit seperti kulit kering dan bersisik, jerawat, jeragat dan bintik-bintik penuaan. Juga membantu mengurangkan bengkak akibat arthtritis.
  7. Menjadikan rambut lebih sihat berkilauan. Mengurangkan masalah keguguran rambut dan rambut kering.
  8. Melambatkan masa untuk menopause. GLA Complex berperanan untuk mengurangkan simptom menopause seperti berdebar-debar, berpeluh-peluh, mudah marah dan mood swing. Pengambilan GLA Complex secara berterusan boleh melambatkan proses penuaan dan menjadikan kita kelihatan awet muda.
  9. Meningkatkan kesuburan pada wanita. Bertindak menstabilkan hormon wanita bagi meningkatkan kesuburan. Membantu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang menghalang proses kehamilan. Membetulkan kitaran haid pada wanita dan membantu tubuh untuk menghasilkan sejenis mukus supaya tempoh waktu kesuburan dapat dilanjutkan. Sperma dan telur dapat hidup 5 hari lebih lama dengan wujudnya cecair mukus.

Anda juga boleh mendapatkan GLA Complex mengikuti kombinasi di atas.
Ketahui cara untuk mendapatkan GLA COMPLEX dengan harga yang jauh lebih jimat dengan menghubungi saya. Jadilah ahli dan nikmati diskaun sehingga 25% hari ini juga!

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-25%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Rujukan : 1. Benefits of GLA Complex

Selasa, 22 Julai 2014

Alamak! Saya Dah Terlepas Waktu Sahur..

Berpuasa hari ke-25 mencatat sejarah bagi saya. Kalau sebelum ni berjaya untuk bangun bersahur setiap hari dengan mudah, namun hari ini saya gagal berbuat demikian. Puncanya? Saya terjaga lebih awal daripada biasa sekitar pukul 3.30 pagi, dan kemudiannya sesudah buat apa yang patut kepala terasa agak pening. Jadinya, saya mengambil keputusan untuk 'melelapkan mata buat seketika'.

Memang sekejap je saya terlena (tidur kalau 5-6 jam pun masih rasa sekejap je kan hihihh). Alih-alih, tersedar tengok jam handphone saya dah menunjukkan pukul 6.10 pagi...hadooiiii...terlepas sahur saya. Tak dapatlah saya bersahur untuk hari ini. Dahlah kelas penuh..terpaksalah saya menggunakan tenaga secara berhemah kat sekolah tadi. Sebenarnya saya tak rasa ralat sangat kalau tak sempat makan. Tapi saya rasa rugi sangat bila tak sempat bersahur dengan air oren kesayangan saya ni. Berbeza sungguh berpuasa tanpanya... 

Inilah dia buah hati pengarang jantung kami sekeluarga :-)

Saya sangat sukakan Performance kerana ia membantu agar kulit saya tidak kering lagi walaupun kurang minum air ketika di bulan puasa. Alhamdulillah!

Wahhhh! Terujanya...kalau korang pun nak dapatkan PERFORMANCE, boleh terus ORDER je tau.. Semudah ABC :-)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Akibat terlepas waktu sahur, saya rugi kerana tidak mendapat fadilat-fadilat seperti berikut : 

"Perbezaan antara puasa orang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan sahur." (HR al-Tirmizi)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." (HR Bukhari) 

"Bersahur itu adalah makan yang berkat. Maka jangan kalian meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kalian hanya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah Ta’ala dan malaikatNya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur." (HR. Imam Ahmad)

"Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (HR. Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-25%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Ahad, 13 Julai 2014

Cara Kuruskan Badan Yang Biasa Kita Abaikan

Cara Kuruskan Badan yang Harus kita Amalkan Setiap Hari

Nampaknya ramai yang berhasrat untuk kuruskan badan dengan segera. Pada pandangan mereka, hanya dengan yang kuruskan barulah mereka akan kelihatan cantik. Produk kuruskan badan yang dijual di pasaran pun laku macam pisang goreng panas. Juallah apa sahaja produk untuk kuruskan badan, pasti mendapat sambutan daripada pengguna. Kenapa agaknya ya? 

Makan makanan yang seimbang

Menurut statistik yang didedahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, seramai 16.8 juta daripada 28 juta rakyat Malaysia yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Antara punca masyarakat kita sukar untuk kuruskan badan adalah akibat tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang. 

Pemakanan yang seimbang haruslah mengandungi kesemua cadangan yang ada dalam piramid makanan. Kurangkan makan tinggi karbohidrat dan berlemak, sebaliknya kita harus lebihkan makan makanan yang banyak serat setiap hari barulah dapat kuruskan badan dengan selamat. 

Aktiviti Senaman

Selain itu, masyarakat kita kurang bersenam. Senaman merupakan sesuatu yang sering diabaikan akibat kekangan masa. Kesibukan bekerja menyebabkan kita tidak mengambil berat untuk bersenam. Sedangkan, dengan bersenam kita akan dapat menguruskan badan kita secara sihat dan berkesan. Sekurang-kurangnya, bersenamlah sebanyak tiga kali seminggu untuk membakar kalori dalam badan dan percayalah, anda akan kurus lebih cepat dengan bersenam!

Makan mengikut Jadual

Dewasa ini, banyak restoran yang beroperasi 24 jam sehari dibuka bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Tempat-tempat sebegini menjadi tempat untuk orang ramai makan-makan dan lepak bersama teman sehingga lewat malam. Bayangkan, apakah yang akan terjadi jika kita mengambil sepinggan nasi pada waktu malam dan kita tidur selepas itu? Kalori yang masuk ke dalam badan kita akan ditukarkan kepada lemak kerana tiada aktiviti fizikal yang kita lakukan sesudah makanan masuk ke perut kita. Sebab itulah kita sukar untuk kurus jika sering makan lewat malam. Sebaik-baiknya, kurangkanlah aktiviti makan lewat malam supaya anda dapat kuruskan badan seperti yang dihajati :-)

Tidak Makan Sarapan Pagi

Perbuatan meninggalkan sarapan pagi sebenarnya bukanlah sesuatu yang baik untuk kesihatan. Jika anda tidak mengambil sarapan pagi ia boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan usaha untuk menguruskan badan anda gagal. Makan pada waktu pagi membantu untuk mengurangkan selera makan anda pada kemudian hari. Ini membantu untuk mengelakkan anda dari makan secara berlebihan. Selain itu, tabiat menunggu sehingga petang untuk makan akan meletakkan badan anda dalam 'mood kebuluran' menyebabkan tubuh anda bersedia untuk menyimpan lemak dengan lebih banyak. Selepas ini, ambillah sarapan setiap hari kerana ia juga membantu misi kita untuk kuruskan badan.

Rasanya cukup setakat ini dulu perkongsian saya tentang cara untuk kurus yang biasa kita abaikan. Sekiranya anda telah bosan mencuba pelbagai teknik untuk kurus, apa kata cuba dapatkan suplemen Shaklee yang selamat dan berkesan.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-25%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Rujukan :
1. http://goo.gl/z1DMff
2. http://goo.gl/OcztJE
3. http://kesihatankini.blogspot.com/2013/03/kesan-tidak-bersarapan-pagi.html
4. http://goo.gl/A8PwMG
5. http://goo.gl/QeMo34

Khamis, 10 Julai 2014

Faris Demam Tiga Jam Sebelum Sihat seperti Biasa

Pagi semalam, orangnya riang ria lah sangat. Tengah hari, sempat lagi kami sekeluarga keluar shopping baju raya. Sambil tu cari barang dapur sikit-sikit. Petang baru sampai kat rumah. Faris macam biasalah menghabiskan masa dengan tengok kartun. Mama pula sibuk di dapur menyiapkan juadah untuk berbuka. Masak simple2 jer..sup sayur, sambal udang dan ayam goreng. Dah siap masak, tengok-tengok, Faris dah terbongkang tidur.

FYI, Faris ni jarang sangat tidur siang melainkan dia betul-betul penat atau kurang sihat. Bila Mama sentuh kepala Faris, terasa lebih hangat berbanding biasa. Macam nak demam je anak bertuah ni.

Selepas berbuka, saya segera mengelap kepala Faris dengan air sejuk. Sambil tu saya minta Encik Suami bancuhkan Performance bersama satu sachet nutriferon. Gabungan nutriferon dengan Performance memberikan rasa yang sangat sedap. Tak sempat Mama nak 'powww' air oren Faris sudah habis diminumnya. Selepas 2 jam, Faris dah mula minta nak makan nasi. Eh eh...cepat pulak kebah demamnya. Badan yang panas tadi pun dah kembali normal. Alhamdulillah..

P/S : Stok Nutriferon dan Performance saya sentiasa pastikan supaya ada dalam simpanan. Penting untuk kegunaan waktu-waktu kecemasan sebegini.

Set cegah anak demam sangat membantu untuk turunkan suhu badan anak.

Faris nak shopping sattt..

Siannya dia..bila demam nak Mama dia aje..

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Rabu, 9 Julai 2014

Kelebihan dan Testimoni Set Berpantang Shaklee

Hari ini saya nak fokus pada set berpantang Shaklee. Memandangkan masih ramai lagi yang cuak nak menggunakan Set Berpantang Shaklee ni, maka di sini saya sertakan beberapa testimoni daripada para pengguna Set Berpantang Shaklee yang telah berpuas hati. Tapi sebelum tu, jemput baca Tips Memilih Set Berpantang terlebih dahulu ya.

Jangan risau, pada mulanya saya juga seperti anda. Setelah memahami semua fungsi  setiap vitamin yang ada dalam pakej tersebut, barulah saya faham akan kebaikannya. Tak kenal, maka tak cinta. Cadangan saya, cari maklumat dan buatlah kaji selidik terlebih dahulu untuk memastikan kebenarannya. Sebab itulah, saya tak ragu-ragu lagi untuk 'recommend' Set Berpantang Shaklee kepada orang lain. Prinsip saya, share apa yang kita betul-betul suka kepada orang lain. What you give, you get back. So, berikan hanya yang terbaik untuk orang lain pasti hasilnya juga baik-baik aje kan? Insya Allah :-)

Rajah menunjukkan fungsi ringkas tentang Set Berpantang Shaklee ( Macam buku teks Sains pun hado...skemanya Cikgu!)

Kalau korang nak tahu kebaikan Set Berpantang Shaklee, boleh baca kat sini ye. Kelebihan Set Berpantang Shaklee.

OKlah, saya tak mahu korang ternanti-nanti testimoni pengguna Set Berpantang Shaklee ni. Sebenarnya ada banyak sangat, tapi saya pilih mana yang sesuai ajelah ye :-)

TESTIMONI 1 :

TESTIMONI 2 :

TESTIMONI 3 :

TESTIMONI 4 :

TESTIMONI 5 :

Rasanya, cukuplah 5 testimoni dulu yang dapat saya share kat sini. Semoga ada manfaat yang korang dapat melalui testimoni yang saya kongsikan hari ini. Kepada yang sedang survey set-set yang akan digunakan ketika berpantang nanti, bolehlah cuba Set Berpantang Shaklee yang selamat dan semula jadi daripada shaklee.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Selasa, 8 Julai 2014

Segmen : Cik akak mencari bloglist julai 2014

Assalamualaikum...
tadaaaa.... pose-pose ni rajin pulak saya join segmen macam-macam. Sesekali mencari kelainan. Kalau korang nak join, bolehlah join cepat-cepat. Tarikh tutup 11 Julai nanti. Jangan lepaskan peluang ni tau :-)

Semoga berjaya!

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Saya Nak Kad Raya By Cik Akak

Assalamualaikum w.b.t... Jom join ramai-ramai segmen by Cik Akak ni... mana tahu kot-kot korang bertuah dan dapat kad dan duit raya lak tu...

Segmen akan berakhir jam 2.00 pagi 9 Julai 2014.

 Kalau nak join, klik aje kat sini -------> SAYA NAK KAD RAYA BY CIK AKAK

Semoga berjaya!

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Isnin, 7 Julai 2014

Review ESP Shaklee yang buat Saya Nak Nangis!

 Assalamualaikum w.b.t :-)

Salam 10 Ramadhan.. begitu pantas masa berlalu. Jadi gunakanlah masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Buatlah perkara-perkara yang berfaedah kepada diri-sendiri dan orang lain. Manalah tahu, sekecil-kecil kebaikan yang kita buat tu akan menjadi asbab kita ke syurga Allah. Insya Allah.

Berbalik kepada tajuk di atas, dalam entry kali ini saya ingin membuat review tentang ESP Shaklee. Sebenarnya banyak sangat produk yang boleh dijadikan pilihan untuk 'review' kerana saya dah jatuh cinta dengan hampir kesemua produk Shaklee! Sikit lagi nak sampai tahap angau...ahahaa!

Pertama kali mencuba ESP (saya beli daripada Kak N), saya mengambil ESP untuk memekatkan susu badan kerana saya perasan yang susu saya kurang pekat. Mungkin kerana saya makan tak makanan kurang seimbang, jadi zat dalam susu badan pun tak seberapa. 

Minum-minum je ESP, susu saya pun keluar laju macam air hujan..hahahaa..mengarutlah tu kan...sebenarnya, ambil masa 2-3 hari juga untuk badan saya sesuaikan dengan ESP. Selepas hari ketiga barulah saya nampak susu saya bertambah pekat. Faris juga cepat kenyang setiap kali selepas menyusu. Tak adalah melekap sepanjang malam seperti sebelum ni. Senanglah saya bangun tengah-tengah malam untuk pam susu. I'm really happy for that! Kalau tak.....punyalah seksa nak 'bebaskan' diri daripada Faris. BF mommies sure faham perasaan saya ni kan :-D. 
Best memories ever :-)

Selain itu, saya suka ESP ni coz ia memberikan tenaga segera untuk saya. Saya biasa amalkan ESP di waktu pagi sebagai pengganti break fast. Busy mom like me, sering kali tak sempat nak bersarapan di rumah. Di sekolah pun kalau kena kelas waktu pertama dan kedua tu, jawabnya pukul 9 a.m barulah dapat menjamah makanan. Kalau gap setakat 40 minit tu, saya lagi rela pam susu daripada ke kantin. Bimbang sangat nak skip jadual mengepam, takut susu akan berkurang. Saya ni dulunya ada masalah darah rendah. Kalau terlambat makan tu, mau menggigil satu badan. Sikit lagi nak pitam...mujurlah tak pernah pulak pitam kat mana-mana..hihihhh.. Alhamdulillah, ESP Shaklee banyak membantu saya untuk rasa kenyang lebih lama dan bertenaga setiap hari.

Selain itu, saya suka sangat dengan ESP kerana ia membantu menghilangkan parut jerawat dengan lebih cepat. Kulit saya memang bermasalah dari sekolah menengah lagi. Jerawat tumbuh dengan meriahnya. Lepas tu, mulalah tinggalkan parut hitam dan hodoh di muka. Kadang kala tu, saya sampai tak sanggup nak tengok muka sendiri depan cermin...sedihkan? Alhamdulillah, ESP banyak membantu memulihkan parut-parut yang ada di wajah saya. Jerawat pun mudah kecut, kulit semakin lembap dan yang paling penting, saya semakin yakin untuk mengadap cermin setiap hari!!! Yahhhoooo... kalau kawan-kawan ada yang menghadapi masalah yang sama seperti saya, jangan lepaskan peluang untuk rasakan perbezaan dengan ESP. 

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Ahad, 6 Julai 2014

Segmen Aidilfitri bersama irayyan.com

Assalamualaikum w.b.t...Saya baru sahaja menghabiskan kursus PT3 Sains yang berlangsung selama dua hari. Walaupun dibuat secara santai, tapi sudah cukup memenatkan 'otak'. Bengkel menanda soalan pagi tadi agak memeningkan kepala. Jadi, petang ni saya mengambil peluang untuk berblogwalking. Jalan-jalan ke blog rakan blogger yang otai-otai belaka ni. Since saya dah lama tak join segmen, kali ini teringin nak join. Mana tahu dapat kad raya istimewa tahun ni kan :-P

                                                            KLIK KLIK..UNTUK JOIN

Jadi, korang semua kalau ada masa silalah join segmen di atas. Let's support each other. 
Selamat menjalani ibadah puasa, semoga kita semua sentiasa berolaeh keberkatan di bulan yang mulia ini. Insya ALLAH :-)

Sekian, terima kasih :-)

Cara Gunakan Esell Shopping Cart Shaklee

Assalamualaikum :-)
Alhamdulillah. Pihak Shaklee sentiasa berusaha ke arah penambahbaikan mutu perkhidmatan mereka. Bagi memudahkan pengguna Shaklee yang semakin bertambah, Shaklee telah memperkenalkan sistem 'eSell' di mana pelanggan boleh terus membuat belian melalui laman web Shaklee. Mahukah anda jika saya tunjukkan caranya? Tonton sahaja video di atas. Tak sampai 3 minit, anda dah boleh mula memilih vitamin pilihan anda. Menarik bukan? Maknanya, anda dah jimat masa kerana tak perlu lagi nak PM/SMS/WhatsApp atau email pengedar Shaklee. Setelah membuat pembelian, anda akan menerima notifikasi daripada Shaklee tentang maklumat vitamin yang anda beli. Ianya semudah A-B-C sahaja!

                                                  Video kredit to : PM Lyna Noh

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga. Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee atau menjadi ahli, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah, dengan menjadi ahli anda mampu jimat sehingga 15-25%!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Isnin, 30 Jun 2014

Review Shaklee Skincare Set ~ Enfuselle Normal to Oily

Semakin hari semakin sayang! Begitulah diibaratkan saya dan Shaklee. Hek elehhh...mengada-ngada je bunyinya kan? Bukan gurauan tapi kenyataan. Semakin lama mengenali produk dan fungsinya, saya semakin jatuh cinta! Salah satu keistimewaan Shaklee berbanding syarikat lain ialah kesetiaan pengguna. Biasanya pengguna akan terus setia menggunakan Shaklee kerana yakin dengan keberkesanannya selain selamat dan diperbuat daripada bahan semula jadi. 

Kali ini saya nak buat review tentang Set Enfuselle Normal to Oily. Kulit saya jenis sensitif, berminyak dan berjerawat. Pakej yang cukup lengkap tu. Saya telah menggunakan set ini selama hampir tiga bulan. Dan apa yang saya perasan, kulit saya semakin lembut dan liang-liang roma yang dulunya terbuka juga semakin mengecil. Kalau tak, dari jauh lagi dah boleh nampak! Apa yang paling penting, kulit saya yang sensitif (cepat merah) apabila terkena cahaya matahari dah makin berkurangan. Sampaikan ada anak saudara saya tegur, kulit Aunty dah tak merah macam dulu-dulu lagilah. Laaa, ye ke? Saya sendiri pun boleh tak perasan pulak fasal ni. Kata orang, biar orang lain yang menilai. Kalau tak, kita akan dikatakan syok sendiri...ahahahhh!

Sepanjang tempoh menggunakan Set Enfuselle Normal to Oily, saya perasan bahawa setiap kali memakai toner dan pelembap, kulit saya akan berasa sedikit pedih. Tapi lepas tu dalam 2-3 minit rasa pedih tu akan hilang. Ramai juga pengguna yang ada pengalaman macam saya ni. Ada juga yang dah mula was-was. Cakap produk semula jadi, tak ada chemical bagai, tapi kenapa bila pakai terus rasa pedih dan pijar? Nak tahu sebabnya kenapa? Sebabnya, ia sedang bertindak balas untuk meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas dengan logam yang ditemui dalam air paip. Air paip yang disalurkan ke rumah kita sebenarnya masih mengandungi banyak bahan kimia dan jika ada kemampuan, eloklah ditapis sebelum digunakan. 

Apabila wajah bebas daripada masalah kulit, kita pun akan tampil dengan lebih berkeyakinan. Apabila masalah kulit menghantui, sedikit sebanyak sudah tentu akan menggugat tahap keyakinan diri. Lebih-lebih lagi apabila ada yang bermulut cabul dan tak de insurans yang menegur...cakap ikut sedap mulut aje kan..siapa yang pernah terkena je yang tahu perasaan saya. Peace! 

Sekarang ni, saya lebih yakin untuk ambil dan lihat gambar sendiri. Kalau dulu, nak bergambar pun naik malu. Terkejut juga apabila melihat gambar saya semasa National Conference tempoh hari...alhamdulillah! 

Saya bertudung putih, gambar bersama nenek Shaklee saya, M. Zeti Hafiza :-)

Saya bertudung merah. Jangan terkejut, gambar lama ni..

Tadaaaaaa....!

Ini dia Set enfuselle buah hati kesayangan hamba :-)

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-) Klik ORDER untuk dapatkan set skincare anda sekarang!