Memaparkan catatan dengan label pengedar Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengedar Shaklee. Papar semua catatan

Khamis, 13 Februari 2014

Mengapa Shaklee Tak Buat Iklan TV

Ketika syarikat-syarikat lain sedang berlumba-lumba membelanjakan wang bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran, Shaklee telah mengambil inisiatif untuk melaburkan berbillion ringgit sebagai ganjaran kepada para pengedar yang bersusah payah berkongsi tentang kebaikan vitamin Shaklee. Bukan itu sahaja, Shaklee juga sanggup berbelanja sehingga jutaan ringgit untuk tujuan penyelidikan dan penambah baik untuk produk kesihatan Shaklee. Pada pandangan saya, saya sangat bersetuju dengan langkah yang diambil oleh pihak Shaklee. Sebelum ini memang saya perasan bahawa iklan Shaklee  tidak pernah
kelihatan di mana-mana papan iklan di Malaysia. Malah dalam majalah atau surat khabar harian juga tidak kelihatan iklan Shaklee.


Di sini saya nak kongsikan status seorang teman muka buku yang tentang isu ini.

Saya sokong apa yang dilakukan Shaklee.. Elok sangat tu... Shaklee takdelah berhabis untuk iklan dekat media.. bukan sikit tau belanja kalau nak masuk tv dan suratkhabar.. Pastu kalau iklan sekali je tak cukup.. Kena berterusan.. Hakikatnya siapa yang kena bayar kos pengiklanan tu kalau bukan pengguna?

Shaklee juga takde model & duta produk. Banyak jimattt... Shaklee mempunyai beribu-ribu pengedar yang setia berkongsi kebaikan Shaklee dan mereka inilah yang menjadi jurucakap, duta & model produk. Kami semua ni la...:-)

Gambar hiasan semata-mata

Macam mana Shaklee boleh bayar bonus yang tinggi kepada pengedarnya? Sebabnya, Shaklee dah jimat banyak KOS UNTUK PEMASARAN & PENGIKLANAN tadi tu la... Kan lebih baik gunakan duit iklan untuk bayar bonus kepada distributor... Pelan pemasaran ini bukan saja menguntungkan distributor, tetapi pengguna juga menikmati produk yang BERKUALITI pada harga PATUT.

Ada benarnya pendapat kawan saya tu kan? Selepas ini diharap agar pembaca semua lebih yang untuk menggunakan produk Shaklee kerana bukan sedikit yang telah Shaklee belanjakan untuk kajian bagi memastikan produknya benar-benar SELAMAT dan BERKESAN.

Dapatkan khasiat vitamin Shaklee untuk anda sekeluarga hari ini juga..

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221
COD Area : Bandar Gua Musang, Felda Paloh, Felda Chiku, Sungai Asap dan kawasan di sekitarnya.


Selasa, 21 Januari 2014

Testimoni : Vitamin untuk Tambah Berat Badan

Selama ini kita seringkali dipaparkan dengan iklan kuruskan berat badan sehingga kita terlupa bahawa masih ada insan yang kurus dan ingin menambahkan berat badan mereka. Perkongsian kali ini adalah tentang testimoni seorang ibu yang sangat gembira kerana berjaya menaikkan berat badan dengan Shaklee. Alhamdulillah, saya tumpang gembira untuk beliau :-)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Testimoni Berat Badan Bertambah dengan Shaklee ( Meal Shakes, B Complex dan Vita-lea )

Salam semua...


Sekadar nak berkongsi...saya sejak anak dara lagi berat saya tak pernah cecah 40kg...makan la banyak mana pun memang berat akan maintain 36-37kg je...dah kahwin pun sama jugak...pregnant baru la dapat cecah sehingga 50kg...then lepas pantang turun balik ke berat asal...sampaikan nurse2 kat Klinik Kesihatan marah2 la suruh makan banyak skit hehe...tapi dah tak tau nak buat camna lagi dah nak bagi berat naik skit...

Saya register ahli Shaklee untuk tujuan utama saya nak tambah susu bdn nak BF anak lelaki saya yang dah cecah setahun...namun selain dapat tambah susu bdn...tujuan saya ialah nak tambah berat badan...Alhamdulillah dengan izin Allah menjadi dan saya sangat puashati...xde la pipi nmpk tulang pipi je.. 

Naik berat badan tak bermaksud gemuk ye...tapi shape your body dan built muscle 

saya
28/10/2013 - berat asal 36-37kg
28/11/2013 - berat naik 38kg
14/12/2013 - berat naik 38.6kg
11/1/2014 - berat naik 39.3kg
total kenaikan - 2kg ++
Target berat Ideal lagi 8kg

suami
berat asal 53kg
14/2/2013 - berat naik 54kg
11/1/2014 - berat naik 55kg
total kenaikan - 2kg




Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada mereka yang nak tambah berat badan. Insya Allah. Tak sabar nak dapatkan set tambah berat badan? Hubungi saya dengan segera untuk dapatkan set ini dengan segera.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392

Isnin, 20 Januari 2014

15 sebab Manusia perlukan Vitamin untuk Kekal Sihat

Zaman moden sekarang ni semua nak cepat. Sehinggakan untuk mengisi perut pun ramai yang memilih makanan segera. Makanan segera yang kita pilih memanglah cepat dan mengenyangkan, tetapi untuk jangka masa panjang banyak pula 'side effect' yang terpaksa kita tanggung. Dari segi khasiat pula sudah tentulah zat dalam makanan segera telah berkurangan. Kalau makanan yang masuk ke perut kita pun sudah berkurangan khasiatnya, macam mana kita nak hidup sihat dan bertenaga sepanjang hari? Apabila badan penat, macam-macam boleh terjadi. Jadi, kali ini saya ingin kongsikan sebab-sebab manusia perlukan vitamin.



1.Penghadaman makanan yang tidak sempurna

Ini boleh terjadi bila anda tidak mengunyah makanan dengan secukupnya atau anda makan dengan kadar yang agak cepat. Saiz partikel makanan yang agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman anda. Orang yang memakai gigi palsu harus lebih berhati-hati dengan situasi begini.


2. Pemakanan dan peminuman

Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi, teh, jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda. Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.


3. Pengambilan alkohol

Alkohol yang berlebihan merosakkan hati dan pankreas. Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin, niacin, pyridoxin, asid folik, vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.


4. Merokok

Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat. Sebatang rokok dikatakan bersamaan dengan 30mg vitamin C.


5. Pengambilan julap

Pengambilan julap atau laxatif yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. Ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dengan cepat - waktu transit untuk penyerapan berkurangan. Penggunaan paraffin dan minyak mineral yang lain menyebabkan kehilangan vitamin yang larut minyak seperti vitamin A dan E.


6. Proses pemasakan


Makanan yang dimasak dengan lama boleh kehilangan vitamin-vitamin B kompleks dan C. Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radiasi yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.


7. Makanan yang diproses

Penyejukbekuan makanan yang mengandungi vitamin E mengurangkan kandungannya bila ia dikeluarkan dari freezer.




8. Pengambilan antibiotik

Antibiotik membunuh semua kuman termasuk kuman-kuman baik di dalam perut. Kuman-kuman ini membantu menghasilkan vitamin-vitamin B.


9. Sakit

Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih zink, vitamin E dan sebagainya. Tulang yang patah memerlukan kalsium, vitamin D dan C yang lebih banyak.


10. Tekanan

Badan anda memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C dalam keadaan anda tertekan (stress).


11. PMT (Pre-Menstrual Syndrome)

Tanda-tanda seperti sakit kepala dan sebagainya semasa datang haid dapat dikurangkan dengan pengambilan vitamin B.


12. Mengandung

Keperluan semasa mengandung adalah lebih tinggi. Anda perlukan lebih vitamin B (termasuk asid folik), A, D, E dan mineral-mineral kalsium, zat besi, magnesium, zink dam phosporus.


13. Kurang pendedahan pada cahaya matahari

Golongan ini kekurangan vitamin D yang penting dalam metabolisma kalsium.


14. Buah-buahan dan sayur-sayuran ditanam dengan menggunakan baja dan racun

Jadi ia kurang selamat untuk dimakan. Khasiat buah dan sayuran itu sendiri telah berkurangan.



15. Pengambilan pil dan ubat-ubatan kimia boleh mengganggu penyerapan vitamin
sumber 


Sekiranya anda melalui pengalaman seperti di atas, itu tandanya badan anda memerlukan vitamin yang diproses secara semula jadi seperti Shaklee. Tahukah anda, proses pembuatan vitamin Shaklee adalah 100% semula jadi dan tidak ada penggunaan baja kimia semasa proses penanaman dilakukan. Elakkan diri anda daripada terbeli vitamin sintetik yang berlambak di pasaran. Buatlah pilihan yang bijak kerana anda merupakan pewaris generasi akan datang.

Shaklee bukan sekadar claim produk mereka semula jadi, tetapi ia telah melalui beribu-ribu ujian klinikal bagi menentukan bahawa ia benar-benar selamat sebelum dilepaskan ke pasaran. Jadi, sebagai pengguna saya benar-benar yakin akan ia benar-benar selamat untuk digunakan.

Jika anda sedang mencari suplemen untuk kesihatan diri dan keluarga, SHAKLEE adalah jawapannya. Insya ALLAH ia mampu memperbaiki tahap kesihatan anda sekeluarga :-)

~ Kesihatan anda, tanggung jawab anda. Usah gadaikan kesihatan anda akibat salah pilih suplemen~

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392

Ahad, 19 Januari 2014

Punca Susu Badan Berkurangan

Terdapat banyak punca yang boleh mengurangkan pengeluaran susu badan. Tapi malangnya, ramai ibu yang awal-awal lagi dah mengatakan bahawa mereka tidak ada susu sedangkan mereka tidak begitu memahami dan mendalami ilmu penyusuan dengan sepenuhnya. Lantas, ibu-ibu tersebut mengambil jalan mudah untuk memberikan susu formula kepada bayi mereka. Saya amat terkilan apabila perkara sebegini terjadi. Tahukah anda, hanya kira-kira 2% ibu sahaja, atas sebab-sebab fizikal, yang tidak boleh menghasilkan susu secukupnya. 



Apakah puncanya?

Bagi kebanyakan wanita, masalah sebenarnya ialah penghantaran, bukan penghasilan. Mereka menghasilkan susu yang banyak tetapi disebabkan bayi mereka tidak dapat melekap dengan baik dan tidak menyusu dengan efektif jadi bayi tidak memperoleh jumlah susu yang secukupnya. 

Buah dada dicipta untuk menghasilkan susu bagi memenuhi keperluan bayi anda. Lebih banyak bayi anda menyusu, lebih banyak susu yang anda akan hasilkan. Sekiranya bekalan susu anda menurun pada satu-satu masa, beberapa perkara akan dapat dikesan, iaitu, anda akan:
  • mengalami puting yang pedih dan mengalami kesakitan semasa menyusukan ; atau,
  • mempunyai bayi yang mengantuk dan perlu dirangsang untuk menyusu;
  • bayi anda kerap menggunakan puting, dan ini akan mengurangkan jumlah masa dia menyusu; atau
  • terlalu terikat kepada rutin menyusu empat jam sekali dan ini akan mengakibatkan pengurangan susu anda. Anda harus sedar yang anda hanya perlu menyusukan bayi anda apabila dia minta untuk menyusu, dan elok tidak mengikut rutin.


Bagi beberapa wanita, masalah biologi atau fizikal seperti ketidakseimbangan hormon atau terdapat kecederaan buah dada atau pembedahan boleh menyebabkan bekalan susu mereka berkurangan. Walau bagaimanapun, oleh sebab penghasilan susu merupakan satu perlakuan yang penting, kebanyakan ibu yang mempunyai keadaan seperti ini mendapati mereka masih boleh menghasilkan susu yang cukup untuk menyusukan bayi mereka. 

Selain itu, ada beberapa kesalahan harus diberi perhatian:
  1. JANGAN TUNGGU BREAST BENGKAK BARU PAM. Aktiviti mengepam itu sebenarnya yang merangsang susu, pam tu bukan semata-mata untuk keluarkan susu, tapi mengepam yang efisyen akan merangsang pengeluaran susu. Menunggu breast bengkak baru hendak menyusu atau mengepam adalah satu langkah terbaik untuk kurangkan susu badan kerana ia akan menghantar signal ke otak bahawa ‘tiada rangsangan, jadi tiada susu perlu dihasilkan’. Itulah sebabnya susu makin sikit.
  2. Susu badan tidak dirangsang oleh pemakanan sebaliknya rangsangan yang kita beri. Mesti kena banyakkan direct feeding dan pam sekerap mungkin.
  3. Jangan skip makan. Walaupun tak menyusu, kita mesti makan ikut waktu.
  4. Stress juga boleh mengganggu proses penghasilan susu badan. Tapi bagaimana ia berlaku? Stress adalah satu benda yang biasa dalam hidup kita kini.Semasa sedang sakit untuk melahirkan anak,ibu2 biasanya mengalami stress yang tinggi. Tanyalah mana2 ibu, bersalin memang stress, betul tak? Semasa kita stress, hormon kortisol dan norepinephrine dalam badan kita menjadi tinggi. Hormon2 inilah yang menyebabkan kita tertekan. Apabila bayi dah dilahirkan, hormon oxytocin akan merembes keluar. Kerana itulah selepas saja bayi lahir, kita akan rasa gembira, hilang semua sakit kerana hormon oxytocin telah menenggelamkan fungsi hormon2 penyebab stress tadi.
Oxytocin ni penting dalam penghasilan susu ibu kerana ia menyebabkan let down, atau ‘keluarnya’ susu dari breast. Jadi, kaitan stress dengan breastfeeding ni, apabila stress, hormon cortisol dan norepinephrine menjadi tinggi dan menghalang fungsi oxytocin. Tak hairanlah apabila stress, susu ibu menjadi kurang berbanding di saat ibu gembira.
Selain itu stress boleh menyebabkan pelbagai penyakit kerana ia meninggikan adrenalin dalam darah sekaligus menaikkan paras glukos dalam darah.

Langkah memperbanyakkan pengeluaran susu badan :
  • Biarkan bayi anda menyusu seberapa kerap yang dia mahu, dan berapa lama yang dia mahu, dan berikan kedua-dua buah dada anda setiap kali anda menyusukan.
  • Berikan dia hanya susu badan sahaja dan elakkan daripada menggunakan puting sebab ini akan mengurangkan masa dia menyusu.
  • Jangan cari jalan mudah dengan mengisi penuh dengan susu formula (ini dikatakan "melengkapkan"). Bekalan susu anda akan selaras apabila badan anda menyesuaikan diri dengan permintaan bayi anda. Jika anda mengenyangkan dia dengan susu formula, bayi anda tidak akan membuat permintaan susu yang banyak dan bekalan susu anda akan menurun.
  • Dalam masa anda mencuba memperbaiki cara pelekapan bayi anda, anda juga boleh cuba memerah susu anda selepas setiap penyusuan. Memerah keluar baki susu seberapa yang boleh akan membantu merangsang bekalan susu anda. Jika anda menyimpan susu ini dalam peti ais atau penyejuk beku, anda boleh menggunakan susu badan anda sendiri untuk memberi susu tambahan kepada bayi anda pada masa dia berasa amat lapar, mungkin pada waktu petang.

Semoga artikel ini dapat membantu ibu menyusu di luar sana. Menyusulah bayi dengan gembira pasti anda bangga dengan hasilnya! Insya Allah :-)

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392




Jumaat, 17 Januari 2014

Vitamin sebabkan Saiz Bayi dalam Kandungan lebih Besar?

Seorang rakan yang hamil anak keenam, mengadu bahawa beliau mudah penat. Dua bulan lalu, beliau telah mengamalkan Vitalea untuk mengurangkan keletihan. Setelah makan Vitalea untuk beberapa ketika, beliau berasa lebih bertenaga dan cergas. Tapi, sekarang beliau telah berhenti makan multivitamin tersebut kerana mendapati saiz janin sedikit besar berbanding kandungan sebelum-sebelum ini. Sebenarnya, ramai di kalangan ibu-ibu hamil di luar sana yang masih takut nak makan vitamin kerana menganggap bahawa apabila mengamalkan vitamin semasa hamil akan menyebabkan saiz bayi yang besar dari usia kandungan. Ini akan menyebabkan proses bersalin menjadi lebih sukar dan yang paling menakutkan apabila ia terpaksa melibatkan pembedahan!



Tapi, benarkah saiz bayi akan menjadi besar apabila ibu hamil mengamalkan vitamin? Adakah ia mitos atau fakta? Jom kita lihat apa kata Dr Hamid Arshat, Pakar O&G.



"Ramai wanita yang salah anggap multivitamin seperti obimin atau lain jenama yang diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pil vitamin ini penting utk kesihatan ibu dan utk bina darah untuk mencegah kurang darah sewaktu bersalin. Pil kalsium untuk bina tulang, folic untuk keperluan semua sel2 baru untuk janin dan fish oil sebagai sumber omega3 dan DHA untuk sel2 otak bayi supaya bayi akan jadi anak pintar. Setelah bersalin pula, TERUSKANLAH makan supplemen2 tersebut untuk cepat pulihkan rahim dan kekuatan badan serta untuk susu ibu yang berkualiti. Saya cadangkan pil2 tersebut patut dimakan terus-menerus hingga ke akhir hayat seseorang wanita."


So, ibu-ibu hamil diluar sana janganlah takut untuk mengamalkan vitamin semasa hamil..ia akan merugikan diri si ibu dan juga bayi yang dikandung kerana ibu mampu melahirkan bayi yang lebih sihat sekiranya mengamalkan suplemen yang sesuai semasa hamil.Bayi anda besar bukanlah kerana vitamin yang anda makan. Jom kita lihat antara penyebab bayi besar dari usia kandungan dan cara untuk mengelakkannya.

Antara penyebab bayi besar dari usia kandungan ialah:

  • Keturunan - ibubapa yang bersaiz besar berkemungkinan melahirkan bayi yang besar
  • Terlalu banyak kenaikan berat badan ibu semasa hamil
  • Ibu yang mempunyai tahap gula tinggi semasa hamil - kencing manis


Cara untuk mengelakkan bayi besar dari usia kandungan:

  • Penjagaan dan pemakanan adalah sangat penting semasa hamil
  • Kesihatan ibu hamil perlu dipantau setiap bulan
  • Ibu perlu menjaga pemakanan - kurangkan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat, gula dan berlemak
  • Merawat sebarang penyakit yang dihidapi ibu seperti kencing manis, darah tinggi dll
  • Memantau pertumbuhan bayi setiap bulan


Ibu hamil perlu lebih rajin menjaga pemakanan dan mengamalkan supplemen tambahan kerana semasa hamil ibu-ibu memerlukan nutrien dan khasiat yang lebih dari biasa untuk melahirkan bayi yang sihat dan sempurna. Supplemen yang diambil adalah sangat penting dan mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Malahan Dr Hamid Arsat sendiri mencadangkan agar supplemen tambahan diamalkan terus-menerus hingga akhir hayat seorang wanita

CADANGAN VITAMIN UNTUK IBU MENGANDUNG




1. VITA-LEA IRON FORMULA

  • Diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Mengandungi Zat Besi yang membantu meningkatkan hemoglobin (HB) ke paras normal semasa hamil.
  • Mempunyai sistem penyerapan bioaktif bagi memastikan peningkatan penyerapan asid folik kritikal.
  • Membantu perkembangan otot-otot ibu hamil dan bayi.
  • Mengurangkan risiko pramatang dan berat kelahiran yang rendah.

2. B-COMPLEX

  • Shaklee B-Complex ini dilengkapi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh.
  • Dapat membantu tubuh lebih bertenaga, otak lebih fokus, menstabilkan emosi dan anti stress.
  • Mencegah daripada kecacatan otak dan saraf tunjang bayi.
  • Melindungi ibu hamil daripada kanser dan strok.

3. VITAMIN C

  • Shaklee Sustained Release Vita-C unik kerana melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa  lima jam.
  • Pengambilan bersama Vita-Lea Iron Formula dapat meningkatkan penyerapan iron dalam.
  • Vitamin C juga penting untuk meningkatkan sistem imunisasi dan penyembuhan luka.
  • Mampu mengelakkan daripada gusi sensitif dan mudah berdarah kerana semasa hamil gusi akan menjadi lebih lembut berbanding biasa.

4. OSTEMATRIX

  • OsteMatrix mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan banyak lagi.
  • Kandungan kalsium di dalam diet harian semasa hamil adalah sangat penting bagi memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium sedia ada didalam tubuh anda.
  • Jika kalsium yang diambil oleh ibu tidak mencukupi, badan akan mengambil kalsium daripada tulang dan digunakan untuk perkembangan bayi.
  • Kalsium dapat membantu menghalang kekejangan otot yang dialami sepanjang tempoh kehamilan.
  • Sangat membantu untuk melegakan masalah sembelit dalam kalangan wanita hamil.
5. Energising Soy Protein ( ESP )
  • Mengandungi protein yang penting untuk membina sel-sel baru yang lebih sihat.
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan harian
  • Kulit bayi yang dilahirkan akan lebih halus dan cantik.
  • Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik.
  • Kesan 'stretch mark' semasa hamil juga akan cepat hilang selepas bersalin.

6. OMEGA GUARD ( Minyak Ikan Shaklee )

  • OmegaGuard Shaklee mengandungi 7 jenis asid lemak omega-3 semula jadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain.
  • Pengambilan OmegaGuard bagi ibu hamil hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 (trimester 2).
  • Pengambilan OmegaGuard sewaktu hamil dapat membantu pembentukan sel otak janin sejak dalam kandungan lagi.
  • Anak-anak yang ibunya mengamalkan Omega-3 sejak hamil mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan dan kemampuan berbicara dengan baik.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set kehamilan? Jangan tunggu lagi untuk hubungi saya sekarang.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392

Khamis, 16 Januari 2014

Vitamin Berkapsul Shaklee dilonggok dalam Bakul Sampah!


 Imej menunjukkan seorang pengguna Shaklee telah membuang semua jenis produk yang mengandungi Bovine gelatin (Lecithin, Omega Guard dan CoQ Health Plus). Sayang betul.. saya sebagai SID pun teringin menggunakan semua ni.. Tak tahu terlebih bijak ke apa, kononnya dia buang sebab produk Shaklee diperbuat daripada BOVINE gelatin. Tak tahu tanyalah dulu, bukan menggelabah tak tentu fasal macam ni..





Produk Shaklee tidak ada kaitan dengan ekstrak babi atau seumpamanya. Kapsul yg digunakan adalah dari "bovine" gelatin yg halal. Bovine adalah lembu. Kilang di sana juga telah mengasingkan penghasilan produk khusus untuk Malaysia, yg mana lembu-lembu disembelih cara Islam. Ada wakil pengedar dari Malaysia sendiri pergi untuk melihat sendiri proses tersebut. Jika anda ingin membeli vitamin yg berbentuk kapsul or softgel,pastikan kapsul yg digunakan adalah Bovine gelatin dan bukannya PORCINE gelatin.

Sila bertanya kalau tak tahu, jangan terlebih bijak untuk buat andaian sendiri 

Untuk pengetahuan kalian,
- BOVINE (lembu)
- PORCINE (babi/khinzir)
- HUMAN (manusia)
- AVIAN (burung)
- CAUSIAN (kerbau)

** sebab tulah banyak membaca itu penting.. pengetahuan umum itu penting, jangan asyik nak baca gosip dan hiburan sahaja.. kalau tak, macam ni lah jadinya.. hentam keromo! wassalam.. 
 sumber FB : Lela Olala

Masih ragu-ragu dengan isu halal Shaklee? Untuk pertanyaan, boleh hubungi saya di sini :-)

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392

Rabu, 15 Januari 2014

Bahaya Perut Buncit yang Tidak Boleh dipandang Ringan!

Masalah perut buncit bukanlah sesuatu yang menghairankan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai masalah perut buncit. Perut yang buncit mungkin disebabkan oleh tabiat makan yang tidak teratur, gemarkan makanan yang berminyak, kurang bersenam dan mengalami masalah penghadaman. Sebenarnya, bukan orang yang gemuk sahaja yang mengalami dilema perut buncit. Orang yang kurus melidi juga adakalanya berperut buncit. Walau apa pun puncanya, perut buncit sememangnya menjejaskan penampilan diri seseorang. Selain itu, masalah perut buncit boleh menjadi punca kepada penyakit-penyakit yang lain. Jom kita tengok apakah bahaya perut buncit.

1. Penurunan fungsi paru-paru
Menurut sekumpulan penyelidik dari Findland, masalah perut yang terlalu besar adalah berkait rapat dengan penurunan isipada dan fungsi paru-paru. Jika dibandingkan dengan orang yang berperut rata, orang yang berperut buncit memberikan hasil yang kurang memuaskan semasa ujian pernafasan dibuat. Sekiranya hal ini dibiarkan berlarutan, penurunan fungsi paru-paru boleh menyebabkan gejala sukar bernafas dan seterusnya menyebabkan masalah asthma.
2. Kerosakan pembuluh arteri
Sebuah kajian pada tahun 2012 menemukan adanya kaitan antara perut buncit dengan kekakuan arteri. Peneliti mengamati dua orang dengan masalah perut buncit  dan obesiti secara umum. Penemuan mendapati bahawa setiap peningkatan 0.1 nisbah lemak di pinggang mampu meningkatkan risiko kerosakan arteri. Jika dibiarkan, ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit jantung boleh membawa kepada stroke.

3. Mengundang penyakit diabetis
Pengumpulan lemak di perut akan membuatkan tubuh menghasilkan hormon yang meningkatkan sistem metabolisme. Hal ini mampu mengubah reseptor insulin dalam tubuh, sehingga tubuh sukar untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, kita akan mudah diserang penyakit diabetis.
4. Penyakit  Alzheimer
Kajian pada tahun 2010 menemukan bahawa jumlah lemak di perut berkaitan dengan penurunan isipadu otak. Penurunan isipadu dan jisim otak akan melemahkan daya ingatan. Jika hal ini berlanjutan terlalu lama, ia boleh menyebabkan penyakit otak seperti Alzheimer.


5. Kolesterol tinggi
Lemak di bahagian perut boleh berubah menjadi asid lemak pada tubuh yang mampu menyebabkan munculnya LDL atau kolesterol jahat dan triglycerides. Hal ini juga menyebabkan menurunnya kandungan kolesterol baik dalam tubuh. Kandungan kolesterol jahat yang banyak ini akan menyebabkan penyakit darah tinggi, serangan jantung dan strok.
Rasanya setakat ini sahajalah perkongsian saya tentang bahaya perut buncit.Jadi, bagaimana nak kurangkan masalah perut buncit? Perut buncit boleh diatasi dengan membuat senaman secara berkala dan mengawal jumlah kalori yang diambil setiap hari. Ambillah makanan sekadar memenuhi keperluan badan kita sahaja dan bukanlah mengikut nafsu semata-mata.

Di Shaklee, kami mempuyai Herb Lax untuk membantu mereka yang bermasalah penghadaman. Sistem penghadaman yang lancar boleh membantu untuk mengurangkan masalah perut buncit.

Jika berminat untuk mencuba, boleh hubungi saya melalui maklumat di bawah :-)

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Selasa, 14 Januari 2014

Sejarah SHAKLEE yang Tak Ramai Orang Tahu

Petikan dari : Sumber 

Shaklee menghubungkan anda kepada hidup yg sihat.

1915
Dr Forrest C. Shaklee mencipta Vitalized Minerals iaitu salah satu multivitamin yang pertama di dunia.

1956
Dr. Forrest C. Shaklee menubuhkan syarikat berlandaskan philosophy of Living in Harmony with Nature®, yang komited dalam penghasilan produk untuk memperbaiki kesihatan manusia dan bumi.

1960
Shaklee memperkenalkan Basic-H ® Pembersih organik Pekat, pembersih pelbagai guna bukan toksik dan mesra alam yang pertama di dunia.

1961
Shaklee memperkenalkan Protein segera, salah satu daripada pengasingan protein soya yang pertama di dunia.

1972
Shaklee memperkenalkan salah satu detergen pakaian erbiodegradasi pertama di dunia, yang tidak mengandungi fosfat, nitrat dan borat.

1977
Shaklee tersenarai di Bursa Saham New York.

1981
Shaklee memperkenalkan sistem penghantaran siaran pertama berasaskan tumbuhan berterusan untuk Vitamin C.

1982
Shaklee menjadi syarikat Fortune 500.

1983
Lelaki Amerika pertama yang menawan Mt Everest tanpa oksigen tambahan telah dikuasakan oleh pemakanan Shaklee.

1986

  • Penerbangan tanpa henti ke seluruh dunia yang pertama pada Voyager telah dikuasai oleh pemakanan Shaklee.


  • Shaklee menyumbang sokongan dari segi kewangan dan pemakanan untuk ekspedisi pertama,yang direkodkan, ekspedisi ke Kutub Utara, yang diketuai oleh National Geographic explorer yang memenangi anugerah Penjelajahan kutub, iaitu penulis dan pendidik, Will Steger.


1987

  • Shaklee telah dipilih oleh Jacques Cousteau dan Cousteau Society untuk menyediakan produk pembersihan mesra alam untuk kegunaan di atas kapal-kapal penyelidikan mereka, Calypso dan Alcyone.


  • Daedalus Projek, penerbangan terpanjang berkuasa manusia merentasi Laut Aegean, telah menggunakan Shaklee Performance



1989

  • Shaklee membantu membina sekolah dan klinik kesihatan dan menanam lebih daripada satu juta pokok di Asia melalui perkongsian dengan American Himalayan Foundation, sebuah organisasi yang dipengerusikan oleh Sir Edmund Hillary.
  • Shaklee menyumbang sokongan kewangan dan pemakanan untuk ekspedisi trans-Antartika yang diketuai oleh Will Steger, lintasan pertama Antartika dengan berjalan kaki, yang meliputi 3700 km.


1990

  • Shaklee tanpa toksik dan mesra alam, Basic-H ® dipilih sebagai salah satu produk rasmi pertama Hari Bumi.
  • Shaklee menerima Anugerah Family Circle Green-Chip sebagai salah satu daripada 10 syarikat yang paling mesra alam.
1991
Shaklee Household Cleaner dan Produk Personal Care dipilih untuk digunakan dalam Projek Biosfera 2 di Arizona.


1991
Shaklee memperkenalkan Basic-D ®, salah satu detergen pinggan mangkuk automatik. fosfat bebas yang pertama.

1992
Shaklee Cares ®, sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang ditubuhkan dan komited untuk membantu rakyat yang terjejas secara langsung oleh bencana semula jadi dan kecemasan, serta kumpulan warganegara akar umbi yang bekerja di kawasan yang terjejas.


1993
Shaklee mula menyediakan minuman rehidrasi khas, AstroAide kepada angkasawan NASA.


1995
Shaklee memberikan sokongan kewangan dan pemakanan untuk Projek Artik Antarabangsa Ketiga diketuai oleh Will Steger, First Surface Crossing 2500 kilometer di Lautan Artik.
1996
Shaklee menaja atlet bertaraf dunia yang memenangi 8 pingat emas Sukan Olimpik di Atlanta. 
1998
Shaklee memperkenalkan penjagaan pemakanan berasaskan garis kulit (nutrition-based skin care lines), yang disokong oleh 8 corak dan satu juta dolar dalam kajian klinikal.

2000

  • Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia yg mendapat Climate Neutral™ certification, yang disahkan bahawa Shaklee sepenuhnya mengimbangi pelepasan CO2, mengakibatkan kesan bersih sifar terhadap alam sekitar.
  • Shaklee membuka bangunan tenaga penjimatan hijau, dan memenangi anugerah World Headquarters building di Pleasanton, California.

2002
Shaklee menerima Anugerah Perlindungan Iklim Agensi Perlindungan Alam Sekitar.


2003
Shaklee menyokong pembinaan turbin tenaga yang cekap untuk orang asli Amerika. Shaklee juga membantu menukar diesel bas sekolah di San Bernardino, CA untuk biodiesel bas sekolah.

2004
Roger Barnett menjadi Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Shaklee.
2004
Shaklee menaja kelas atlet dunia yang memenangi 15 pingat emas dalam Sukan Olimpik Athens.

2005
Shaklee memperkenalkan NutriFeron ®.

2006
  • Dr Wangari Maathai, 2004 Hadiah Keamanan Nobel Laureate, menjadi Duta Global bagi Pokok A Million A Million Dreams ™ kempen.
  • Shaklee powered Pasukan Ski AS dan Pasukan Snowboarding memenangi 10 pingat di Sukan Olimpik Musim Sejuk Torino.
  • Shaklee diadakan neutral karbon pertama persidangan pernah di San Francisco.
  • Shaklee telah dipilih sebagai Ketua AS Iklim EPA, berikrar untuk mengekalkan kesan bersih sifar terhadap perubahan iklim dan mengimbangi 100% daripada pelepasan gas rumah hijau melalui 2009.
2007
  • Shaklee adalah dipuji oleh Bill Clinton dan diiktiraf di Inisiatif Clinton Global untuk kepimpinan dalam mengimbangi pelepasan karbon dengan mewujudkan tenaga boleh diperbaharui di Afrika.
  • Shaklee memperkenalkan pengurusan berat badan barisan revolusioner dipanggil Cinch ™ dan rumah yang tanpa toksik dan semulajadi penjagaan talian dipanggil Dapatkan ™ Bersih.
  • Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia untuk mengimbangi pelepasan karbon dengan menyediakan tenaga mampan ke kampung-kampung di Afrika dalam perkongsian dengan Milenium Promise.
2008
Shaklee memperkenalkan Vivix ®.

2012
Shaklee memperkenalkan Advanced Joint Health Tablet dan CoQ Health Plus.