Memaparkan catatan dengan label cegah demam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cegah demam. Papar semua catatan

Khamis, 10 Julai 2014

Faris Demam Tiga Jam Sebelum Sihat seperti Biasa

Pagi semalam, orangnya riang ria lah sangat. Tengah hari, sempat lagi kami sekeluarga keluar shopping baju raya. Sambil tu cari barang dapur sikit-sikit. Petang baru sampai kat rumah. Faris macam biasalah menghabiskan masa dengan tengok kartun. Mama pula sibuk di dapur menyiapkan juadah untuk berbuka. Masak simple2 jer..sup sayur, sambal udang dan ayam goreng. Dah siap masak, tengok-tengok, Faris dah terbongkang tidur.

FYI, Faris ni jarang sangat tidur siang melainkan dia betul-betul penat atau kurang sihat. Bila Mama sentuh kepala Faris, terasa lebih hangat berbanding biasa. Macam nak demam je anak bertuah ni.

Selepas berbuka, saya segera mengelap kepala Faris dengan air sejuk. Sambil tu saya minta Encik Suami bancuhkan Performance bersama satu sachet nutriferon. Gabungan nutriferon dengan Performance memberikan rasa yang sangat sedap. Tak sempat Mama nak 'powww' air oren Faris sudah habis diminumnya. Selepas 2 jam, Faris dah mula minta nak makan nasi. Eh eh...cepat pulak kebah demamnya. Badan yang panas tadi pun dah kembali normal. Alhamdulillah..

P/S : Stok Nutriferon dan Performance saya sentiasa pastikan supaya ada dalam simpanan. Penting untuk kegunaan waktu-waktu kecemasan sebegini.


Set cegah anak demam sangat membantu untuk turunkan suhu badan anak.



Faris nak shopping sattt..

Siannya dia..bila demam nak Mama dia aje..

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Jumaat, 25 April 2014

Salah Faham tentang Shaklee PERFORMANCE

Apabila dikenang, rasa nak tergelak pun ada... suatu hari seseorang bertanya kepada saya. Beliau begitu teringin untuk mencuba minuman isotonik Permance Shaklee. Tetapi ada sesuatu yang menghalang beliau untuk meneruskan hasrat murninya itu. "Kak, saya minat nak try Performance...tapi saya bukan pemain basikal. Kalau saya nak cuba jugak, boleh tak...?'' Hihihii...sorry ye dik, akak share kat sini.

Nampaknya, ada juga yang salah faham dengan 'gambar orang berbasikal' pada tin Performance. Sebenarnya, sesiapa sahaja pun sesuai menggunakannya. Jom tengok senarai di bawah :

  1. Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
  2. Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
  3. Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
  4. Para pesakit yang menghidap gout.
  5. Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  6. Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  7. Anak-anak yang demam.
  8. Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
  9. Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan ada gula berlebihan.

Mengapa anda perlu berkata YA kepada Performance Drink Shaklee?
    • Bebas gas atau tidak berkarbonat.
    • Kurang  kandungan gula (less sugar).
    • Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
    • Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT! sumber
Berminat untuk dapatkan Performance? Memang best Performance ni, saya bersahur dengan segelas Performance + ESP je pagi tadi. Alhamdulillah, dapat bertahan sampai ke petang tanpa kelesuan melampau..best tau :-)

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-9438392 | ID : 891221

Selasa, 18 Februari 2014

Khasiat Bawang Putih ~ Rahsia Orang Korea Hidup Sihat


Minggu lepas saya sempat menyertai Bengkel Nutrisi Shaklee. Garlic shaklee merupakan salah satu produk yang dibincangkan oleh Pakar Nutrisi Shaklee iaitu Celine. Kali ini saya nak bawa anda mengembara ke negara Korea. Pernah tak anda perasan bahawa orang-orang Korea mempunyai tahap kesihatan yang sangat baik? Walau pun cuaca di negara mereka sangat sejuk, tetapi mereka jarang mendapat demam atau selesema. Kalau kat Malaysia pun orang mudah terkena selesema, apa tah lagi kalau dalam cuaca sejuk macam di Korea. Betul tak? Apa agaknya yang menyebabkan tahap kesihatan orang Korea begitu baik? Lagi satu, kebanyakan kulit orang-orang Korea licin dan bebas jerawat. Ini menjadikan kulit mereka sangat gebu dan cantik! Jealous tak...huhuuu..

Rahsianya adalah berpunca daripada makanan. Orang Korea sentiasa mengamalkan bawang putih dalam setiap hidangan mereka. Bayangkan, dalam sehari mereka mampu menghabiskan 2 labu bawang putih yang dimakan seperti ulam-ulaman sahaja. Kalau kita, dua ulas tu cukup untuk dimasak dan dijadikan perencah untuk menumis masakan je. Jadi, lepas ni kalau nak sihat dan cantik, makanlah bawang putih banyak yek :-)


Autumn In My Heart~ Touching story ever..

Hari ini, sekali lagi saya ingin menyentuh tentang khasiat bawang putih Shaklee. Saya percaya, tidak ramai dalam kalangan kita yang mampu  untuk makan 2 labu bawang putih mentah-mentah setiap hari! Jadi, pilihlah Garlic Shaklee yang dikekalkan khasiatnya walau pun telah diproses ke dalam bentuk tablet.


Garlic Shaklee mengandungi allisin yang sangat banyak khasiatnya. Allisin hanya terdapat dalam bawang putih yang dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih telah digunakan secara turun-temurun untuk melegakan batuk, selesema dan membantu peredaran darah yang baik. Garlic Shaklee diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA pada musim panas. Ia bebas 100% daripada racun perosak.(RAHSIA SAYA : Dewasa ini, adalah sangat-sangat sukar untuk kita cari tanaman yang tidak menggunakan racun perosak dan tidak diubahsuai secara genetik a.k.a non GMO.)



Pembuatan suplemen Garlic Complex dilakukan di bawah kawalan ketat iaitu pada suhu bilik tanpa menggunakan haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (TOP SECRET : Tidak semua garlic yang dijual di pasaran mempunyai allisin aktif. Allisin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.)

Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia
·         Mengurangkan pemendapan artesklerosis dan lemak
·         Menormalkan keseimbangan lipoprotein
·         Menurunkan tekanan darah
·         Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
·         Berfungsi sebagai anti-oksidan
·         Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
·         Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
·         Bantu rawat asthma

Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee


  •    Pengekalan 100% Allicin aktif
  •    Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic
  •    Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
  •    Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah Î³-tocopherol.
  •    Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.


Khasiat Garlic Complex
·    Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana 
mengandungi ekstrak spearmint.

·    Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan   
sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, 
kulat, kuman, virus dan yis candida

·    Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit 
alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis

·    Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung 
perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.

·    Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic 
sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang 
merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara 
penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

·    Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam 
tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung 
dalam tubuh tanpa kita sedari.

·    Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, 
mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang
strok dan penyakit koronari.

·    Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan 
pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana 
mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh 
dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

·    Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki

·    Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan 
·    brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)

·    Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan 
meransang hati untuk mengawal gula dalam darah

·         Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
-       Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
-       Perut memulas (stomach upset)
-       Cirit-birit (Diarrhea)
-       Bronkitis
-       Luka-luka (infected wounds)
-      Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut,          dada, sistem air kencing


Hmm, terlalu banyak khasiat Garlic Complex. Rugi kot kalau tak try. Macam saya, saya adalah penggemar sup tulang. Jadi, untuk mengurangkan risiko kolesterol yang tinggi dalam sup tulang, saya akan pasti makan tablet Garlic Complex setiap kali selepas makan. Beringat sebelum kena. Lagi pun, harga sebotol Garlic Shaklee tidaklah semahal mana pun.

Hubungi saya untuk dapatkan khasiat Garlic Complex Shaklee. Memang berbaloi-baloi.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Sabtu, 8 Februari 2014

Vitamin untuk Hilangkan Demam dan Selsema Anak

Dua hari lepas Faris terkena demam. Siang OK, tapi bila malam tiba suhu badan agak panas.
Risau juga kita dibuatnya. Faris pula jenis yang susah sangat nak makan ubat. Bila disuap, terus diluahkan sampai muntah-muntah. Tapi syukurlah, belum pun sempat saya bawa Faris ke klinik, demamnya dah kebah. Yang tinggal hanyalah selsema yang tidak terlalu serius. 

Di sini saya ingin kongsikan tips yang boleh kita lakukan sekiranya anak demam tiba-tiba di waktu malam. Sementara dibawa ke klinik untuk rawatan lanjut, bolehlah anda mencuba tips di bawah :


1. Elakkan anak memakai baju tebal @ tak pakai langsung lagi bagus ~ memudahkan kita untuk mengelap tubuh anak dengan air. Macam saya, saya akan titiskan 2-3 titis Basic H ke dalam semangkuk air supaya suhu badan anak turun dengan lebih cepat.


2. Saya menggalakan anak minum air Performance ( perisa oren yang sedap ) untuk menyejukkan bahagian dalam badan. Performance adalah minuman isotonik yang sangat Faris gemari kerana rasanya yang enak. Tak cukup segelas, dimintanya segelas lagi. Ia bagus untuk mengelakkan badan anak kekeringan dan mengurangkan bacaan suhu yang tinggi. Jadi, saya sentiasa pastikan stok Performance sentiasa ada untuk kegunaan ketika kecemasan.


3. Untuk mengelakkan hidung tersumbat pula, saya memastikan Faris mengunyah sebiji Omega Guard sebelum tidur. Omega Guard membantu untuk mencairkan hingus dan kahak yang tersimpan dan dikeluarkan melalui batuk. Selain itu, Omega Guard juga bagus untuk mengelakkan penyakit asthma akibat kahak yang terkumpul dalam paru-paru.

4. Selain itu, untuk mengelakkan anak kekurangan nutrisi akibat hilang selera makan, saya turut membekalkan Meal Shakes setiap hari. Dengan ini, Faris masih mendapat zat yang sepatutnya diambil melalui makanan melalui vitamin dan mineral yang ada dalam Meal Shakes.

Rasanya setakat ini dahulu cerita saya. Kita berjumpa lagi dalam entry akan datang. Petang ni dah janji dengan Faris nak bawa dia pergi main dengan sepupu-sepapatnya di kampung Mak Tok. Sehingga ketemu lagi di lain siaran. Assalamualaikum :-)

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Sabtu, 1 Jun 2013

Cara Kurangkan Panas Badan dengan Cepat

Salam ceria buat semua...hari ini dah masuk minggu kedua cuti sekolah..Maknanya ada lagi seminggu baki cuti-cuti Malaysia ku...asal cuti jer rasa macam pantas sangat masa berlalu...time kat sekolah, lambat pulak rasanya nak habiskan waktu...adehhh! Sabau je lahkan? Bangun pagi- pagi semalam, badan panas macam nak demam...eh, demam ke aku ni? Mungkin sebab penat sangat berjalan dan tahu sajalah, kalau dah berjalan tu air masak pun kurang la kan? Nak minum air banyak2 kang leceh pulak terpaksa ulang alik untuk ke tandas...Jadi, apa yang saya buat untuk kurangkan panas dalam badan dengan cepat ye?

Cepat-cepat saya minta Encik Suami untuk membancuhkan Performance yang didatangkan dalam perisa oren kegemaran kami sekeluarga. Dalam tempoh setengah jam, sudah terasa panas badan makin berkurangan. Sangat cepat efek Performance ni..alhamdulillah :-)
Performance Drink Shaklee

Performance yang sangat lazat untuk dinikmati ketika cuaca panas..berkesan mengurangkan rasa haus dengan cepat.

Keistimewaan Performance Shaklee berbanding minuman isotonik yang lain :
1. Tanpa gula tambahan. Kebanyakan minuman isotonik yang ada di pasaran seperti Lembu Merah, Seratus Plus adalah bergas...kandungan gula dan kalori dalam minuman tersebut juga adalah amat tinggi.

2. Ia juga mempunyai formula karbohidrat Shaklee yang unik iaiti opticarb bagi membekalkan tenaga serta merta. Patutlah, lesu badan pun boleh hilang dengan cepat setelah mengambil Performance :-)

3. Ia sangat- sangat membantu ibu menyusu yang ingin mengelakkan badan daripada kekeringan. Performance tidaklah membantu dalam pertambahan susu badan tetapi ia benar-benar memainkan peranan untuk mengelakkan badan daripada kekeringan. Aliran bendalir dalam badan juga adalah lebih stabil dan dalam masa yang sama memastikan proses pengeluaran susu badan tidak terganggu.

4. Sesuai untuk mereka yang demam panas dan juga bagus untuk keguanaan ahli sukan & mereka yang bekerja di bawah sinaran matahari yang terik.

5. Satu canister mengandungi 539g serbuk Performance. Rasanya seperti Orange Tang yang lazat dan digemari ramai. Sangat enak diminum sejuk2. Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja. Bagi yang berpuasa, eloklah diambil pada waktu sahur & waktu berbuka. Insya Allah, badan anda tidak akan berasa terlalu kering, letih & lesu. Cubalah sekarang :-)

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WHATSAPP : 017-943 8392




Selasa, 2 April 2013

Lawan Penyakit Tanpa Ubat

Sejak mengetahui fakta tentang panadol dan ubat- ubatan di hospital yang boleh mendatangkan kesan sampingan jika diambil secara berterusan menyebabkan saya terfikir untuk mencari alternatif lain bagi merawat sakit pening saya..jika dahulu, pantang anak demam sikit, terus bergegas ke klinik...dapatkan ubat- ubatan yang perlu..tapi kini, saya lebih bertegas untuk tidak membawa anak ke hospital sebaliknya cuba merawat dengan kaedah semula jadi terlebih dahulu...Nutriferon antara suplemen yang saya ambil untuk mencegah demam/ selsema @ batuk yang ahli keluarga saya alami..

Apa itu Nutriferon?


NutriFeron terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri.


Apakah interferon? Interferon ditemui oleh Dr. Yosuhiko Kojima pada tahun 1954, iaitu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh setiap sel badan. Ianya diaktifkan setiap kali sel dijangkiti oleh mikrob, virus, sel kanser dan lain-lain.

>>> Siapa yg perlukan Nutriferon

1. Sesiapa sahaja yang berumur melebihi 12 tahun yang gaya hidupnya amat sibuk, tekanan gaya hidup menyebabkan system imun individu ini seringkali mengalami serangan yang berterusan
2. Individu yang ingin proaktif di dalam mengoptimumkan respons imun mereka terhadap iritasi alam sekitar dan juga pencemaran udara
3. Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum
4. Individu yang berumur, yang sedemikian terdedah kepada kekurangan imuniti
5. Individu yang diet mereka tidak optimum
6. Individu yang sering tertekan/hidup dalam tekanan
7. Individu yang gaya hidupnya tidak/kurang aktif

>>> Kenapa perlu Nutriferon?

Untuk kegunaan harian, NutriFeron meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.

NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu

- Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat

- Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.

Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit.

Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri dan itulah tujuan Nutriferon; untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dsb.

>>> Kenapa Nutriferon Shaklee?

1. Meningkatkan tahap interferon secara semulajadi – saintis telah mengenalpasti interferon sebagai satu faktor penting penyumbang kepada fungsi imun yang sihat. Nutriferon adalah satu-satunya supplemen tambahan di US yang dihasilkan oleh immunologist yang menjumpai interferon yang meningkatkan pengeluaran interferon di dalam badan secara semulajadi.

2. Dihasilkan oleh individu yang menjumpai Interferon - Dr. Yasuhiko Kojima, imunologi dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954, telah melakukan penyelidikan berdedikasi selama empat puluh tahun untuk mencari sebatian semulajadi yang akan memberi rangsangan kepada pengeluaran interferon. Nutriferon daripada Shaklee adalah satu-satunya supplemen perlindungan di US.

3. Penyelidikan selama 40 tahun – selepas 40 tahun melakukan ujian yang teliti dan melibatkan percubaan bertan-tan kandungan sebatian semulajadi dan herba, Dr. Kojima membangunkan campuran unik empat elemen berkuasa sayur-sayuran yang meningkatkan pengeluaran semulajadi interferon badan.

4. Campuran interferon yang dipatenkan – elemen tumbuh-tumbuhan penggalak. NutriFeron mempunyai MACH, 1 campuran interferon drpd ekstrak tumbuhan yg telah dipatenkan formula ekslusif yang mengandungi ekstrak labu, ekstrak safflower, ekstrak benih Asian Plantain dan ekstrak bunga Japanese Honeysuckle.

5. disokong oleh 4 kajian klinikal ke atas manusia- 4 kajian klinikal yang dikeluarkan mengesahkan kesihatan luarbiasa dan sokongan imunisasi hasil manfaat daripada campuran ekstrak proprietari yang ditemui di NutriFeron.

6. Formula eksklusif dilindungi oleh tiga paten - Nutriferon disokong oleh tiga paten dan hanya boleh didapati melalui Shakee dan Independent Distributor Shaklee sahaja. Formula yang unik dan berpaten ini hanya eksklusif di Shaklee.

7. Dibuat menepati piawaian kualiti yang terbaik – supplemen tambahan yang berkesan, NutriFeron telah melalui ujian sistematik yang ketat untuk keselamatan, kesucian, potensi, dan prestasinya.
Credit : Umi Nazrah

Pesanan saya, lindungilah ahli keluarga anda daripada mengambil ubat- ubatan yang berbahaya..pastikan ia semula jadi dan selamat...


Sebarang pertanyaan:
FB: June Mohd
019-2187383
kerengge83@gmail.com