Memaparkan catatan dengan label tips minum banyak air. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips minum banyak air. Papar semua catatan

Ahad, 29 Jun 2014

Tips Berpuasa ketika Cuaca Tidak Menentu

Subhanallah. Pagi tadi saya hampir-hampir terlepas waktu sahur. Mungkin kerana kepenatan yang amat sangat (siangnya drive dari kampung) dan malam tadi Faris tidur lambat daripada biasa. Jadi saya tidak sedar ketika alarm berbunyi. Saya sepatutnya bangun pukul 3.30 pagi untuk buat to do list yang berjela. Tapi sedar-sedar tadi, dah pukul 5.05 pagi! Waktu macam tu agak lewat bagi saya yang suka bangun awal-awal pagi. Mujurlah sahur cara saya sangatlah mudah. Saya memilih untuk bersahur dengan sebiji kurma, 2 sudu ESP, segelas Performance dan 2 gelas air masak. Kembung perut dibuatnya coz minum semua tu dalam masa tak sampai setengah jam! Lain kali taubat tak buat lagi daaa...

Kali ini saya nak berkongsi tentang tips untuk menjaga kesihatan ketika berpuasa dalam fenomena El Nino sedang melanda dan cuaca tak menentu sebegini. Jemput baca :-)

Minum air buah semasa bersahur adalah antara tindakan yang baik dalam memastikan umat Islam sentiasa bertenaga dan sihat sepanjang hari pada bulan Ramadan ini, menurut pakar dietetik.
Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman berkata dengan meminum air buah-buahan segar, ia dapat mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi pada bulan puasa ini.
Air buah-buahan ini mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potasium dan glukosa, dan berperanan sebagai bekalan tenaga di dalam badan, katanya kepada Bernama baru-baru ini.

"Sebenarnya rasa letih, penat dan mengantuk bukannya disebabkan kekurangan makanan tetapi ia adalah disebabkan kuantiti air di dalam badan berada pada tahap rendah.
"Bila berlakunya dehidrasi, tubuh kita kehilangan air serta garam galian seperti sodium, potasium, kalsium, fosfat dan sebagainya, sebab itu air memainkan peranan penting di dalam tubuh kita," tambahnya.
Memandangkan bulan Ramadan kali ini jatuh pada musim Monsun Barat Daya dengan cuaca yang panas dan kering, serta diburuk dengan jerebu yang tidak menentu dan ramalan fenomena El Nino akan melanda Malaysia pada pertengahan tahun ini, maka adalah perlu bagi umat Islam memastikan bekalan air dalam badan sentiasa dijaga.
Ridzoni berkata selain meminum air buah-buahan, orang ramai perlu mengelak daripada meminum kopi ataupun teh pada bulan puasa kerana minuman itu mempunyai kesan deuratik.
Minuman tersebut akan merangsang pengeluaran air kencing, dan akibatnya, badan akan mengalami dehidrasi dan tekak menjadi sangat haus, katanya.
Sementara itu, Pegawai Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd Hairil Nizam Abdul Hamid turut bersependapat pengambilan air yang mencukupi amat penting dalam menghadapi musim panas ketika berpuasa.
Katanya, kekurangan air ini boleh menyebabkan tubuh menghadapi masalah kerana 70 peratus daripada komposisi tubuh terdiri daripada air.
"Tubuh badan memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari bagi memastikan sel-sel tubuh dapat berfungsi dengan baik. Ketahui cara untuk minum air masak dengan lebih banyak di sini.
"Apabila tubuh mengalami dehidrasi masalah utama adalah buah pinggang kerana bila tubuh kekurangan air, buah pinggang akan kecut yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, malah antara perkara lain yang boleh berlaku adalah pening dan pitam," katanya.
Tambah beliau, walaupun pengambilan air yang mencukupi dititikberatkan namun orang ramai turut dinasihat memakan makanan seimbang.
-Sumber Bernama
Jagalah kesihatan diri supaya kita dapat berpuasa dengan tenang dan selesa.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Selasa, 24 Jun 2014

Tips Minum Air Masak lebih Banyak

Sepanjang setahun lebih saya menceburi dunia Shaklee, bermacam-macam ragam customer yang saya temui. Saya tidaklah mahu huraikan satu-persatu tentang gelagat mereka. Ada yang comel, ada yang serius, ada yang peramah, ada yang macho dan ada juga yang OK-OK jer... Tapi, bagaimana pun mereka, saya anggap semua pelanggan saya macam ahli keluarga saya sendiri. Sebabnya? Saya mahu mereka mendapat manfaat terbaik untuk diri mereka sendiri. Bila badan sihat, hati pun senang. Bila hati senang, kita rasa lebih ceria... dan insya Allah, orang di sekeliling kita juga akan dapat rasai perbezaannya :-)

Sebab itulah saya sering sarankan supaya semua pelanggan saya amalkan pengambilan air kosong yang mencukupi. Sebenarnya, masih ramai yang makan suplemen tetapi sukar untuk minum air kosong dengan lebih banyak. Rugilahkan kalau dibiarkan macam ni. Suplemen tak dapat nak berfungsi dengan sepenuhnya kerana kekurangan air. 

Jadi, kat sini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk menggalakkan korang supaya minum air masak dengan lebih banyak. Jom baca :-)
  1. Sentiasa bawa botol air ke mana-mana sahaja korang pergi. Macam saya, setiap kali keluar dari rumah dalam jangka masa yang agak lama, saya akan berbekalkan sebotol air sebanyak 1liter. Itu pun adakalanya tak cukup. Tapi, kalau setakat nak ke pasar dalam setengah jam tu tak payah bawalah kot :-P
  2. Dapatkan botol air yang menarik dan bergaya. Botol air yang cantik pun boleh dijadikan motivasi untuk minum dengan lebih banyak. Sebab dah jadi lumrah manusia, sukakan sesuatu yang cantik dan menarik. Jadi, kita akan lebih tertarik untuk minum air dengan lebih banyak. Setuju tak?
  3. Perlu tahu jumlah air yang badan kita perlukan setiap hari. Anggaran air yang diperlukan oleh badan kita diukur mengikut berat badan. Keperluan air untuk 25kg berat bersamaan dengan 1 liter air. Katakanlah, berat kita 75kg, maka air yang kita perlukan adalah sebanyak 3 liter setiap hari (tanpa suplemen). Jika anda ambil suplemen pula, kepekatan bendalir dalam badan bertambah. Jadi, lebih banyak air diperlukan untuk mengembalikannya kepada asal...
  4. Sukat jumlah air yang diminum setiap hari. Dapatkan botol air yang ada sukatan. Senang untuk kita anggarkan banyak mana air yang telah diminum setiap hari. Macam yang saya buat,  botol air saya sukatannya satu liter. Jadi saya amalkan untuk minum 1 liter sebelum ke sekolah. Satu liter semasa berada di sekolah. Dan satu liter lagi setelah pulang dari sekolah :-) Cukuplah 3 liter. 
  5. Minum air sebelum rasa haus. Jangan tunggu tekak terasa benar-benar haus baru nak minum. Latih diri untuk untuk 'sukakan' air kosong kerana ia bagus untuk kesihatan. Topik ini kita bincang dalam next entry ye :-)
  6. Minum dengan rasa gembira! Jangan rasa terpaksa tau..Seandainya sel-sel badan korang boleh berbicara, betapa terseksanya 'mereka' jika korang kurang minum air. Macam mana mereka nak 'bekerja' dengan baik jika agen pengangkutan yang masuk ke dalam tubuh tidak mencukupi. Kasihanilah mereka...

Antara contoh botol air yang cantik. Pilihlah warna yang ceria supaya kita rasa seronok untuk minum. Yeaaaaay!

Semoga tips di atas dapat membantu. Jika korang ada idea yang lebih menarik, bolehlah dikongsikan dengan saya :-)

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set penyusuan Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221