Memaparkan catatan dengan label penyakit kencing manis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penyakit kencing manis. Papar semua catatan

Selasa, 26 November 2013

Derita Diabetis : Takut Kaki dipotong Sanggup Sorokkan Kudis daripada Doktor!

Alhamdulillah...bertemu lagi kita dalam entry kali ini :-)

Sebenarnya sekarang ni saya sedang bercuti di kampung...sementara Encik Suami sambung belajar, saya mengambil peluang untuk menemani ibu kat kampung...seronok juga dapat peluang sebegini, apatah lagi tak semua kot yang ada chance nak rasai pengalaman macam saya nikan? hihiii...



Petang tadi saya dan ibu berkesempatan menziarahi seorang jiran, Mak cik A yang mengidap penyakit kencing manis. Kali terakhir saya melihat beliau adalah kira-kira sebulan yang lepas. Waktu itu, keadaan beliau masih lagi sihat. Tapi, sewaktu menziarahi beliau petang tadi, saya agak tersentuh apabila mendengar kisah mak cik ini yang diceritakan oleh anaknya. 

Mak cik A dimasukkan ke ward pada minggu lepas kerana demam dan badan terlalu lemah akibat tiada selera makan. Jadi, beliau terpaksa ditahan di hospital untuk mendapatkan rawatan. Semasa ditahan di hospital, sebenarnya, kaki mak cik A telah mengalami luka dan luka tersebut dah sangat teruk. Tetapi beliau sanggup sorokkan keadaan luka tersebut daripada doktor kerana takut kakinya dipotong! Saya tak dapat bayangkan apa perasaan beliau waktu itu. Kerana tak tahan dengan sakit pada bahagian luka tersebut, Mak cik A berkeras untuk keluar daripada hospital dan bergegas mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta untuk merawat luka yang semakin serius.....Mak cik A masih bertuah kerana di kelilingi oleh anak-anak yang prihatin dan menyayangi beliau. Semoga beliau cepat sembuh dan mampu meneruskan kehidupan seperti biasa. Sama-sama kita doakan..insya Allah ;-)

Sekian sahaja ceritera saya untuk kali ini..nanti kita sambung lagi yer..kali ini tentang cara nak elakkan penyakit kencing manis pulak kot... Insya Allah :-)

Ahad, 14 Julai 2013

Bagaimana Alfalfa boleh Merawat Diabetis?

Penyakit kencing manis kini semakin menunjukkan peningkatan yang ketara di negara kita. Apa tidaknya, Malaysia terkenal dengan negara yang mewah dengan makanan. Masyarakat kita kebanyakannya mendapat penyakit kerana terlebih makan bukannya akibat tak cukup makan. Statistik menunjukkan bahawa 1 daripada 7 orang dewasa rakyat Malaysia adalah pesakit kencing manis. Menurut Persatuan Diabetis Malaysia, sebanyak 1.2 juta daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia merupakan pesakit kencing manis! Wah, ramainya...mungkin juga ada  dari kalangan ahli keluarga kita yang menghidap penyakit ini. 

Anda perasan tak, dewasa ini penyakit kencing manis semakin menular dalam kalangan masyarakat kita tetapi berapa ramaikah yang menyedarinya? Tahukah anda, setiap orang juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis. Penyakit manis tidak boleh dipandang enteng kerana ia boleh membawa kepada punca penyakit-penyakit yang lain seperti :

  • Penyakit jantung
  • Penyakit buah pinggang
  • Luka lambat sembuh
  • Hilang fungsi saraf
Kali ini saya ingin berkongsi kepada pembaca semua bagaimana alfalfa membantu untuk mengurangkan masalah kencing manis. Alfalfa merupakan sejenis tumbuhan yang kaya dengan pelbagai jenis nutrisi dan mineral di dalamnya. Alfalfa sangat kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 jenis zat galian, 10 jenis vitamin, 8 jenis enzim dan fitokimia. Ia juga mengandungi mineral Mangan yang dikatakan mampu untuk membantu menurunkan paras gula dalam darah. Pesakit diabetis yang menghadapi masalah insulin yang tidak berfungsi dengan betul, menunjukkan perubahan yang positif dalam mengaktifkan hormon insulin yang ada dalam darah. Jadi, paras gula dalam darah akan menurun ke tahap yang lebih normal.

Alfalfa & Diabetics

A study by scientists out of The University of California at Davis in 1984 provides one of the few supported incidences in which alfalfa tablets were shown to be effective. These benefits may be due, in part, to the presence of other nutrients, and not necessarily the alfalfa tablets themselves. While studying diabetics, the team concluded that the alfalfa tablets (or capsules) were effective in the treatment of the disease when insulin was ineffective. The study concluded that the high amount of manganese found in alfalfa may have been the real reason behind the success of alfalfa tablets in treating the disease.
Source : http://www.livestrong.com/article/17636-benefits-alfalfa-tablets/#ixzz2Z2Gltp5b 

Benefits on Blood Sugar and Diabetes
Another of the health benefits of alfalfa is its effects on blood sugar levels. Due to the high manganese content in alfalfa, it is believed to marginally lower blood sugar levels, and therefore is recommended for diabetics.
Diabetics who have had problems responding to insulin have noticed better results from taking alfalfa and manganese.
Source : http://www.all4naturalhealth.com/benefits-of-alfalfa.html

Semoga info di atas dapat memberi manfaat kepada mereka yang tercari-cari penawar kepada penyakit kencing manis.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383


Ahad, 23 Jun 2013

Vitamin Shaklee untuk Pesakit Diabetis

Tahukah anda? Bilangan pesakit diabetis di Malaysia semakin meningkat hampir 80 peratus dalam jangka masa 10 tahun ( 1996-2006) kepada 1.4 juta orang pesakit. Jumlah ini sangat membimbangkan kerana diabetis merupakan penyakit yang berbahaya dan boleh terkena kepada sesiapa sahaja yang gemarkan makanan yang manis- manis. Faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan penyakit diabetis adalah disebabkan oleh tabiat makan yang kurang sihat dan gaya hidup masyarakat Malaysia yang kurang bersenam akibat terlalu sibuk dengan kerjaya.

Apakah diabetis?
Diabetis atau pun kencing manis merupakan penyakit metabolik yang disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi di dalam darah. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu Jenis Pertama ( Type 1) yang berlaku akibat kekurangan pengeluaran hormon insulin. Manakala diabetis Jenis Kedua ( Type 2 ) pula adalah diakibatkan oleh keadaan sel yang tidak dapat bertindak balas terhadap hormon insulin dengan baik. Insulin merupakan hormon yang berfungsi untuk mengawal kandungan gula yang bersesuaian dalam darah. Insulin amat penting untuk membantu proses penyerapan gula ke dalam sel untuk membekalkan tenaga kepada badan. 
Gambar : Ehsan Dr. Google


Punca sebenar diabetis?
Makanan merupakan penyumbang utama kepada faktor peningkatan jumlah pesakit kencing manis. Makanan seperti nasi, roti putih, minuman berkarbonat dan mi boleh menyebabkan peningkatan kandungan gula yang tinggi dalam darah. Malaysia merupakan negara yang mewah dengan makanan, maka tidak hairanlah begitu ramai rakyat Malysia yang menghidap penyakit kencing manis. Selain itu, gaya hidup yang tidak sihat seperti tekanan, kurang bersenam, kurang masa untuk berehat dan meroko turut meningkatkan risiko untuk kita mendapat diabetis.

Adakah penghidap diabetis memerlukan perhatian doktor? 
Sudah tentu! Selain daripada penyakit jantung dan darah tinggi, kencing manis merupakan salah satu daripada penyakit kronik yang memerlukan perhatian serius daripada doktor. Tanpa pemantauan doktor dan 'pantang' daripada pesakit, kencing manis boleh mengakibatkan komplikasi pelbagai jenis penyakit lain seperti jantung, kegagalan buah pinggang, selaput pada mata yang pada suatu tahap boleh mengakibatkan buta dan silap-silap hari bulan kaki pun terpaksa dipotong akibat jangkitan bakteria pada luka yang lambat sembuh!

Apakah tanda-tanda awal jika seseorang itu menghidap kencing manis?

Penghidap kencing manis pada kebiasaannya:
  • berasa cepat dahaga
  • cepat letih
  • mengalami penurunan berat badan yang mendadak
  • kerap kencing terutamanya pada waktu malam
  • cepat kebas pada bahagian jari kaki atau jari tangan

Selain mendapatkan rawatan doktor, kita juga boleh mengawal kencing manis dengan pengambilan suplemen. Di sini saya ingin kongsikan tentang cadangan suplemen bagi pesakit kencing manis :
  • VIVIX ~ kaya dengan resveratrol yang meningkatkan tahap sensitiviti hormon insulin & mengurangkan membantu mengurangkan simptom bagi pesakit diabetis Type 2.
  • ESP ~  mempunyai tahap indeks glisemik yang rendah iaitu hanya 3.9. ESP akan dicerna secara berperingkat dan menyebabkan paras gula dalam darah dibebaskan mengikut keperluan sedikit demi sedikit.
  • VITALEA IRON FORMULA ~ mengandungi 28 vitamin & mineral lengkap termasuk kromium. Kromiun adalah sejenis mineral yang amat penting untuk menjalankan fungsi badan manusia yang normal. Ia penting bagi mengawal paras gula dalam darah mengikut keperluan badan manusia.
  • GLA COMPLEX ~ bertindak merendahkan kandungan gula dalam darah & mengurangkan kebas akibat lebihan gula dalam darah.
  • VITAMIN C~ mempercepatkan proses penyembuhan luka pada pesakit kencing manis
  • ZINC COMPLEX~ membantu pankreas untuk merembeskan hormon insulin yang penting untuk mengawal kandungan gula pada tahap yang diperlukan dalam darah.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383



Rabu, 20 Mac 2013

Ubat Kencing Manis Punca Penyakit Tiga Serangkai


Arwah bapa saya dahulunya seorang yang sangat suka dengan ubat-ubatan hospital...bila anak-anak demam aje kami terus dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan.... Pantang sakit aje kami akan dibawa untuk berjumpa doctor...beliau begitu ‘concern’ tentang kesihatan anak-anak...terima kasih ayah...Namun begitu, seandainya kita tahu bahawa ubat-ubatan yang dibekalkan di klinik-klinik @ hospital sebenarnya mengandungi dadah...hah, biar betul...batuk, demam, selsema, pening kepala sakit itu dan ini memang boleh hilang dalam masa sehari dua sahaja...Magic bukan? Anda sedia maklum bukan tentang kesan pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi dadah boleh mendatangkan kesan negatif jika diambil secara berterusan...

Jom kita lihat tentang penyakit tiga serangkai pula..ini adalah contoh daripada kesan negative pengambilan ubat-ubatan secara berterusan...kesannya memang menakutkan..

Pernahkah anda dengar tentang Penyakit 3 Serangkai – diabetes atau kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung? 

Kata orang, kalau dah kena kencing manis memang tinggi risiko nak kena kembar dia, sakit jantung.
Tahukah anda bahawa kencing manis sebenarnya tak menjadikan seseorang menghidap darah tinggi dan sakit jantung, sebaliknya ia adalah kesan sampingan daripada ubat kencing manis.


Ini kerana ubat adalah jenis drug (dadah) yang bukan komponen tubuh. Ia boleh mengurangkan simptom sesuatu penyakit tapi mempunyai kesan sampingan.



Antaranya ubat jenis metoformin yang digunakan untuk meningkatkan fungsi insulin sekaligus menurunkan paras gula. Namun kesan sampingan ubat ini adalah ia menjadikan tubuh kehilangan/kekurangan vitamin B dan antioksidan serta perlindungan kardiovaskular semulajadi tubuh iaitu Co-Q10.



Kehilangan antioksidan dan pelindung kardiovaskular menjadikan seseorang pesakit diabetes terdedah kepada sakit jantung. Begitu juga ubat jenis Sulfonylures yang memberi kesan sama.

Pesakit kencing manis yang mengambil ubat jenis Thiazolidinediones terdedah kepada masalah yang lebih besar, iaitu masalah jantung.



Diabetes atau kencing manis adalah penyakit berkaitan diet yang agak popular. Malah zaman sekarang budak2 muda pun dah kena diabetes. Jadi untuk mencegahnya ialah dengan mengamalkan cara hidup sihat, pemakanan seimbang, aktiviti yang menyihatkan dan sebagainya. 


Untuk pesakit diabetes pula bagaimana? Ya, jika baru kena diabetes sebaiknya bermulalah dengan penukaran cara hidup terlebih dahulu sebelum mengambil ubat. Berhati-hatilah dengan ubat-ubatan yang anda ambil...ubahlah gaya hidup anda sekarang...apa yang anda ambil pada hari ini menentukan siapa anda pada masa akan datang...

Pengambilan vitamin? Ya, tentu terutama bagi mereka yang mengambil ubat kencing manis kerana ia boleh merosakkan vitamin dalam badan.