Memaparkan catatan dengan label Shaklee Collagen Powder. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shaklee Collagen Powder. Papar semua catatan

Isnin, 8 September 2014

Kebaikan Kolagen Shaklee yang Tak Patut Dilepaskan!

Kepentingan Kolagen kepada Manusia

Sebut fasal kolagen rasanya ramai yang tahu fungsinya untuk kecantikan. Sebenarnya kolagen bukan hanya digunakan untuk awet muda sahaja. Banyak lagi fungsi kolagen yang lain kerana ia merupakan struktur protein yang banyak terdapat pada tulang rawan, otot, tendon, tisu penyambung dan tulangkita sendiri!
Selama ini mungkin ada antara kita yang terfikir tulang hanya terdiri daripada kalsium semata-mata, sebab itulah kita kena minum susu dalam kuantiti yang mencukupi setiap hari.
Sebenarnya, kolagen merupakan pengikat yang memegang tubuh kita. la merupakan struktur komponen di dalam badan yang amat penting untuk semua tisu- tisu penghubung. 


Setiap manusia menghasilkan kolagen secara berterusan. Bagaimanapun, setelah meningkat usia, jumlah kolagen yang hilang adalah lebih besar daripada jumlah yang dihasilkan oleh badan. Akibatnya proses pembaikian dan pembuatan semula sel menjadi semakin perlahan.

Apa pula kepentingan kolagen kepada badan anda?

Saya percaya, tiada sesiapa pun yang mahukan muka yang berkedut atau kulit yang suram. Kita tidak dapat mengelak ia daripada berlaku kerana ianya merupakan sebahagian daripada proses penuaan. Bagaimanapun, kita boleh memperlahankan proses penuaan ini. Bagaimana? Dengan bantuan suplemen berkolagen kerana kekurangannya menjadi penyebab kepada kemerosotan keadaan kulit dan wajah anda. 


Badan kita memerlukan kolagen untuk melawan kemerosotan tubuh akibat proses penuaan. Tanpa kolagen, kulit kita akan suram, kedut-kedut mula kelihatan, rambut menipis dan beruban. Keadaan ini berlaku apabila kita meningkat usia kerana pada masa itu badan kita tidak lagi menghasilkan collagen. Kehilangan kolagen di dalam tisu penghubung iaitu "tendon", ligamen, "muscle" dan "cartilage" menyebabkan pengurangan sokongan kepada struktur sendi. Keadaan ini menyebabkan kesakitan yang dipanggil "arthritis" clan kecederaan " muscolo- skeletal" . 

Kolagen berfungsi sebagai ejen "chondroprotective", di mana ia mengelakkan "cartilage" daripada berkurangan. Kolagen merupakan bahan yang digunakan untuk pembentukan dan pembaikan 'cartilage'. Ia juga boleh mengurangkan kerosakan kepada sendi dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kesakitan sendi dan bengkak.


Mengapa anda perlu menggantikan kolagen yang hilang?


Sekiranya pengeluaran kolagen berkurangan, badan kita terutamanya kulit akan menjadi kering. Kekurangan ini jelas kelihatan di permukaan kulit dengan kedutan atau kulit yang nampak kering. Masalah ini sebenarya berpunca di lapisan kedua kulit (dermis) di mana terdapatnya collagen, “elastin” dan kelembapan. Dermis di dalam muka terdiri daripada kebanyakannya collagen. Apabila collagen berkurangan keadaan kulit menjadi lebih teruk. Pengambilan collagen seperti dalam bentuk minuman membantu badan untuk menambah dan memperbaiki collagen yang didapati di bahagian-bahagian seperti kulit dan juga berfaedah kepada ligamen, tulang, sendi, 'muscle', 'tendon', gusi, gigi, mata, saluran darah, kuku dan rambut. 

Pengambilan collagen tambahan membantu pembentukan semula tisu-tisu penghubung. Ini telah dibuktikan sebagai satu kaedah anti penuaan. Collagen boleh mencegah tanda-tanda awal penuaan. Dengan pengambilan collagen secara berterusan, anda akan dapat menikmati kehidupan dengan wajah jelita dan muda. Siapa yang ingin muka yaug berkedut sekiranya boleh dielakkan dengan pengambilan tambahan kolagen? 

Bilakah masa yang sesuai menggunakan Shaklee Collagen Powder?


Untuk mencapai keberkesanan terbaik, collagen harus diambil pada waktu malam sebelum tidur kerana masa puncak untuk pembaikan dan pembentukan semula sel adalah selepas dua jam tidur atau dikenali sebagai "alpha cycle". Shaklee Collagen Powder juga digalakkan diambil di waktu pagi. Bagaimanapun Shaklee Collagen Powder boleh diambil pada bila-bila masa kerana ianya adalah sejenis protein. 

Apakah kebaikan yang boleh didapati dengan pengambilan collagen?


1. Pengambilan collagen secara berterusan dapat bertindak ke atas tanda-tanda penuaan. Antaranya melicinkan tanda-tanda garisan dan kedutan di kulit, agar nampak tegang dan berseri, meningkat keanjalan kulit, menguatkan dan menyihatkan kuku dan rambut, membantu mengurangkan berat badan dan meningkatkan kenyenyakan tidur. 


2. Melembabkan kulit yang kering. Kulit akan berubah lebih anjal sebanyak 71% dengan penggunaan SCP selama 2 bulan berturut-turut.


3. Collagen berfungsi sebagai ejen ‘chondroprotective’ yang mana ia melindungi “cartilage” dan cecair synovial bagi membantu mengurangkan masalah dan kesakitan sendi seperti di lutut.


4. Sekiranya collagen diambil sebelum melakukan senaman atau aktiviti berbentuk fizikal, collagen dapat memberikan kesan anabolik, iaitu meningkatkan tenaga dan prestasi.

5.Pengambilan collagen menggalakkan penyerapan asid amino yang penting seperti glysine, proline dan hydroxyproline yang dapat meningkatkan lemak badan. Ia secara positifnya beperanan di dalam pengurusan berat badan.

6. Collagen mempunyai sifat sebagai anti-beku. Ia boleh mencegah darah dari membeku yang mana dapat membantu mereka yang mempunyai masalah jantung.

7.Collagen boleh membantu di dalam masalah melibatkan kulit seperti menyembuh luka dan kebakaran di badan.



Adakah kolagen berkesan?


Pengambilan kolagen membantu keseluruhan badan terutamanya kepada kulit, tulang dan sendi. la merupakan bahan semulajadi yang boleh dihadamkan dan tidak memberikan sebarang alahan. Kolagen merupakan makanan tambahan yang mudah diserap oleh badan dan menghasilkan kesan yang positif. Pengambilan kolagen secara berterusan menghasilkan kulit yang cantik, tulang yang kuat dan mengurangkan kesakitan sendi. 

Kulit menjadi lebih tebal, nampak berseri, lebih anjal dan lembab. Kedutan dan garisan kulit akan mula hilang. 

Adakah kolagen dikenali di peringkat antarabangsa?

Kolagen telah digunakan secara meluas di serata negara maju terutamanya di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun. Anda boleh mendapat maklumat tersebut melalui carian di internet.

Adakah penggunaan collagen disokong secara saintifiknya?


Ya. Pelbagai kajian yang dilakukan di peringkat antarabangsa telah mengesahkan bahawa collagen mempunyai keupayaan untuk membentuk mencantikkan kulit, mengekalkan tulang dan sistem lokomotif (tulang, cartilage, tendon dan ligamen). Banyak tulisan di dalam jurnal yang terkenal menyokong kebaikan penggunaan collagen. 



Adakah penggunaan kolagen selamat?

Ya. Collagen dihasilkan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti sisik ikan merah, ekstrak biji Camelia Japonica, ekstrak Pfafia dan lain-lain lagi . 




Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)


Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WA : 017-9438392

Ahad, 7 September 2014

Shaklee Double Promo : Meal Shakes dan Shaklee Collagen Powder

Untuk pertama kalinya, pihak Shaklee telah bermurah hati untuk mengadakan promosi berganda bagi bulan September. Pada mulanya, saya ingat ada kesilapan teknikal ke apa..almaklumlah, Shaklee text promo kepada leaders through SMS sahaja. Apahal pulak dapat 2 promo ni kan...sekali memang betul..Apa lagi, terjerit kegembiraanlah kami semua! Mana taknya, Meal Shakes dan kolagen memang produk yang menjadi kegemaran kaum ibu. Sesuai sangatlah, Meal Shakes untuk anak sihat dan Shaklee Collagen Powder pula ibu kelihatan awet muda sentiasa.


For sure para ibu takkan tinggalkan peluang untuk dapatkan khasiat Meal Shakes dan Shaklee Collagen Powder ni kan?


Apa istimewanya Meal Shakes buy 3 free 1? Jemput singgah di link kat bawah ni ye :




Macam biasalah, kalau produk Shaklee tak terkena tempias kontroversi tak sahla kan...hihihhh.




Shaklee Collagen Powder Buy 6 Free 1



Hurm, rugi kot kalau tak ambil peluang untuk cuba kedua-dua produk hot ni kan... kalau pun tak nak beli banyak sangat, bolehlah ajak teman-teman sekerja untuk join sekali. Barang baik eloklah dikongsi bersama. Takkan nak cantik dan sihat sorang-sorang aje kan :p

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WA : 017-9438392

Khamis, 3 Julai 2014

Petua Lembapkan Kulit Wajah ketika Berpuasa

Salam Ramadhan! Bertemu kembali kita di ruangan maya tanpa suara ni. Semoga semuanya sihat-sihat aje ye. Kali ini saya ingin berkongsi tips untuk melembapkan wajah ketika sedang berpuasa.

Belum pun sampai seminggu kita berpuasa, tetapi dah ada yang mengadu kulit mereka makin kering dan tak lembap macam dulu lagi. Puncanya kenapa? Oh...mestilah sebab kurang minum air kosong kerana sedang berpuasa. Bagi orang perempuan, sudah tentu mereka risau kerana takut nampak kurang cantik di Hari Raya nanti...Orang lelaki tak kisah sangat kot fasal ni hihihhh.

Antara tips yang banyak saya google mencadangkan supaya menggunakan kaedah semula jadi seperti campuran jus limau nipis dan madu. Campurkan kedua-dua bahan tersebut hingga sebati dan sapukan pada wajah yang bersih. Biarkan selama setengah jam, dan hasilnya memang marvellous! Kulit akan jadi sangat lembap dan lembut macam baby... Tips ini tak susah, tapi nak kena rajinlah kan..



Kalau macam saya, saya lebih suka amalkan suplemen supaya kulit lembap dan lembut setiap hari. Antara supelemen yang sangat membantu untuk melembapkan dan menghaluskan kulit ialah :



ESP
ESP merupakan protein soya yang membantu untuk kulit memperbaharui sel-sel yang sihat setiap hari. ESP juga membantu supaya tubuh dapat menyerap vitamin lain yang kita makan setiap hari dengan lebih baik. Sebab itulah, kalau kita amalkan ESP, kita akan nampak kesan yang lebih cepat berbanding orang lain yang tidak mengamalkan ESP.

Lecithin
Selain untuk memecahkan lemak, lecithin sangat memainkan peranan untuk melembapkan kulit. So, no wonderla seorang customer saya, sangat berpuas hati kerana kesan tumit yang pecah kini dah tiada lagi setelah mengamalkan sebotol lecithin. Siap nak repeat order lagi tu..:-)
Performance Drink
Saya sangat sukakan Performance Drink..ala, yang perisa oren tu..rasanya sungguh nyaman di tekak. Selain itu, ia juga mampu membantu untuk mengelakkan tubuh daripada kekeringan setelah seharian berpuasa. Ia juga membantu untuk melembapkan kulit supaya kita kelihatan awet muda sentiasa :-)

Shaklee Collagen Powder
Kesan kolagen dalam bab anjal-menganjal dan tegang-menegang sudah tidak dapat dinafikan lagi. Ia juga mampu membantu supaya kulit lebih lembap daripada biasa. 

Cubalah. Klik ORDER untuk mendapatkan set di atas hari ini juga. Insya Allah tak menyesal kot kalau korang mencuba set untuk kulit lembap ni. 

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221




Jumaat, 13 September 2013

Soal Jawab tentang Shaklee Collagen Powder

Semenjak Shaklee mengadakan promosi kolagen pada bulan Disember tahun lepas, tiba-tiba sahaja Shaklee Collagen Powder menjadi perhatian ramai. Jadi, perkongsian saya pada kali ini adalah untuk menerangkan serba sedikit tentang SCP yang hangat ini. Antara persoalan yang sering ditanya oleh pelanggan saya ialah :



1. Apa kandungan utama Shaklee Collagen Powder (SCP)? 
2. Apa istimewanya Shaklee Collagen Powder?
3. Adakah SCP berbentuk serbuk atau pun pil?
4. Berapa lamakah tempoh penggunaan sekotak SCP?
5. Bagaimanakah cara menggunakan SCP?
6. Berapa harga sekotak SCP?
7. Siapakah yang sesuai mengamalkan produk ini?
8. Rasa kolagen Shaklee hanyir tak?
9. Bolehkah collagen diambil bersama produk lain? 
10. Bolehkah ibu menyusu mengambil kolagen Shaklee? 
11. Saya berminat, jadi bagaimana nak dapatkan kolagen Shaklee?

Jawapan kepada semua persoalan di atas.

1. Apa kandungan collagen shaklee? 
Kandungan utama collagen shaklee ialah :
Sisik ikan merah - merupakan sumber utama kolagen yang mudah diserap  dan kurang pencemaran  berbanding kolagen haiwan yang lain.
Ekstrak kerang-kerangan - Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata, 
Elastin dari kolagen ikan - Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal.
Lactobasilus Acidophilus - Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semulajadi sistem usus yang sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen, 
Ekstrak Pfaffia - Pfaffia juga digelar sebagai Ginseng Brazil yang bila digabungkan dengan ekstrak biji benih Camellia Japonica, ia dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan membuatkan kulit lembut, lembap dan rata
Ekstrak biji benih Camellia Japonica - Mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi. Turut mengandungi soflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas.
Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas dan merosakkan kulit kita. Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk mengahsilakan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel. 

2. Apa istimewanya collagen shaklee?
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal)

3.  Adakah SCP berbentuk serbuk atau pun pil?
Ianya berbentuk serbuk yang mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran. Satu kotak mengandungi 15 sacet di mana setiap sacet mengandungi 15mg. 

4. Berapa lamakah tempoh penggunaan sekotak SCP?
Untuk kesan yang lebih optimum, disarankan ambil 1 sacet setiap hari. Jadi untuk satu kotak penggunaan selama 15hari. Walaubagaimanapun, pengguna boleh juga ambil selang sehari (untuk 30 hari penggunaan). 

5. Bagaimanakah cara menggunakan SCP?
Sangat mudah! Hanya campurkan 1 sacet collagen bersama sebarang minuman kegemaran. Diambil sebaiknya pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit. Jika sudah consume ESP atau mealshake, boleh dibancuh bersama ESP dan mealshake. Antara resepi yang boleh dicuba bersama collagen adalah:
 - jus twister tropicana + collagen 
- ESP + Collagen ~ rasanya sungguh unik & lazat!
 - Milo  +collagen
- any fruit juice  + collagen

Pengguna bebas untuk campurkan collagen dengan mana-mana minuman yang anda gemari. Asalkan sedap sudahlah :)  

6.  Berapakah harga sekotak SCP?
Retail price RM298. Kalau anda nak special price, boleh contact saya :) 
Jangan terkejut, kenapa ia mahal?Harga collagen berdasarkan sumber yang diperolehi untuk menghasilkan colalgen. Pastinya kerana kualiti yang dijaga untuk penghasilan collagen ini. Sumber dari ikan laut dalam adalah sukar untuk diperolehi. Jadi harga setanding dengan kualiti. 

7. Siapakah yang sesuai mengamalkan produk ini?
Collagen sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut: 
  • Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.
  • Gusi yang tidak sihat
  • Rambut kering dan bercabang di hujung
  • Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
  • Garis halus pada leher
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  • Payudara dan punggung kelenturan
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
  • Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan
8. Rasa kolagen Shaklee hanyir tak?
Collagen shaklee tidak hanyir, tetapi ia ada rasa macam ikan sedikit tetapi rasa tu akan hilang jika dibancuh dengan minuman berperisa. Jadi tak usah takut untuk mencuba. 

9.  Bolehkah collagen diambil bersama produk lain? 
Boleh tiada masalah cuma jarakkan pengambilan selama 2-3 jam. 

10. Bolehkah ibu menyusu mengambil kolagen Shaklee?  
Kebanyakan kandungan collagen powder shaklee adalah sesuai untuk ibu menyusu. Jika anda dan bayi anda boleh terima supplement alfalfa, bermakna collagen powder juga insyaa Allah tidak menjadi masalah. Malah ada yang beritahu setelah mengambil collagen, susu mencurah2 dan anak asyik nak menyusu. Jika tidak pernah menggunakan alfalfa, boleh juga menggunakan rules of 4 days. Iaitu cuba ambil collagen sealma 4 hari  berturut2 jika tiada kesan keapda bayi dan anda, bermakna anda boleh teruskan pengambilan. Tetapi satu yang pasti, kandungan collagen adalah semulajadi, no additive is added. Sekali lagi, jangan takut untuk mencuba. (kredit to : nurul aziyana)

11.  Saya berminat, jadi bagaimana nak dapatkan kolagen Shaklee?
Boleh hubungi saya di :
Junainah Mohamed ( ID : 891221)
FB: June Mohd
No Tel: 019-2187383
Email: kerengge83@gmail.com
COD area: Gua Musang & Kota Bharu


Khamis, 12 September 2013

Testimoni Shaklee Collagen Powder

Alhamdulillah. Hari ini agak ceria coz bonus dah masuk....terasa berbaloi usaha dan penat lelah sebelum ni. Tapi saya bukanlah nak memberi ulasan tentang bonus Shaklee saya tu...hari ini saya ingin berkongsi testimoni pengguna Shaklee Collagen Powder yang telah berpuas hati dengan hasilnya. Ramai yang berpendapat, kolagen Shaklee sangat mahal...tapi, jangan lupa...semua produk Shaklee adalah terbukti berkesan dan telah menjalani ujian klinikal terhadap beribu-ribu pengguna di Malaysia. Bahan yang terkandung dalam SCP juga adalah yang terbaik dan berkualiti. Ianya diperbuat daripada sisik ikan merah yang hidup di laut dalam sedalam 4-5km ke dasar lautan dan bebas daripada pencemaran. Pada kedalaman sebegini, ia mampu menyebabkan sebuah kereta menjadi kemek akibat tekanan yang sangat tinggi. Tapi ikan merah masih mampu hidup di kawasan tersebut. Ini menunjukkan bahawa sisik ikan merah sangat kuat & ia mampu menjadi sumber kolagen yang hebat!
_________________________________________________________________________________

Pn. Atie Yc :

gara-gara promo kolagen shaklee bulan lepas, atie pn terjebak sama dengan aktiviti

 mencantikkan kulit..dan alhamdulillah,liang pori di muka ku dah MENGECIL!!!rasa

 licin je,xde la rasa menggerutu...ni testimoni sendiri ye..seronok yang beronok-

ronok sbb sebelum ni mmg atie ada masalah liang pori kat muka ni besar.bila liang

 besar,mudah la kotoran,debu nk masuk,so blackhead pn banyak la...sekarang

 ALHAMDULILLAH...seronoknya!!

_________________________________________________________________________________
Puan Fatma Mohd :
Testimoni sendiri setelah sbln mengamalkan collagen 


Setiap hari mendapat pujian daripada org lain kadang2 terfikir entah betul ke

 tidak???....namun utk mendapatkan pujian daripada encik suami rasanya empat tahun

 sekaaaaali pun susaaaah...hihihi...semlm sewaktu sdg menyusukan baby muiz, encik

 suami datang dekat....'umi nampak makin muda la sekarang'...hahahaaaa...terus 

gelak kuat2....'ni mesti pasal mkn collagen ni?' senyum sampai ke telinga...punya la

 seronok masa tu....rasa mcm nk telan dgn kotak2 sekali collagen yg ada

________________________________________________________________________

Puan XXX..


Assalamualaikum..


dalam hati lara kerana ketiadaan vit C yg menyebabkn bbrp customer hmpir merajuk, sbnrnye byk sgt hikmahnya...SUPAYA KITA SEMUA FOKUS KEPADA COLLAGEN POWDER SHAKLEE (CPS) yang lbih BANYAK MANFAATNYA..
Kenapa ye sy kata begitu??
Saya sntiasa ingin menjadikan diri sy sbgai testimoni sblum yakin utk berkongsi pnglmn dgn org lain...sbb dlm SHAKLEE,konsep SHARE LEBIH HEBAT BERBANDING SETAKAT KONSEP MENGEDAR BARANG sahaja..



Saya baru guna 3 SACHET CPS, dan saya dh dapat rs MANFAATNYA..baru 3SACHET ye!! Saya mnum selang sehari je sbb sayangla,bli mhl2 cpt abis lak..mnum mlm bf tdo,tinggalkan sikit utk wt masker ESP+COLLAGEN esk pagi...Kalu masker ESP tu best tp masker ESP+COLLAGEN SUPERBEST!!Dlu bangun tido kulit b'myk, tak slesa..keluar rumah at least kne pkai bdak baby utk elak nmpak b'myk n kusam...skang sy dh rs slesa keluar rumah tnpa pkai ape2 (ye,sy mmg jnis b'sdrhana dlm bab kcntikan ni,xmakeup2 pn,huhu)..kulit rs lmbut mCm baby..SERIOUS!!bila baca testimoni org lain yg consume 3sachet dh dpt hasil tau apa yg t'detik dlm hati????BIAR BETUL ORG NI..KOT2 PROPA JE LBIH...(jahatnya hati saya pk gtu..)..tp MEMANG BETUL...IT'S HAPPEN 2ME NOW,hahaha...amekaw!



Sebenarnya, SHAKLEE mmg BRILLIANT sbb buat promosi ALFALFA sebelum CPS...SBB, bila bdn dah detoks, KESANNYA mmg LEBIH CEPAT..tak dinafikan ada testimoni yag smpai sekotak baru dapat hasil...YES, tu mmg biasala,sbb dlm PRODUK SHAKLEE takde chemical sintetik yg blh trigger our cells sebegitu cpt...tp bila bdn kita dh brsih dr SAMPAHSARAP,maka kesan supplimen lain akan lbih cpat..



maka, kpd customer yg masih blum mndapat hasil, jgn terus mnyalahkan SHAKLEE dn b'henti berharap..Eloknya kita bersama2 bersihkan bdan dlu dgn cik Alfalfa yg sgt byk kegunaannya,pstu br BERCANTIK2 DGN CPS!!



SELAMAT MENCUBA!!

Alhamdulillah! Semakin ramai pengguna yang jatuh cinta dan yakin dengan Shaklee Collagen Powder. Harga yang ditawarkan adalah setanding dengan kualiti & ia berbaloi dengan kos yang anda keluarkan. Jadi, jom order Shaklee Collagen Powder anda sekarang :-)

FB : June Mohd

Emel : kerengge83@gmail.com

SMS/ Whatsapp : 017-9438392