Memaparkan catatan dengan label eczema. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label eczema. Papar semua catatan

Rabu, 26 Mac 2014

Kebaikan Herbal Blend Shaklee ~ The Magic Cream Ever


Herbal Blend yang dah lama kehabisan stok kini kembali lagi. Minggu lepas, Shaklee announce bahawa stok Herbal Blend dah sampai..tapi dalam masa sehari, 39,078 tiub Herbal Blend dah out of stock semula..adeh! Nasib baik saya sempat beli beberapa ketul untuk simpanan saya sendiri... Kalau ada customer yang nak try, kena cepat-cepatlah ye coz stok dah semakin menyusut.

Apalah istimewa sangat Herbal blend ni ye sampai berebut-rebut orang nak beli? Di sini saya kongsikan antara kebaikan krim unik ini :-)

1. Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga
Herbal Blend sangat berkesan dalam merawat kesan gigitan nyamuk atau serangga. Setiap kali Faris terkena gigitan nyamuk atau semut, saya akan cepat-cepat sapukan krim Herbal Blend supaya tak melarat. Dan hasilnya sungguh memuaskan! Untuk eczema pun sesuai jugak tau..cepat je ruam tu hilang.

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah

Masalah tumit pecah sememangnya memalukan. Masalah tumit kering dan pecah bukan sahaja berlaku kepada orang tua, tapi sesiapa sahaja boleh mendapat masalah ini. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu banyak berdiri dan berjalan. Saya juga pernah mengalami tumit pecah dan merekah. Jadi, saya menggunakan krim Herbal Blend untuk disapu pada tumit setiap hari..dan hasilnya, Alhamdulillah :-)


3. Ubat luka atau melecur

Tak sangka pulak, Herbal Blend pun boleh digunakan untuk menggantikan minyak gamat. Seeloknya kena ada satu Herbal blend dalam setiap rumah, bila ada luka je, cepat baik. Untuk luka, kesan calar akibat cakaran kucing atau terkena benda panas. Semua pun boleh...macam tak percaya je kan? Kalau nak tahu, cubalah sendiri..

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Luka pada puting akibat gigitan si kecil? Huhu..pedihnya, Allah je yang tau. untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, Herbal Blend dapat membantu untuk merawat luka tersebut. Cepat je kering tau..Lagi pun,  Herbal blend ni sangat natural, jadi janganlah risau.. Ia tiada bahan kimia dan ia dijamin selamat untuk semua.

5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah parut akan pudar dan menghilang entah ke mana...

6. Ruam pada bayi

Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Adakalnya sampai melarat-larat. macam saya dulu, bermacam-macam krim saya cuba. Masa tu kesian sangat coz tak kenal lagi Herbal Blend. Terpaksalah bagi krim yang ada steroid bagai. Tapi lepas-lepas ni, tak mau lagi dah. Herbal blend kan ada..Jangan tak tau, Herbal Blend mampu melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam lampin tersebut. 

7. Losyen harian
Saya juga gunakan Herbal Blend sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal Blend tidak berminyak. Jadi sememangnya nyaman dan selesa.



Herbal Blend Shaklee

Kenapa saya harus pilih Herbal Blend?



Herbal Blend  diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi (horse chestnut, bunga yarrow, daun sage, dan juga rosemary). Ia telah diuji secara klinikal bagi melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah, seperti tumit, lutut dan siku. Ia dingin, bermentol dan tidak berminyak.

Jadi, untuk dapatkan Herbal Blend ni, cepat-cepat hubungi kami. Harga tak mahal pun. Berbaloi dengan khasiatnya! Wallaa...


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Ahad, 24 November 2013

Cara Atasi Masalah Ekzema secara Semulajadi


Assalamualaikum w.b.t...

Apa khabar pembaca VitamineShoppe semua? Semoga hidup kalian semakin ceria setiap hari.. :-) Kali ini saya nak share tentang eczema pula...first time saya jumpa orang yang ada masalah eczema ni ketika waktu sekolah dahulu...rakan saya mengalami masalah eczema pada tangan yang serius. Kulit pada bahagian tangan beliau sangat sensitif...tak boleh salah guna sabun, cepat je kulit dia menggelupas...sampai terluka-luka pulak tu...kesian saya tengok...

Sedikit info pasal ekzema : Ekzema atau dermatitis adalah penyakit kulit yang dialami oleh semua peringkat umur. Tedapat rawatan ekzema bagi mengurangkan penyakit ini. Ekzema ini berperingkat, yang ringan hingga yang berat. Bagi ekzema ringan, kulit akan menjadi kering, rasa panas dan gatal-gatal.Ekzema yang agak berat pula, kulit menjadi pecah, retak dan juga berdarah. Walaupun nampak teruk, ekzema tak berjangkit. Dengan rawatan ekzema yang baik, sakit akan berkurangan. Tapi mesti berjaga-jaga kerana kulit pesakit ekzema agak sensitif. Perlu penjagaan yang lebih:4 Rawatan Ekzema (General)


  • Elakkan dari perkara yang merengsa seperti bahan kimia atau pakaian yang gatal.
  • Gunakan selalu 'emollients' bahan pencuci bukan sabun. Juga krim pelembap yang khas untuk ekzema.
  • Gunakan rawatan anti-radang sama ada berasaskan steroids atau yang semulajadi dan tiada kesan sampingan
  • Penggunaan sarung tangan juga disarankan. Bagi mengelak kulit tercedera apabila digaru kerana gatal.
Ya, ekzema bukan mudah hendak dihilangkan. Rawatan ekzema boleh jadi leceh dan adakala 

memenatkan. Tapi bersabarlah, jika benar rawatan yang diambil, ekzema akan berkurangan.

6 Cara Mencegah Ekzema Lebih Teruk

  • 5 Minutes Rule, sapakan emollient sekitar 5 minit selepas mandi. Masa ini, kulit akan kehilangan lembapan dan menjadi kering
  • Beli atau guna pakaian dan 'bedding' yang berasaskan cotton.
  • Pastikan kuku anak yang ada ekzema kekal pendek.
  • Sarungkan sarung tangan bagi anak yang kecil.
  • Elakkan apa juga yang boleh 'trigger ekzema'. Seperti makanan atau bahan kimia atau bahan sintetik.
  • Bagi punca ekzema yang disebabkan 'dust mites'. Jangan gunakan carpet. Basuh selalu pakaian, bedding dan  'soft toys' untuk elak ekzema menjadi parah.
  • Cari tempat yang sejuk elak kulit menjadi gatal.

Rawatan Ekzema: Dalaman Ekzema boleh dicegah menjadi lebih teruk dengan pengambilan makanan tambahan yang baik. Bahan semulajadi bagi mengawal kegatalan dan radang. Juga merawat luka-luka disebabkan ekzema. Set Ekzema Shaklee, insyaallah membantu mengurangkan ekzema yang teruk.Set ini terdiri dari Omega Guard, Energizing Soy Protein (ESP) dan GLA. Kebaikan bagi merawat ekzema:

Omega Guard: Bersifat semulajadi anti radang. Juga memulihkan dan mengawal ekzema dari dari dalam. Pengambilan yang konsisten akan elakkan ekzema dari menyerang.

 ESP: Kaya dengan protein soya. Menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru dengan cepat. Memulihkan parut dan bekas ekzema.

GLA: Bagus untuk hampir semua sakit kulit. Mengurangkan kegatalan. Melembapkan kulit yang kering disebabkan ekzema (sumber: welovesusuibu.blogspot.com)


Jika anda turut mengalami masalah ekzema dan telah penat dengan segala rawatan di hospital, mungkin anda patut mencuba vitamin Shaklee yang semulajadi..insya Allah tiada kesan sampingan dan anda akan merasai perubahan yang lebih positif setelah mengamalkannya.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

Sabtu, 2 Februari 2013

TESTIMONI : Omega Guard Buat Kaum Ibu Gembira!

Selamat malam semua...sempena promosi Omega Guard bulan ini, maka dengan suka citanya saya ingin berkongsi tentang testimoni kebaikan minyak ikan Shaklee yang telah dirasai oleh para pengguna setia kami....hehehh, skemanya ayat...Jom baca testimoni diorang...siapa yang tak cuba memang rugi tau....masa sihat ni lah kalau nak jaga kesihatan pun kan...dah sakit baru kalut nak cari ubat..kang naya tu...
Seorang ibu  yang enggan memberikan ubat-ubatan dari hospital telah mencari alternatif semulajadi untuk menyembuhkan masalah demam, batuk & selsema anak beliau. Pn. Yeen Maszleen memberi anak beliau makan 2 biji omega & 4 biji vitamin C...demam anaknya beransur hilang dengan cepat...kahak dalam tekak pun dapat dikeluarkan dengan mudahnya...alhamdulillah..
Macam Pn. Khadeejah Hasmad pula, anak beliau mempunyai masalah eczema yang teruk..mula2 beliau sapukan dengan vitamin E. Luka mula hilang tapi kemudiannya naik luka baru pula...selepas itu beliau
membekalkan omega dan ESP kepada anak beliau untuk merawat eczema dari dalam. Alhamdulillah, kesan luka hilang sepenuhnya dan kulit anak beliau pun jadi licin macam tak pernah ada luka pun sebelum ini...best kan?

Pn. Atiqah Aziz pula mengambil omega untuk merawat masalah kurang daya tahan anak beliau yang mudah berjangkit jika berada di sekitar orang yang menghidapi selsema. Tapi setelah consume omega, masalah itu telah dapat diselesaikan dengan jayanya...bonusnya juga, eczema anak beliau juga turut hilang entah ke mana...hehehhe
Pn. Eda Ejai juga telah dapat menyelesaikan masalah selsema anak beliau yang berusia 4 tahun 7 bulan dengan pengambilan 2 biji omega setiap hari....

Testimoni Pn. Herny Yusnizar
"selepas melahirkn anak saya alami sakit lutut. then masa bangun pagi atau bangun
dari berdiri lama.. perrgh! sakit giloss!
lagi rasa mengantuk especially bila drive waktu tengahari or lepas balik dari kerja shift malam (walaupun sempat nap time malam)

after kerja malam selalunya pengsan sampai nak masuk asar :)

tapi sekarang sakit lutut dan sengal2 memang totally heal! (maybe sebab berat pun susut)

dan lebih alert.

selain tu omega bagus untuk jaga jantung dan tingkatkan metabolisma jugak serta rangsang otak terhadap sejenis hormon yang buat kita lapar. so bila amik omega selera makan pun berkurang :)

sumber lain yang kaya omega -3 fish oil, flaxseed n oat.

nak senang amik ja omega guard ni :)"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekian sahaja testimoni yang ingin saya kongsikan untuk anda. Jika berhasrat untuk memulakan hidup yang lebih sihat, bertindaklah sekarang juga yer...

Dengan setiap pembelian daripada saya, anda berhak mendapat konsultasi percuma selepas jualan secara berterusan...anda juga akan mendapat hadiah percuma yang istimewa, dan yang paling best anda akan di'add' ke FB secret group yang EXCLUSIVE hanya untuk pelanggan kami sahaja ;-)

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WA : 017-9438392