Memaparkan catatan dengan label zinc complex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zinc complex. Papar semua catatan

Selasa, 28 Januari 2014

Vitamin Shaklee untuk Lelaki tampil Hebat

Assalamualaikum...kali ini saya terpanggil untuk berkongsi tentang kepentingan vitamin untuk lelaki. Jika sebelum ini, 80-90% daripada pelanggan saya adalah wanita, tetapi ada juga kaum lelaki yang berminat untuk mencuba vitamin demi menjaga kesihatan tubuh badan mereka. Alhamdulillah. Ini menunjukkan bahawa kaum lelaki yang sering dilabelkan dengan sikap acuh tak acuh dalam perihal menjaga kesihatan mereka, telah mula sedar akan kepentingan vitamin dalam hidup mereka. Semoga lebih ramai insan bergelar lelaki akan sedar tentang kepentingan pengambilan vitamin setiap hari. 

Apa yang lebih menggembirakan saya ialah, suami saya sendiri telah menunjukkan minat untuk mengamalkan suplemen. Sebagai permulaan, saya hanya bekalkan Omega Guard dan Zinc Complex untuk beliau. Itu pun, suami saya mengambil masa berbulan-bulan lamanya untuk menghabiskan vitamin tersebut. Berbuih mulut saya berpesan supaya makan vitamin dengan konsisten setiap hari. Tapi, setelah beliau dapat merasai kebaikan daripada vitamin tersebut, sekarang beliau akan ingatkan saya awal-awal untuk re-stock sebelum suplemen beliau kehabisan...hehehee...kan dah cakap :-)

Di sini saya nak tampal satu kajian yang dilakukan oleh Prof. Datuk Dr. Khalid Yusof : 

"Purata jangka hayat lelaki di Malaysia pada tahun 2010 adalah 71.9 tahun berbanding wanita 77 tahun.Satu kajian empirikal mendapati purata jangka hayat lelaki di Malaysia lebih pendek daripada wanita dengan perbezaan kini sehingga tujuh tahun.Dekan Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr. Khalid Yusof berkata, golongan wanita mampu mencapai usia sehingga 79 tahun berbanding lelaki hanya setakat 72 tahun.

Apakah punca jangka hayat usia lelaki lebih pendek? 

  1. Kegagalan kaum lelaki mengamalkan gaya hidup sihat sehingga mudah terdedah kepada risiko pelbagai jenis penyakit.
  2. Golongan lelaki lebih terdedah kepada risiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, strok, buah pinggang, diabetes dan kanser.
  3. Kurangnya penjagaan kesihatan kerana lebih mementingkan urusan kerja turut mengakibatkan kaum lelaki lebih berisiko diserang penyakit berbanding kaum wanita

Saya berminat untuk mencuba vitamin Shaklee. Jadi produk manakah yang paling sesuai untuk lelaki macho seperti saya?

Vitamin Shaklee untuk lelaki mempunyai dua pilihan iaitu Set Optimum dan 
Set untuk Lelaki.

Set Optimum


atau 

Set untuk Lelaki

Semoga lebih ramai kaum lelaki yang memilih untuk mengamalkan suplemen. Pilihlah vitamin Omega Guard, Zinc Complex dan Vitamin E Complex   khas untuk anda.

Jika berminat untuk menghadiahkan suami dengan set ini, hubungi saya segera untuk tempahan.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221



Ahad, 12 Januari 2014

Kebaikan Zinc Complex Shaklee

Apa itu ZINC?
Zinc adalah nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat. Zinc didapati dalam sel-sel di seluruh badan. Ia membantu sistem imun melawan menyerang bakteria dan virus . Badan juga memerlukan zinc untuk membuat protein dan DNA , bahan genetik dalam semua sel-sel. Zinc sangat diperlukan oleh ibu mengandung, bayi, dan kanak-kanak memerlukan zinc untuk membesar dan berkembang dengan betul. Zinc juga membantu luka sembuh dan adalah penting untuk deria rasa dan bau.

Syyy... Saya nak kongsikan satu rahsia...
Tahukah anda, Zinc adalah suatu khazanah BERHARGA bagi orang LELAKI!
FAKTA : Zinc dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda daripada organ lain.
Jadi, zinc memainkan peranan yang sangat penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan zinc yang serius akan menyebabkan organ seks lambat matang, impoten, membantutkan perkembangan testikel, bacaan sperma yang rendah, fungsi seksual merosot, penuaan pra-matang dan masalah rambut gugur.

SIAPA PERLUKAN Zinc Complex
  • Lelaki dan Wanita dari bayi sampai ke tua
  • Wanita Mengandung dan Menyusu
  • Orang yang mempunyai pembedahan,gastrousus seperti pembedahan berat badan, atau yang mempunyai gangguan pencernaan , seperti ulser kolitis atau penyakit Crohn . Syarat-syarat ini kedua-duanya boleh mengurangkan jumlah zink yang badan menyerap dan meningkatkan jumlah yang hilang dalam air kencing .
  • Vegetarian kerana mereka tidak makan daging, yang merupakan satu sumber yang baik zink. Juga, kacang dan bijirin mereka biasanya makan mempunyai sebatian yang menyimpan zink daripada diserap sepenuhnya oleh badan. Atas sebab ini, vegetarian mungkin perlu makan zink sebanyak 50% lebih daripada jumlah yang disyorkan.
  • Bayi yang menyusu lama kerana susu ibu tidak mempunyai zink yang cukup untuk bayi lebih 6 bulan umur.Makanan yang mempunyai zink seperti daging puri adalah disarankan.
  • Alcoholics kerana minuman beralkohol mengurangkan jumlah zink yang badan menyerap dan meningkatkan jumlah yang hilang dalam air kencing.
  • Orang yang mempunyai penyakit sel sabit
  • Orang yang terkena cirit-birit yang serius
  • Warga emas yang berusia 65 tahun ke atas
  • Kanak-kanak dan orang dewasa
  • Orang yang terpaksa mengambil ubat-ubatan hospital dalam jangka masa yang panjang - ia boleh mengurangkan penyerapan zinc, meningkatkan pengeluaran zinc dari badan dan melemahkan fungsi zinc dalam badan.
KEBAIKAN Zinc Complex
  1. Meningkatkan sistem imun - membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang infection penyakit.
  2. Diabetis - membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
  3. Kanser prostat - pengambilan zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%
  4. Ovulasi wanita - wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya
  5. Memperbaiki radang kulit - Pengambilan zinc dapat memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat
  6. Jerawat - Zinc bertindak dengan mengawal selia jumlah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  7. Kelesuan kronik
  8. Mengekalkan deria bau - Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif
  9. Kemampuan seks lelaki - zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma
  10. Gugur rambut / botak - zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel
  11. Membentuk kolagen - Zinc membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
  12. Penyembuhan luka yang cepat - zinc mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam dan memperbaiki alergy
  13. Rabun malam
  14. Mengekalkan deria bau yang sihat 

KESAN KEKURANGAN ZINC?
Ia menyebabkan
  • pertumbuhan perlahan dalam bayi dan kanak-kanak
  • perkembangan seksual lambat di kalangan remaja dan mati pucuk di kalangan lelaki
  • rambut gugur
  • cirit-birit 
  • mata dan kulit luka
  • hilang selera makan
  • kehilangan berat badan
  • masalah dengan penyembuhan luka
  • keupayaan untuk merasa makanan
  • tahap kecerdasan yang rendah juga boleh berlaku.
Cadangan dos zinc mengikut usia :

The Recommended Dietary Allowance (RDA) for Zinc
Life Stage AgeMales (mg/day)Females (mg/day)
Infants 0-6 months(AI)(AI)
Infants7-12 months3
Children 1-3 years33
Children 4-8 years55
Children 9-13 years88
Adolescents14-18 years119
Adults 19 years and older118
Pregnancy 18 years and younger-12
Pregnancy 19 years and older-11
Breast-feeding 18 years and younger-13
Breast-feeding 19 years and older-12
Sekian perkongsian daripada saya. Diharapkan ia dapat memberikan manfat kepada yang memerlukan. Jika anda mempunyai tanda-tanda kekurangan zinc yang serius, hubungi saya untuk mendapatkan Zinc Complex anda sekarang.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392

Isnin, 21 Oktober 2013

Kekurangan Vitamin, Buruk Padahnya

Tahukah anda masalah berkaitan emosi juga boleh disebabkan oleh kekurangan vitamin? Ya, ia bukan saja menunjukkan kesan dari segi fizikal, malah lebih dari itu, bila kita kurang vitamin. Jom kita tengok apa kesan-kesan kekurangan vitamin ni..

   Vitamin B Complex – vitamin yang paling banyak dikaitkan dengan masalah mental dan otak

Vitamin B1 – kurang kosentrasi dan daya tumpuan
Vitamin B3 – tekanan perasaan
Vitamin B5 – kurang daya ingatan, stress
Vitamin B6 – mudah terasa hati, kurang daya ingatan, tekanan perasaan, stress
Vitamin B12 – kurang daya ingatan, keliru
Asid Folik – tekanan perasaan, gemuruh

   Vitamin C – bukan untuk kulit sahaja

Kekurangannya menyebabkan seseorang menjadi tertekan...

   Magnesium (dalam Ostematrix)

Kekurangannya menyebabkan seseorang mengalami tekanan perasaan, sukar tidur…

   Zinc

Kekurangannya menyebabkan seseorang mengalami kekeliruan, ‘blank’, tertekan, kurang motivasi, hilang selera makan, kurang konsentrasi.
Jadi bila anda mengalami perkara-perkara di atas, usah risau, anda masih belum gila.. cuma kekurangan vitamin saja.
Dapatkan
  • B Complex
  • Vita-C Sustained Released 500mg
  • Ostematrix (Calcium, Magnesium, Vitamin D)
  • Zinc

Kredit : http://vitaminsemulajadi.com/kesan-kekurangan-vitamin/



June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

Ahad, 22 September 2013

Set Berpantang Shaklee - Pilihan Ibu Moden di Malaysia

Pengalaman berpantang dengan jamu tradisional memberikan kesan kepada diri saya. Badan terasa panas dan tidak selesa. Jika terkurang minum air, boleh terkena sembelit pula. Dalam pantang, sembelit adalah perkara yang perlu dielakkan dan amat ditakuti oleh kaum wanita seperti saya. Nak ke tandas pun terasa sangat GERUN. Lebih-lebih lagi ketika dalam tempoh awal berpantang. 

Apa yang kelebihan set berpantang SHAKLEE :
  1. Memulihkan luka dalaman
  2. Mengelakkan meroyan
  3. Memanaskan badan 
  4. Mengatasi sembelit
  5. Menyembuhkan luka dengan lebih cepat
  6. Menambahkan susu badan
  7. Boleh digunakan seawal sehari berpantang
  8. Tidak panas dan boleh digunakan walaupun bayi mendapat kuning
  9. Membantu ibu kembali bertenaga setelah proses kelahiran bayi
Cadangan Vitamin untuk Ibu Berpantang @ Pembedahan




1. Vitalea ~ Merupakan kumpulan multivitamin dan multimineral yang lengkap. Ia bertujuan untuk membekalkan nutrisi yang lengkap kepada tubuh semasa dalam pantang. Vitalea juga diperkaya dengan zat besi. Zat besi sangat penting untuk proses pembentukan sel darah merah. Sewaktu proses kelahiran, ibu banyak kehilangan darah sehinggakan wajah kelihatan pucat, lesu dan tidak bermaya akibat kekurangan zat besi. Jadi, dengan vitalea si ibu akan kembali sihat dan bertenaga.

2. B Complex ~ Mengandungi 8 jenis vitamin B dan asid folik. Sangat penting untuk mengurangkan tekanan & meningkatkan metabolisme tubuh. Ia juga penting dalam penghasilan sel darah merah & membantu untuk menstabilkan hormon manusia. Kekurangan B Complex boleh menyebabkan si ibu mengalami gangguan emosi @ meroyan. Wanita yang berpantang seharusnya tidak mengabaikan B Complex kerana ia sangat penting untuk menstabilkan emosi kita.

3. Vita- C Sustained Released ~ Vitamin C Shaklee sangat istimewa kerana ia dicipta supaya diuraikan secara pelepasan masa. Vitamin C adalah jenis yang larut air. Jadi amat penting untuk kita memilih vitamin C yang dilepaskan sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan supaya badan kita mempunyai kandungan vitamin C yang cukup untuk meningkatkan antibodi badan. Vitamin C juga sangat penting bagi membantu badan pulih selepas bersalin.

4. Zinc Complex ~ Berfungsi untuk mengelakkan kelesuan, menyembuhkan luka serta menjaga kesihatan sel. Zinc merupakan zat galian yang amat penting untuk membantu proses pemulihan. Zinc bertindak mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman dan luaran badan kita. Kalau anda nak tahu, ikan haruan biasanya menjadi pilihan bagi mereka yang menjalani pembedahan adalah kerana ia kaya dengan khasiat zinc. Bonus kepada ibu yang ingin menyusukan anak, zinc turut memberi kebaikan kepada bayi kerana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf tumbesaran bayi.

Selain empat jenis vitamin di atas, di sini saya juga ingin mencadangkan suplemen lain yang sesuai bagi mereka yang sedang berpantang.

1. Alfalfa ~ Bertindak mengecutkan rahim, milk booster yang merangsang pengeluaran susu ibu, mengurangkan rasa kebas & sakit sendi serta membuang angin dan toksin dalam badan.

2. Ostematrix ~ Diperkaya dengan Kalsium, Magnesium dan vitamin D serta mineral lain untuk kesihatan tulang dan meningkatkan pengeluaran susu ibu. Juga bonus yang anda dapat ialah, masalah sembelit juga dapat dielakkan dengan Ostematrix. Mampu membekalkan zat kalsium yang diperlukan serta mengurangkan risiko terkena osteoporosis bagi ibu-ibu menyusu.

3. Energising Soy Protein (ESP) ~ Diperbuat daripada soya yang tidak diubahsuai secara genetik. Ia penting untuk membantu sel pulih dengan lebih cepat. Kesan parut & stretch mark yang hodoh juga dapat dikurangkan dengan segera. Protein soya dalam ESP juga memainkan peranan dalam memekatkan susu ibu & menjadikan bayi anda cepat kenyang & selesa.

4. Omega Guard Shaklee ~ Omega guarg berfungsi untuk memanaskan badan ketika kita sedang berpantang. Ia berfungsi mengurangkan rasa lenguh-lenguh badan dan mengelakkan sakit urat yang berlebihan selepas bersalin. Juga disarankan penggunaan omega kerana ia bertindak mencairkan darah-darah beku yang mungkin tertinggal di dalam rahim selepas bersalin. 

Semoga anda memilih produk yang betul-betul sesuai untuk mendapatkan tahap kesihatan terbaik selepas bersalin. Tak kenal maka tak cinta, tak amal maka tak rasa betapa hebatnya Set Berpantang Shaklee. Anda rugi jika tidak mencuba!



Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-25%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Ahad, 14 Julai 2013

Set Hamil Shaklee Mampu Milik!


Rindukan tangisan bayi sendiri? Tak dapat dinafikan bagi pasangan yang telah lama berkahwin pastinya ingin merasa pengalaman memiliki cahaya mata sendiri. Sudah bermacam-macam ikhtiar dilakukan. Jangan berputus asa dulu ye Tuan-Puan. Mungkin set ini akan menjadi usaha terakhir anda untuk mendapat cahaya mata. Siapa tahu?


Jika ada yang bertanya, bolehkah isteri saya hamil dengan mengamalkan GLA Complex? Tiada kepastian yang saya mampu berikan. Segalanya datang daripada Allah jua. Kita sebagai hamba haruslah berusaha semampu mungkin sehingga berjaya. Bagaimana agaknya ya GLA boleh membantu isteri mengatasi masalah tidak subur, period tidak teratur dan masalah cyst? 

✔ Kitaran haid yang tidak menentu adalah antara petanda seseorang mengidap PCOS dan lazimnya ia menyebabkan sesorang itu tidak subur. GLA membantu untuk menstabilkan haid. Apabila kitaran haid stabil, isteri boleh menentukan waktu suburnya dan merancang kehamilan dengan lebih mudah.

✔ Cyst atau fibroid adalah akibat dariapda pertumbuhan sel yang tidak sihat. GLA membantu untuk menstabilkan hormon badan serta mencegah aktiviti sel yang abnormal.

✔ Bagi masalah kesuburan pula, GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Ada wanita yang mengeluarkan cecair tersebut tetapi ianya tidak cukup subur, Ada wanita langsung tidak mengeluarkan cecair tersebut dan itu tanda anda tidak subur.Cecair serviks yang subur & berkualiti ini dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)"dan ianya sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Cecair subur ini juga membantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio.

✹ Bagaimana ZINK membantu suami mengatasi masalah sperma lemah?

✔ Zink ni dipanggil "the ultimate sex mineral" kerana zink mempengaruhi kesuburan lelaki, potensi, nafsu seks dan kesihatan seksual jangka panjang. Zink adalah penting untuk pengeluaran sperma, dan kebanyakan sebab kenapa jumlah air mani menurun dan paras testosteron rendah adalah kerana bekalan zink rendah.Info menarik, setiap ejakulasi boleh mengeluarkan sehingga 5 miligram zink, atau hampir separuh daripada jumlah keperluan harian manusia. Jadi jika anda sedang planning untuk menambah ahli kelaurga, zink boleh membantu meningkatkan kesuburan anda. 

✔Sperma tersebut perlu lah mampu untuk bergerak dengan pantas. Sel sperma perlu kuat dan mempunyai ketahanan yang tinggi untuk berenang ke arah telur untuk menyuburkannya. Ketahanan dan kekuatan sel sperma yang rendah adalah salah satu punca utama ketidaksuburan lelaki.Kekurangan zink boleh menyebabkan bacaan kekuatan sel sperma (sperm motility) di bawah 50% iaitu peratusan sperma yang bergerak ke hadapan kurang daripada separuh. 



Berminat?Hubungi saya sekarang. Kami akan sediakan JADUAL KHAS untuk HAMIL
dengan pengambilan GLA COMPLEX dan ZINK COMPLEX Shaklee.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Ahad, 23 Jun 2013

Vitamin Shaklee untuk Pesakit Diabetis

Tahukah anda? Bilangan pesakit diabetis di Malaysia semakin meningkat hampir 80 peratus dalam jangka masa 10 tahun ( 1996-2006) kepada 1.4 juta orang pesakit. Jumlah ini sangat membimbangkan kerana diabetis merupakan penyakit yang berbahaya dan boleh terkena kepada sesiapa sahaja yang gemarkan makanan yang manis- manis. Faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan penyakit diabetis adalah disebabkan oleh tabiat makan yang kurang sihat dan gaya hidup masyarakat Malaysia yang kurang bersenam akibat terlalu sibuk dengan kerjaya.

Apakah diabetis?
Diabetis atau pun kencing manis merupakan penyakit metabolik yang disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi di dalam darah. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu Jenis Pertama ( Type 1) yang berlaku akibat kekurangan pengeluaran hormon insulin. Manakala diabetis Jenis Kedua ( Type 2 ) pula adalah diakibatkan oleh keadaan sel yang tidak dapat bertindak balas terhadap hormon insulin dengan baik. Insulin merupakan hormon yang berfungsi untuk mengawal kandungan gula yang bersesuaian dalam darah. Insulin amat penting untuk membantu proses penyerapan gula ke dalam sel untuk membekalkan tenaga kepada badan. 
Gambar : Ehsan Dr. Google


Punca sebenar diabetis?
Makanan merupakan penyumbang utama kepada faktor peningkatan jumlah pesakit kencing manis. Makanan seperti nasi, roti putih, minuman berkarbonat dan mi boleh menyebabkan peningkatan kandungan gula yang tinggi dalam darah. Malaysia merupakan negara yang mewah dengan makanan, maka tidak hairanlah begitu ramai rakyat Malysia yang menghidap penyakit kencing manis. Selain itu, gaya hidup yang tidak sihat seperti tekanan, kurang bersenam, kurang masa untuk berehat dan meroko turut meningkatkan risiko untuk kita mendapat diabetis.

Adakah penghidap diabetis memerlukan perhatian doktor? 
Sudah tentu! Selain daripada penyakit jantung dan darah tinggi, kencing manis merupakan salah satu daripada penyakit kronik yang memerlukan perhatian serius daripada doktor. Tanpa pemantauan doktor dan 'pantang' daripada pesakit, kencing manis boleh mengakibatkan komplikasi pelbagai jenis penyakit lain seperti jantung, kegagalan buah pinggang, selaput pada mata yang pada suatu tahap boleh mengakibatkan buta dan silap-silap hari bulan kaki pun terpaksa dipotong akibat jangkitan bakteria pada luka yang lambat sembuh!

Apakah tanda-tanda awal jika seseorang itu menghidap kencing manis?

Penghidap kencing manis pada kebiasaannya:
  • berasa cepat dahaga
  • cepat letih
  • mengalami penurunan berat badan yang mendadak
  • kerap kencing terutamanya pada waktu malam
  • cepat kebas pada bahagian jari kaki atau jari tangan

Selain mendapatkan rawatan doktor, kita juga boleh mengawal kencing manis dengan pengambilan suplemen. Di sini saya ingin kongsikan tentang cadangan suplemen bagi pesakit kencing manis :
  • VIVIX ~ kaya dengan resveratrol yang meningkatkan tahap sensitiviti hormon insulin & mengurangkan membantu mengurangkan simptom bagi pesakit diabetis Type 2.
  • ESP ~  mempunyai tahap indeks glisemik yang rendah iaitu hanya 3.9. ESP akan dicerna secara berperingkat dan menyebabkan paras gula dalam darah dibebaskan mengikut keperluan sedikit demi sedikit.
  • VITALEA IRON FORMULA ~ mengandungi 28 vitamin & mineral lengkap termasuk kromium. Kromiun adalah sejenis mineral yang amat penting untuk menjalankan fungsi badan manusia yang normal. Ia penting bagi mengawal paras gula dalam darah mengikut keperluan badan manusia.
  • GLA COMPLEX ~ bertindak merendahkan kandungan gula dalam darah & mengurangkan kebas akibat lebihan gula dalam darah.
  • VITAMIN C~ mempercepatkan proses penyembuhan luka pada pesakit kencing manis
  • ZINC COMPLEX~ membantu pankreas untuk merembeskan hormon insulin yang penting untuk mengawal kandungan gula pada tahap yang diperlukan dalam darah.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383



Khamis, 30 Mei 2013

Set Jerawat Shaklee, Parut Hilang Kulit Berseri


Masalah jerawat mengganggu hidup anda? Kadang2 tu bila keluar jerawat batu yang besar gedabak tu boleh merendahkan tahap keyakinan diri kita. Nak keluar jumpa kawan2 pun terasa segan...apa lagi kalau nak ke kelas, ke tempat kerja mahu pun berdepan dengan orang ramai..karang ramai pulak yang menegurnya...huhuhh..Jerawat merupakan masalah yang seringkali dihadapi oleh remaja yang sedang membesar. Jom kenali apa itu jerawat & punca- punca yang menyebabkan jerawat mudah melata pada wajah. 

Jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.
Kenali Punca-punca Jerawat
Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.
Hormon dan Jerawat
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.
Pemakanan dan Jerawat
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.
Stress dan Jerawat
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat. (sumber : DrHasseenah.com)
Cadangan suplemen untuk mencegah masalah jerawat :

GLA - berfungsi untuk memulihkan kulit yang rosak
Vita E - hilangkan parut jerawat dengan lebih cepat
B complex - penyebab jerawat adalah akibat kekurangan vitamin B6 dalam diet harian
Vitalea - chromium membantu untuk metabolisma gula. Metabolisma gula yang tak stabil akan menyebabkan masalah jerawat.
Zinc - mengurangkan & mencegah pengeluaran jerawat serta membantu untuk memulihkan kesan-kesan luka akibat jerawat.


June Mohd | kerengge83@gmail.com | sms/ whatsapp : 017-943 8392

Sabtu, 4 Mei 2013

Mengapa Zinc Complex Diambil Sebelum Makan?

Jika sebelum ini, kebanyakan vitamin yang kita ambil, adalah disarankan untuk mengambilnya selepas makan. Tapi lain pula halnya dengan zinc complex...zinc complex tidak digalakkan untuk diambil selepas makan kerana dalam proses pencernaan yang normal, zinc boleh dimusnahkan, dikeluarkan atau mengikat dirinya dengan bahan lain. Contohnya roti serta bijirin mengandungi 'phytates' yang mampu mengikat dirinya dengan zinc sekaligus mengganggu proses penyerapan zinc oleh badan. aktiviti ini menjadi lebih aktif sekiranya sarapan yang kita ambil adalah roti dan susu dan boleh menyebabkan daya serapan zinc oleh badan berkurangan. Penting untuk anda tahu bahawa, pengambilan zinc selepas makan (terutamanya roti & susu ) akan menurunkan potensi zinc sehingga 1 mg untuk setiap 15mg zinc yang anda telan!


Macam saya, saya consume zinc tablet untuk masalah rambut gugur dan pada mulanya saya kurang menitikberatkan waktu pengambilannya...patutlah, kesan positif sukar dilihat kerana saya mengamalkan zinc complex sebiji selepas makan! huhu...

Nota : Pengambilan zinc complex Shaklee pada hari- hari pertama mungkin mendatangkan rasa mual @ loya. Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana tidak semua individu yang akan mengalaminya. Rasa loya tersebut hanyalah berlaku untuk seketika sahaja...no worries kay?

Rujukan:
D Oberleas, Proc West. Hemisphere of Nutrition Congress IV, American Medical Association, 1973
C C Pfeiffer, Mental and Elemental Nutrients : A Physician Guide to Healthcare, 1975
http://vitaminsemulajadi.com/kenapa-zinc-complex-shaklee-diambil-sebelum-msakan/


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah. Kalau nak lebih jimat, jadilah ahli dan dapatkan penjimatan sehingga 15-20% mengikut jenis vitamin. Ketahui 1001 kelebihan jadi ahli di sini.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Selasa, 12 Mac 2013

Vitamin untuk Mengurangkan Kencing Manis


Tahukah anda bahawa satu daripada tujuh orang rakyat Malaysia adalah pesakit kencing manis? Fakta ini sangat membimbangkan, dan jika tidak dicegah statistik ini boleh meningkat dari semasa ke semasa! Seringkali kita dipesan agar tidak makan makanan yang manis-manis, nanti terkena kencing manis. Betulkah pendapat ini?
Sebelum itu jom kita kenali apakah gula sebenarnya.
Gula adalah sejenis karbohidrat yang dipanggil ‘simple carb’. Ini kerana gula biasanya dalam bentuk monosakarida atau disakarida yang mudah diuraikan untuk diserap oleh tubuh. Glukosa adalah sumber tenaga yang paling bagus untuk sel otak dan saraf. Glukosa ini adalah gula dalam darah kita.
Glukosa akan ditukarkan menjadi tenaga untuk sel, umpama minyak kepada kereta. Glukosa yang berlebihan dan tidak digunakan akan disimpan di dalam hati, otot dan juga menjadi lemak.
Tubuh kita yang istimewa ini telah direka khas untuk mengawal kadar gula dalam darah. Apabila kadar gula dalam darah meningkat, glukosa berlebihan akan disimpan di dalam hati sebagai glikogen. Yang berlebihan lagi akan disimpan dalam bentuk lemak badan.
Manakala bila kadar gula dalam darah berkurang, misalnya semasa puasa, hati dan otot akan mengeluarkan glikogen tadi, ditukarkan menjadi glukosa, seterusnya menjadi tenaga.
Kestabilan kadar gula dalam darah dijaga oleh organ pankreas yang menghasilkan insulin dan glucagon. Insulin umpama ‘kunci’ kepada glukosa untuk disimpan dalam badan kita (sebagai glikogen dalam hati/otot). Apabila tahap gula dalam darah mencapai 110mg/dL, insulin akan menghantar isyarat agar glukosa berlebihan disimpan sbagai glikogen.
Manakala glucagon pula sebaliknya, bila kadar gula dalam darah menjadi rendah, ia menghantar signal kepada tempat penyimpanan glikogen tadi aar mengeluarkan glukosa.
Jadi, secara semulajadi tubuh kita mempunyai mekanisma khas untuk mengawal kadar gula dalam darah.
Apabila organ2 dan hormon yang terlibat dalam proses ini tidak berfungsi dengan baik, dari situlah timbulnya sakit kencing manis dan hypoglycemia. Bagi pesakit kencing manis, ada 2 jenis: diabetes type 1 & diabetes type 2,

Diabetes type 1 berlaku bila tubuh tidak menghasilkan insulin, atau terlalu sedikit dan tidak mencukupi untuk mengawal kadar glukos.
Manakala diabetes type 2 berlaku bila insulin yang dihasilkan sedikit, atau tubuh yang menghalang insulin berfungsi dengan baik. Dengan kata lain, sel badan tidak bertindakbalas dengan insulin.
Jadi dalam kedua2 kes, kadar glukos dalam darah tidak dapat dikawal, maka terjadikan kencing manis.
Penderita hypoglycemia pula mengalami keadaan di mana kadar gula dalam darah yang tak mencukupi lalu otak tidak mendapat cukup bahan api untuk berfungsi dengan baik.
Apakah rawatan yang sesuai untuk kencing manis?
Bagi penderita diabetes type 1, mereka memerlukan suntikan insulin kerana tubuh mereka tak menghasilkan insulin. Namun penyakit ini berkait rapat dengan diet, jadi penderita kencing manis harus memastikan mendapat khasiat seimbang dari makanan, terutama vitamin B complex yang membantu menukarkan glukos kepada tenaga, dan fiber yang boleh membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
Zink dipercayai berupaya memperkuatkan insulin. Vitamin C pula membantu mempertingkatkan penghasilan insulin. Pengidap kencing manis juga perlu mengawal pengambilan protein yang kompleks dan berlemak. Dapatkan altenatif protein sayuran seperti protein soya kerana ia kurang membebankan buah pinggang untuk diproses dan lebih ringkas.

Cadangan vitamin untuk pesakit diabetes

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya 

June Mohd
0192187383
kerengge83@gmail.com

SEKIAN, TERIMA KASIH.



Jumaat, 8 Februari 2013

Kebaikan Set Berpantang Shaklee dan Testimoni


Salam ceria di petang Jumaat :-) hari2 cuti ni jom manfaatkan masa kita dengan perkara2 yang berfaedah...saya pula memanfaatkan masa lapang ini dengan menulis blog heheheee...bermanfaat la sangat...jari jemari pun dah naik gatai nak menaip ni...dah 2-3 hari blog tak di'update'...kesibukan melanda di sekolah..terpaksalah ditunda hasrat untuk menulis....ok, sebelum saya melalut lebih jauh, maka dengan suka citanya saya ingin berkongsi tentang testimoni mereka yang telah menggunakan set berpantang...saya sendiri pun teruja nak cuba set berpantang Shaklee ni...masa bersalinkan Faris dulu tak kenal lagi Shaklee....rugi woo.....tapi tak pe, bak kata orang putih...better late than never, rite? Jom tengok apa yang ada dalam set berpantang...
Set Berpantang Shaklee


Vitalea with iron formula
Memandangkan ibu kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak mereka perlulah memastikan bahawa pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan tumbesaran anak tidak terjejas.

B-Complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan  B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting untuk membantu kita kekal bertenaga kerana B Complex membantu menukarkan makanan yang kita makan kepada tenaga malah membantu supaya emosi lebih stabil.

Vitamin C 500mg Sustained Release 
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.Sebiji vitamin C 500mg Shaklee adalah bersamaan tujuh biji setengah buah oren...mampukah anda untuk memakan buah oren sebanyak itu setiap hari?

Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Maka tidak hairanlah jika ikan haruan menjadi makanan yang dicari-cari jika seseorang itu ingin mengubat luka selepas bersalin @ pembedahan. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf tumbesaran bayi.

Berikut adalah testimoni seorang ibu yang gembira dengan pengalaman mengamalkan set berpantang Shaklee...

Testimoni 1:
Salam semua..sebelum ni baca testimoni org je kan..hari ni nk share pengalaman sy sendiri consume supplement Shaklee..ok, ceritanya..Anak saya ade G6PD Deficiency..Pead anak saya dah beri amaran keras supaya jgn amik @ pakai any jamu sbb bleh menyebabkan anak dpt prolong jaundice..disebabkan risaukan anak, selama 2 minggu sy berpantang tanpa sebarang jamu..badan pon dah terasa sengal2, xbermaya..saya mula mencari sesuatu yg bersesuaian untuk pantang..awal2 nak try set pantang shaklee ni (VitaLea, B Comp, Vita-C & Zinc), ragu2 gak..mcm mn supplement bleh jadi set pantang kan..bila start amik set ni, sehari dua dah terasa kesannya..seriously sengal2 badan & xbermaya terus hilang..proses pantang yg tinggal separuh lagi saya lalui dengan sgt2 bertenaga..kwn2 & sedara2 yg dtg melawat pon ramai tegur sy nampak sihat dan bertenaga tak mcm orang pantang..anak saya pon Alhamdulillah tak kena jaundice lgsg..syukur Ya Allah :) dari situ sy dah mula jatuh hati pada supplement Shaklee ♥♥♥ terima kasih kepada mummy Lydzar Rusman kerana kenalkan saya dengan supplement Shaklee..sekarang ni sy telah pon jadi salah seorg SID..rasa rugi jika benda yg baik disimpan seorg diri dan tidak dikongsikan bersama ;) -DIYANA ZAIM

Testimoni 2 :

Testimoni 3 :


Wowww...seronok kan...anda juga boleh merasai kebaikannya....berminat untuk mencuba?Hubungi saya untuk maklumat lanjut....

FB :June Mohd |0192187383 |kerengge83@gmail.com

P/S: Anda berhak mendapat konsultansi percuma yang berterusan selepas pembelian...anda juga bakal dijemput ke secret FB Group khas untuk pelanggan saya sahaja...Hadiah istimewa juga bakal menanti anda ;-)