Memaparkan catatan dengan label kepentingan protein. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kepentingan protein. Papar semua catatan

Selasa, 4 Mac 2014

Kebaikan ESP Shaklee :All times Favourite

Assalamualaikum w.b.t..

Sempena hari baik bulan baik ini, sukacita saya ingin berkongsi kebaikan ESP Shaklee dengan pembaca semua. Saya tak nafikan, walau pun ramai yang telah jatuh cinta, jatuh hati, naik sayang pada ESP, tapi laaaagi ramai yang tak pernah tahu pun tentang khasiat soya Shaklee ni..rugi kan mereka? Maka, atas dasar tanggungjawab sebagai seorang Shaklee Independent Distributor seperti saya, saya takkan berputus asa untuk memperkenalkan ESP kepada orang ramai. Saya lagi kasihan sekiranya orang-orang di luar sana terbeli produk yang mahal dan tidak sepadan dengan khasiat yang patut mereka peroleh. Fasal harga boleh tahan lagi... tapi kalau mereka membeli dan menggunakan produk yang ada kesan sampingan dan boleh mengancam nyawa, itu lebih menyedihkan. 

ESP merupakan produk Shaklee yang paling laris di pasaran kerana ia membekalkan sumber protein semula jadi dan selamat. Semua orang tahu kan bahawa badan kita perlukan protein untuk membesar dengan normal. Biasanya kita mendapatkan sumber protein melalui ayam, telur, ikan dan daging. Tapi masih ramai lagi yang mendapat sakit-sakit akibat tak cukup protein. Sebenarnya, khasiat protein yang kita dapat melalui lauk pauk setiap hari telah berkurangan. Protein mudah rosak apabila dimasak dan zat protein yang tinggal biasanya tidak cukup untuk memenuhi keperluan tubuh badan kita. 

Apa akan jadi jika badan kita TAK CUKUP protein?
  1. Badan mudah rasa lemah tak bermaya dan akhirnya menggeletar
  2. Tekanan darah menjadi rendah, kolesterol dalam badan tinggi dan mudah pening
  3. Menjadi punca ulser perut dan usus
  4. Luka sukar untuk sembuh dan meninggalkan parut yang hodoh
  5. Gangguan penglihatan dan menjadi kabur jika berterusan
  6. Kurang daya tahan badan. Antibodi lemah. Apabila protein kurang, badan tak mampu untuk lawan penyakit.




Siapa yang perlukan ESP?
  • Ibu yang  sedang hamil – ESP menguatkan rahim & membantu perkembangan otot bayi dalam kandungan.

  • Wanita yang merancang untuk hamil – ESP berfungsi untuk pelihara & pulihara rahim.

  • Ibu yang sedang menyusukan anak kesayangan – ESP membantu mempercepatkan pengeluaran susu dan memekatkan susu badan. Bayi akan mudah kenyang dan ibu tidak perlu berjaga malam untuk menyusukan anak.

  • Mereka yang ingin kurus dan ramping – ESP memberikan rasa kekenyangan yang berpanjangan. Jadi, kita akan kurang selera nak makan banyak2 sekali gus dapat mengawal berat badan.

  • Ingin jadi gemuk – macam pelik je bunyinya. Tapi percayalah, ada je orang yang kurus sangat dan nak tambah berat badan mereka. ESP membantu menganjalkan & memontokkan badan.

  • Ingin sihat – ESP memelihara kesihatan secara menyeluruh. Bila nutrisi dah lengkap, badan akan susah diserang penyakit. Setakat nak demam sikit2 pun tak jadi demam kot..

  • Orang yang ingin cantik dan jelita – ESP membuat kulit jadi licin, gebu & cerah tanpa sebarang make up yang berlebihan. Kata orang, natural beauty gitu..less is more rite?

  • Orang yang merancang untuk berpuasa - ESP membantu untuk kita bertenaga walaupun sedang berpuasa. Insya ALLAH.

  • Orang yang ingin stabilkan hormon dalam badan - ESP mengandungi khasiat kacang soya yang kaya dengan isoflavin untuk menstabilkan hormon wanita. Isoflavin bertindak mengeluarkan darah kotor daripada badan dan menggantikannya dengan protein yang diperlukan.
Berhati-hati apabila memilih suplemen tambahan. Pilihlah yang benar-benar berkualiti dan pastikan ia adalah keluaran Shaklee kerana Shaklee begitu mementingkan jaminan kualiti, mempunyai kajian klinikal tentang keberkesanan produk dan mengutamakan kepuasan pengguna.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Klik ORDER untuk membuat belian vitamin pilihan anda hari ini juga :-). Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung dan RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee atau menjadi ahli dan dapatkan penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Ahad, 2 Mac 2014

Tujuh Panduan Memilih Protein Soya yang Terbaik!

Assalamualaikum w.b.t..


Apa khabar pembaca sekalian? Seperti yang saya umumkan sebelum ini, bulan Mac 2014 adalah promosi bagi ESP Soy Potein. ESP merupakan hot seller Shaklee. Berebut-rebut orang nak dapatkan khasiat ESP kerana ia memang best... Sesiapa yang pernah cuba ESP, biasanya akan terus setia dengannya. Kepada yang belum pernah mencuba, inilah masanya untuk mendapatkan setin dua ESP buat diri-sendiri. 

Ramai yang berminat dengan protein soya, tapi pastikan protein soya pilihan anda mematuhi tujuh kriteria di bawah. Kalau kurang salah satu, itu tandanya soya anda tidaklah begitu berkesan.



  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatlah penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan di sepanjang proses pembesaran soybeans ini.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~ Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered? Sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah untuk dihasilkan (ini lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin natural..)…dan kebanyakan syarikat akan mencari cara untuk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yang dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone, jus penghadaman, antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol- Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dengan alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedangkan isoflavone itu diperlukan untuk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan memadatkan jisim tulang.
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium
sumber : Mamafaiz.com


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Isnin, 24 Februari 2014

Set Brilliant for Kids ~ Vitamin Shaklee untuk Kecerdasan Anak

Bagaimana untuk lahirkan anak yang pintar?

Setiap ibu dan ayah pasti inginkan anak mereka mempunyai tahap intelektual yang tinggi, berpotensi, bijak, kreatif, rajin belajar dan seronok membaca. Memang tidak dinafikan bahawa cemerlang dalam pembelajaran memberikan peluang yang cerah untuk masa depan anak anda, namun itu sahaja tidak mencukupi kerana tanpa nutrisi yang baik perkembangan minda dan kesihatan anak akan terganggu. Pengambilan nutrisi yang lengkap sangat penting supaya anak kita dapat membesar dengan sihat dan ceria. Anak-anak yang kurang jatuh sakit pastinya mampu belajar dengan fokus dan otak mereka dapat menyerap lebih banyak maklumat yang diajar oleh guru di sekolah.

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, di bawah merupakan beberapa nutrien penting yang membantu dalam perkembangan otak yang sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar.



Multivitamin/ Meal Shakes
Multivitamin memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B Complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.

Vitamin C
Vitamin C membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan dan demam selesema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin C juga perlu untuk mengekalkan integrasi antara sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.

Omega-3

Sebahagian besar daripada otak terbina daripada lemak "baik" yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega-3. Kajian menunjukkan yang diet yang kaya dalam Omega-3 boleh : meningkatkan keupayaan belajar
  • kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, 
  • meningkatkan daya tumpuan dan ingatan
  • meningkatkan perhubungan antara sel otak
  • menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif
  • membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.

Lecithin
Lecithin soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neurotransmitter asetilkolina yang terlibat dalam proses penghantaran mesej ke otak dalam sistem saraf. Akademi Sains Kebangsaan telah mengiktiraf yang kolina merupakan sumber penting dalam diet seharian kerana pelbagai khasiat yang dimiliki terutamanya untuk kesihatan otak.

Protein
Protein baik membantu untuk menyuburkan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmiter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina di dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel-sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.


Shaklee Brilliant for Kids Set

Shaklee memberikan rangkaian nutrisi terbaik yang diperlukan anak anda untuk sokongan tumbesaran yang sihat di samping mengekalkan kesihatan seiring tumbesaran mereka.

Set ini terdiri daripada:
  1. Chewable Vita-C Plus 100mg - Ia merupakan antioksida yang menyokong kesihatan sistem imun dan pertahanan tubuh secara semula jadi. Shaklee Chewable Vita-C Plus didatangkan dengan rasa citrus/limau dan vitamin C-nya mudah diserap dengan hanya mengunyah dan menghisapnya. Kajian menunjukkan bahawa vitamin C lebih mudah diserap sekiranya ia dikunyah sehingga lumat di dalam mulut berbanding terus ditelan bulat-bulat.
  2. OmegaGuard - Ia memberikan spektrum penuh yang berkesan dan merupakan asid lemak omega-3 bergred farmaseutikal
  3. Lecithin - Kaya dengan lecithin yang mengandungi kolina bagi menyokong kesihatan tubuh.
  4. Meal Shakes - Sumber protein yang hebat dengan menawarkan 19 vitamin dan mineral sebagai nutrien asas yang membantu dalam tumbesaran kanak-kanak dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.

Cara Makan:

Jadual makan vitamin adalah eksklusif untuk pelanggan kami sahaja. Cara makan yang tepat sangat penting dan ia akan mempengaruhi tahap keberkesanan sesuatu vitamin.


Lagi awal anda mulakan pemakanan tambahan untuk anak-anak, lagi cepat kesan positif yang akan anda nampak. Jadi, janganlah berlengah lagi. Jika ada anak anda yang akan menghadapi peperiksaan besar di hujung tahun, pastikan anda membekalkan suplemen dari awal tahun lagi. Persediaan awal mampu mengubah hidup dan masa depan anak anda. Insya ALLAH..kita berusaha, ALLAH tentukan. Selamat mencuba :-)

P/S : Anda berminat untuk menjana sumber pendapatan 2-3-4 angka sebulan? Sertailah team kami untuk mengetahui caranya dengan lebih lanjut.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221





Rabu, 19 Februari 2014

Diari Seorang Wanita ~ Cukupkan Nutrisi untuk Jadi Lebih Tinggi

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, masih dianugerahkan nikmat kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup hari ini. Semoga kita dapat menggunakan nikmat yang Allah anugerahkan untuk memberi lebih banyak hari ini. Sentiasa jadikan kita orang yang hidup untuk memberi kebaikan kepada orang lain dan bukanlah orang yang hanya tahu meminta dan menerima. Insya Allah.

Jadi, hari ini saya ingin berkongsi info yang saya dapat semasa mengikuti Bengkel Nutrisi Shaklee tempoh hari. Berkongsi pengetahuan yang kita ada juga merupakan salah satu 'pemberian' tau :-) . Terlalu banyak info yang saya dapat tempoh hari. Tak sia-sia saya menghabiskan cuti hujng minggu saya untuk berbengkel. Enjoy sangat2 OK..

Pernah tak anda terfikir untuk celebrate hari pertama kita datang bulan dalam hidup kita? Hihihii..bunyinya macam lucu, tapi ada rahsia di sebalik tarikh datang bulan yang pertama bagi seorang gadis. Saya pasti, tak ramai yang ingat tarikh tersebut..Mmm, nampak macam tak berapa pentingkan? 



Ada apa sebenarnya dengan tarikh pertama kita datang bulan tu? Selain ia menunjukkan bahawa kita dah akil baligh, ia juga menunjukkan yang kita hanya ada masa 3 TAHUN sahaja daripada tarikh tersebut untuk membesar dengan sempurna. Tempoh ini sangat-sangat kritikal, jadi adalah sangat penting untuk kita dapatkan nutrisi yang cukup untuk membesar.
Selepas 3 tahun, kita tidak akan meninggi lagi. Kita akan kekal dengan ketinggian tersebut hingga dewasa. Buatlah macam mana pun, memang takkan tinggi-tinggi lagi dah..Melebar jer boleh..sure kita tak nak jadi macam tu kan..ehehee. Jadi, dalam tempoh 3 tahun selepas datang bulan tu, pastikan kita mendapat protein dan kalsium yang mencukupi untuk tumbesaran yang normal. Takdelah badan kita 'rendang' semcam je..betul tak?

Protein dan kalsium pilihan saya sudah tentulah Energising Soy Protein ( ESP ) dan Ostematrix. Ibu-ibu, yang ada anak dara yang pertama kali datang bulan, bolehlah cuba ESP dan Ostematrix Shaklee supaya tubuh mereka dapat membesar dengan normal dan lebih sempurna :-)

Hubungi saya untuk mendapatkan khasiat ESP dan Ostematrix anda sekarang. Nak cuba vitamin lain pun boleh aje...

Sekian, terima kasih :-)

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Khamis, 9 Januari 2014

Tips Atasi Kulit Kusam, Kering dan Lesu

Kulit wajah yang kering harus diatasi dengan segera kerana ia akan menyebabkan penampilan seseorang terganggu. Tahap keyakinan diri juga akan berkurangan jika seseorang itu memiliki wajah yang kusam. Wajah yang kusam membuatkan wajah tampak tidak berseri. Lebih-lebih lagi jika anda akan berkahwin pada bulan hadapan. Sudah tentu anda impikan wajah yang mulus dan cantik berseri.



Bagaimana caranya nak elakkan masalah kulit kusam?

1. Pilihlah pelembap yang sesuai untuk wajah

Sebenarnya pelembab kulit wajah adalah wajib dipakai setiap hari. Untuk mendapatkan pelembab yang sesuai, berjumpalah dengan pakar kulit dan dapatkan pelembap yang sesuai untuk kulit anda.


2.Makanlah makanan yang ada Beta karoten

Beta karoten adalah salah satu jenis mineral yang berfungsi sebagai antioksidan serta diperlukan tubuh dan mempercepat proses regenerasi kulit. beta karoten itu buah-buahan serta sayuran yang amat berguna bagi wajah. jangan lupa amalkan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari tau..

.

3. Minum air putih 8 gelas sehari

Sebaik-baiknya minumlah air sebanyak mungkin iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas setiap hari.

Jangan  tunggu sehingga kita berasa haus kerana kekurangan air dalam badan akan membuatkan wajah kita dan kulit menjadi lebih kering.


4. Gunakanlah sabun khusus untuk muka 

Merawat wajah sebenarnya bukanlah sukar seandainya kita tahu apa yang harus dilakukan seperti memakai pencuci muka khusus. Pilihlah pencuci muka yang sesuai dengan kulit kita.


5. 
Sebaik-baiknya bersukanlah setiap pagi

Usahakan untuk mengeluarkan keringat pada waktu pagi, sedikit pun tidak mengapa. Pemanasan olahraga di waktu pagi akan membuat wajah kita bertambah segar dan badan terasa lebih bertenaga.


6. Amalkan suplemen sebagai makanan tambahan
Jika kita tidak mampu untuk makan makanan berzat setiap hari, sekurang-kurangnya amalkan pengambilan suplemen bagi menampung keperluan nutrisi dalam badan. Kekurangan zat makanan seperti protein juga boleh menyebabkan kulit wajah bertambah kusam. 

Diharapkan agar tips-tips di atas dapat membantu anda mengatasi masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

FB : June Mohd |kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392

Sabtu, 26 Oktober 2013

Kepentingan Protein kepada Manusia

Mungkin ramai yang dah lupa apa tujuan utama kita makan protein, dan untuk itu biarlah didedahkan sedikit ‘rahsia’ protein, yang mungkin sebahagian daripadanya kita dah belajar ketika di bangku sekolah dahulu. It’s a basic Science
  1. Pertumbuhan-16% tubuh badan manusia terdiri daripada protein. Kulit, rambut, organ-organ, otot, semuanya terdiri daripada protein (semuanya mengandungi DNA, dan dalam DNA ada protein). Saban hari, ada sahaja sel-sel kita yang mati, dan kematian tersebut haruslah digantikan dengan kelahiran. Badan memerlukan amino asid (komponen asas protein) untuk membina kembali otot-otot dan sel-sel kita yang lain. Tanpa protein yang mencukupi, badan kita akan menjadi lemah dan lembik. Dalam erti kata lain, Protein kepada badan manusia adalah sama seperti batu-bata kepada sesebuah bangunan. Cuba tanya diri anda, bolehkah kita membina bangunan yang kukuh jika sumber batu-bata tidak mencukupi?
  2. Metabolisma (otot)
    Kita sering bersenam dan melakukan kerja-kerja berat. Melalui bersenam banyak sel-sel otot kita yang “mati” terutamanya jika kita melakukan senaman yang mencabar kekuatan otot seperti weight training atau bodyweight training (push up, sit up, dan sebagainya). Kita tak menyedari kematian sel-sel ini kerana dalam tubuh badan kita terdapat berjuta-juta sel, mungkin juga lebih daripada tu. Maka kematian “sebahagian kecil” sel-sel tersebut mungkin kita tidak sedari. Namun, tanpa diet yang berkualiti (ada protein), sebahagian kecil sel-sel otot yang mati tadi mungkin tidak dapat diganti, dan saban hari “sebahagian kecil” tadi akan berubah menjadi “sebahagian besar”.Penurunan berat badan melalui “kehilangan otot” adalah sesuatu yang malang dan tidak harus dibanggakan, kerana turunnya berat otot bererti turunnya kadar metabolisma ANDA! Otot adalah mesin-mesin yang menggerakkan metabolisma kita, yang membakar lemak-lemak kita. Sila catat fakta ini besar-besar pada dinding bilik anda.
  3. Metabolisma (pencernaan)
    Sekali lagi, protein meningkatkan kadar metabolisma, dan makan lebih banyak protein meningkatkan kadar metabolisma berlipat kali ganda. Ini kerana badan memerlukan lebih tenaga untuk menguraikan struktur protein yang kompleks kepada komponen-komponen yang lebih ringkas berbanding karbohidrat. Dalam arena bina badan, high protein diet adalah sesuatu yang normal dikalangan mereka yang ingin menurunkan paras body fat %, namun jangan sesekali salah anggap, mereka bukannya mengamalkan Atkins diet.Karbohidrat adalah kawan karib bodybuilder, mana mungkin mereka meninggalkan karbohidrat. Apa yang mereka lakukan ialah, merendahkan sedikit pengambilan karbohidrat berbanding biasa, tetapi meningkatkan pula pengambilan protein (bersama sumber alkaline seperti sayur-sayur, kerana protein bersifat acidic).
  4. Menstabilkan Paras gula (dalam darah) dan Insulin-Memandangkan protein melambatkan sedikit proses pencernaan berbanding jika anda makan karbohidrat semata-mata, maka gabungan protein dan karbohidrat (dengan sedikit lemak) dalam diet adalah perlu. Protein mencegah paras gula dalam darah daripada naik terlalu cepat, sekaligus menstabilkan regulasi di antara paras gula dan insulin. Hal ini sangat penting jika anda ingin mengurangkan kebarangkalian proses penukaran glycogen berlebihan kepada lemak dengan pantas.
  5. Protein – berapa yang kita perlukan?-Ini bergantung kepada gaya hidup anda, juga faktor fisiologi anda seperti jantina (lelaki perlukan lebih protein berbanding wanita). Minimum protein yang diperlukan dalam sehari ialah kira-kira 1g per kg berat badan (jika berat anda ialah 60kg, maka anda perlu makan SEKURANG-KURANGNYA 60g sehari). Namun makan terlalu banyak protein juga tidak digalakkan, melainkan anda melakukan banyak kerja berat, seperti weight training (intensiti tinggi).Pengambilan protein yang maksimum yang boleh diambil manusia normal ialah kira-kira 3g per kg berat badan. (kredit)
  6. Memandangkan protein sangat penting kepada kita, jadi saya memastikan bahawa saya mengambil protein soya ESP setiap hari. Protein yang kita ambil daripada makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging dan sebagainya biasanya mudah musnah sewaktu kita memasak. Jadi, kita tidak mendapat sumber protein yang mencukupi melalui makanan kita. Itulah sebabnya saya memilih ESP sebagai sumber protein terbaik untuk keluarga saya. Jika anda juga berminat untuk mendapatkan sumber protein yang berkualiti, boleh hubungi saya untuk pertanyaan. Sekian, terima kasih :-) 



June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383