Memaparkan catatan dengan label omega guard. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label omega guard. Papar semua catatan

Selasa, 23 September 2014

Set Anak Bijak Sihat Shaklee

Sejak akhir-akhir ini saya dah tak perlu ingatkan Faris untuk makan suplemen for kids setiap hari. Bila tiba waktu makan vitamin, dia akan ingatkan saya untuk memberikan vitamin kepadanya. Pagi-pagi selepas sarapan Faris akan kunyah Chew vita-C. Rasa buah oren yang masam-masam manis tu sangat digemarinya. Ada sekali tu, Faris sampai nak bawa 'gula-gula' @ Chew C beliau ke rumah pengasuh. Nak berkongsi dengan kawan-kawan katanya :-) Boleh tahan pemurah jugak Faris ni ye...



After lunch, saya bekalkan Faris dengan Omega Guard. Ketika mengandung hari tu saya tak ambil minyak ikan apa-apa. So, sepanjang menyusu dan selepas berhenti susu saya bekalkan khasiat minyak ikan kepada Faris. Risau jugak kalau otak Faris tidak dapat berkembang seperti sepatutnya. Tambahan pula, Omega Guard banyak lagi fungsi lain terhadap kesihatan buah hati pengarang jantung saya ni...Alhamdulillah, Faris suka Omega Guard dan senang je nak suruh dia makan setiap hari... Kalau ubat, alamatnya bertuahla kalau dia nak telan :p

Meal Shakes pula Faris akan request bersama segelas susu sebelum tidur. Ada ketikanya, Meal Shakes yang sedap tu diratah begitu sahaja macam Faris ratah Milo. Bukan setakat rasanya yang hebat, bau vanilla Meal Shakes pun dah cukup buatkan sesiapa sahaja teruja untuk mencuba... Faris boleh sampai tahap merayu-rayu kalau Mama terlambat sediakan susu Meal Shakes kesukaannya...sabar jelah kan?

Kalau nak tahu bagus ke tak set ini, cubalah dulu...lepas tu baru boleh lihat sendiri perbezaan kat anak-anak...set ini boleh tahan sehingga 2-3 bulan...tak mahal pun jika dibahagikan kepada 90 hari... harga sekitar RM3.20 je sehari. Yang penting....anak sihat, hati ibu pun bahagia..tak perlu lagi ibu ambil cuti emergency bila anak sakit...pengasuh pun suka bila jaga kanak-kanak yang sihat dan cergas :-) Insya Allah.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Khamis, 28 Ogos 2014

Testimoni Menyentuh Hati Tentang Pesakit GOUT

Mataku terasa berpasir apabila membaca kisah ini. Lantas segera terkenangkan arwah bapa saya yang juga seorang bekas pesakit gout suatu ketika dahulu. Namun sayangnya, saya tidak sempat memberikan arwah bapa saya makan suplemen Shaklee kerana saya hanya kenal Shaklee selepas 4 tahun pemergian beliau. Jadi, atas sebab itu jugalah saya gigih berkongsi kebaikan Shaklee kepada semua supaya lebih ramai yang mendapat manfaatnya dan tidak menderita kesakitan dengan lebih lama lagi. Semoga Allah jadikan Shaklee sebagai asbab untuk lebih ramai orang hidup sihat dan bahagia :-)

KISAH BENAR
----------------------
[AYAHKU PENDERITA GOUT 20 TAHUN..…]
Kisah bermula ketika saya berumur 12 tahun.Ayah bawa saya ke Sunway Lagoon.Bukan main sukanya hati ni dapat berjimba-jimba disana bersama kakak saya.
Sedang bersukaria, tiba-tiba ayah mengerang kesakitan.katanya kakinya amat sakit.nak bangun pun tak boleh.ibu mula resah.saya apatah lagi.macam-macam yang terlintas di kepala waktu itu.
“Kenapa ayah tiba-tiba jadi begini?”
“Adakah ayah lumpuh?”
Astagfirullah…susahnya hati saya masa itu.Terbantut nak bersukaria.Hari yang gembira bertukar menjadi duka.Ayah ditolak dengan “wheel chair” ke kereta.Dan ibu terus memandu kereta menuju ke klinik berhampiran.Ayah diberi Pill Killer.
Sehingga kini umur saya 30 tahun.
Ayah masih makan pill killer setiap kali gout menyerang.Dah jadi macam gula-gula.Goutnye kerap bertandang.Sekarang makin teruk.Bengkak-bengkak di tumit dan juga di tangan.Bukan bengkak biasa.Siap bernanah besar-besar pula tu.Naik seram saya tengok. Dalam hati…bilakah semua ini akan berakhir.
Saya simpati ayah jalan henjut-henjut.
Saya sedih ayah solat tidak dapat duduk dengan betul ketika tahyat awal mahupun akhir.
Saya nangis belakang pintu lihat ayah terbaring mengerang sakit atas katil ketika mana dia tak kuat untuk berjalan.
Hanya doa yang mampu saya panjatkan.Doa yang tanpa usaha.
Ustaz masa sekolah cakap…Doa tanpa usaha adalah SIA-SIA.tetapi ituje yang saya mampu.
Sedih.
1 hari..tergerak hati saya untuk berikan ayah OMEGA dan ALFAFA Shaklee.Saya ada terbaca yang Omega mampu mengurangkan radang sendi dan juga kesakitan.Manakala Alfafa mampu meneutralkan uric acid kepada alkali.wahh menarik!!teruja saya nak berikan kepada ayah saya.Saya beri pada ayah dan tulis besar-besar pada botol.tiba waktu makan,saya SMS ayah.
“Ayah dah makan OMEGA?”
“Dah makan ALAFA?”
Begitulah bersungguhnya saya inginkan ayah sihat.Ayah saya patuh dan konsisten menelan 2 supplemen ini.
Sambil saya tak henti-henti berdoa moga inilah usaha terbaik untuk ayah saya.
Hari yang cerah.Ayah baru pulang dari cek up di hospital.Wajahnya girang dan berseri.
Dihulurkan sehelai kertas kepada saya.
“Kertas apa ni?”
Masyallah!!terkejut saya lihat bacaan uric asid ayah saya berada di paras NORMAL!!!
Ya Allah..bergenang air mata saya.
“Dah 20 tahun…ayah tak pernah pun dapat bacaan uric asid NORMAL.Doktor pun terkejut.Bagus ye Shaklee “ kata ayah
Dah setahun ayah bersama Shaklee…saya asyik intai je kakinya.tiada lagi bengkak…tiada jalan hinjut-hinjut…tiada nanah besar-besar.
Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…
Hati anak mana yang tak gembira pabila ayah tersayang kembali ceria menjalankan kehidupan…
Terima kasih Allah…..



"..Why i love this amazing company....Not a ringgit was earned without somebody first helping somebody else become healthier, giving somebody an opportunity to have better life for their family, making planet a more sustainable place.."~CEO Shaklee Corporation

Ketahui maklumat lanjut tentang SET GOUT Shaklee di link ini. Anda juga boleh dapatkan set Gout Shaklee secara online sekarang.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221



Isnin, 17 Mac 2014

Alternatif untuk Kawal Kolesterol dengan Shaklee

Kata orang, Malaysia negara yang mewah lagi kaya. Kalau tak percaya, tanyalah pendatang asing yang berebut-rebut untuk datang dan bekerja di Malaysia. Pasti ada sesuatu yang bermakna bagi mereka di sini. 

Tapi bagi saya, negara kita Malaysia memang sangat mewah dengan pelbagai jenis masakan dan makanan yang istimewa. Sebab itulah, rakyat Malaysia banyak ditimpa penyakit yang berpunca daripada makanan. Penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung, kolesterol tinggi dan sebagainya kebanyakannya bermula daripada pola pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang kurang sihat serta kurang bersenam.

Kali ini saya ingin berkongsi pandangan tentang alternatif untuk mengawal kolesterol dengan suplemen Shaklee. Namun begitu, harus diingat bahawa suplemen bukan ubat dan ia hanya berfungsiuntuk mencegah penyakit daripada menjadi lebih serius. Kesannya juga tidaklah terlalu cepat kerana ia bertindak dengan 'lembut' pada tubuh kita.

Mari kita fahami terlebih dahulu apakah kolesterol?

Kolesterol ialah komponen asid lemak tepu yang terdapat dalam lemak haiwan seperti men­tega, kuning telur, dan sebagainya. Kolesterol yang berlebihan dikatakan mem­punyai kesan buruk pada sistem pengedaran darah. Kolesterol terbahagi kepada dua jenis iaitu : LDL ( low density lipoprotein) atau kolesterol jahat dan HDL ( high density lipoprotein ) atau kolesterol baik.

Kolesterol sebenarnya tidak perlu diambil dalam bentuk makanan kerana hati kita telah menghasilkannya di dalam badan. Bagaimanapun, pemakanan harian kita selalunya mengandungi kolesterol yang tinggi yang boleh didapati dari kuning telur, hati lembu, daging merah dan susu penuh lemak.

Kolesterol bergerak di dalam darah sebagai lemak-protin yang dikenali sebagai lipoprotein. Ia terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu HDL dan LDL.
  • LDL yang tinggi boleh menyebabkan risiko penyakit jantung meningkat.
  • HDL pula bertindak sebagai kolesterol baik yang mengawal kesihatan jantung.
 

Mengikut panduan yang telah dikeluarkan oleh National Heart, Lung, and Blood Institute (NHLBI), individu yang sihat perlulah mempunyai kadar:
  • kolesterol keseluruhan di bawah 200 mg/dl
  • HDL lebih daripada 35 mg/dl
  • LDL kurang daripada 130 mg/dl
Sekiranya anda mempunyai masalah kolesterol tinggi dan ingin mencuba suplemen sebagai penawarnya. Saya mencadangkan supaya anda mencuba suplemen-suplemen di bawah :


ALFALFA & HERB LAX : Bertindak seperti span untuk menyerap kolesterol yang ada dalam badan dan dibuang melalui perkumuhan
VITAMIN C : Menurunkan kolesterol dengan menguatkan dinding arteri bagi memastikan salur darah kita sihat.
B COMPLEX : Mengandungi B3 ( Niasin ) yang membantu merendahkan kolesterol
OMEGA GUARD : Omega 3 membantu mengurangkan kolesterol jahat  (LDL) dalam badan
VITAMIN E : Melancarkan peredaran darah ke seluruh badan
GARLIC : Merendahkan kolesterol dan tekanan darah

Sekiranya berminat untuk mendapatkan set kolesterol ini, anda bolehlah hubungi saya : 

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221




Jumaat, 14 Mac 2014

Bahayakah Antibiotik kepada Bayi?

Masih teringat sewaktu awal-awal kelahiran Faris dulu. Bagi seorang ibu yang baru pertama 

kali menjadi ibu dan kekurangan pengalaman, saya mudah cemas dan risau sekiranya anak

terkena demam atau selesema. Jadi, pantang suhu badan Faris panas sedikit kami segera ke

klinik untuk mendapatkan rawatan. Antara ubat wajib yang doktor bekalkan 

ialah antibiotik. Tapi saya tidaklah memberikan Faris antibiotik terlalu kerap kerana saya 

pernah terbaca tentang bahaya antibiotik kepada manusia.


Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua fakta sebenar tentang antibiotik.

Secara ringkasnya, fakta antibiotik adalah seperti di bawah :


Apa itu antibiotik?
  • Antibiotik merupakan sejenis dadah yang membunuh bakteria dan melawan jangkitan. Pada awalnya, antibiotik diperoleh daripada kulat dan cendawan.
  • Penisilin adalah antibiotik yang paling dikenali. Ia telah digunakan sejak 60 tahun lalu.
  • Tidak semua antibiotik berkesan untuk melawan penyakit.
  • Tahukah anda, di US lebih 500,000 kanak-kanak mendapat kesan sampingan akibat penggunaan ubat-ubatan dan 5% daripadanya terpaksa dimasukkan ke wad.
  • Pengambilan antibiotik juga boleh menyebabkan masalah ruam, sakit perut dan cirit-birit.
  • Antara contoh bakteria antibiotik yang resistant terhadap Chloramphenico ialah Salmonella Typhi dan Streptoccocus Pneumonia resistant terhadap Maklorida baru dan banyak lagi.

.
''Antibiotik kerap disebut sebagai 'magic drug' kerana peranannya yang sangat besar dalam mengurangkan angka kematian. Tetapi kini antibiotik menjadi ancaman disebabkan oleh penggunaannya secara berleluasa mencetuskan kerintangan bakteria terhadap ubat.''


Menurut pandangan doktor :

''Atas sebab masalah resistant, (lali pada antibiotik) , para doktor sangat menitikberatkan 

mengenai antibiotik. Kami akan memulakan rawatan antibiotik HANYA apabila dirasakan 

perlu, dan kami sering menegaskan bahawa rawatan antibiotik mestilah DIHABISKAN bagi 

mengelakkan terjadinya masalah resistant ini. Oleh itu janganlah hairan apabila anak anda 

dibawa ke klinik, doktor sekadar memberi ubat demam/ batuk tetapi tidak antibiotik. 

Kebanyakan kes kanak-kanak demam, mereka tidak perlukan antibiotik pun. Kalau boleh 

kami tak mahu menyebabkan anak anda terdedah dengan antibiotik awal-awal. Tetapi bila 

keadaan anak teruk, demam sangat panas, tak mahu makan/minum, paru-paru ada bunyi 

atau nampak tanda jangkitan di X-Ray, maka mesti kena dapatkan rawatan antibiotik.

Ada juga ibubapa yang bila pergi klinik A, diberi antibiotik, baru makan tiga hari demam

 tak kebah, dah pergi ke klinik B dan diberi antibiotik lain pula. Perbuatan sebegini,

 sangat-sangat menyumbang ke arah terjadinya resistant antibiotik. Kami khuatir bakteria

 resistant ini boleh menjadi dormant dalam badan anak, dan kelak apabila si anak

 membesar/ dewasa, ia boleh menjadi opportunis menyebabkan jangkitan yang semakin

 sukar dirawat.''

Seboleh-bolehnya saya memang mengelakkan daripada memberikan anak saya makan ubat-

ubatan mahu pun antibiotik. Jadi, sebagai alternatifnya saya membekalkan Faris nutrisi

yang lengkap melalui makanan dan suplemen setiap hari. Suplemen wajib untuk Faris ialah

Meal Shakes, Omega Guard dan Chewable Vita-C. Alhamdulillah, Faris dah lama sangat

tak perlu ke klinik kerana jarang demam mahu pun selesema. Bersyukur sangat kerana

dengan izin Allah melalui Shaklee, keluarga kami dapat menikmati kehidupan yang lebih

baik :-) Terima kasih Ya Allah!


Berminat untuk mendapatkan ini, hubungi saya melalui maklumat di bawah. Sama-samalah

kita berusaha untuk menikmati hidup yang lebih sihat demi masa depan anak kita hari ini

juga.


Sekian, terima kasih!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Isnin, 24 Februari 2014

Set Brilliant for Kids ~ Vitamin Shaklee untuk Kecerdasan Anak

Bagaimana untuk lahirkan anak yang pintar?

Setiap ibu dan ayah pasti inginkan anak mereka mempunyai tahap intelektual yang tinggi, berpotensi, bijak, kreatif, rajin belajar dan seronok membaca. Memang tidak dinafikan bahawa cemerlang dalam pembelajaran memberikan peluang yang cerah untuk masa depan anak anda, namun itu sahaja tidak mencukupi kerana tanpa nutrisi yang baik perkembangan minda dan kesihatan anak akan terganggu. Pengambilan nutrisi yang lengkap sangat penting supaya anak kita dapat membesar dengan sihat dan ceria. Anak-anak yang kurang jatuh sakit pastinya mampu belajar dengan fokus dan otak mereka dapat menyerap lebih banyak maklumat yang diajar oleh guru di sekolah.

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, di bawah merupakan beberapa nutrien penting yang membantu dalam perkembangan otak yang sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar.



Multivitamin/ Meal Shakes
Multivitamin memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B Complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.

Vitamin C
Vitamin C membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan dan demam selesema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin C juga perlu untuk mengekalkan integrasi antara sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.

Omega-3

Sebahagian besar daripada otak terbina daripada lemak "baik" yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega-3. Kajian menunjukkan yang diet yang kaya dalam Omega-3 boleh : meningkatkan keupayaan belajar
  • kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, 
  • meningkatkan daya tumpuan dan ingatan
  • meningkatkan perhubungan antara sel otak
  • menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif
  • membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.

Lecithin
Lecithin soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neurotransmitter asetilkolina yang terlibat dalam proses penghantaran mesej ke otak dalam sistem saraf. Akademi Sains Kebangsaan telah mengiktiraf yang kolina merupakan sumber penting dalam diet seharian kerana pelbagai khasiat yang dimiliki terutamanya untuk kesihatan otak.

Protein
Protein baik membantu untuk menyuburkan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmiter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina di dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel-sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.


Shaklee Brilliant for Kids Set

Shaklee memberikan rangkaian nutrisi terbaik yang diperlukan anak anda untuk sokongan tumbesaran yang sihat di samping mengekalkan kesihatan seiring tumbesaran mereka.

Set ini terdiri daripada:
  1. Chewable Vita-C Plus 100mg - Ia merupakan antioksida yang menyokong kesihatan sistem imun dan pertahanan tubuh secara semula jadi. Shaklee Chewable Vita-C Plus didatangkan dengan rasa citrus/limau dan vitamin C-nya mudah diserap dengan hanya mengunyah dan menghisapnya. Kajian menunjukkan bahawa vitamin C lebih mudah diserap sekiranya ia dikunyah sehingga lumat di dalam mulut berbanding terus ditelan bulat-bulat.
  2. OmegaGuard - Ia memberikan spektrum penuh yang berkesan dan merupakan asid lemak omega-3 bergred farmaseutikal
  3. Lecithin - Kaya dengan lecithin yang mengandungi kolina bagi menyokong kesihatan tubuh.
  4. Meal Shakes - Sumber protein yang hebat dengan menawarkan 19 vitamin dan mineral sebagai nutrien asas yang membantu dalam tumbesaran kanak-kanak dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.

Cara Makan:

Jadual makan vitamin adalah eksklusif untuk pelanggan kami sahaja. Cara makan yang tepat sangat penting dan ia akan mempengaruhi tahap keberkesanan sesuatu vitamin.


Lagi awal anda mulakan pemakanan tambahan untuk anak-anak, lagi cepat kesan positif yang akan anda nampak. Jadi, janganlah berlengah lagi. Jika ada anak anda yang akan menghadapi peperiksaan besar di hujung tahun, pastikan anda membekalkan suplemen dari awal tahun lagi. Persediaan awal mampu mengubah hidup dan masa depan anak anda. Insya ALLAH..kita berusaha, ALLAH tentukan. Selamat mencuba :-)

P/S : Anda berminat untuk menjana sumber pendapatan 2-3-4 angka sebulan? Sertailah team kami untuk mengetahui caranya dengan lebih lanjut.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221





Sabtu, 8 Februari 2014

Vitamin untuk Hilangkan Demam dan Selsema Anak

Dua hari lepas Faris terkena demam. Siang OK, tapi bila malam tiba suhu badan agak panas.
Risau juga kita dibuatnya. Faris pula jenis yang susah sangat nak makan ubat. Bila disuap, terus diluahkan sampai muntah-muntah. Tapi syukurlah, belum pun sempat saya bawa Faris ke klinik, demamnya dah kebah. Yang tinggal hanyalah selsema yang tidak terlalu serius. 

Di sini saya ingin kongsikan tips yang boleh kita lakukan sekiranya anak demam tiba-tiba di waktu malam. Sementara dibawa ke klinik untuk rawatan lanjut, bolehlah anda mencuba tips di bawah :


1. Elakkan anak memakai baju tebal @ tak pakai langsung lagi bagus ~ memudahkan kita untuk mengelap tubuh anak dengan air. Macam saya, saya akan titiskan 2-3 titis Basic H ke dalam semangkuk air supaya suhu badan anak turun dengan lebih cepat.


2. Saya menggalakan anak minum air Performance ( perisa oren yang sedap ) untuk menyejukkan bahagian dalam badan. Performance adalah minuman isotonik yang sangat Faris gemari kerana rasanya yang enak. Tak cukup segelas, dimintanya segelas lagi. Ia bagus untuk mengelakkan badan anak kekeringan dan mengurangkan bacaan suhu yang tinggi. Jadi, saya sentiasa pastikan stok Performance sentiasa ada untuk kegunaan ketika kecemasan.


3. Untuk mengelakkan hidung tersumbat pula, saya memastikan Faris mengunyah sebiji Omega Guard sebelum tidur. Omega Guard membantu untuk mencairkan hingus dan kahak yang tersimpan dan dikeluarkan melalui batuk. Selain itu, Omega Guard juga bagus untuk mengelakkan penyakit asthma akibat kahak yang terkumpul dalam paru-paru.

4. Selain itu, untuk mengelakkan anak kekurangan nutrisi akibat hilang selera makan, saya turut membekalkan Meal Shakes setiap hari. Dengan ini, Faris masih mendapat zat yang sepatutnya diambil melalui makanan melalui vitamin dan mineral yang ada dalam Meal Shakes.

Rasanya setakat ini dahulu cerita saya. Kita berjumpa lagi dalam entry akan datang. Petang ni dah janji dengan Faris nak bawa dia pergi main dengan sepupu-sepapatnya di kampung Mak Tok. Sehingga ketemu lagi di lain siaran. Assalamualaikum :-)

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Selasa, 28 Januari 2014

Vitamin Shaklee untuk Lelaki tampil Hebat

Assalamualaikum...kali ini saya terpanggil untuk berkongsi tentang kepentingan vitamin untuk lelaki. Jika sebelum ini, 80-90% daripada pelanggan saya adalah wanita, tetapi ada juga kaum lelaki yang berminat untuk mencuba vitamin demi menjaga kesihatan tubuh badan mereka. Alhamdulillah. Ini menunjukkan bahawa kaum lelaki yang sering dilabelkan dengan sikap acuh tak acuh dalam perihal menjaga kesihatan mereka, telah mula sedar akan kepentingan vitamin dalam hidup mereka. Semoga lebih ramai insan bergelar lelaki akan sedar tentang kepentingan pengambilan vitamin setiap hari. 

Apa yang lebih menggembirakan saya ialah, suami saya sendiri telah menunjukkan minat untuk mengamalkan suplemen. Sebagai permulaan, saya hanya bekalkan Omega Guard dan Zinc Complex untuk beliau. Itu pun, suami saya mengambil masa berbulan-bulan lamanya untuk menghabiskan vitamin tersebut. Berbuih mulut saya berpesan supaya makan vitamin dengan konsisten setiap hari. Tapi, setelah beliau dapat merasai kebaikan daripada vitamin tersebut, sekarang beliau akan ingatkan saya awal-awal untuk re-stock sebelum suplemen beliau kehabisan...hehehee...kan dah cakap :-)

Di sini saya nak tampal satu kajian yang dilakukan oleh Prof. Datuk Dr. Khalid Yusof : 

"Purata jangka hayat lelaki di Malaysia pada tahun 2010 adalah 71.9 tahun berbanding wanita 77 tahun.Satu kajian empirikal mendapati purata jangka hayat lelaki di Malaysia lebih pendek daripada wanita dengan perbezaan kini sehingga tujuh tahun.Dekan Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr. Khalid Yusof berkata, golongan wanita mampu mencapai usia sehingga 79 tahun berbanding lelaki hanya setakat 72 tahun.

Apakah punca jangka hayat usia lelaki lebih pendek? 

  1. Kegagalan kaum lelaki mengamalkan gaya hidup sihat sehingga mudah terdedah kepada risiko pelbagai jenis penyakit.
  2. Golongan lelaki lebih terdedah kepada risiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, strok, buah pinggang, diabetes dan kanser.
  3. Kurangnya penjagaan kesihatan kerana lebih mementingkan urusan kerja turut mengakibatkan kaum lelaki lebih berisiko diserang penyakit berbanding kaum wanita

Saya berminat untuk mencuba vitamin Shaklee. Jadi produk manakah yang paling sesuai untuk lelaki macho seperti saya?

Vitamin Shaklee untuk lelaki mempunyai dua pilihan iaitu Set Optimum dan 
Set untuk Lelaki.

Set Optimum


atau 

Set untuk Lelaki

Semoga lebih ramai kaum lelaki yang memilih untuk mengamalkan suplemen. Pilihlah vitamin Omega Guard, Zinc Complex dan Vitamin E Complex   khas untuk anda.

Jika berminat untuk menghadiahkan suami dengan set ini, hubungi saya segera untuk tempahan.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221



Jumaat, 17 Januari 2014

Vitamin sebabkan Saiz Bayi dalam Kandungan lebih Besar?

Seorang rakan yang hamil anak keenam, mengadu bahawa beliau mudah penat. Dua bulan lalu, beliau telah mengamalkan Vitalea untuk mengurangkan keletihan. Setelah makan Vitalea untuk beberapa ketika, beliau berasa lebih bertenaga dan cergas. Tapi, sekarang beliau telah berhenti makan multivitamin tersebut kerana mendapati saiz janin sedikit besar berbanding kandungan sebelum-sebelum ini. Sebenarnya, ramai di kalangan ibu-ibu hamil di luar sana yang masih takut nak makan vitamin kerana menganggap bahawa apabila mengamalkan vitamin semasa hamil akan menyebabkan saiz bayi yang besar dari usia kandungan. Ini akan menyebabkan proses bersalin menjadi lebih sukar dan yang paling menakutkan apabila ia terpaksa melibatkan pembedahan!



Tapi, benarkah saiz bayi akan menjadi besar apabila ibu hamil mengamalkan vitamin? Adakah ia mitos atau fakta? Jom kita lihat apa kata Dr Hamid Arshat, Pakar O&G.



"Ramai wanita yang salah anggap multivitamin seperti obimin atau lain jenama yang diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pil vitamin ini penting utk kesihatan ibu dan utk bina darah untuk mencegah kurang darah sewaktu bersalin. Pil kalsium untuk bina tulang, folic untuk keperluan semua sel2 baru untuk janin dan fish oil sebagai sumber omega3 dan DHA untuk sel2 otak bayi supaya bayi akan jadi anak pintar. Setelah bersalin pula, TERUSKANLAH makan supplemen2 tersebut untuk cepat pulihkan rahim dan kekuatan badan serta untuk susu ibu yang berkualiti. Saya cadangkan pil2 tersebut patut dimakan terus-menerus hingga ke akhir hayat seseorang wanita."


So, ibu-ibu hamil diluar sana janganlah takut untuk mengamalkan vitamin semasa hamil..ia akan merugikan diri si ibu dan juga bayi yang dikandung kerana ibu mampu melahirkan bayi yang lebih sihat sekiranya mengamalkan suplemen yang sesuai semasa hamil.Bayi anda besar bukanlah kerana vitamin yang anda makan. Jom kita lihat antara penyebab bayi besar dari usia kandungan dan cara untuk mengelakkannya.

Antara penyebab bayi besar dari usia kandungan ialah:

  • Keturunan - ibubapa yang bersaiz besar berkemungkinan melahirkan bayi yang besar
  • Terlalu banyak kenaikan berat badan ibu semasa hamil
  • Ibu yang mempunyai tahap gula tinggi semasa hamil - kencing manis


Cara untuk mengelakkan bayi besar dari usia kandungan:

  • Penjagaan dan pemakanan adalah sangat penting semasa hamil
  • Kesihatan ibu hamil perlu dipantau setiap bulan
  • Ibu perlu menjaga pemakanan - kurangkan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat, gula dan berlemak
  • Merawat sebarang penyakit yang dihidapi ibu seperti kencing manis, darah tinggi dll
  • Memantau pertumbuhan bayi setiap bulan


Ibu hamil perlu lebih rajin menjaga pemakanan dan mengamalkan supplemen tambahan kerana semasa hamil ibu-ibu memerlukan nutrien dan khasiat yang lebih dari biasa untuk melahirkan bayi yang sihat dan sempurna. Supplemen yang diambil adalah sangat penting dan mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Malahan Dr Hamid Arsat sendiri mencadangkan agar supplemen tambahan diamalkan terus-menerus hingga akhir hayat seorang wanita

CADANGAN VITAMIN UNTUK IBU MENGANDUNG




1. VITA-LEA IRON FORMULA

  • Diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Mengandungi Zat Besi yang membantu meningkatkan hemoglobin (HB) ke paras normal semasa hamil.
  • Mempunyai sistem penyerapan bioaktif bagi memastikan peningkatan penyerapan asid folik kritikal.
  • Membantu perkembangan otot-otot ibu hamil dan bayi.
  • Mengurangkan risiko pramatang dan berat kelahiran yang rendah.

2. B-COMPLEX

  • Shaklee B-Complex ini dilengkapi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh.
  • Dapat membantu tubuh lebih bertenaga, otak lebih fokus, menstabilkan emosi dan anti stress.
  • Mencegah daripada kecacatan otak dan saraf tunjang bayi.
  • Melindungi ibu hamil daripada kanser dan strok.

3. VITAMIN C

  • Shaklee Sustained Release Vita-C unik kerana melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa  lima jam.
  • Pengambilan bersama Vita-Lea Iron Formula dapat meningkatkan penyerapan iron dalam.
  • Vitamin C juga penting untuk meningkatkan sistem imunisasi dan penyembuhan luka.
  • Mampu mengelakkan daripada gusi sensitif dan mudah berdarah kerana semasa hamil gusi akan menjadi lebih lembut berbanding biasa.

4. OSTEMATRIX

  • OsteMatrix mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan banyak lagi.
  • Kandungan kalsium di dalam diet harian semasa hamil adalah sangat penting bagi memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium sedia ada didalam tubuh anda.
  • Jika kalsium yang diambil oleh ibu tidak mencukupi, badan akan mengambil kalsium daripada tulang dan digunakan untuk perkembangan bayi.
  • Kalsium dapat membantu menghalang kekejangan otot yang dialami sepanjang tempoh kehamilan.
  • Sangat membantu untuk melegakan masalah sembelit dalam kalangan wanita hamil.
5. Energising Soy Protein ( ESP )
  • Mengandungi protein yang penting untuk membina sel-sel baru yang lebih sihat.
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan harian
  • Kulit bayi yang dilahirkan akan lebih halus dan cantik.
  • Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik.
  • Kesan 'stretch mark' semasa hamil juga akan cepat hilang selepas bersalin.

6. OMEGA GUARD ( Minyak Ikan Shaklee )

  • OmegaGuard Shaklee mengandungi 7 jenis asid lemak omega-3 semula jadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain.
  • Pengambilan OmegaGuard bagi ibu hamil hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 (trimester 2).
  • Pengambilan OmegaGuard sewaktu hamil dapat membantu pembentukan sel otak janin sejak dalam kandungan lagi.
  • Anak-anak yang ibunya mengamalkan Omega-3 sejak hamil mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan dan kemampuan berbicara dengan baik.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set kehamilan? Jangan tunggu lagi untuk hubungi saya sekarang.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392