Memaparkan catatan dengan label bahaya kolesterol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahaya kolesterol. Papar semua catatan

Ahad, 20 Julai 2014

Kesan Kolesterol Tinggi dalam Darah

Dari Mana Datangnya Kolesterol Tinggi dalam Darah?

Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dan mewah dengan makanan yang lazat-lazat. Jika diperhatikan, kebanyakan makanan yang dimasak adalah berminyak dan menggunakan santan bagi menambah kelazatan sesuatu makanan. Makanan sebegini sudah pasti mengandungi kolesterol yang tinggi jika diamalkan setiap hari.


Rasanya telah ramai rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran terhadap bahaya pengambilan makanan berkolesterol tinggi dalam diet mereka. Namun begitu, mereka belum begitu jelas tentang apa itu kolesterol sebenarnya. Kalau disoal secara 'details' berapa orang sahaja yang mampu memberikan jawapan yang tepat. 

Jadi di sini saya akan kongsikan serba sedikit ilmu yang saya dapat melalui pembacaan yang saya buat selama ini. Kolesterol merupakan sejenis lemak yang digunakan oleh tubuh untuk menjalankan pelbagai fungsi penting seperti menghasilkan asid hempedu serta membantu mencerna dan menyerap makanan. Kolesterol juga penting untuk menghasilkan vitamin D, hormon estrogen dan dan hormon testosteron.

Kolesterol tidak dapat diedarkan secara langsung oleh darah. Seperti minyak dan air, lemak dan darah tidak bercampur, untuk mengatasinya tubuh membentuk lemak partikel seperti protein yang mudah bercampur dengan darah dan mengalirkannya. Partikel kecil ini disebut lipoprotein (lemak plus protein). Kolesterol sangat memerlukan 'lipoprotein' yang bertugas untuk mengangkut kolesterol ke kawasan yang memerlukan kolesterol. Lipoprotein ini terbahagi kepada dua iaitu 'high-density lipoprotein (HDL) dan low-density lipoprotein(LDL)'.

Antara Kesan Negatif Kolesterol Tinggi dalam Darah

Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan. Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan negatif kepada sistem kardiovaskular badan.

Bagaimana Pembentukan Plak Ini Menyebabkan Bahaya?


Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit. Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian. Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung pula berlaku. 

Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok.

Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok. Kedua-dua penyakit jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa. Oleh itu, anda perlulah menjaga tahap kolesterol di dalam badan serta kandungan darah di dalam badan.
Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan artherosclerosis atau arteri menjadi keras. Apabila plak memenuhi arteri, dinding arteri menjadi keras dan rapuh. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.

Ubah corak pemakanan untuk menurunkan tahap kolesterol.

Kolesterol yang tinggi adalah sangat bahaya kepada badan manusia. Walaubagaimanapun, ia boleh dirawat. Pelbagai perubatan yang boleh membantu menurunkan kolesterol, tetapi salah satu langkah terbaik adalah dengan mengubah cara pemakanan harian kita. Dengan mengelak pengambilan makanan berasaskan haiwan, ia boleh mengurangkan tahap kolesterol di dalam badan bukan sahaja dengan mengurangkan kuantiti kolesterol tersebut malah mengurangkan kadar sintesis atau penghasilan kolesterol di dalam badan.
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Rujukan :
1. Baik Buruk Kolesterol
2. Kolesterol Baik vs Kolesterol Jahat
3. Kesan Kolesterol Tinggi

Jumaat, 20 Jun 2014

Menurunkan Kolesterol Jahat dengan Fitosterol Shaklee (Phytocol ST)

Kali ini kita sambung cerita tentang kolesterol. Macam mana ye nak kurangkan tahap kolesterol dalam badan? Yelah kan, bila dah lama terkumpul kat tubuh tu, bukannya senang nak angkut keluar. Nak pulak, kalau kita ni jenis orang yang tak berapa nak jaga makan. 


Tanda-tanda kolesterol tinggi dalam badan :



Bintil-bintil kolesterol di bawah mata

Serangan penyakit jantung

Salur darah tersumbat dan boleh mengakibatkan strok

Selain daripada bersenam, mengamalkan pemakanan yang seimbang, menurunkan berat badan ke tahap ideal suka cita saya ingin mencadangkan supaya anda mengatasi masalah kolesterol dengan fitosterol.

Apakah fitosterol?
Fitosterol dikenali sebagai sterol dan sterol tumbuhan. Ia hanya wujud sedikit sahaja dalam buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, bijirin dan minyak sayuran. Lebih daripada 80 ujian klinikal telah diterbitkan dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol.

Bagaimana ia bertindak?

Struktur fitosterol adalah hampir sama dengan kolesterol. Dengan pengambilan fitosterol, ia akan bersaing dengan kolesterol untuk mendapatkan tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolesterol akan terhalang dan ianya akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol. Ini bermaksud, jika anda mengambil lebih banyak fitosterol, maka semakin kurang jumlah kolesterol yang akan diserap oleh. Maka, peluang untuk merurunkan paras kolesterol jahat lebih tinggi.

Berapa banyak fitosterol yang kita perlukan setiap hari? 
Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg fitosterol dalam diet harian kita untuk membantu menurunkan paras kolesterol secara semula jadi.

Sekiranya anda berhasrat untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah, boleh mencuba sendiri produk baru Shaklee ini sekarang juga.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.

Sebotol Phytocol ST hanyalah berharga RM197.00 sahaja. Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Selasa, 17 Jun 2014

Kolesterol Boleh Membunuh?

Assalamualaikum w.b.t...


Bertemu lagi kita melalui medium online kali ini..semoga para pengunjung blog ini sentiasa berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Sekarang ni cuaca tidak menentu. Sekejap panas dan sekejap mendung..kadang-kadang tu suasana berjerebu pun boleh tahan. Keadaan macam nilah yang boleh membuatkan kita mudah diserang demam. Macam saya sendiri, sekembalinya dari percutian yang panjang ni, hampir tiga minggu tu... Badan pun terasa macam demam tak demam je...kejap-kejap panas, lepas tu elok balik... Mungkin disebabkan tak cukup rehat dan makan pun tak terjaga sangat. Satu masalah yang biasa saya alami ketika travel ialah, kurang minum air masak. Sebabnya, saya malas nak berhenti banyak-banyak kali semata-mata untuk ke tandas. Tak patutkan? Hihihhh...Sebab tu badan mudah nak terkena demam. 

Pulak tu, makan ikut sedap jer...pantang jumpa kedai mamak, saya order roti canai. Nasi lemak, lontong, asam pedas, mi rebus, mi bandung, pizza mahu pun pisang goreng semua saya tak tinggal. Berapa banyak kalori dan kolesterol yang masuk ke dalam badan tu... Korang tahu kan makanan kat negara kita ni antara makanan yang tinggi kolesterol.

Menurut kajian, dianggarkan satu per tiga daripada orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah boleh menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius. Sesiapa sahaja pun berisiko menghidap masalah kesihatan jantung dan penyakit kardiovaskular. Tapi, apa yang lebih membimbangkan, ramai individu yang LANGSUNG TIDAK MENYEDARI BAHAWA PARAS KOLESTEROL MEREKA TERLALU TINGGI!


Apa itu kolesterol?
Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan semua sel-sel badan. Ia merupakan komponen yang tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

Sumber Utama Kolesterol
Kolesterol dihasilkan secara semula jadi oleh hati dan ia juga boleh didapati melalui makanan yang kita ambil setiap hari. Kolesterol yang kita makan akan meningkatkan paras kolesterol dalam darah kita. Semua pun tahu, kandungan kolesterol yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.


Bagaimana Kolesterol Boleh Membunuh?
Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah kita : 
  • LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
  • HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)

LDL dikenali sebagai kolesterol jahat kerana paras kolesterol yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis plak ( bahan melekit) dalam saluran darah kita. Plak ini akan menyumbat salur darah dan menyebabkan aliran darah tersekat dan ia boleh mengakibatkan serangan jantung atau angin ahmar.

HDL pula dikenali sebagai kolesterol baik kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah ke hati untuk disingkirkan. Tugasnya adalah untuk 'membersihkan' saluran darah.

Jika kita mempunyai kolesterol tinggi :
  • Risiko penyakit jantung akan meningkat sebanyak 15.6%
  • Risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%
  • Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hati berlemak dan ketidakseimbangan hormon boleh menjejaskan fungsi seksual.

Jadi, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, kita hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dam paras kolesterol LDL yang rendah. Caranya? Saya akan kongsikan dalam entry seterusnya ya :-)

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<. Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.


Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli dan berbisnes, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221