Memaparkan catatan dengan label GLA Complex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GLA Complex. Papar semua catatan

Khamis, 7 Ogos 2014

Kebaikan GLA Complex Shaklee

Bulan ini promo untuk GLA Complex. Jadi sudah tentu fokus saya akan lebih banyak kepada vitamin yang satu ini. Apa yang menarik tentang GLA Complex? Ia merupakan suplemen yang disukai oleh para wanita. Percaya atau tidak, orang yang sangat sukar untuk menurunkan berat badan walaupun telah mengurangkan kuantiti makanan yang diambil selama berbulan-bulan, berjaya kurus setelah menambah GLA Complex dalam jadual harian beliau. Sebelum ini, berat badan beliau statik dan tidak berubah. Dah naik jemu untuk berdiet. Hampir-hampir give up pun ada. Kasihan kan....End up, beliau mencuba GLA Complex dengan konsisten dan makan setiap hari. Barulah berat badan menunjukkan pengurangan walaupun sedikit. Yang penting, berat berkurangan dan tidak lagi statik seperti dahulu!

Selain untuk menurunkan berat badan, GLA Complex sangat sesuai untuk : 

  1. Mengurangkan masalah kanak-kanak hiperaktif dan autisme ( ADHD) ~ terbukti secara klinikal bahawa minyak omega 6 dalam GLA membantu kanak-kanak ini untuk lebih memberi tumpuan ketika belajar.
  2. Memperbaiki masalah kelenjar prostat dan kerap kencing bagi golongan lelaki
  3. Mengelakkan tekanan darah tinggi dengan menghalang pembekuan lemak pada salur darah, melancarkan aliran darah dalam arteri, mengembangkan salur darah dan mencegah arteriosklerosis (pengerasan arteri dan arteri yang keras akan mdah pecah apabila tekanan darah terlalu tinggi).
  4. Mengurangkan komplikasi diabetis dengan merendahkan kadar gula dalam darah. Sesuai untuk diabetis bagi mereka yang telah berusia dan wanita hamil. Me,bantu mengurangkan kesakitan akibat gula yang berlebihan dalam darah.
  5. Menentang pembentukan kanser ~ GLA Complex adalah sumber anti oksidan yang kuat dan ia membantu menghalang pertumbuhan sel kanser dalam badan.
  6. Mencantikkan kulit. Menghalang sebarang inflamasi atau radang pada kulit seperti kulit kering dan bersisik, jerawat, jeragat dan bintik-bintik penuaan. Juga membantu mengurangkan bengkak akibat arthtritis.
  7. Menjadikan rambut lebih sihat berkilauan. Mengurangkan masalah keguguran rambut dan rambut kering.
  8. Melambatkan masa untuk menopause. GLA Complex berperanan untuk mengurangkan simptom menopause seperti berdebar-debar, berpeluh-peluh, mudah marah dan mood swing. Pengambilan GLA Complex secara berterusan boleh melambatkan proses penuaan dan menjadikan kita kelihatan awet muda.
  9. Meningkatkan kesuburan pada wanita. Bertindak menstabilkan hormon wanita bagi meningkatkan kesuburan. Membantu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang menghalang proses kehamilan. Membetulkan kitaran haid pada wanita dan membantu tubuh untuk menghasilkan sejenis mukus supaya tempoh waktu kesuburan dapat dilanjutkan. Sperma dan telur dapat hidup 5 hari lebih lama dengan wujudnya cecair mukus.



Anda juga boleh mendapatkan GLA Complex mengikuti kombinasi di atas.
Ketahui cara untuk mendapatkan GLA COMPLEX dengan harga yang jauh lebih jimat dengan menghubungi saya. Jadilah ahli dan nikmati diskaun sehingga 25% hari ini juga!

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)



Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-25%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Rujukan : 1. Benefits of GLA Complex

Ahad, 3 Ogos 2014

Kepentingan GLA Complex Shaklee

Alhamdulillah! Kini dalam bulan kelapan dalam tahun 2014, Shaklee telah memilih GLA COMPLEX untuk promosi yang seterusnya. Bulan lepas, Vivix menjadi pilihan. Ramailah orang yang tampil awet muda lepas ni kan. Tup-tup, bulan ni pulak GLA Complex punya promosi...wah,  ini sudah bagus!

Apa yang bestnya GLA COMPLEX ni yek?
Ikhlas saya cakap, GLA COMPLEX ni sangat sesuai untuk wanita, anak dara mahu pun teruna yang mahu menjadi penampilan diri mereka pada tahap yang paling mantop...hihihhh.. apalah yang best sangat Gamma Linolenik Acid ( GLA ) keluaran Shaklee ni ye?





Mengapa Harus REMBAT Peluang Beli 6 PERCUMA 1 ni? Selain dapat makan vitamin PERCUMA selama 2 bulan, ketahui kesan-kesan yang bakal anda peroleh setelah mengamalkan GLA COMPLEX. 




Ketahui cara untuk mendapatkan GLA COMPLEX dengan harga yang jauh lebih jimat dengan menghubungi saya. Jadilah ahli dan nikmati diskaun sehingga 25% hari ini juga!

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-25%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221



Rabu, 14 Mei 2014

Rawat Senggugut yang Mengganggu dengan Shaklee


Mengalami masalah senggugut adalah perkara yang paling dibenci oleh wanita ketika kedatangan haid. Lebih-lebih lagi jika kesakitan senggugut yang dialami begitu serius. Ada yang sampai berguling-guling menahan kesakitan. Ada juga sampai tahap 'iron' perut sendiri semata-mata nak kurangkan kesakitan senggugut. Dan ramai juga yang tidak dapat meneruskan aktiviti harian seperti biasa akibat kesakitan senggugut yang mereka alami. Sudahnya, mereka terpaksa bercuti dan berehat di rumah. 

Apakah agaknya punca senggugut? Senggugut disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus membawa kepada kontraksi. Pergerakan ini yang menyebabkan kita berasa ngilu & sakit.
Siapakah yang berisiko mendapat senggugut/ period pain?
  1. Anak gadis yang berusia bawah 20-an
  2. Mempunyai sejarah ahli keluarga yang senggugut teruk
  3. Merokok
  4. Mempunyai aliran darah yang sangat banyak semasa haid
  5. individu yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur
  6. Individu yang belum pernah hamil dan melahirkan anak
  7. Individu yang akil baligh sebelum usia 11 tahun

Cara mudah mengurangkan senggugut tanpa bertemu doktor :
  1. Bertungku di kawasan pelvik atau bahagian belakang badan
  2. Lakukan urutan lembut di bahagian abdomen/ perut
  3. Mandi air suam
  4. Lakukan senaman ringkas
  5. Makan snek ringan yang berkhasiat seperti kekacang, bijirin, atau buah-buahan
  6. Lakukan teknik pernafasan yang betul supaya badan lebih tenang
  7. Ambil ubat anti radang seperti ibuprofen beberapa hari sebelum haid
  8. Amalkan vitamin B6, vitamin B1, vitamin E, asid lemak omega 3, kalsium dan magnesium setiap hari
  9. Kurangkan pengambilan kafein, gula, garam untuk mengelakkan kembung dan ketidakselesaan perut semasa haid


RAWAT SENGGUGUT/PMS DENGAN SHAKLEE



Dalam Shaklee 3 suplemen dicadangkan :

1. B Complex

Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
Vitamin B6 juga meringankan simptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan. 


2. OsteMatrix (Kalsium Magnesium)
Wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain simptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta simptom-simptom yang lain
Wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium. 

3. GLA Complex
Apabila seseorang itu mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan otot didalam rahim. Kajian mengatakan, keadaan ini terjadi apabila tubuh seseorang kekurangan GLA ( Gamma Linolenic Acis). Jadi dengan pengambilan GLA COMPLEX SHAKLEE adalah sangat perlu untuk memenuhi gla yang kurang itu tadi.
Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut.



Berminat untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya seperti maklumat tertera.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221



Ahad, 11 Mei 2014

GLA Complex Bantu Kurangkan Gejala Menopause

GLA Complex Shaklee adalah vitamin terbaik yang boleh diambil oleh wanita yang menghampiri menopause ataupun yang telah menopause. Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu wanita-wanita ini?

1- Antara fungsi utama GLA Complex ialah mengawal selia hormon estrogen dan testosteron. Semasa menopos, hormon estrogen turun secara mendadak. Pengambilan GLA complex membantu dalam penghasilan semula hormon estrogen. Selain itu hormon estrogen yang meningkat akan membantu pemulihan mood swing yang biasa berlaku dalam kalangan wanita menopos. Ini akan menjadikan wanita akan berasa lebih tenang dan selesa walau pun sedang mengalami sindrom PMS.

2- Bagi wanita yang mengalami menopos awal (pre-menopos) adalah sangat digalakkan mengambil GLA. Ini kerana GLA membantu melambatkan menopos dengan cara memperbaiki keadaan semasa seperti rasa panas (hot flushes), insomnia, dan ketidakhadaman sistem pencernaan.

3- Pengambilan jangka panjang juga mampu melambatkan penuaan, mengetatkan kembali uterus, memberi tone kepada uterus dan kulit menjadi lebih lembap dan muda.

4- Wanita menopos yang kerap mengalami kepanasan dan timbul bintik ruam, ia boleh dikurangkan dengan GLA. GLA membantu memperbaiki inflamasi kulit seperti kulit kering, eczema, kegatalan, dan mengurangkan rasa sakit seperti bengkak sendi dan arthritis.

5- Pertambahan berat wanita menopos juga agak membimbangkan. Ini juga boleh ditangani dengan mengambil GLA complex. GLA membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL, merangsang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, dan mampu membantu menurunkan berat badan.

Jadi, GLA Complex adalah sangat disarankan untuk wanita berusia terutamanya mereka yang sedang mengalami sindrom PMS. Ketahui gejala menopause di sini. Testimoni tentang GLA Complex pula boleh didapati di link ini.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Ahad, 24 November 2013

Cara Atasi Masalah Ekzema secara Semulajadi


Assalamualaikum w.b.t...

Apa khabar pembaca VitamineShoppe semua? Semoga hidup kalian semakin ceria setiap hari.. :-) Kali ini saya nak share tentang eczema pula...first time saya jumpa orang yang ada masalah eczema ni ketika waktu sekolah dahulu...rakan saya mengalami masalah eczema pada tangan yang serius. Kulit pada bahagian tangan beliau sangat sensitif...tak boleh salah guna sabun, cepat je kulit dia menggelupas...sampai terluka-luka pulak tu...kesian saya tengok...

Sedikit info pasal ekzema : Ekzema atau dermatitis adalah penyakit kulit yang dialami oleh semua peringkat umur. Tedapat rawatan ekzema bagi mengurangkan penyakit ini. Ekzema ini berperingkat, yang ringan hingga yang berat. Bagi ekzema ringan, kulit akan menjadi kering, rasa panas dan gatal-gatal.Ekzema yang agak berat pula, kulit menjadi pecah, retak dan juga berdarah. Walaupun nampak teruk, ekzema tak berjangkit. Dengan rawatan ekzema yang baik, sakit akan berkurangan. Tapi mesti berjaga-jaga kerana kulit pesakit ekzema agak sensitif. Perlu penjagaan yang lebih:4 Rawatan Ekzema (General)


  • Elakkan dari perkara yang merengsa seperti bahan kimia atau pakaian yang gatal.
  • Gunakan selalu 'emollients' bahan pencuci bukan sabun. Juga krim pelembap yang khas untuk ekzema.
  • Gunakan rawatan anti-radang sama ada berasaskan steroids atau yang semulajadi dan tiada kesan sampingan
  • Penggunaan sarung tangan juga disarankan. Bagi mengelak kulit tercedera apabila digaru kerana gatal.
Ya, ekzema bukan mudah hendak dihilangkan. Rawatan ekzema boleh jadi leceh dan adakala 

memenatkan. Tapi bersabarlah, jika benar rawatan yang diambil, ekzema akan berkurangan.

6 Cara Mencegah Ekzema Lebih Teruk

  • 5 Minutes Rule, sapakan emollient sekitar 5 minit selepas mandi. Masa ini, kulit akan kehilangan lembapan dan menjadi kering
  • Beli atau guna pakaian dan 'bedding' yang berasaskan cotton.
  • Pastikan kuku anak yang ada ekzema kekal pendek.
  • Sarungkan sarung tangan bagi anak yang kecil.
  • Elakkan apa juga yang boleh 'trigger ekzema'. Seperti makanan atau bahan kimia atau bahan sintetik.
  • Bagi punca ekzema yang disebabkan 'dust mites'. Jangan gunakan carpet. Basuh selalu pakaian, bedding dan  'soft toys' untuk elak ekzema menjadi parah.
  • Cari tempat yang sejuk elak kulit menjadi gatal.

Rawatan Ekzema: Dalaman Ekzema boleh dicegah menjadi lebih teruk dengan pengambilan makanan tambahan yang baik. Bahan semulajadi bagi mengawal kegatalan dan radang. Juga merawat luka-luka disebabkan ekzema. Set Ekzema Shaklee, insyaallah membantu mengurangkan ekzema yang teruk.Set ini terdiri dari Omega Guard, Energizing Soy Protein (ESP) dan GLA. Kebaikan bagi merawat ekzema:

Omega Guard: Bersifat semulajadi anti radang. Juga memulihkan dan mengawal ekzema dari dari dalam. Pengambilan yang konsisten akan elakkan ekzema dari menyerang.

 ESP: Kaya dengan protein soya. Menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru dengan cepat. Memulihkan parut dan bekas ekzema.

GLA: Bagus untuk hampir semua sakit kulit. Mengurangkan kegatalan. Melembapkan kulit yang kering disebabkan ekzema (sumber: welovesusuibu.blogspot.com)


Jika anda turut mengalami masalah ekzema dan telah penat dengan segala rawatan di hospital, mungkin anda patut mencuba vitamin Shaklee yang semulajadi..insya Allah tiada kesan sampingan dan anda akan merasai perubahan yang lebih positif setelah mengamalkannya.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

Jumaat, 11 Oktober 2013

Vitamin Shaklee untuk Wanita Tampil Hebat Mempesona

Assalamualaikum...sedar tak sedar kita dah pun masuk ke bulan Oktober...dah nak masuk hujung tahun rupanya kita. Begitu pantas masa berlalu...kalau kat sekolah, waktu-waktu macam ni guru-guru sibuk menanda kertas exam dan kalut kejar due date untuk key in markah dalam sistem online SAPS. Bagi guru-guru menengah rendah pula, mereka bersengkang mata untuk key in markah PBS. Boleh tahan banyak jugalah yang nak kena selesaikan...apa pun, amanah yang diberi kenalah laksanakan dengan sebaik mungkin. Betul tak?

Hari ni hari Jumaat, which is kalau kat Kelantan adalah hari cuti hujung minggu. Jadi, saya ambil peluang cuti ni untuk rehat2..sempatla juga update blog sambil melayan kerenah si anak...anakku cuma seorang, tapi sibuknya mama di rumah macam beranak tiga! Sebagai ibu, isteri dan pekerja...adakalanya tugas di rumah & tempat kerja boleh jadi sangat-sangat memenatkan. Kita haruslah kuat mental & fizikal untuk memikul tugasan yang tak pernah habis....So, apa kaitan dengan tajuk kat atas????

Walau sesibuk mana pun kita, kesihatan kita sebagai ibu rumah tangga haruslah diutamakan. Pernah tak korang bayangkan, apa perasaan kalau tiadanya si ibu di rumah...tak perlu lama, tiga hari cukuplah...agak-agak macam mana ye situasi kat rumah kita tanpa ibu ye..hihihhh.

OK, back to the topic...sebenarnya saya nak kongsikan tentang vitamin yang penting untuk wanita iaitu : GLA Complex, Omega Guard dan Ostematrix.


                                                                         GLA Complex


                       Omega Guard
                                                               


                                                               Ostematrix

Untuk fungsi bagi setiap vitamin, anda boleh klik pada tajuk di bawah mereka...jangan takut untuk mencuba kerana saban hari saya dikejutkan dengan cerita yang indah-indah daripada pengguna vitamin Shaklee...tak kenal maka tak cinta. Dah cuba tak boleh lupa tau...insya Allah, segalanya berlaku atas izin Allah jua.

Feel free to contact :
June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383




Ahad, 14 Julai 2013

Set Hamil Shaklee Mampu Milik!


Rindukan tangisan bayi sendiri? Tak dapat dinafikan bagi pasangan yang telah lama berkahwin pastinya ingin merasa pengalaman memiliki cahaya mata sendiri. Sudah bermacam-macam ikhtiar dilakukan. Jangan berputus asa dulu ye Tuan-Puan. Mungkin set ini akan menjadi usaha terakhir anda untuk mendapat cahaya mata. Siapa tahu?


Jika ada yang bertanya, bolehkah isteri saya hamil dengan mengamalkan GLA Complex? Tiada kepastian yang saya mampu berikan. Segalanya datang daripada Allah jua. Kita sebagai hamba haruslah berusaha semampu mungkin sehingga berjaya. Bagaimana agaknya ya GLA boleh membantu isteri mengatasi masalah tidak subur, period tidak teratur dan masalah cyst? 

✔ Kitaran haid yang tidak menentu adalah antara petanda seseorang mengidap PCOS dan lazimnya ia menyebabkan sesorang itu tidak subur. GLA membantu untuk menstabilkan haid. Apabila kitaran haid stabil, isteri boleh menentukan waktu suburnya dan merancang kehamilan dengan lebih mudah.

✔ Cyst atau fibroid adalah akibat dariapda pertumbuhan sel yang tidak sihat. GLA membantu untuk menstabilkan hormon badan serta mencegah aktiviti sel yang abnormal.

✔ Bagi masalah kesuburan pula, GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Ada wanita yang mengeluarkan cecair tersebut tetapi ianya tidak cukup subur, Ada wanita langsung tidak mengeluarkan cecair tersebut dan itu tanda anda tidak subur.Cecair serviks yang subur & berkualiti ini dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)"dan ianya sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Cecair subur ini juga membantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio.

✹ Bagaimana ZINK membantu suami mengatasi masalah sperma lemah?

✔ Zink ni dipanggil "the ultimate sex mineral" kerana zink mempengaruhi kesuburan lelaki, potensi, nafsu seks dan kesihatan seksual jangka panjang. Zink adalah penting untuk pengeluaran sperma, dan kebanyakan sebab kenapa jumlah air mani menurun dan paras testosteron rendah adalah kerana bekalan zink rendah.Info menarik, setiap ejakulasi boleh mengeluarkan sehingga 5 miligram zink, atau hampir separuh daripada jumlah keperluan harian manusia. Jadi jika anda sedang planning untuk menambah ahli kelaurga, zink boleh membantu meningkatkan kesuburan anda. 

✔Sperma tersebut perlu lah mampu untuk bergerak dengan pantas. Sel sperma perlu kuat dan mempunyai ketahanan yang tinggi untuk berenang ke arah telur untuk menyuburkannya. Ketahanan dan kekuatan sel sperma yang rendah adalah salah satu punca utama ketidaksuburan lelaki.Kekurangan zink boleh menyebabkan bacaan kekuatan sel sperma (sperm motility) di bawah 50% iaitu peratusan sperma yang bergerak ke hadapan kurang daripada separuh. 



Berminat?Hubungi saya sekarang. Kami akan sediakan JADUAL KHAS untuk HAMIL
dengan pengambilan GLA COMPLEX dan ZINK COMPLEX Shaklee.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Rabu, 3 Julai 2013

Kebaikan GLA Complex Shaklee

Salam ceria buat semua...saya sebenarnya sangat teruja dengan promo Shaklee untuk bulan Julai ini...mengapa ye? Sebabnya telah ramai pengguna yang berjaya menyelesaikan masalah dalaman mereka setelah mencuba GLA Complex Shaklee. Alhamdulillah. Sebelum saya tenggelam dalam keterujaan saya ini, maka izinkan saya untuk membuat sedikit perkongsian tentang kebaikan dan khasiat GLA Complex Shaklee yang saya sukai ini ;-) ( hihihhhh...hover la pulak..).

Sebelum itu, mari kita berkenalan dulu dengannya...
Ini dia Mr. GLA yang glamour itu..source from Dr. Google >_<
Kebaikan GLA Complex :
Sebenarnya, masih ramai yang tidak tahu tentang kebaikan GLA ini. GLA·atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Ia boleh diambil oleh lelaki dan wanita (ramai yang tersalah anggap GLA hanya sesuai untuk kaum wanita sahaja).Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis. Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.
Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni
  1. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  2. Membantu meningkatkan kesuburan
  3. Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  4. Membantu dalam menangani menopus
  5. Menguatkan kuku dan rambut
  6. Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  7. Membantu menangani masalah kulit kering dan bersisik
  8. Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  9. Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  10. Menguatkan imuniti tubuh
  11. Memperlahankan proses penuaan
  12. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  13. Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  14. Mengawal kolesterol dalam darah
  15. Mengurangkan rasa kebas pada saraf 
  16. Herba tradisi yang digunakan di Barat untuk merawat ulser, melegakan kelesuan, dan mengeluarkan virus daripada badan.
  17. Meningkatkan stamina badan
  18. Membantu masalah prostat dan kerap kencing bagi lelaki
  19. Antioksidan yang bertindak mencegah kanser
  20. Memperbaiki radang kulit seperti alergi, ekzema, gatal-gatal dan sebagainya.
## Setiap kapsul GLA mengandungi lebih 300mg GLA dengan campuran minyak biji bunga  matahari dan juga vitamin E. 

## GLA lebih berkhasiat berbanding minyak EPO yang ada di pasaran.

## TAHUKAH ANDA : Gamma Linolenik Acid (GLA) ini tidak boleh dihasilkan oleh tubuh dan hanya boleh didapati melalui pemakanan.

## GLA sangat penting kepada remaja, lelaki dan wanita serta mereka yang telah mengalami menopaus & andropaus.

Setelah mengetahui segala khasiat GLA Complex, rasa-rasanya patut tak anda mencubanya?


June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

Shaklee Independent Distributor { 891221 }

GLA Complex Shaklee : Testimoni Pengguna

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca vitamineshoppe. Semoga anda semua berada dalam lindungan Rahmat Allah dan sentiasa dilapangkan rezeki selapang-lapangnya. Alhamdulillah, kurang seminggu kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh barakah. Semoga kita semua diberi nikmat kesihatan yang baik bagi menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna....dan saya harapkan agar Ramadhan tahun ini, amalan dan ibadah kita dapat dipertingkatkan lagi berbanding tahun lalu...insya Allah :-)


Sempena promosi GLA Complex untuk bulan Julai ini, saya dengan rendah hati ingin membuat sedikit perkongsian tentang testimoni para pengguna yang telah berpuas hati menggunakannya. Semoga ia bermanfaat kepada mereka yang memerlukan :-)

Testimoni 1 :
~ Masalah jeragat dan kulit bermasalah semakin berkurangan dengan pengambilan set kecantikan (GLA, B Complex & vitamin C).
~ Untuk mendapatkan kesan yang optimum, pengguna harus minum air yang secukupnya, makan vitamin dengan KONSISTEN & BERSABAR sehingga mendapat hasil yang diinginkan.


Testimoni 2 :
~ Pn. Suziana Hanafi berjaya mengecutkan cyst sebesar 4cm lebih kepada 3.6cm tanpa sebarang ubat daripada hospital.
~ Masalah period yang kurang lancar (darah keluar dalam bentuk ketulan) juga telah hilang.
~ Tidak perlu lagi melakukan pembedahan untuk membuang cyst.


Testimoni 3 :
~ Pengguna ini berjaya menyelesaikan masalah kitaran haid tidak teratur
~ Masalah haid hampir selesai, bonusnya kulit wajah semakin licin & berat badan pun turun sebanyak 4kg!!!

Testimoni 4 :
~ Alhamdulillah! Beliau berjaya untuk hamil setelah 3 tahun menunggu kehadiran cahaya mata. Terima kasih, ya Allah. Feel happy for her :-)

Testimoni 5 :
~ Ibu Ida Ifaz mengalami masalah eczema akibat kulit kering yang disebabkan oleh ketidakstabilan hormon setelah menopause.
~ Masalah kekeringan pada bahagian faraj yang mengakibatkan kesakitan sewaktu 'bersama' juga dapat diselesaikan dengan jayanya. Alhamdulillah. ( Teman kepada ibu Ida Ifaz)


Testimoni 7 :
~ Puan Ana Ariff pula berjaya hamil setelah mengamalkan pengambilan GLA Complex selama 3 bulan secara konsisten.
 Semua testimoni di atas adalah benar dan ianya berlaku dengan keizinan Allah. Sesungguhnya kita sebagai manusia haruslah berusaha dan berdoa bagi mendapatkan tahap kesihatan yang terbaik. Semoga anda yang baru nak cuba GLA Complex juga mendapat hasil seperti yang diinginkan. Insya Allah :-)

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383
Shaklee Independent Distributor { 891221 }

Isnin, 1 Julai 2013

Set Cantik Shaklee yang Buatkan anda Dicemburui Rakan Sekerja

Assalamualaikum dam selamat pagi buat semua....semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendakNya...eh eh, macam intro nak tulis surat kiriman tidak rasmi pula jadinya...hihihh..memandangkan kita tinggal lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi untuk menyambut Hari Raya Puasa, saya yakin ramai wanita ( lelaki juga tidak ketinggalan ) untuk tampil cantik dan berbeza daripada biasa. Kalau anda berhasrat untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik dan berseri, eloklah dimulakan dengan merawat kulit dari dalam. Saya tidak nafikan bahawa penjagaan luaran juga penting, tetapi untuk menjadikan seri wajah bertahan dengan lebih lama dan semula jadi maka kita haruslah merawatnya dari dalam....beauty starts from within, kay?

Semua orang nak cantik .Tapi, tidak semua yang punya bajet besar untuk membeli vitamin atau suplemen yang mahal-mahal. Jadi, kali ini saya ingin berkongsi tentang Set Cantik Shaklee yang boleh dimiliki semua golongan.



Set Kecantikan Shaklee terdiri daripada vitamin B Complex, Vitamin C dan GLA Complex. Mari kita teliti fungsi bagi setiap vitamin yang ada dalam set ini :

1. Khasiat vitamin B Complex
  • membantu badan lebih bertenaga dan segar
  • mengurangkan tekanan dan wajah akan kelihatan lebih ceria
  • vitamin penting untuk kesihatan saraf
  • meningkatkan pengaliran darah ke seluruh badan dan muka (wajah tampil berseri )
  • mengurangkan masalah 'sunburn' dengan segera
  • mengurangkan garis-garis halus pada wajah
  • mengurangkan penghasilan jerawat akibat stress ( jangan tak tahu, stress juga boleh menyebabkan jerawat tumbuh dengan jayanya pada wajah anda!)
2. Khasiat vitamin C Chewable Shaklee
  • membantu dalam pembentukan kolagen
  • kolagen yang berkurangan dalam badan menyebabkan kulit cepat berkedut dan bersisik
  • mengurangkan kesan-kesan parut pada kulit
  • mencerahkan kulit secara semulajadi dari dalam 
  • diperkaya dengan bioflavonoids sebagai agen anti penuaan
  • mencegah pigmentasi yang boleh menyebabkan jeragat
3. Khasiat GLA Complex untuk kulit :
  • menguatkan kuku dan rambut
  • menjadikan kulit kelihatan lebih berseri-seri
  • memperlahankan proses penuaan
  • melembapkan kulit yang kering
  • merawat masalah kulit sensitif atau eczema
  • mengurangkan masalah jeragat
  • juga membantu merawat masalah rambut kering dan gugur
Harga bagi setiap jenis vitamin bagi set cantik bajet :

B Complex : RM53.75, Vitamin C Chewable : RM37.00 dan GLA Complex : RM 91.25

Jadi, setelah mengetahui fungsi bagi setiap vitamin yang ada dalam Set Cantik Shaklee, anda tidak perlu tunggu lagi untuk mencuba...ramai yang telah berjaya menyelesaikan masalah kulit mereka dengan set ini. Akan datang saya akan update tentang testimoni untuk set cantik pula ya..selamat mencuba!
P/S : Kalau nak lebih-lebih-lebih power, gandingkan dengan ESP Shaklee yang hot..Insya Allah tak menyesal!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383 | ID : 891221


Ahad, 23 Jun 2013

Vitamin Shaklee untuk Pesakit Diabetis

Tahukah anda? Bilangan pesakit diabetis di Malaysia semakin meningkat hampir 80 peratus dalam jangka masa 10 tahun ( 1996-2006) kepada 1.4 juta orang pesakit. Jumlah ini sangat membimbangkan kerana diabetis merupakan penyakit yang berbahaya dan boleh terkena kepada sesiapa sahaja yang gemarkan makanan yang manis- manis. Faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan penyakit diabetis adalah disebabkan oleh tabiat makan yang kurang sihat dan gaya hidup masyarakat Malaysia yang kurang bersenam akibat terlalu sibuk dengan kerjaya.

Apakah diabetis?
Diabetis atau pun kencing manis merupakan penyakit metabolik yang disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi di dalam darah. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu Jenis Pertama ( Type 1) yang berlaku akibat kekurangan pengeluaran hormon insulin. Manakala diabetis Jenis Kedua ( Type 2 ) pula adalah diakibatkan oleh keadaan sel yang tidak dapat bertindak balas terhadap hormon insulin dengan baik. Insulin merupakan hormon yang berfungsi untuk mengawal kandungan gula yang bersesuaian dalam darah. Insulin amat penting untuk membantu proses penyerapan gula ke dalam sel untuk membekalkan tenaga kepada badan. 
Gambar : Ehsan Dr. Google


Punca sebenar diabetis?
Makanan merupakan penyumbang utama kepada faktor peningkatan jumlah pesakit kencing manis. Makanan seperti nasi, roti putih, minuman berkarbonat dan mi boleh menyebabkan peningkatan kandungan gula yang tinggi dalam darah. Malaysia merupakan negara yang mewah dengan makanan, maka tidak hairanlah begitu ramai rakyat Malysia yang menghidap penyakit kencing manis. Selain itu, gaya hidup yang tidak sihat seperti tekanan, kurang bersenam, kurang masa untuk berehat dan meroko turut meningkatkan risiko untuk kita mendapat diabetis.

Adakah penghidap diabetis memerlukan perhatian doktor? 
Sudah tentu! Selain daripada penyakit jantung dan darah tinggi, kencing manis merupakan salah satu daripada penyakit kronik yang memerlukan perhatian serius daripada doktor. Tanpa pemantauan doktor dan 'pantang' daripada pesakit, kencing manis boleh mengakibatkan komplikasi pelbagai jenis penyakit lain seperti jantung, kegagalan buah pinggang, selaput pada mata yang pada suatu tahap boleh mengakibatkan buta dan silap-silap hari bulan kaki pun terpaksa dipotong akibat jangkitan bakteria pada luka yang lambat sembuh!

Apakah tanda-tanda awal jika seseorang itu menghidap kencing manis?

Penghidap kencing manis pada kebiasaannya:
  • berasa cepat dahaga
  • cepat letih
  • mengalami penurunan berat badan yang mendadak
  • kerap kencing terutamanya pada waktu malam
  • cepat kebas pada bahagian jari kaki atau jari tangan

Selain mendapatkan rawatan doktor, kita juga boleh mengawal kencing manis dengan pengambilan suplemen. Di sini saya ingin kongsikan tentang cadangan suplemen bagi pesakit kencing manis :
  • VIVIX ~ kaya dengan resveratrol yang meningkatkan tahap sensitiviti hormon insulin & mengurangkan membantu mengurangkan simptom bagi pesakit diabetis Type 2.
  • ESP ~  mempunyai tahap indeks glisemik yang rendah iaitu hanya 3.9. ESP akan dicerna secara berperingkat dan menyebabkan paras gula dalam darah dibebaskan mengikut keperluan sedikit demi sedikit.
  • VITALEA IRON FORMULA ~ mengandungi 28 vitamin & mineral lengkap termasuk kromium. Kromiun adalah sejenis mineral yang amat penting untuk menjalankan fungsi badan manusia yang normal. Ia penting bagi mengawal paras gula dalam darah mengikut keperluan badan manusia.
  • GLA COMPLEX ~ bertindak merendahkan kandungan gula dalam darah & mengurangkan kebas akibat lebihan gula dalam darah.
  • VITAMIN C~ mempercepatkan proses penyembuhan luka pada pesakit kencing manis
  • ZINC COMPLEX~ membantu pankreas untuk merembeskan hormon insulin yang penting untuk mengawal kandungan gula pada tahap yang diperlukan dalam darah.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383



Khamis, 30 Mei 2013

Set Jerawat Shaklee, Parut Hilang Kulit Berseri


Masalah jerawat mengganggu hidup anda? Kadang2 tu bila keluar jerawat batu yang besar gedabak tu boleh merendahkan tahap keyakinan diri kita. Nak keluar jumpa kawan2 pun terasa segan...apa lagi kalau nak ke kelas, ke tempat kerja mahu pun berdepan dengan orang ramai..karang ramai pulak yang menegurnya...huhuhh..Jerawat merupakan masalah yang seringkali dihadapi oleh remaja yang sedang membesar. Jom kenali apa itu jerawat & punca- punca yang menyebabkan jerawat mudah melata pada wajah. 

Jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.
Kenali Punca-punca Jerawat
Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.
Hormon dan Jerawat
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.
Pemakanan dan Jerawat
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.
Stress dan Jerawat
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat. (sumber : DrHasseenah.com)
Cadangan suplemen untuk mencegah masalah jerawat :

GLA - berfungsi untuk memulihkan kulit yang rosak
Vita E - hilangkan parut jerawat dengan lebih cepat
B complex - penyebab jerawat adalah akibat kekurangan vitamin B6 dalam diet harian
Vitalea - chromium membantu untuk metabolisma gula. Metabolisma gula yang tak stabil akan menyebabkan masalah jerawat.
Zinc - mengurangkan & mencegah pengeluaran jerawat serta membantu untuk memulihkan kesan-kesan luka akibat jerawat.


June Mohd | kerengge83@gmail.com | sms/ whatsapp : 017-943 8392

Sabtu, 23 Februari 2013

Mudah Hamil dengan GLA



Antara khasiat GLA yang perlu anda tahu ;-)



Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu anda untuk cepat hamil?

Antara fungsi GLA (gamma linolenic acid) adalah menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. 

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? 


Tahukah anda, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi, untuk memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu. Ini adalah kerana GLA akan ditukarkan kepada prostaglandin E1. 

(Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah di samping mengurangkan tekanan darah)


Bagaimana GLA Complex membantu untuk mudah hamil





GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada peluang kerana sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 (^__^)

Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cubalah periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, dan kering itu adalah petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.
Jadi, penting ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur :P


Bagaimana jika anda ingin mencuba GLA Shaklee ni?

hubungi saya
June Mohd
019-2187383
kerengge83@gmail.com


kredit to: sweetbonda