Memaparkan catatan dengan label DTX Complex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DTX Complex. Papar semua catatan

Rabu, 20 November 2013

Cara Terbaik untuk Detox dengan Shaklee

Pernah dengar tak pasal DETOX? Ramai menyebut-nyebut pasal DETOX atau dalam bahasa kita dipanggil NYAHTOKSIN. Apa sebenarnya detox ni ye?

Secara normal, hari-hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal.




Dari mana datang toksin?

Toksin pada badan kita datang samada dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan melalui macam-macam cara seperti :
  • UDARA : udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan
  • MAKANAN/ MINUMAN : makanan atau minuman yang tidak bersih atau dimasak mungkin mengandungi  sisa racun,  bahan kimia dan sebagainya. 
  • UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan. 
  • RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
  • MAKANAN TIDAK HADAM : makanan yang tidak hadam dan tinggal akan usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam
  • DEHIDRASI dan MALNUTRISI : kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia

Tanda-tanda anda perlu DETOX

  • Masalah penghadaman
  • Sembelit
  • Sakit kepala
  • Jerawat
  • Penuaan pra-matang
  • Letih
  • Berat badan berlebihan
  • Insomnia

Cara & Langkah-langkah DETOX 


Bagi membersihkan tubuh dari toksin secara semulajadi, dicadangkan supaya kita mengikuti langkah berikut :
  1. PUASA - rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox
  2. DETOX hati - rangsang hati anda untuk membuang toksin yang terkumpul dengan cara mengurangkan pengambilan kaffein, alkohol, garam, gula, makanan diproses dan sbagainya. Pengambilan sesetengah herba seperti teh hijau, bawang putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke,  cendawan reishi, milk thistle, dandelion root dan sebagainya
  3. DETOX Sistem Penghadaman - ambil makanan yang tinggi serat (fiber) seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan buahan berries.
  4. DETOX melalui kulit -  minum air yang ditapis lebih banyak dari biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh, nikmati sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu.
  5. MAKANAN BERKHASIAT - setelah melalui proses detox, kawal pemakanan anda dengan mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan tambahan dan vitamin  dan menggunakan sistem penapis air yang baik.

Detox dengan SHAKLEE!


Shaklee mencadangkan pengambilan beberapa rangkaian produknya untuk membantu proses detox bagi melancarkan proses membuang toksin dan bahan buangan. Berikut adalah rangkaian produk untuk anda : 
  • Alfalfa Complex (Detox seluruh tubuh) : Herba yang kaya dengan pelabagai nutrisi dan digelar 'Raja Segla Tumbuhan'. Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.
  • DTX Complex (Detox hati) : Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu  biji benih milk thistle,  kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati 
  • Garlic (Detox darah) : dibuat dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary & spearmint. Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi meningkatkan sistem imun tubuh
  • Herblax (Detox usus) : Gabungan 9 herba semualajadi - daun alfalfa, daun jati cina (senna), biji adas manis cina (anise seed), bunga mallow biru (Blue malva),  kulit kayu buckthorn, akar likoris, biiji jintan manis (fennel), akar rhubarb & akar Culver's. Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus & melegakan sembelit

Bila waktu terbaik detox?

Sebenarnya kita boleh melakukan detox pada bila-bila masa. Badan kita bukan kereta yang perlu ada jadual penyelenggaraan. Cuma yang penting, bila badan rasa tidak selesa, dan timbul simptom-simptom seperti sakit kepala, berat badan berlebihan, tidak hadam, keletihan, sukar tidur dan jerawat - mungkin kita perlukan detox. Pakar nutrisi mencadangkan supaya seorang individu dewasa melakukan detox menyeluruh sekurang-kurangnya setahun sekali. Tapi, sebaiknya anda lakukan mengikut keperluan.

Menurut Dr. Juliet Tien, pakar dalam bidang ini - jika anda jarang-jarang melakukan proses detoksifikasi, disarankan anda melakukanny selepas musim perayaan kerana pada masa inilah anda akan mengambil makanan yang berpotensi mentoksikkan badan dalam jangka masa pendek dan panjang. Makanan manis, berlemak, berminyak, makanan tersedia yang mungkin dicemari yis dan parasit banyak dihidangkan di rumah terbuka dan jamuan-jamuan. (kredit)

Jangan tunggu lagi, jom detox sekarang!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

Sabtu, 9 Mac 2013

Tanda Hati Tidak Sihat


DTX Complex - Vitamin Untuk Kesihatan Hati


Petang semalam saya berpeluang untuk mengikuti 'product workshop' yang disampaikan oleh pakar nutrisi Shaklee, Siti Sarah yang comel hehehh..tajuk kuliah semalam berkaitan dengan Kesihatan Hati..banyak maklumat yang beliau sampaikan dan in sya Allah saya akan cuba kongsikan di sini..semoga ianya sama- sama bermanfaat untuk kita :-)

Tahukah anda? Saiz hati manusia yang sebenar adalah sebesar sebiji bola sepak, dengan berat sekitar 1.44 -1.66 kilogram! Saya juga baru tahu tentang ini semalam...hihihii..
                    

Wah, besar rupanya saiz hati manusia....mana taknya, hati merupakan organ dalaman yang paling besar saiznya berbanding organ- organ lain seperti jantung, paru- paru, perut dan lain- lain lagi....dengan saiz sebesar itu, sudah tentu tugas hati juga sangat banyak.. Jom, kita lihat apa agaknya peranan hati pada manusia ye...

Apakah fungsi hati ye?

Secara umumnya, fungsi hati adalah untuk membersihkan racun- racun yang masuk ke dalam badan dan mengeluarkannya dari dalam badan dengan selamat.Selain itu, hati juga penting untuk:






1. Merembeskan hempedu

Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak, ia memecahkan lemak kepada molekul yang lebih kecil. Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak ADEK dan membantu mengasimilasikan kalsium. Hempedu juga berfungsi menukarkan beta carotene kepada vitamin A. Hati yang sihat dapat merembeskan hempedu dengan baik. Tanpa hempedu,makanan yang kita makan tidak dapat dihadam dengan baik. Malahan, vitamin A, D, E dan K yang kita ambil juga tidak dapat diserap dengan baik.

2. Penting dalam fungsi Detoksifikasi

Hati mengawal metabolisme protin. Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan2 toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia dengan bahan2 lain yg kurang toksik. Bahan2 ini kemudiannya dikumuhkan oleh buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul.

3. Mengawal paras gula dalam darah

Dengan menukarkan tiroksina - hormon tiroid ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukosa). GTF diperlukan oleh insulin utk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila badan perlukan tenaga.  Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin.

4. Penting dalam metabolisme lemak

Penting didalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolestrol, lipoproteindan phospolipid dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan utk disimpan.


Tanda- tanda Hati tidak Sihat

~ bahagian mata yang berwarna putih berwarna kekuningan

~ sering berasa loya & muntah -muntah tanpa sebab

~ hilang selera makan

~ mengalami keletihan yang melampau


Faktor- faktor yang boleh menyebabkan kerosakan hati :

1. Pengambilan makanan berlemak tanpa kawalan

2. Sering terdedah kepada pencemaran & bahan kimia...contohnya petani yang terdedah dengan racun serangga, pekerja kilang dan lain- lain lagi.

3. Seseorang yang bekerja keras dan sering kepenatan setiap hari.

4. Dijangkiti virus Hepatitis 

P/S : Jika anda mengalami salah satu daripada empat tanda di atas, ini bermakna hati anda memerlukan suplemen untuk ia kekal sihat....Jom lihat apa yang terbaik untuk kesihatan hati kita :-)



Jaga kesihatan hati dengan DTX Complex



Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama 

dalam shaklee DTX Complex: ekstrak biji benih 

pokok susu tisel menyokong keupayaan badan 

menghasilkan protein bagi membantu menjana

 semula sel2 hati. Bahan ekstrak yang sangat 

penting dari biji benih pokok susu tisel ini 

menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi 

bahan2 yang digabungkan secara unik dan 

saintiffik, ekstrak daripada Schizandra dan 

cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti 

oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit dan

 articok (herba yang membantu mengekalkan aliran 

hempedu).

Jom kekalkan kesihatan hati anda dengan DTX 

Complex dari Shaklee :-)



Feel free to contact :

June Mohd

0192187383

kerengge83@gmail.com




Jumaat, 25 Januari 2013

Cadangan suplemen untuk Berhenti Merokok


Salam  semua.. Pagi2 ni saya ingin berkongsi vitamin yang bersesuaian untuk perokok. Kepada mereka yang sedang berusaha untuk hidup lebih sihat tanpa rokok boleh mencuba kaedah ini...kini bukan lagi mustahil untuk anda hidup tampa rokok...yang penting kemahuan untuk berhenti merokok haruslah kuat dan berazamlah dengan bersungguh-sungguh untuk berhenti merokok...merokok tiada faedahnya, yang anda dapat hanyalah penderitaan di kemudian hari...awas, mulakan langkah anda untuk berhenti merokok sekarang juga!

Kesan Merokok :

Secara umumnya, ramai yang telah sedia maklum tentang keburukan merokok..Jadi, tak perlulah saya buat huraian berjela-jela tentang bahayanya merokok.Jom kita tengok sepintas lalu tentang bahana merokok...




Tips ringkas untuk berhenti merokok:





Ini merupakan cerita seorang pengguna tentang suaminya yang kuat merokok... 

"Alhamdulillah suami saya yg dulunya seorang perokok tegar kini sudah berhenti merokok sejak Ramadhan lepas. Sesiapa nak cuba ini hanya 1 bentuk usaha bukan jamin 100% mereka akan berhenti. Jika tak berhenti pun mereka akan mendapat kesihatan yang lebih baik. In Sha Allah...


Basically sila detox dulu dengan DTX complex kerana hati perokok tegar ni jika di 'scan'  ianya akan berwarna lebih gelap berbanding dengan orang yang tidak merokok.

Dalam masa yang sama ambil vitamin C kerana perokok akan banyak kehilangan vitamin C dalam tubuh sepanjang aktiviti merokok. Nikotin mempengaruhi metabolisme tubuh yang menyebabkan tubuh kita tidak mampu menyimpan vitamin C dengan baik. Jadi perokok perlu mengambil vitamin C dengan kadar yang banyak untuk membersihkan nikotin dalam darah.

Artikel kajian perokok di US ada menyatakan :

Spray vitamin C into the back of the mouth and throat each time you want a cigarette. (Drug and Alcohol Dependence, 1993:337, p 211-213.)

So tak perlulah susah-susah nak beli vitamin C spray ni coz harga pun agak mahal & sukar didapati. Amik la Sustained Released Shaklee Vitamin C. Seeloknya hancurkan dalam air & minum setiap kali selepas merokok. Apabila nikotin dalam darah sudah disingkirkan sedikit demi sedikit, maka akan kurang la kebergantungan badan si perokok terhadap nikotin itu. Seterusnya in Sha Allah keinginan terhadap nikotin akan berkurangan.

Antara supplemen lain yang dicadangkan :

1) Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular (cukup dengan vivix sahaja jika tak mahu 
                makan suplemen banyak2)
2) Nutriferon - Merangsang sistem imun
3) Vitamin C - Antioksidan. Merokok mengurangkan vitamin C secara mendadak
4) B-Complex - Perlu dalam sistem selular enzim perokok yang rosak
5) Caratomax - Pemulihan membran mukosa. Perlindungan peparu
6) Alfalfa - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu
7) DTX Complex - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu

kredit:
MamaFisya

Jadi, kepada semua perokok yang sedang berusaha untuk berhenti merokok, tahniah saya ucapkan...jika anda telah berusaha sedaya upaya, namun masih GAGAL untuk berhenti, saya sadangkan anda semua untuk mencuba suplemen yang dicadangkan di atas...pilihan di tangan anda, bertindaklah sekarang ;-)


Sebarang pertanyaan: hubungi saya di sini..
 June Mohd
 0192187383
kerengge83@gmail.com
Anda berhak mendapat konsultasi percuma after sales & layak di'add' ke secret FB group yang EXCLUSIVE untuk pelanggan kami sahaja...best kan??