Memaparkan catatan dengan label pengedar Shaklee Gua Musang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengedar Shaklee Gua Musang. Papar semua catatan

Khamis, 13 November 2014

Bahana Nafsu Amarah...

Assalamualaikum...
 
Apa khabar semua hari ni ya? Ada yang sedang stress ke...rasa macam nak marah jer pada orang kat sebelah tu? Sabar dulu ye dek non...kalau rasa tak tahan sangat rasa marah tu, cuba beralih tempat. Kalau sedang berdiri, eloklah duduk. Kalau dah duduk, eloklah berdiri dan segera berwudhuk... Mudah-mudahan sejuk sikit hati tu kan.. lagi satu, cuba amalkan senyum sentiasa. Bila kita amalkan tabiat mudah tersenyum ni, jadi macam payah nak marah pun ye.. kalau tak percaya, cubalah nanti ye...
 
Kemarahan tidak membawa keuntungan
Bahkan ia membawa kepadaa kerugian
Ketika kita sedang marah,
kita kehilangan kawalan diri.
Di saat itulah Syaitan memasuki ruang kebencian,
ia menambahkan lagi penyakit dalaman,
ia membarah menjadi dendam dan pengkhianatan.
Datangnya Islam,
Mengajar agar mengawal kemarahan,
Marahlah di atas landasan agama,
Marahlah di atas kebencian oleh Allah daripada melakukannya
Dan....
Marahlah kepada diri sendiri yang seringkali gagal untuk mengawal kemarahan
 
P/S : Semoga kita bakal menjadi seorang Muslim yang bijak menggunakan akal fikiran. Marahlah apabila perlu dan usahlah bertindak melulu dalam menjatuhkan hukuman.
 
 
 
 

Antara Dua Darjat

Saya agak terkedu dengan pernyataan akhbar ini... kalau hari ini gaji RM3600 pun sudah dikira miskin, macam mana agaknya keadaan kita sepuluh tahun akan datang ya? Berapa banyak pekerjaan yang kita perlu buat dalam sehari untuk menjadikan kita orang yang kaya atau setidak-tidaknya bertaraf hidup sederhana.
 
Sebab itulah, kita harus beringat dari sekarang. Gaji yang diperoleh, biarpun sedikit perlulah digunakan dengan berjimat-cermat. Sekurang-kurangnya, buatlah simpanan sebanyak 10% supaya kita mempunyai wang untuk membuat pelaburan yang sesuai apabila keadaan mengizinkan...Tapi janganlah mudah gelap mata dan menyertai skim cepat kaya Pak Man Telo pulak ye...duit hangus sekelip mata, hasil yang diharapkan lesap entah ke mana.
 
Menurut bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, masyarakat bumiputera terutamanya Melayu harus mengubah sikap supaya berlumba-lumba untuk mencipta kejayaan. Selain itu, berbelanjalah mengikut poket sendiri dan bukannya berbelanja dengan boros seolah-olah mempunyai duit berjuta-juta dalam simpanan. Jutawan adalah orang yang pandai membuat simpanan. Jika hari ini kita tak mampu nak simpan hatta RM5 tanpa diusik setiap bulan,mana mungkin kita dapat menyimpan RM500 sebulan apabila pendapatan kita telah bertambah. Keadaan ini amat merugikan kerana wang yang mampu kita simpan itu merupakan satu langkah untuk kita menuju ke arah kejayaan yang lebih besar lagi. Tanpa RM5, duit kita tak akan jadi sejuta kan?
 

Ahad, 9 November 2014

Mark Zuckerberg Tak Ada Baju Lain Ke?


Saya terbaca artikel di bawah ini tentang kenapa Mark Zuckerberg memakai t-shirt kelabu yang sama selalu.

Saya suka jawapannya. Dia tidak mahu membuang masa dan tenaga otak dia untuk perkara yang kecil seperti nak pilih baju warna apa serta buang masa depan cermin setiap pagi. Dia kata lebih baik dia simpan tenaga akal dia untuk berfikir bagaimana untuk memberi khidmat serta manfaat kepada 1 billion pengguna Facebook. Tapi dia ada baju yang sama warnanya ini beberapa helai, bukan bermakna dia tidak ada baju lain.





 Saya setuju kerana di dalam perjalanan saya, saya sendiri melihat ramai mereka yang mereka berjaya tidak buang masa dan mereka juga eliminate atau menghapuskan aktiviti-aktiviti yang membuang masa, mengambil masa atau tidak memberikan faedah yang besar kepada hidup mereka atau apa yang mereka lakukan.

Contohnya, saya sendiri mengenali ramai mereka yang berjaya yang tidak menonton TV atau membuang masa menonton semua benda di TV yang banyaknya adalah "sampah" otak dan emosi. Saya sendiri tidak suka tengok TV dan TV saya jarang-jarang di switch-on melainkan untuk sesuatu rancangan berilmu yang berfaedah dan bermanfaat.

Saya juga pilih untuk tinggal 2-minit sahaja dari pejabat saya kerana ia memudahkan segala urusan yang perlukan saya dipejabat atau memudahkan staf saya berjumpa saya dirumah jika ada urusan penting.

Bayangkan jika saya adalah seperti satu ketika satu waktu dahulu perlu travel hampir 2-jam untuk ke pejabat dan balik juga lebih 2-jam bila jalan adalah sesak dan apatah lagi hujan lebat, ia "mengambil"masa hidup saya selama 4-jam sehari dan 20-jam seminggu dan 80-jam sebulan dan 960-jam setahun. Itu bermakna 40-hari setahun (960 jam/24jam) adalah masa yang saya gunakan untuk travel ulang alik ke pejabat. What if 10-tahun kerja? 400-hari atau bahasa mudah lebih 1-tahun masa saya dalam tempoh 10-tahun adalah di dalam kenderaan.

Jika ada pilihan, kita boleh gunakan untuk belajar mengaji atau hafal ayatul Quran dalam kereta dan bukan sekadar dengar radio. Kita juga boleh dengar CD-CD ilmu agama atau yang membantu peningkatan diri. Dan macam-macam perkara yang boleh tingkatkan kelebihan diri. Kita juga boleh dengar CD audio book tentang topik yang kita suka di dalam kereta atau menggunakan headset melalui handphone kita jika kita menaiki bas, Komuter atau LRT.

Point saya ialah, ambil iktibar dengan apa yang orang kongsikan tentang sikap dan habit mereka yang berjaya.

Of course yang terbaik adalah jika kita tidak perlu travel lama untuk ke tempat kerja.

Bagi yang baru nak kerja atau berniaga, buat sesuatu atau bekerja ditempat yang tidak memerlukan kita travel jauh setiap pagi dan petang untuk ke tempat kerja supaya kita boleh kerja dengan efisyen tetapi pada masa yang sama, kita dapat spend masa bersama keluarga lebih segera bila habis kerja. Wallahu A'lam.

Moral of the story: Buang atau elakkan membuat sesuatu yang paling kurang nilainya dalam hidup kita dan gantikannya dengan sesuatu yang lebih tinggi nilai atau kualitinya dalam hidup kita. Ingat, muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.

Dan elakkan buang masa bercakap hal orang, fitnah orang atau gosip tentang orang lain kerana banyak lagi perkara yang lain yang berfaedah yang kita boleh lakukan untuk mencari redha Allah swt di dunia untuk bekalan di sana. Mati itu pasti, buat baik dibalas baik dan begitu juga sebaliknya.




 

‪#‎AzizanOsman Status Update

Sabtu, 8 November 2014

SIMPLE GIVEAWAY BY BBWANA ADIENIA

Klik SINI untuk join :)
 

Jumaat, 7 November 2014

Mengapa Kita Sering Dipertemukan dengan Orang yang Salah?

Berapa ramaikah antara kita yang hidupnya sering sahaja ceria, bahagia dan sentiasa bebas daripada dugaan, dukacita serta ujian daripada Allah?
 
Saya percaya, setiap orang daripada kita pastinya mempunyai jalan cerita yang tersendiri dan pastinya sebagai manusia kita seringkali diuji dengan pelbagai dugaan daripadaNya... Agak-agak, mengapa ye kita diuji? Mungkin kita rasa ujian yang Dia bagi tu sangat berat dan tidak tertanggung bebanannya..ketahuilah bahawa Allah tak akan uji kita selain dari apa yang kita mampu... Percayalah! Kerana Dialah Allah Yang Maha Penyayang...Dia sangat, sangat, sangat sayangkan hambaNya...jadi, Dia tahu apa yang kita perlukan.
 
Kita diuji supaya kita kembali berpaling kepadanya..merintih dan bersujudlah kerana inilah peluang yang Allah bagi supaya kita semakin dekat kepadanya... Anggaplah ujian yang diterima sebagai bonus kerana ia juga boleh menghapuskan dosa-dosa kita yang telah lalu....
 

 
Ujian boleh datang dalam pelbagai bentuk. Adakalanya dalam bentuk sakit, masalah kewangan, masalah dalam perhubungan, diberi  keluarga yang  berantakan, rakan sekerja yang menguji kesabaran dan sebagainya. Saya tertarik dengan satu kata-kata hikmah yang sungguh memberi kesan kepada saya.
 
''Memang Allah SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik. ''
'' Memang Allah SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar kita hanya makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.''
'' Memang Allah SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang terbaik, khas untuk diri kita.''
'' Memang Allah SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar Allah Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita, dia bukan pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa akan datang.''
'' Memang Allah SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang mengalaminya.''
'' Memang Allah SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.''
'' Memang Allah SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.''
'' Memang Allah SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.''
 
Apa pun ujian yang mendatang, bertabahlah wahai sahabat. Sesungguhnya, dugaan itulah yang akan dijadikan perisai hidup supaya kita lebih kuat menghadapi ujian yang lebih hebat pada masa hadapan. Allah knows that you can do it! So, be strong k!
 
 
 

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 4).

Haaa!

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman dah masuk edisi yang keempat..Macam biasa la GA ni dibuat sempena untuk memberi penghargaan utk korang yang still datang blog Sally walaupun tuan blog dia tgh sibuk bercuti...So, siapa nak souvenirs daripada Korea..? Hehehe...Kalau nak, sila la ikuti syarat-syarat dibawah ye...

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/11/holiday-giveaway-by-sally-samsaiman.html



Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
  2. Buat satu entry bertajuk Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 4).
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih 5 orang blogger ye...
  6. Segmen ini akan berlangsung dari 6th November 2014 - 16th November 2014 (11.59 pm waktu Malaysia)

Khamis, 6 November 2014

KISAH BENAR : KESAN OMEGA GUARD & MEALSHAKES


Semua emak nak anak yang cerdik kan.. Kali ini saya nak berkongsi kisah seorang lagi anak kecil yang cerdik.. tapi bukan Faiz..Asyik kisah pasal Faiz je..jadi kita tukar selera sikit..hihi.. kita kongsi kisah anak orang lain pulak ... Ni kisah anak kawan baik saya, anak Puan Farah ayuza.
_______________________________________________________________________________


"....I'm truly proud with my little daughter Sofea...saya dah hantar Sofea ke pre school seawal usia 2 tahun setengah...itu aja option yang saya ada waktu itu kerana saya bekerja jauh, bibikless & tiada yang dapat menjaganya full time...

Di BBIM, budak usia 3 tahun ke bawah akan dimasukkan ke dalam play class...maksudnya aktiviti mereka banyak bermain...sesuai la untuk Sofea...tapi masalahnya, Sofea ketika itu sudah pandai bercakap, baca ABC,123, alif ba ta, menyanyi, mewarna, melukis...dan anak2 yang seusia dengannya ada yang masih belum bercakap, etc...

Jadi, Sofea dimasukkan ke kelas yang lebih advance dan alhamdulillah, cikgunya kata dia dapat ikut dengan cepat...her brain is like a sponge...and now, she can even write her own name, recite doa makan, baca al fatihah,etc..saya pon terkejut bila balik aja dr sekolah dia dok baca apa yg dipelajarinya di sekolah...

Waktu hari ambil report card...cikgu tanya pada Mr. Hubby...'encik bagi apa pada Sofea? Macam mana encik aja Sofea? Dia cepat betol tangkap apa yg di ajar di sekolah'...

Alhamdulillah...kami mengamalkan pemakanan yang betul untuk si kecil...Supplement kena ada kerana tak semua yang anak kita makan ada nutrisi yang lengkap..jadi kami bagi dia MEALSHAKES, VITAMIN C & OMEGA GUARD...



 Sayangilah si kecil anda...pada usia muda inilah mereka cepat terima apa yang diajar...boost their mind with the right supplement..

 Cubalah dan rasailah apa yang saya rasa:) ~ Pn. Farah
 
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan
vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Marking Mode!

Salam Jumaat buat semua...semoga kita semua sentiasa berada dalam Rahmat dan perlindungan Allah sentiasa. Hari Jumaat ni eloklah kiranya kita membaca surah Al-Kahfi selain membaca surah Yasin. Insya Allah, banyak manfaatnya untuk kita dan keluarga.
 
Apa nak buat hari ni ye? Heheh...saya ada 5 bundle kertas peperiksaan untuk ditanda. Boleh lagi tanya nak buat apa kan? Pagi petang siang dan malam saya kena bertungkus-lumus untuk siapkan menanda. So, minggu depan bolehlah key in markah dalam sistem. Dah siap key in markah tu for sure rasa lega sangat...bagaikan segala beban yang dipikul telah pun hilang...heavennya rasa!
 
Lepas tu bolehlah berfikir dan fokus untuk bercuti-cuti Malaysai pulak kan...yippppieeee! Jangan jeles tau coz cikgu ni cutinya lain macam sket banyaknya. Tapi kan, kalau dapat cuti 365 hari setahun lagilah best rasanya...insya Allah, saya ada perancangan ke arah itu...doakan semoga segalanya berjalan lancar ye kawan-kawan. Saya doakan anda semua kaya dan berjaya!!!!
 
Student macam ni pun ada ka...hadoi! 
 
Menanda kertas sambil mendengar bunyi air mengalir sungguh mendamaikan jiwa.
 
Sambil-sambil menanda saya tak lupa untuk #pasaksenyum!
Indahnya duniaku...
alhamdulillah! 
 
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan
vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


          June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Rabu, 5 November 2014

Gemuk Itu Suatu Dosa?

Saya pernah mendengar 'quote' daripada seseorang yang mengatakan bahawa gemuk adalah suatu dosa. What? Kejam kot statement ni kan? Agak terkejut dengan pernyataan beliau namun begitu, saya cuba bertenang dan bertanyakan sebab beliau berpandangan sedemikian. Boleh tahan  juga panjang huraiannya...hihihh... apabila mendengar jawapan daripada beliau barulah saya tahu apa puncanya...
 
Antara hujah beliau setelah saya ringkaskan:
  1. Orang yang tidak mengawal berat badan mereka sebenarnya kurang menghargai nikmat tubuh badan yang Allah berikan kepada mereka. Mereka tidak menjaga amanah Allah untuk memelihara kesihatan mereka dengan baik. Bila dah overweight macam-macam penyakit akan datang.
  2. Orang gemuk menyusahkan orang ketika menaiki kenderaan awam seperti bas dan kapal terbang. Bayangkan, kerusi yang sepatutnya diduduki oleh dua orang  cuma boleh diduduki oleh seorang penumpang sahaja kerana orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan tadi telah pun mengambil ruang tersebut.
Itulah antara puncanya. Memandangkan beliau seorang yang kerap kali travel, mungkin beliau banyak melalui pengalaman yang tidak diingini ketika menaiki kenderaan awam. Dah serik agaknya sehingga beliau mengeluarkan statement berani mati sebegitu. 
 
Saya pun takut nak jadi gemuk kalau macam ni. Kena diet kaw-kaw la lepas ni kan. For sure, ESP, Alfalfa dan Lecithin tak boleh tinggal la ni...Omega pun harusku telan 6 biji sehari supaya dapat bakar lemak-lemak degil yang ada....ngeri mak kalau berat badan terus meningkat tanpa kawalan...tak sanggup!

Apa pun, ini hanyalah pendapat beliau, semoga tidak ada pihak yang terasa. Dan, tak semestinya kita perlu bersetuju dengan pendapat beliau ni kan?
 
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan
vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

      June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221
     

Selasa, 4 November 2014

1st Segmen : Blogwalking bersama-sama By Khairunnisa Hassan

Assalamualaikum w.b.t...
 
Salam ceria buat semua :)
 
Jom ramai-ramai join segmen blogwalking bersama-sama Khairunnisa Hassan . Mudah je syarat-syaratnya tau..
 

Akibat Hasad Dengki dan Iri Hati

 Agak-agak mengapa ya? Ada yang benci sangat kalau lihat orang lain yang lebih kaya dan berjaya? Seandainya mereka tahu...betapa buruknya kesan akibat hasad dengki, tak ada kot manusia yang nak dengki dan iri hati sesama sendiri.
 
Kalau diri-sendiri yang tak sanggup nak korbankan masa dan tenaga untuk keluar daripada 'zon selesa', tak usahlah cemburu jika orang lain lebih ke depan berbanding kita.. ambil cermin, lihatlah sejauh mana anda berusaha untuk menambahbaik taraf kehidupan sendiri...kan lebih baik begitu?
 
Lagi satu, bahaya sangat tau jika kita tak suka kepada orang yang kaya dan berjaya. Ini menandakan kita tak sukakan kekayaan dan kejayaan...kalau macam tu, agak-agak kekayaan dan kejayaan nak datang dekat tak kepada kita yer?
 
Pesan Dr. Haji Azizan Osman dalam seminar IMKK yang saya hadiri baru-baru ini, berhati-hati dengan apa yang kita fikir, rasa, cakap, tulis dan buat kerana segalanya adalah DOA. Apabila kita asyik fikir perkara negatif, itulah yang semakin menghampiri kita.
 

Semoga kita semua dijauhkan daripada perasaan hasad dengki terhadap orang lain dan dijauhkan daripada orang-orang yang mempunyai P.H.D yang tinggi di sekeliling kita. Saya doakan anda semua kaya dan berjaya di dunia dan akhirat!
 
P/S : Sekadar coretan...tiada kaitan antara mereka yang telah hidup atau pun mati...
 
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan
vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Isnin, 3 November 2014

Resepi Sandwich Sardin

Tak tahulah apa puncanya. Asal pergi ke sekolah je mesti rasa lapar yang amat. Nak ke kantin, dah tak ada apa-apa makanan yang boleh dimakan. Yang tersedia hanyalah keropok lekor dan roti Hawaii yang berharga 80 sen tu... Maklumlah, kami bersekolah di sesi petang. So, menu kat kantin tinggal apa yang ada sahajalah. Kalau bernasib baik, bolehlah makan lauk-pauk yang sedap sikit. Tapi biasanya tak ada apa sangatlah untuk dimakan.
 
Alternatifnya, kami membawa bekal sendiri. Macam hari ni saya bawa mangga dan asam boi untuk dimakan bersama rakan sekerja. Esoknya saya plan nak bawa sandwich sardin kot...tiba-tiba rasa nak makan sandwich. Lagi pun dah lama sangat tak buat sandwich sardin.
 
OK, kita layan resepi sandwich sardin yek..sajalah nak letak kat sini, senang nak rujuk pada masa akan datang.
 

Resepi Sandwich Sardin Sedap

 
Bahan-bahannya :
1 tin sardin bersaiz besar
sebiji limau nipis ( kalau suka masam boleh tambah lagi sebiji )
2 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 biji mentimun ( kupas dan hiris nipis-nipis)
1 biji tomato ( hiris nipis)
5-6 tangkai cili padi ( saya suka pedas, jadi kena letak lebih cili )
4 sudu besar mayonis
1/4 sudu teh lada sulah
secubit garam
sedikit minyak masak untuk menumis
 

ihsan google
 
Cara memasak:
1. Asingkan sardin daripada sosnya dan ikan sardin tersebut dihancurkan dengan garpu sehingga lumat. Tulang ikan sardin juga hendaklah diketepikan daripada isinya. Ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang besar yang dipotong dadu sehingga wangi. Masukkan isi sardin yang telah dihancurkan tadi. Perahkan jus limau nipis ke dalam bahan tumisan dan masukkan sedikit garam, lada sulah dan cili padi. Masak sehingga sardin agak garing.
3. Setelah sardin masak, matikan api dan masukkan mayonis. Gaul sehingga sebati.
4. Bakar roti seketika. Kemudian sapukan dengan mentega sebelum diletakkan inti sardin yang dah siap itu tadi. Jangan lupa letakkan timun dan tomato yang telah dihiris nipis-nipis.
5. Makanlah sepuas hati...selamat mencuba!
 
P/S : Sebelum makan sandwich ni saya akan makan Phytocol ST Shaklee dulu tau...tak nak bagi kolesterol diserap banyak sangat ke dalam badan. Berat badan pun dah tak berapa nak ideal dahni..huhuh
 
 
 
 
 

Ahad, 2 November 2014

Hari Penentuan Seorang Pelajar

Alhamdulillah...masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba akhirnya. Kini tibalah masanya untuk semua calon SPM untuk menduduki peperiksaan yang paling penting dalam menentukan corak masa hadapan mereka.
 
Hari ini, tanggal 3 November 2014, semua calon SPM di seluruh negara akan memulakan kertas peperiksaan pertama mereka bermula pukul 8 pagi nanti.. teringat pula kenangan mengawas peperiksaan STPM beberapa bulan yang lalu. Macam-macam gelagat pelajar dapat dilihat. Ada yang nervous, ada yang kelihatan begitu yakin sekali dan ada juga yang kelihatan tenang dan bersahaja.
 
Apa pun, saya harap agar semua calon yang menduduki SPM tahun ini akan dapat menjawab semua soalan dengan mudah. Buat semua pelajar saya, Cikgu doakan kalian dapat menjawab dengan tenang. Baca soalan dengan teliti dan jawab sebaik mungkin. Semoga kejayaan bakal menjadi milik anda semua!
 
 

 
 
P/S : Teringat kenangan menduduki peperiksaan SPM 14 tahun yang lalu....kenangan yang terlalu mahal harganya. Terima kasih kepada semua guru yang pernah mendidik saya dari darjah 1 sehinggalah ke Universiti...


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan
vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

 

Nak Anak Comel macam Baby Che Ta!

 
Nampak gayanya, kelahiran bayi perempuan Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah menjadi perbualan hangat rakan sekerja saya. Mereka begitu teruja dengan kecomelan baby Che Ta... baby of the year la kiranya kan... Pipi gebu bukan main...putih merah lak tuh...padanlah dengan ibu dan ayahnya yang ada rupa. Ada jugak member yang tengah preggy nak renung gambar baby Che Ta lama-lama..mana tau mengikut muka baby Che Ta katanya..hihihh...macam-macamlah dorang ni kan :p
 
Saya juga turut terpegun melihat keindahan ciptaan Allah itu... Ya Allah, comel sesangat!!! Itu baru tengok dalam gambar jer, kalau kat luar tak tahulah macam mana cute nya baby tersebut...
 
Semoga baby Che Ta membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah bila dah besar nanti ya! I love you babeh... Tahniah buat Che Ta & Zain Saidin atas kelahiran bayi sulung mereka berdua :)
 

Sabtu, 1 November 2014

Doa Pembuka Apa yang Tertutup

Tips Nak Kaya dan Berjaya

Sebenarnya bukan susah pun nak jadi kaya dan berjaya. Asalkan kita tahu caranya segalanya menjadi mudah. Inilah kepentingan ilmu. Tanpa ilmu kita akan berada di takuk lama selama-lamanya.
 
So, apakah tips mudah untuk kaya dan berjaya?
  1. Hormatilah ibu dan bapa kita. Bahagiakan mereka kerana mereka adalah punca keberkatan hidup kita. Ibu kandung dan ibu mertua sama sahaja pangkatnya. Kalau isteri, kenalah hormat suami lebih berbanding ibu bapa sendiri. Doa seorang ibu  akan mudah dimakbulkan Allah...so, cubalah untuk bahagia ibu ayah anda ya...jangan lupa minta supaya mereka mendoakan anda jadi JUTAWAN :)
  2. Pilihlah teman yang positif. Teman-teman yang positif akan mempengaruhi cara kita berfikir dan juga bekerja. Duit sukakan orang yang baik-baik dan bersih hatinya. Kalau hati dan pemikiran kita negatif, agak-agak duit nak datang dekat tak dengan kita? Duit pun takut nak dekat tau...So, mulai hari ini dan saat ini, mulakanlah untuk 'menapis' jenis-jenis teman yang kita ada. Kalau semuanya asyik nak bercerita tentang perkara negatif, eloklah dijauhkan kerana kita sedang merosakkan magnet kekayaan dan kejayaan dalam diri kita. Perkara ini hendaklah dilakukan secara berterusan kerana magnet kejayaan boleh menjadi lemah jika bercampur dengan unsur-unsur negatif. Sanggup tak?
  3. Banyakkan memberi...semakin banyak yang kita berikan, semakin banyak yang kita dapat..nak tahu kenapa? Kerana kita telah mengosongkan kolam yang ada supaya dapat menerima dengan lebih banyak. Nampak macam pelik tapi itulah hukum Alam. The more you give, the more you get! Kalau rasa nak bersedekah tapi kurang berkemampuan, apa kata mulakan dengan memberikan senyuman. Ianya percuma sahaja. Apa yang saya perasan, orang zaman sekarang ni berwajah serius dan susah sangat nak senyum kepada orang yang tak dikenali. Kenapa agaknya ya? Tapi tak mengapa, kalau terjumpa orang sebegini, berikanlah senyuman kepada mereka. Pasti suasana akan bertukar kepada lebih ceria dan gembira...insya Allah.
  4. Hitung nikmat yang kita ada dan bersyukurlah....kalau hari ini kita rasa susah, sebenarnya ramai lagi yang hidup lebih susah berbanding kita. Cuba hitungkan satu-persatu nikmat yang Allah bagi, pastinya kita akan menjadi orang yang lebih bersyukur. Elakkan membandingkan diri kita dengan orang lain kerana setiap daripada kita adalah berbeza!
  5. Doakan yang baik-baik tentang diri kita...elakkan asyik sebut 'aku tak de duit...aku tak de duit, aku tak de duit...kadang-kadang duit tu ada je walaupun tak banyak, tapi bila diulang-ulang 'zikir' yang sama, duit pun akan menjauhlah...duit pun ada 'energy' dia sendiri tau...jangan main-main.
Apa yang kita buat, apa yang kita sebut, apa yang kita fikir...semuanya adalah doa. So, lepas ni elakkan berfikiran negatif kerana ia juga merupakan salah satu daripada bentuk doa!
 
 
P/S : Bukan mudah untuk bertukar menjadi seseorang yang positif dan kurang stress. Macam saya, saya memilih B Complex Shaklee sebagai alat untuk mengurangkan tekanan. Maklumlah, gaya hidup sekarang ni bukan main stress lagikan.
 
Semoga bermanfaat :)

Short Giveaway by Effa Farhana

Assalamualaikum w.b.t
 
Selamat berhujung minggu :)
 
Jom korang kita pakat-pakat join Giveaway by Effa Farhana ni :)
 
Mana tahu kot-kotla bertuah dapat menang hadiah...best jugak kan..
 

Jumaat, 31 Oktober 2014

Omega Guard Shaklee Best!

Alhamdulillah, pagi-pagi tadi saya dapat tahu promo untuk bulan November ni jatuh kepada Shaklee Omega Guard. Bahagia sungguh rasa hatiku! Omega Guard merupakan antara suplemen kegemaran seisi keluarga.
 
Daripada emak, Pak cik Mak cik dan saya sendiri pun sukakan Omega ni. Yeah.. Emak saya ambil Omega Guard untuk keselesaan sendi lutut beliau. Saya makan untuk pecahkan lelemak degil di perut. Amalkan 3 biji 2 kali sehari selama mungkin untuk kesan terbaik. Menurut testimoni seorang teman, beliau mengamalkan Omega Guard selama beberapa bulan dan magiknya, beliau berjaya memakai baju lama yang berusia 13 tahun lalu. Best je kan kalau mendapat berat badan macam zaman anak dara dulu.
 
Faris pula saya bagi untuk kecerdasan otak beliau. Zaman kanak-kanak ni lah sel-sel otak sedang pesat berkembang. Jadi amat rugi kalau tak diberikan pemakanan yang sesuai untuk perkembangan otak si manja tersayang.
 
 
 
 

Dah Nak Tamat Daaaa....

 Salam Jumaat semua...apa khabar semua hari  ni? Semoga sihat semuanya ya... Kalau macam saya yang bekerja di Kelantan ni, hari ni kami sedang bercuti hujung minggu. Waktu petang macam ni adalah masa untuk berehat bersama keluarga..iyalah kan, setelah kekenyangan makan tengahari sebentar tadi mata pun terasa mengantuk.. Menu kami sekeluarga hari ni ialah nasi kukus yang suami beli selepas solat Jumaat tadi.

Hari ni dah 31 Oktober, ini bermakna promo ESP dan Meal Shakes akan berakhir menjelang pukul 12 malam nanti. Esok dah mula promo barulah pulak.. So, kalau sesiapa yang teragak nak mencuba ESP dan Mealshakes tu, eloklah gunakan peluang keemasan ni yer...lepas ni tak tahu bilalah pulak nak dapat promo meletops macam ni...rembat jangan tak rembat! Saya pun nak pulun satu set ESP untuk kegunaan seisi keluarga.





Saya adalah pengedar sah Shaklee kawasan Gua Musang. Sape-sape yang berminat silalah hubungi saya dengan segera ya!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-9438392

Rabu, 29 Oktober 2014

40 Pelajaran daripada Nabi Muhammad s.a.w

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Di sini saya ingin kongsikan 40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW. Jika diamalkan, banyak manfaat dari segi kesihatan yang bakal kita perolehi. Semoga bermanfaat untuk semua.

---------------------------
01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.
---------------------------
02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
---------------------------
03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
---------------------------
04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.
---------------------------
05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.
---------------------------
06. Jangan mematah-matahkan jari anda.
---------------------------
07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
---------------------------
08. Jangan mendongak ketika sedang solat.
---------------------------
09. Jangan meludah didalam tandas.
---------------------------
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
---------------------------
11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain.
---------------------------
12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.
---------------------------
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya
.
---------------------------
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
---------------------------
15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.
---------------------------
16. Jangan bercakap di dalam tandas.
---------------------------
17. Jangan berkata dongeng (palsu) tentang rakan anda.

---------------------------
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
---------------------------
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
---------------------------
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
---------------------------
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
---------------------------
22. Jangan menipu sepanjang masa.
---------------------------
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
---------------------------
24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.
---------------------------
25. Hindarkan berjalan sendirian.
---------------------------
26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.
---------------------------
27. Jangan bangga (riak) akan diri sendiri.
---------------------------
28. Jangan mencela makanan anda.

---------------------------
29. Jangan bermegah (sombong).
---------------------------
30. Jangan menghalau pengemis.
---------------------------
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
---------------------------
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
---------------------------
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
---------------------------
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
---------------------------
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
---------------------------
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.
---------------------------
37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.
---------------------------

38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).
---------------------------
39. Jangan makan dalam gelap.
---------------------------
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.

---------------------------