Memaparkan catatan dengan label set kurus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label set kurus. Papar semua catatan

Ahad, 3 Ogos 2014

Slimming Set Shaklee yang Superb!


Fuh lamak...dah seminggu lepas raya ni kan..saya percaya ada yang berjaya menaikkan berat badan tanpa rela. Mana taknya, raya sakan kan....memang tak boleh nak control bab makan..Sedar-sedar aje, baju pun dah mula ketat...muka bujur dah nampak bulat..dagu dah start berlapis..badan pun dah start semput....

Aduhai, menyesal tak sudah dibuatnya. Bulan puasa hari tu baru jer turun tiga kilo, tapi lepas raya naik sampai 6-7 kilo! Apa lagi...mulakan diet anda sekarang..jangan nak tunggu naik berkilo-kilo lagi baru nak mula diet..lagi banyak berat anda naik, lagi lama masa yang diambil untuk anda kuruskan berat badan..jadi, jangan pernah bertangguh untuk dapatkan berat badan yang ideal..badan yang lebih kurus pastinya menyebabkan anda kelihatan lebih muda dan semakin cun gituh....

Tapi kan..macam mana nak berdiet? Saya ni jenis yang tak tahan berlapar...ok, kali ini saya kongsikan tentang set slimming shaklee yang bukan lagi rahsia. Diet yang sihat dan berkesan kena ada caranya....silap-silap hari bulan, berat lagi susah nak turun atau pun makin naik pula jadinya.

Dengan Shaklee, kami akan menggalakkan supaya pelanggan untuk detox terlebih dahuhlu supaya toksin dalam badan dapat dibersihkan. Usus yang bersih dan sihat, mampu menyerap semua nutrisi yang diperlukan dengan sempurna. Makanan yang berlebihan akan dibuang secara berkala dan perut juga akan kelihatan lebih kempis berbanding biasa. 

Untuk me'apung'kan lemak pula, Lecithin memang terbaik. Jadi, lemak dalam makanan yang kita makan tidak semuanya akan diserap ke dalam badan. So, kuranglah lemak-lemak degil yang masuk dalam badan kita...yer tak?
 
Tetapi untuk diet, saya akan gabungkan dengan Omega Guard supaya lebih banyak lemak yang dapat dibakar. Dan kesannya juga 2x lebih cepat berbanding set slimming tanpa Omega Guard. Sebab itulah, kalau customer ada bajet lebih, saya akan cadangkan supaya mereka mengambil Omega Guard dalam set slimming mereka. Kesannya? Marvellous!

ESP! Bagi saya, ESP sangat membantu untuk saya mengurangkan portion makanan. Nak tahu kenapa? ESP ni sangat mengenyangkan. Jadi, perut kita akan bertahan dengan lebih lama tanpa rasa lapar. Ini akan menyebabkan kita akan makan dengan saiz hidangan yang lebih kecil berbanding biasa. So, kalau berterusan macam ni agak-agak kurus tak badan kita? Yang lagi best, selain kurang makan dan kita pun dapat berjimat....korang akan perasan bahawa kulit akan jadi lebih bersih dan sihat. Selain itu, otot juga akan jadi lebih pejal dan berat badan tak mudah naik walaupun ketika kita lupa untuk berdiet.





Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Khamis, 26 Jun 2014

Dah Makan Set Kurus Shaklee, tapi Tak Kurus Pun!

Assalamualaikum :-) Salam bahagia dan membahagiakan buat semua. Dua hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan :-) Tak sabar rasanya nak berpuasa lagi. Semoga semua amalan kita 'dipandang' Allah dan menjadi benteng daripada panasnya api neraka kelak. Insya Allah.

Sekarang saya dalam proses untuk membantu beberapa orang pelanggan saya yang cantik dan handsome untuk transform diri mereka menjadi lebih kurus. Bukan kurus cekeding ye, tapi kurus yang sihat. Mereka berhasrat untuk menurunkan berat badan supaya dapat menjaga kesihatan dengan lebih baik. Kurus menyebabkan badan berasa lebih ringan dan 'selesa' apabila nak buat sebarang aktiviti. Kegemukan merupakan salah satu daripada pencetus kepada penyakit-penyakit yang berbahaya seperti lemah jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga strok.

Pelanggan-pelanggan saya ni bijak kerana mereka sudah mula sedar tentang kepentingan mendapatkan berat badan ideal. Maka, mereka memilih untuk menurunkan berat badan dengan Set Kurus Shaklee. Tapi hairan jugakan, ramai jer yang dah makan set kurus Shaklee, tapi badan masih sama jer seperti sebelum ini. Ada juga yang mengadu, saya dah tiga bulan makan Set Kurus Shaklee, tapi berat badan makin naik. Perut pun bertambah buncit jadinya.

Ko cakap boleh kurus, tapi kenapa tak kurus-kurus pun!

Mengapa ya, dah makan set Kurus Shaklee tapi hasilnya tak seperti diharapakan? Kat sini saya ingin mengupas beberapa sebab yang mungkin boleh menjawab persoalan ini. Stay tune :-) Antara sebabnya ialah :

Meninggalkan sarapan pagi. Menurut kajian, sekiranya kita skip breakfast, kita akan berasa sangat lapar jadi kita akan makan dengan lebih banyak sewaktu makan tengahari. Selain itu, kadar metabolisme kita juga akan menurun akibat meninggalkan waktu makan.



Makan tidak ikut jadual. Sepatutnya, kita melatih diri kita untuk makan dengan kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit. Bukannya, mengurangkan waktu makan tetapi sekali makan, makanan yang nak dimakan diambil dengan banyak. Macam untuk 2-3 orang makan pula layaknya. Agak-agak berjaya ke tak nak kurus kalau macam ni?

Kurang bersenam. Bersenam mampu meningkatkan kadar metabolisme kita. Jadi, dengan senaman kita akan dapat menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Ramai yang cakap nak kurus tapi apabila disarankan untuk bersenam, banyak pula alasan mereka. Sebenarnya, turun naik tangga pun dah boleh membakar kalori. Selain itu, banyakkan berjalan kaki setiap hari. Nak window shoppnig pun boleh. Anda pasti suka kannya :-)




Makan makanan tidak seimbang. Ramai yang mengamalkan diet tinggi karbohidrat dan lemak dalam hidangan mereka setiap hari. Sekiranya, karbohidrat tidak digunakan, ia akan disimpan sebagai lemak dalam badan kita. Jadi, apabila lemak tersimpan, peluang untuk kurus semakin berkuranganlah kan?

Tidak menghitung jumlah kalori yang diperlukan untuk tubuh kita. Jumlah kalori yang sesuai untuk lelaki dewasa = 2000-2500 kalori setiap hari. Manakala bagi perempuan pula, mereka memerlukan hanya 1600-2000 kalori sahaja setiap hari. Jom kira kalori yang kita ambil setiap hari dengan merujuk artikel ini.

Makan set Kurus Shaklee secara tidak konsisten. Macam mana vitamin nak berfungsi dengan betul sekiranya pengambilannya tidak mengikut jadual yang disarankan.



Suka minum air manis dan tidak gemarkan air kosong! Air manis juga mengandungi kalori yang tinggi tau. Jadi, mulai hari ini cuba ubah tabiat ini. Ketahui tips untuk minum banyak air masak di sini.

Sering makan salad bersama mayonis. Sedap memanglah sedap, tapi mayonis boleh merosakkan diet kita kerana ia juga tinggi kalori. Oh tidak...!


Rasanya cukup dulu setakat ini perkongsian saya. Ada rezeki kita bertemu lagi. Insya Allah. 

Semoga entry ini dapat menjawab persoalan di atas. Jom ubah cara hidup kita supaya lebih sihat. Badan sihat, nak beribadah pun lebih senang dan tenang. Tak adalah semput-semput kalau nak bertarawih 20 rakaat pun kan:-)


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set Kurus Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221




Isnin, 3 Mac 2014

Testimoni Slimming Set Shaklee ~ Turun 10kg dalam Masa 3 Bulan!

Berat badan yang bertambah saban hari memang merisaukan kita. Apa yang saya perasan, selepas usia mencecah 30-an, berat badan mula bertambah dan susah nak turun. Mungkin juga ada kaitan dengan kadar metabolisme yang semakin menurun, jadi makanan yang kita makan tidak dapat ditukarkan kepada tenaga sepenuhnya. sebaliknya makanan tadi akan disimpan sebagai lemak dalam badan. Bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya badan kita mengumpul lemak setiap hari. Pastinya lelemak tersebut semakin bertambah dan menebal di bawah kulit kita. Itulah antara punca berat badan bertambah dan sukar untuk diturunkan! Lagi lama kita biarkan masalah ini berlaku, lagi teballah lemak yang tersimpan dalam badan kita. Sungguh menyeramkan....Jadi di sini saya akan kongsikan kebaikan set slim bajet Shaklee.


Gambar bawah menunjukkan fungsi bagi setiap vitamin yang ada dalam set slim bajet.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di bawah ini pula saya kongsikan beberapa testimoni pengguna yang berpuas hati setelah menggunakan set slimming bajet.


Testimoni 1 :

Assalamualaikum kawan2 

Testimonial diri sendiri.

Before: 66-68 kg 
After: 58 kg

Sy cuma consume Herblax dan Lecithin sahaja. Pada mulanya sy consume utk masalah sembelit yg agak kronik dan kolesterol tinggi (naik bintik kolesterol kt mata dan ikut report medical, kolesterol tinggi), but then after 2 - 3 months badan semakin susut. Kesan yg best: Bintik kolesterol tu dh hilang, kolesterol dh paras normal (kdg2 kurang dari tu) and sembelit makin baik. Sy jenis yg rangka besar, jadi berat sy tak banyak yg turun berbanding org lain, TAPI inch loss mmg banyak. Sekarang ni, kadang2 je sy makan lecithin dan herb lax, badan tak naik pun. Cuma kena pandai kawal makanlah yer.





Alhamdulillah, kini saya dah dapat berat normal (^_^). To all people out there, kena cuba yer. Kite mampu untuk ubah dan hidup lebih SIHAT. Yang penting, perlu yakin dan konsisten. hehehe

TERIMA KASIH SHAKLEE 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Testimoni 2 :

Customer updates dari Puan H 

9th August:
Start consume Lecithin dan Herblax. Tujuan untuk kurangkan perut buncit.

12th September:
Bdn so far xrasa cpt penat and maintain jer buat keje rumah semua xrasa penat sgt mcm dlu.

24th October:
So far okey. Buncit x kurg pun. Mybe kena buat senaman sikit nk slim fit balik. Hehe tp best la makn shaklee.

6th November:
Berita gembira!. Dulu saiz jeans 31. Skrg 28! Bestnyaaaa! Tp buncit ada lg cuma xmcm dulu.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Testimoni 3 :


Berminat untuk mendapatkan set slim bajet hari ini, jangan segan-segan untuk hubungi saya di sini.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Selasa, 8 Oktober 2013

Kuruskan Badan dengan Set Kurus Optimum Shaklee


Pn. Musliana Mustafa :

Shaklee merubah impian menjadi kenyataan...



" Masalah kegemukan memang menghantui diri saya sejak dari zaman remaja hinggalah kepada umur 30 an ni....Pelbagai ubat-ubatan, murah dan mahal telah saya cuba...termasuk slimming center yang memakan ribuan ringgit....berat memang la turun tapi sekejap jer, bila makan je berat naik balik...sampai saya jadi takut hendak makan....susah hati....tekanan darah tinggi pun melambung2 bila badan naik ni.....tapi sekarang semua tu takde masalah lagi...Shaklee telah menjadi penyelamat kepada saya......Herblax, Alfafa, Omega, Lecithin dan esp membuatkan saya sentiasa tersenyum......sambil slimkan badan kulit pun jadi cantik......ubat darah tinggi pun saya dah tak ambil lagi sejak ambil supplement ni......toxin dalam badan pun dah takde.......walaubagaimanapun saya masih belum berpuas hati dengan berat ni lagi.....insyaAllah, dengan Shaklee saya tak perlu risau lagi......berat 89 tapi saya hilang inci yang sangat banyak.....Alhamdulillah..."





Semakin ramai pengguna yang telah memilih Set Slimming daripada Shaklee & meyakini keberkesanannya..Tapi bagaimana vitamin boleh berfungsi dalam proses menurunkan berat badan?

Set Slimming Optimum mengandungi ALFALFA, LECITHIN, HERB LAX, ESP @ CINCH, CINCH ENERGY TEA MIX DAN JUGA OMEGA GUARD. Let's go through one by one...


1. Alfalfa Complex : Mengandungi kandungan serat yang tinggi untuk mengangkut lemak dan toksin keluar dari badan.

2. Lecithin : Berfungsi untuk memecahkan lemak dan mengelakkan lemak daripada tergumpal dalam saiz yang lebih besar.


3. Herb lax : Agen detoks yang paling berkesan bagi membersihkan usus dan memudahkan 
penyerapan semua vitamin yang masuk ke dalam badan. Juga boleh membantu untuk mengempiskan perut. Najis yang terkumpul dalam usus biasanya menyebabkan perut kelihatan lebih buncit daripada biasa.


4. *ESP : Khasiat protein soya memberikan tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan. ESP mempunyai nilai indeks glisemik yang rendah. Paras gula dalam darah akan terkawal kerana makanan yang GI rendah akan melepaskan gula ke dalam darah secara perlahan-lahan dan tenaga akan dibekalkan sedikit demi sedikit. Proses pelepasan tenaga secara perlahan akan menyebabkan perut rasa kenyang yang berpanjangan. Jadi..bagi yang ingin kawal selera makan atau nak turunkan berat badan, ESP adalah pilihan terbaik untuk anda.


5. *Cinch Shake : Bertindak untuk membina otot dan mengelakkan badan kita daripada menggelebeh apabila berat badan berkurangan. Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati disamping mengurangkan berat badan. Rumusan yang diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, Leucine dalam Cinch Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

6. *Cinch Energy Tea Mix : Mengurangkan keinginan untuk makan, membantutkan pembinaan sel lemak, meningkatkan metabolisme badan serta memberikan tenaga ketika kita sedang berdiet. 

7.*Omega Guard : Memainkan peranan penting dalam proses pembakaran lemak. Lemak omega 3 dalam minyak ikan membuatkan badan kita bertindak balas dengan hormon leptin. Leptin berfungsi untuk memberi isyarat kepada badan untuk mengurangkan selera makan & serta meningkatkan tahap metabolisme badan. Ia juga membantu untuk menukarkan lemak yang tersimpan dan ditukarkan kepada tenaga.

Bilakah waktu yang sesuai untuk saya makan suplemen yang banyak2 ni?


1. taraaaa..yang ni kena buat pembelian melalui saya barulah saya share jadual makan yang tepat.

Bolehkah diet saya berjaya?

1. Pastikan anda mengambil jumlah air kosong yang mencukupi. Setiap 25kg berat anda =      1 liter air yang perlu diminum.

2. Pastikan anda melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.


3. Banyakkan makan sayur-sayuran & buah-buahan.

4. Makan dengan kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit-sedikit.

5. Ambil ukur lilit badan anda kerana adakalanya berat tidak turun tetapi shape badan anda telah berubah dan semakin mengecil.

6. Usah cepat putus asa, kuatkan semangat untuk kurus.

Siapakah yang sesuai mengambil set Slimming Optimum ni?

Mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan ingin mendapatkan tahap kesihatan yang baik dengan berat badan yang ideal.


Bagaimanakah cara nak dapatkan set ini?


Klik sahaja di sini untuk membuat pembelian.


Anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383



Isnin, 23 September 2013

Set Kuruskan Badan Shaklee


Baru-baru ini kami dikejutkan dengan berita kematian seorang rakan akibat salah memilih produk kesihatan. Niat untuk sihat tapi musibah pula yang datang. Saya tidaklah mengatakan bahawa semua produk di luar sana tidak baik elok @ berbahaya. Tetapi, pengguna haruslah bijak memilih produk kesihatan yang benar-benar selamat dan semulajadi...tak nak lah nanti datang penyakit lain pula ye...Saya berharap agar embaca semua  akan lebih berhati-hati dalam memilih suplemen ok?


Kali ini saya nak kongsikan tentang kuruskan badan cara Shaklee...asasnya ialah bakar, buang dan bina semula. Jom kita lihatlah fungsi setiap jenis vitamin yang ada.

BAKAR DAN BUANG :
Lecithin/Omega Guard + Herblax /
Lecithin atau Omega memecahkan lemak yang berlebihan di dalam badan. Herblax atau Alfalfa pula berfungsi sebagai medium pengangkutan untuk membawa keluar daripada badan.
Oleh itu, konsep Bakar dan Buang Shaklee ini secara umum memang berkesan untuk menurunkan berat badan.


Kenapa Detox itu penting?
Detox adalah untuk menyingkirkan toksin berlebihan yang terkumpul dalam badan. Tanpa mengeluarkan toksin yang terlampau banyak di dalam badan, badan sukar menyerap nutrient dari makanan seharian dan supplemen.

** Diet yang berjaya bukan bermakna “SAYA TURUN BERAT 20KG DALAM SEBULAN !”..
** Itu sebenarnya diet paling tak berjaya, because the weight lost will rebound!

BINA :
Kenapa Protein penting?
----------------------------
Protein penting untuk pelihara otot dalam badan.
Perasan atau tidak, ada orang yang berat badannya turun tetapi badan dia masih flabby (menggeleber)? Berat yang turun tu bukan kerana kurang lemak tapi dia kehilangan otot.
Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak.

** Untuk Ibu menyusu, disarankan mengambil ESP (Energizing Soy Protein) dan bukan Cinch Shake sebab kalori cinch sangat rendah dan dikhuatiri mungkin akan membantutkan pertumbuhan bayi.


Perlukah ANDA mengambil kesemua produk / set?

Adalah digalakkan untuk mengambil kesemua produk sebab ia akan menghasilkan kesan yang optimum - iaitu Kurus dengan Sihat.

Jika anda hendak mencuba set ini tetapi kurang bajet, boleh mulakan samada dengan herb-lax+lecithin atau ESP+herblax dulu. Selepas berat badan mula turun, boleh tambah lagi produk untuk melengkapkan set ini.


Disini saya secara ringkas, memberi sedikit tips kuruskan badan dengan lebih cepat
1.       Minum 2-3Liters air setiap hari
2.       Kurangkan karbohidrat dalam pemakanan seharian
3.       Kurangkan makanan yang berminyak
4.       Melakukan senaman yang dapat membakar kalori banyak, seperti berlari
5.       Banyakkan makan buah dan sayuran



Dan, bezanya SHAKLEE berbanding produk pelangsingan lain adalah  …

1.       Memberikan nutrien yang mencukupi.
2.       Melindungi otot.
3.       Indeks glisemik yang rendah.
4.       Penggunaan bahan2 asli bebas GMO.
5.       Mengandungi makro & mikro nutrien penting.
6.       Diuji secara klinikal.
(sumber) 

Jadi segera dapatkan set kurus anda sekarang sebelum lelemak terus kebal melekat dalam tubuh anda...

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

Jumaat, 23 Ogos 2013

Lepas Raya semua Cari Set Kurus Shaklee

Salam Syawal buat semua...sepanjang 30 hari berpuasa di bulan Ramadhan yang lalu ramai yang teruja kerana berat badan mereka mengalami penurunan...ada yang turun 2-3kg, 4-5kg...malahan ada juga yang turun sehingga 7-8kg! Wow...pencapaian yang sungguh membanggakan..Macam saya sendiri, berat saya hanya turun 2-3kg sahaja. Itupun saya dah cukup seronok :-) heheee...

Tapi, bila beraya...saya makan tak hengat dunia..mana taknya, hidangan yang tersedia bukan senang nak jumpa...time raya jer ada. Betul tak? Lagi satu, raya-raya ni banyak open house, tak cukup dengan rumah, sekolah pun buat majlis raya jugak..kita beraya di rumah ramai orang...kalau tak makan, kecik hati pulak tuan rumahkan? Hihiii..alasan la tu...patutlah ramai yang turun berat di bulan pose, tapi lepas raya naik mencanak-canak lebih daripada berat yang turun! Dah jadi satu masalah lain pulak...

Hari ini saya nak kongsikan tentang set kurus 3 beradik iaitu Lecithin, Alfalfa dan Omega Guard.

Lecithin :
~ cukup terkenal sebagai 'pengemulsi semulajadi' kerana ia mempunyai kesan yang boleh menyebabkan lemak-lemak 'terapung' dalam darah seterusnya mengelakkan lemak daripada melekat pada dinding membran sel dalam tubuh kita. 
~ selain untuk kurus lecithin juga mampu mencegah daripada terjadinya penyakit2 yang berbahaya seperti strok, jantung dll. 
~ lecithin Shaklee diperbuat daripada kacang soya bukan GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin, 80mg kolin dan 48mg inositol.


Antara fungsi lecithin

Lecitin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. Lecitin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, dan soybeans. Tahukah anda bahawa Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin dan yang menariknya Lecitin Shaklee adalah bersumberkan soybean.
  1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yg lain. Sebab itu ia membantu mencegah penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease dan arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan sehingga to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini.
  2. Kenapa org yang nak kurus suka lecitin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat ringkas nya adalah ianya memecahkan lemak) Tahukah anda Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian? Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi. Membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan2 kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc. Semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2. jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin, pasti ianya keputusan yg bijak.
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
  5. Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecithin.
  6. Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory). Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.
  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin, bersama unsur2 lain digunakan utk membuat BILE. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan. (kredit : mamafaiz.com)
Alfalfa pula bertindak sebagai span untuk menyerap lelemak yang dipecahkan oleh lecitihin. Ia juga mampu mengawal kolestrol dalam darah. Selain bertujuan untuk melawaskan, alfalfa turut memainkan peranan dalam proses detoksifikasi iaitu dengan membuang toksin di dalam badan. Jadi, lelemak yang dipecahkan oleh lecithin, akan diangkut keluar oleh alfalfa. Untuk lebih fungsi alfalfa, klik pada link ini..


Jadi, apa pula fungsi Omega Guard?
Anda boleh rujuk di sini untuk mengetahui fungsi Omega Guard dengan lebih lanjut.
Buatlah sesuatu jika terasa badan anda lebih berat daripada biasa...jika nak tunggu sehingga berat badan anda betul2 berlebihan, takut nanti penyakit lain pula yang timbul. Bila kurus, cantik adalah bonus tapi yang paling utama ialah kesihatan kita. 


Selamat berdiet ok :-)

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set Kurus Shaklee, boleh klik ORDER untuk membelinya sendiri atau hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Selasa, 9 Julai 2013

Bosan dipanggil Gemuk? Jom Kuruskan Badan dengan Shaklee

Salam Ramadhan buat semua pembaca yang saya kasihi...hari ini merupakan hari pertama untuk umat Islam di seluruh Malaysia berpuasa. Rasanya sempena bulan puasa ni ramailah yang mengambil kesempatan untuk berpuasa sambil mengawal berat badan. Saya juga tidak ketinggalan...sebulan dua ni berat saya bagaikan dipam-pam...(mana taknya, makan tak hengat dunia sape suruh) dah bertambah 7kg daripada berat idaman saya...huhu...something must be done, rite? Sebelum berat badan mencanak naik, ada baiknya saya lakukan sesuatu untuk maintain berat asal zaman muda-muda dulu ( 50kg )...Takut juga kalau dah mencecah 60kg, lagilah banyak lemak yang nak kena singkir...ada sesiapa lagi yang nak turunkan berat badan untuk tampil sihat dan langsing di hari raya? Jom kita mulakan diet yang sihat hari ini juga....

Di sini saya ingin berkongsi testimoni pengguna yang berjaya mendapatkan berat badan ideal selepas menjalani diet dengan berdisiplin. Ya, kunci utama untuk kita betul-betul mendapat berat badan yang ideal adalah dengan AZAM yang teguh, hati yang NEKAD serta DISIPLIN diri yang tinggi (ambil suplemen pun kalau tak de disiplin, tak konsisten, tak de maknanyalah.. lagipun suplemen bukan dadah@ubat yang boleh berkesan dengan cepat...) tiada jalan yang mudah untuk berjaya kan? 

Testimoni pengguna Set Kurus Shaklee :

Ini lah saya sebelum dan selepas (sekaranglah tu)..
Saya mula sedar yang badan naik sejak anak ke 2 saya berumur 6bln..selera makan membuak2..dan badan juga bagai dipam2..lagilah saya ni menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, saya tak boleh nak diet beria2..jadi saya bedal je apa makanan yang terlintas difikiran ni nak makan..yang sangat sedihnya bila seluar Jeans saya yang saiz 34 tu dah tak muat lagi..huhu…

Jadi saya mula berazam nak muatkan semula seluar Jeans yang saiz 34 tu..sebab saya sayangkan seluar tu..dan tambah lagi saya sayangkan badan saya yang slim masa anak dara dulu..ceh..slim ke..haha..
Jadi jom saya sharekan apa yang saya buat bermula dari bulan 3 tapi yang betul2 dietnya dari bulan 6 2011 ni lah..
- Saya kurangkan makan Nasi. Mula2 makan dalam jumlah yang sedikit..ada juga beberapa bulan saya tak sentuh nasi dalam 2 bln macam tu lah..memang susah nak biasakan tapi lama2 saya jadi terbiasa..
- Saya kurangkan minum air manis terutama sekali minuman dalam tin. Gula dalam minuman tin tu sangat tinggi tau..
- Saya kurangkan fastfood. (No KFC, No Pizza)
- Saya bersenam dalam rumah je..senaman ape yang saya buat ye..saya skipping dan saya main hullahoop yang gelung rotan gelek2 kat pinggang tu lah.. ;) memang berpeluh..mula2 saya digelakkan oleh anak2 dan suami..huhu..
- Saya mula AEROBIC kat Tmn Pulai Perdana JB dah dekat sangat dengan rumah..baru mula 2 bln..saya ambil program “Shape Your Body”..buat ape dengan program ni..sebab saya perlu untuk saya bentukkan semula badan saya yang dulunya gemok dengan beraerobic..memang terbaekkk..
- Saya banyakkan makan sayur dan makanan yang kurang kalori seperti meehoon sup..mula2 memang tak seleralah nak makan tapi “alah bisa tegar biasa”..
- Saya banyakkan minum AIR MASAK..sebab air masak juga membantu untuk meningkatkan metabolisma badan kita..
- Saya KAWAL NAFSU MAKAN saya yang dulunya sangat suka makan makanan yang berlemak seperti masak lomak cili api..haha..maklumlah saya orang N9..
- Saya menjalani PROSES DETOX dengan HERB-LAX SHAKLEE..sebab untuk kuruskan badan wajib menjalani proses penyikiran toksin dalam badan dahulu supaya mudah untuk proses penyerapan vitamin berlaku..maklumlah dah hampir 30 tahun hidup perut ni pun dah macam2 terima jenis makanan..
- Saya ISTIQAMAH makan LECITHIN SHAKLEE sebab ia membantu untuk saya dapatkan berat idaman saya..dan juga kalau dulu saiz jeans 34 pastu 31 dan sekarang dah saiz 29..macam tak caye je..tapi kene percaya… ;)
Memang lambat untuk saya daptkan berat ideal dengan ketinggian saya dan ambil masa yang lama juga..tapi dek NEKAD dan AZAM saya teruskan juga..seiringlah dengan USAHA..bukan angan2 je..berat saya masa pakai baju oren kat atas tu lebih kurang 74kg..BMI terlebih berat badan..saya cuma nak dapatkan berat ideal je..dan sekarang berat saya lebih kurang 60kg..BMI berat normal..tinggi tak lah tinggi mane pun 159cm..rasanya dah cukup kot berat takat ni..xmo kurus lagilah sebab banyak baju lama dah tak boleh pakai kene kecikkan..huhu..
SABAR adalah kunci utama untuk DIET ni..sebab badan nak ambil masa sehari untuk gemok dan juga badan tak ambil masa sehari untuk kurus…biar lambat asalkan selamat..jom saya sharekan info produk Shaklee yang boleh anda pilih untuk DIET..Ianya cuma saranan..terpulang pada anda dan juga bajet ye..tiada paksaan..

Dan satu lagi kalau nak kurus ni kena ingat. Amalan lain kita kena jaga juga. Makanlah Lecithin atau Cinch Shake berbakul2 tapi kalau kerjanya hari2 duk melepak depan TV sambil kunyah potato chip, jangan haraplah nak jadinya. Hati kena kering, semangat kena kuat.
Saya pula sangat gembira sekarang. Baju-baju tak payah berkira, boleh je main sambar. Seluar pun makin longgar.



SUMBER :  http://vitaminsemulajadi.com/cara-nak-kurus-dengan-shaklee/


Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat berdiet ya. 
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<. Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee atau menjadi ahli, bolehlah klik ORDER atau pun hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Sabtu, 5 Januari 2013

Kurus Cara Sihat dengan Shaklee


Sekarang semua orang sibuk untuk menjaga berat badan...baguslah kerana 1 daripada 7 orang rakyat Malaysia adalah obesiti. Fakta ini sungguh menakutkan, namun ini adalah kenyataan yang harus kita terima..obesiti merupakan punca kepada pelbagai penyakit iaitu darah tinggi, kencing manis, gout, strok, serangan jantung dan pelbagai penyakit kronik yang lain..kepada yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, eloklah anda berjaga-jaga sebelum diserang penyakit.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk kurus. Semoga ianya berhasil dan dapat membantu anda di luar sana :-) Berikut adalah cara-cara dan tip untuk menguruskan badan tanpa sebarang ubat-ubatan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi sesiapa yang mengalami masalah kegemukan, anda dianjurkan membaca nasihat ini dengan teliti.

JANGAN BERLAPAR 

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila korang tidak tahan berlapar, pada kebiasanya korang akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan korang telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN 

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

MINUM 8 GELAS AIR SEHARI 

Air mengurangkan selera makan korang secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti korang tidak akan makan dengan banyak.

ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS 

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM 

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan korang menangkung sedikit air. Ini bermakna korang kurang berat yang disebabkan air.

AMBIL SARAPAN PAGI 

Korang juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN 

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL 

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

  • Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak. 
  • Jika korang terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi korang atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera korang. 
  • Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. 
  • Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak. 
  • Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak. 
  • Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali korang makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan korang makan, dan perasaan korang ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan korang peka kepada keinginan makan korang. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana korang boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan korang kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan korang lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet korang. Mulakan diari makanan korang dan rajin-rajinlah membuat catatan. 
  • Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran korang untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan. 
  • Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, korang boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan. 
  • Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh korang ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang korang habiskan! 
  • Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah korang berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi korang menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut korang baru saja terisi. 
  • Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus korang kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya. 
  • Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik. 
  • Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori. 

Namun, jika tips di atas telah anda amalkan dan belum berhasil...mungkin anda boleh mencuba suplemen di bawah :


Sekilas fakta tentang GLA & Omega Guard:




Untuk maklumat lanjut, hubungi saya...kita boleh bertukar-tukar pendapat & berbincang bagaimana untuk menguruskan badan dengan selamat :-) Selamat mencuba..saya sentiasa sedia untuk membantu anda...in sya Allah!

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221