Memaparkan catatan dengan label vitalea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vitalea. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Januari 2014

Promosi bulan Februari 2014 : Vita-Lea Iron Formula

Assalamualaikum w.b.t..
Apa khabar semua pembaca kesayangan saya hari ini? Masih dalam mood bercuti? Ada rahsia saya nak kongsi kat sini :-) Dalam pada saya dok berteka-teki tentang produk apa yang akan Shaklee berikan harga promo pada bulan ini, tiba-tiba saya mendapat SMS cinta berbunyi begini

RM0.00 Shaklee : Feb'14 Promotion Buy 6 Free 1: Vita-Lea Iron Formula (OOP190) DN 426,138UV.

Buat pengetahuan semua pembaca, setiap bulan Shaklee akan memilih satu produk tertentu sebagai promosi. Apa yang uniknya, produk yang bakal menjadi promo pada bulan-bulan depan adalah dirahsiakan. Macam Vita-Lea, ini adalah kali pertama promo semenjak saya menjadi Shaklee Independent Distributor lebih setahun yang lalu.



Sepintas lalu mengenai Vita-Lea Iron Formula. Ia merupakan vitamin yang pertama dicipta di dunia. Perkataan vitamin juga adalah singkatan daripada 'vitalized mineral' yang ditemui oleh Dr. Forrest Shaklee pada tahun 1915! Tahun ini dah genap 99 tahun Vita-Lea berada di pasaran. Sebelum terciptanya produk-produk lain, Shaklee hanya menjual Vita-Lea sahaja selama bertahun-tahun lamanya. Dan ia mendapat sambutan hangat kerana mampu memenuhi keperluan masyarakat di Amerika Syarikat untuk hidup lebih sihat pada zaman itu.

Di link ini saya sertakan kebaikan Vite-Lea yang tak patut anda lepaskan. Jadi, hubungi saya segera untuk mendapatkan Vita-Lea Iron Formula yang best ni. Vita-Lea sangat sesuai kepada mereka yang tak suka telan pil banyak-banyak. Cukup hanya 1-2 tablet, ia sudah mampu memenuhi keperluan tubuh anda.

Jangan tunggu lama-lama, rugi tau jika anda tak cuba.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Selasa, 21 Januari 2014

Testimoni : Vitamin untuk Tambah Berat Badan

Selama ini kita seringkali dipaparkan dengan iklan kuruskan berat badan sehingga kita terlupa bahawa masih ada insan yang kurus dan ingin menambahkan berat badan mereka. Perkongsian kali ini adalah tentang testimoni seorang ibu yang sangat gembira kerana berjaya menaikkan berat badan dengan Shaklee. Alhamdulillah, saya tumpang gembira untuk beliau :-)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Testimoni Berat Badan Bertambah dengan Shaklee ( Meal Shakes, B Complex dan Vita-lea )

Salam semua...


Sekadar nak berkongsi...saya sejak anak dara lagi berat saya tak pernah cecah 40kg...makan la banyak mana pun memang berat akan maintain 36-37kg je...dah kahwin pun sama jugak...pregnant baru la dapat cecah sehingga 50kg...then lepas pantang turun balik ke berat asal...sampaikan nurse2 kat Klinik Kesihatan marah2 la suruh makan banyak skit hehe...tapi dah tak tau nak buat camna lagi dah nak bagi berat naik skit...

Saya register ahli Shaklee untuk tujuan utama saya nak tambah susu bdn nak BF anak lelaki saya yang dah cecah setahun...namun selain dapat tambah susu bdn...tujuan saya ialah nak tambah berat badan...Alhamdulillah dengan izin Allah menjadi dan saya sangat puashati...xde la pipi nmpk tulang pipi je.. 

Naik berat badan tak bermaksud gemuk ye...tapi shape your body dan built muscle 

saya
28/10/2013 - berat asal 36-37kg
28/11/2013 - berat naik 38kg
14/12/2013 - berat naik 38.6kg
11/1/2014 - berat naik 39.3kg
total kenaikan - 2kg ++
Target berat Ideal lagi 8kg

suami
berat asal 53kg
14/2/2013 - berat naik 54kg
11/1/2014 - berat naik 55kg
total kenaikan - 2kg




Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada mereka yang nak tambah berat badan. Insya Allah. Tak sabar nak dapatkan set tambah berat badan? Hubungi saya dengan segera untuk dapatkan set ini dengan segera.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392

Isnin, 9 Disember 2013

Vitamin untuk Ibu Hamil Cegah Sembelit

Assalamualaikum w.b.t...

Jika semalam saya berkongsi tentang suplemen yang mampu membantu ibu hamil mengelakkan sakit-sakit pinggang, hari ini entri saya masih lagi berkisarkan tentang ibu mengandung. Saya mempunyai 'passion' yang tinggi terhadap ibu hamil kerana bagi saya, mereka begitu istimewa. Tanpa wanita yang sanggup hamil, manakan bisa lahirnya insan-insan yang hebat di dunia ini...that's why they are so special. Macam saya sendiri, saya sangat mengagumi ibu saya yang mampu melahirkan berbelas-belas orang anak. Meriah betul keluarga besar kami dibuatnya :-)

Bercerita tentang kehamilan, masalah yang biasa timbul sewaktu di akhir-akhir kehamilan ialah sembelit. Sembelit semasa hamil berlaku akibat terdapat hormon progesteron yang banyak. Ia menyebabkan usus memproses makanan dengan lebih perlahan. Selain itu, rahim yang semakin membesar juga akan memberi tekanan kepada usus jadi ia boleh memperlahankan pergerakan najis ke rektum. Pengambilan pil zat besi yang dibekalkan kepada ibu hamil juga boleh mengakibatkan najis menjadi lebih keras dan sembelit.


Jadi, macam mana nak kurangkan masalah sembelit ketika hamil?
Ibu-ibu hamil hendaklah mengambil jumlah serat yang mencukupi dan hendaklah mengamalkan minum air masak dengan lebih banyak iaitu lebih kurang 3 liter setiap hari. Selain itu, bolehlah mencuba Vita-Lea sebagai alternatif kepada pil zat besi yang klinik bekalkan. Untuk mencegah daripada masalah sembelit ketika mengandung, ada baiknya jika anda mencuba Ostematrix. Ia juga merupakan sumber kalsium yang hebat dan mampu untuk mengelakkan daripada rasa lenguh atau kejang pada mana-mana anggota badan. Meal shakes juga merupakan sejenis makanan segera hebat yang mampu untuk mengurangkan masalah sembelit bagi wanita hamil.

Sekian dahulu ceritera saya pada petang ini. Semoga bermanfaat kepada mereka yang memerlukan. Salam sayang buat semua...Jaga diri, jaga kesihatan di musim-musim banjir ini...Take care tau :-)

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WA 017-943 8392






Khamis, 22 Ogos 2013

Soal Jawab Penyusuan

Salam Syawal buat semua...

Khusus untuk pembaca yang mengambil suplemen Shaklee, kali ni saya share soalan lazim tentang pengambilan vitamin Shaklee khusus untuk ibu-ibu menyusu.

Berapakah maksimum pengambilan alfalfa dalam sehari?

Maksimum pengambilan alfalfa ialah 10 biji sehari, namun bukan makan sekaligus ya. Untuk permulaan, anda cuma perlu makan 2 biji sehari sahaja (untuk minggu pertama biasanya). Kemudian, anda boleh tingkatkan pengambilan alfalfa sedikit demi sedikit. Kebiasaannya, pengambilan alfalfa untuk ibu-ibu menyusu antara 2 - 6 biji sehari (2 biji setiap kali makan). Pastikan anda minum air putih secukupnya untuk mengurangkan rasa dahaga dan panas kesan pengambilan suplemen ini.

Bolehkah saya minum susu bersama vitamin-vitamin ini?

Boleh. Walaubagaimanapun, untuk suplemen Vita-Lea, elakkan mengambilnya bersama susu. Ini kerana kalsium (daripada susu) boleh mengganggu penyerapan zat besi (iron)

Bolehkah saya makan suplemen ini ketika menstrual (period)?

Boleh, malahan sangat digalakkan kerana pengambilan suplemen membantu mengurangkan beberapa simptom sebelum dan ketika menstrual. Sebagai contoh, pengambilan Vitalea membantu mengelakkan anemia kerana mengandungi zat besi. Ostematrix pula membantu anda maintain pengeluaran susu ketika period, selain membantu anda untuk kekal bertenaga dan mengurangkan period pain. Pengambilan vitamin B Complex pula membantu mood yang stabil semasa menstrual.

Sekiranya saya tidak mengepam terus selepas makan suplemen ini, bolehkan saya jarakkan pengambilan 2 biji alfalfa selepas pengambilan vitamin ( Vitalea, B Complex, Vitamin C) dan mengepam selepas itu?

Boleh. Juga pastikan anda mengepam/ direct-feed sehingga breast betul-betul kosong ya. (ini penting untuk mengelakkan clog duct)

Jika saya tidak benar-benar mengosongkan dan terus mengamalkan alfalfa, adakah ia akan memberi sebarang impak?

Tidak. Tetapi kemungkinan besar anda tidak akan mendapat hasil maksimum seperti yang diinginkan. Kekerapan mengosongkan payudara adalah antara kunci penting dalam penghasilan susu badan.

Bilakah waktu terbaik pengambilan Ostematrix? Selepas dinner atau sebelum tidur?

Sebelum tidur untuk kesan penyerapan yang optimum, kerana tubuh kita kurang menyerap air ketika ini. Pengambilan Ostematrix ini juga membantu tidur yang lebih lena (kalsium) dan bangun dengan lebih cergas. InshaALLAH.

EBM saya kelihatan lebih pekat dan kekuningan (kehijauan). Adakah ini normal?

Ya, ia adalah normal. EBM kelihatan lebih pekat kesan pengambilan alfalfa yang kaya dengan protein. Pengambilan vitamin-vitamin lain tadi juga turut menyumbang kepada pertambahan kepekatan EBM. Efek kekuningan @ kehijauan pula adalah kesan daripada unsur riboflavin di dalam B Complex.

Kesan yang sama turut dilihat kepada urin anda yang bertukar menjadi warna seakan kuning fluorescent. Warna kuning yang pekat menandakan bahawa tubuh anda kekurangan air, jadi pastikan anda minum air secukupnya ya.

Saya @ baby demam selepas pengambilan vitamin Shaklee.

 Ini dinamakan HEALING CRISIS. Anda boleh baca penjelasan lanjut di sini.
Alhamdulillah. Jika ada persoalan-persoalan lain, jangan segan-segan untuk bertanya ya. Selalu saya tekan kepada customers saya, 'jangan senyap aje kalau ada problem' ;-)

Ingat 3 perkara penting ini jika anda mahu sukses dalam penyusuan susu ibu.
  1. Sentiasa mengosongkan payudara setiap 3 jam sekali (atau minimum 6 kali sehari tidak termasuk sessi direct-feeding). Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam.
  2. Minum air tidak kurang 3 liter sehari.
  3. Doa yang berterusan. Ingatlah bahawa sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada ALLAH swt.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi saya untuk maklumat yang lebih lanjut.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | sms/whatsapp : 017-9438392

Selasa, 18 Jun 2013

Kesan Kekurangan Berat Badan

[PROMO JUN - Mealshake]

KOMBO 4 - Nak Tambah Berat Badan? Set WEIGHT GAIN ni highly recommended bagi yang ada masalah berat badan kurang. 

Berat badan yang tidak normal iaitu di bawah berat badan ideal sebenarnya (BMII < 18.5) akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang serius seperti :

1. KEGUGURAN DAN MASALAH KEHAMILAN (bagi ibu mengandung) : Kajian ke atas 603 wanita yang underweight menunjukkan, 72% berisiko mengalami keguguran janin semasa trimester pertama. Satu lagi kajian ke atas 943,000 wanita di Sweeden menunjukkan wanita yang terlalu kurus mempunyai risiko alahan mengandung yang teruk semasa mengandung.

2. MASALAH KESUBURAN LELAKI : Penyelidik Denmark pula mendapati terdapat kaitan di antara berat badan lelaki dengan kualiti dan kuantiti sperma. Jika berat badan kurang, kuantiti sperma adalah 33% lebih rendah dari mereka yang mempunyai berat badan normal.

3. MASALAH PARU-PARU : Wanita yang terlalu kurus mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah paru-paru seperti pneumonia, bronchitis dan asthma apabila usia bertambah. Penyelidik juga mendapati, wanita yang underweight mempunyai kesukaran dengan hormon pertumbuhan yang dipanggil "growth-factor". Ia menyebabkan kesihatan tisu pada paru-paru sukar untuk dikekalkan.

4. KEMALANGAN : The American Journal of Public Health menunjukkan satu kajian oleh Wisconsin Medical College ke atas 22,000 orang, lelaki yang underweight mempunyai risiko tinggi untuk mati akibat kemalangan, berbanding lelaki yang mempunyai berat badan normal/ berlebihan

5. TULANG RAPUH : Kajian menunjukkan lebih kurus seseorang wanita itu, lebih rendah kepadatan tulang mereka. Kajian ke atas 3,383 wanita underweight yang berusia menunjukkan, mereka lebih mudah mendapat keretakan tulang pinggul.

6. ARTHRITHIS : Kajian The Mayo Clinic mendapati, orang yang kurus dan underweight mempunyai lebih kesukaran jika menghidapi arthritis. Apabila arthritis berlaku, keradangan berlebihan boleh berlaku tiga kali ganda lebih di seluruh badan.

7. PENYAKIT JANTUNG : Penyelidikan mengkaji genetik 75,000 orang yang mempunyai gen kurus IRS1 mendapati mereka lebih mudah mempunyai paras lemak yang tinggi di dalam darah. Ia meningkatkan risiko penyakit jantung. Penyelidik memberi amaran, "Lemak yang disimpan di dalam badan adalah lebih berbahaya dari lemak yang tersimpan di bawah kulit"

8. DIABETES : Individu dengan gen kurus IRS1 juga adalah berisiko tinggi mendapat diabetes type 2 sebanyak 20% lebih tinggi.

9. KANSER PAYUDARA : The Karolinska Institute di Stockholm, Sweden menjalankan kajian ke atas 6,000 wanita. Mereka mendapati wanita Sweeden yang mempunyai berat yang lebih tinggi semasa muda mempunyai risiko yang lebih rendah terhadap kanser payudara ketika menopause. Walaubagaimanapun, berat berlebihan semasa berusia pula meningkatkan risiko kanser payudara hingga menyebabkan kematian.

10. TEKANAN : Kajian di Sweden mendapati lelaki kurus atau underweight adalah lebih mudah mengambil keputusan membunuh diri. Meraka yang underweight mempunyai 12% lebih risiko. Meraka yang overweight pula mempunyai 12% kurang risiko membunuh diri

SUMBER :

http://www.dailymail.co.uk/health/article-2011309/Broken-bones-depression-lung-disease-Why-skinny-bad-you.html

So... watch out your weight!!!!
Sempena bulan PROMO ni, dapatkan set kombo 4 dgn gabungan Mealshake bersama salah satu @ kedua produk ni utk penjimatan lebih!!!Set ini terdiri daripada Mealshakes, B Complex, Vitamin C dan Vitalea.


June Mohd | kerengge83@gmail.com | 017-943 8392

Khamis, 30 Mei 2013

Set Jerawat Shaklee, Parut Hilang Kulit Berseri


Masalah jerawat mengganggu hidup anda? Kadang2 tu bila keluar jerawat batu yang besar gedabak tu boleh merendahkan tahap keyakinan diri kita. Nak keluar jumpa kawan2 pun terasa segan...apa lagi kalau nak ke kelas, ke tempat kerja mahu pun berdepan dengan orang ramai..karang ramai pulak yang menegurnya...huhuhh..Jerawat merupakan masalah yang seringkali dihadapi oleh remaja yang sedang membesar. Jom kenali apa itu jerawat & punca- punca yang menyebabkan jerawat mudah melata pada wajah. 

Jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.
Kenali Punca-punca Jerawat
Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.
Hormon dan Jerawat
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.
Pemakanan dan Jerawat
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.
Stress dan Jerawat
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat. (sumber : DrHasseenah.com)
Cadangan suplemen untuk mencegah masalah jerawat :

GLA - berfungsi untuk memulihkan kulit yang rosak
Vita E - hilangkan parut jerawat dengan lebih cepat
B complex - penyebab jerawat adalah akibat kekurangan vitamin B6 dalam diet harian
Vitalea - chromium membantu untuk metabolisma gula. Metabolisma gula yang tak stabil akan menyebabkan masalah jerawat.
Zinc - mengurangkan & mencegah pengeluaran jerawat serta membantu untuk memulihkan kesan-kesan luka akibat jerawat.


June Mohd | kerengge83@gmail.com | sms/ whatsapp : 017-943 8392

Isnin, 19 November 2012

Sihat Seisi Keluarga Gunakanlah Family Wellness set




Keempat-empat suplemen di atas amat diambil oleh ibu bapa yang sangat mementingkan tahap kesihatan keluarga mereka. Mari kita lihat apa fungsi bagi setiap jenis suplemen di atas.


# B complex



B yang Lengkap dan Seimbang


B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi  membantu memelihara kesihatan yang baik.

•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*


Sustained Release Vita-CTM500 mg Vitamin C



Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*


# Vitalea





Multi vitamin & Multi mineral

Multi yang Hebat.. Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 






ESP - Soy Protein Isolate Powder



Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.


Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.




Anda ibu yang menyusukan anak.. set ini sesuai untuk anda.. hanya perlu tambahan alfalfa dan ostematrix

Anda sedang hamil.. set ini juga untuk anda.. tambahan ostematrix dan omega guard.. * (mengikut usia kandungan anda)

Anda sedang berpantang.. ini setnya.. tambahan zinc utk mengubati luka bersalin.. juga sesuai untuk mereka yang baru lepas pembdahan

Anda mencari set untuk kulit yang sihat, penjagaan muka.. mmg inilah setnya.. tambahan vitamin lain mengikut keadaan anda.. seperti gla complex / vitamin e / zinc

siapa pun anda.. ape pun keperluan anda.. set family wellness adalah set yg sesuai untuk semua.. anda boleh memilih untuk membuat tambahan vitamin lain mengikut keperluan anda.. 

credit to nur salwa