Memaparkan catatan dengan label alfalfa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label alfalfa. Papar semua catatan

Ahad, 23 Mac 2014

Cara Atasi Bau Badan & Testimoni Pengguna Shaklee

Masalah bau badan bukanlah masalah yang boleh dipandang ringan kerana ia boleh memberikan kesan rendah diri kepada pemilik badan berbau. Kalau pun berwajah cantik, tampan atau segak bergaya, tetapi memiliki masalah bau badan, sudah tentu ia boleh menyebabkan rasa rendah diri kepada empunya diri. Orang sekeliling yang berurusan dengan mereka juga sudah tentu berasa kurang selesa. Jadi, sebelum masalah ini berlarutan, saya ingin berkongsi tentang suplemen yang mampu menyelesaikan masalah badan berbau ini.


Tapi, sebelum itu kita perlu tahu apa punca utama masalah bau badan ini. Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, sebahagian besarnya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan ataupun toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

Sekiranya ada masalah seperti sembelit dan sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan boleh menyebabkan bau badan yang kuat.

Selain itu, tabiat banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita.

Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiriod. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar peluh yang sangat aktif.

Cara Atasi :

1. Mandi dengan lebih kerap setiap hari. Kalau biasa mandi 2 kali sehari, apa kata selepas ini cuba mandi 3-4 kali setiap hari..tapi larat ke nak mandi banyak-banyak kali setiap hari?

2. Elakkan diri daripada banyak makan makanan yang kuat berbau seperti rempah ratus dan bawang putih.

3. Pakailah deodoron yang sesuai dengan badan sendiri.

4. Sentiasa keringkan ketiak setiap kali selepas mandi supaya bawah lengan sentiasa kering dan mengelakkan bau keringat yang kuat.

5. Mengamalkan ALFALFA Complex Shaklee yang boleh mengelakkan sembelit serta mengeluarkan toksin daripada badan supaya dapat mengelakkan bau yang tidak enak pada badan.

TESTIMONI PENGGUNA ALFALFA SHAKLEE YANG BERJAYA!


Pengalaman pertama :


Pengalaman Kedua :


Pengalaman Ketiga :

Pengalaman Keempat :

Jika anda mempunyai masalah yang sama, dapatkan Alfalfa segera untuk mengurangkan masalah bau badan yang dialami. Tak ramai yang sanggup berterus-terang tentang masalah bau badan yang rakan mereka alami. Paling tidak pun, rakan anda akan bercerita sesama teman-teman yang lain sahaja. Malu beb! Klik untuk beli ALFALFA COMPLEX Shaklee sekarang juga.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Rabu, 29 Januari 2014

Promosi Set yang ada Alfalfa!

Salam sayang buat semua pembaca setia VitamineShoppe..hari ini merupakan hari terakhir persekolahan sempena cuti Tahun Baru Cina 2014. Jadi, sebelum saya bercuti tak hengat dunia, kali ini saya nak berkongsi tentang set-set yang best sepanjang bulan Januari 2014 ni. Sudah semestinya set-set ini mengandungi ALFALFA  COMPLEX yang digelar raja segala tumbuhan itu. 



Set yang terlibat dengan promosi harga runtuh untuk bulan ini : 
  • SET SLIMMING BAJET : ALFALFA COMPLEX + LECITHIN
  • SET SLIMMING : ALFALFA COMPLEX + LECITHIN + OMEGA GUARD
  • SET SLIMMING OPTIMUM : ALFALFA COMPLEX + LECITHIN + OMEGA GUARD+ ESP @ CINCH SHAKE
  • SET MENYUSU BAJET : ALFALFA COMPLEX + ESP
  • SET MENYUSU OPTIMUM (3M) : ALFALFA COMPLEX + B COMPLEX + VITA-LEA + VIT C SR + ESP + OSTEMATRIX
  • SET KEINTIMAN SUAMI ISTERI : ALFALFA COMPLEX + VITAMIN E COMPLEX
  • SET KECANTIKAN BAJET : ALFALFA COMPLEX + VITAMIN C SR
  • SET UNTUK DETOX @ HILANGKAN BAU BADAN : ALFALFA COMPLEX + HERB LAX
  • SET UNTUK TULANG KUAT : ALFALFA COMPLEX + OSTEMATRIX
Alahai, bermacam-macam set yang boleh digandingkan dengan Alfalfa Complex ni...semua set ini boleh didapati melalui saya . Promosi tinggal dua hari saja lagi. Dengar-dengarnya, stok alfalfa sudah mula menyusut di warehouse Shaklee. Jadi, kepada yang belum pernah merasa kehebatan Alfalfa ni, silalah ambil peluang sempena promo  ni sebelum stok betul-betul kehabisan. Kalau terlambat, tak dapatlah den nak tolong. 1hb Februari nanti, promosi bakal tamat tau.
Hubungi saya untuk dapatkan set vitamin idaman anda sekarang!

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com |SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Jumaat, 10 Januari 2014

PROMO JANUARI : Kembalikan Kehangatan Malam Pertama dengan ALFALFA...Ehem!!!

Rasanya semua isteri inginkan yang terbaik untuk suami mereka kan? Mana ada isteri yang baik yang tak sayangkan suami..betul tak? Tak rugi jaga penampilan diri luaran dan dalaman..siapa yang untung..hehehhh...

Sempena promo bulan Januari ni saya nak kongsikan tips untuk mengembalikan kehangatan malam pertama dengan ALFALFA.

Kalau si isteri SAYANG SUAMI KETAT-KETAT alfalfa adalah jawapan terbaik!

Tapi....

Alfalfa ni BUKAN HANYA UNTUK ISTERI BAHKAN UNTUK SUAMI, IBU AYAH, KAKAK DAN ABANG.. ALFALFA MERUPAKAN RAJA TUMBUHAN YANG MEMPUNYAI PELBAGAI KHASIAT UNTUK PELBAGAI MASALAH PENYAKIT......

KEPADA SESIAPA YANG MASIH RAGU-RAGU, RUGI SANGAT-SANGAT KALAU TAK CUBA...DAH RAMAI YANG JATUH CINTA DAN REPEAT ORDER BERKALI-KALI...


ALFALFA JUGA MERUPAKAN HERBA YANG PALING DIGEMARI OLEH WANITA ARAB.. 





Jom kenali khasiat alfalfa dengan lebih lanjut...layannn..


ALFLAFA (Raja Segala Tumbuhan)
==================

Alfalfa adalah tumbuhan kekacang yang berakar panjang yang boleh menyerap banyak zat makanan yang jauh ke dalam tanah. Ia menjadi gudang untuk banyak vitamin yang penting seperti Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niasin (B3), Piridoksin (B6), vitamin A, E dan asid pantotenik.

Mineral yang ditemui dalam Alfalfa ialah kalsium, besi, mangan, magnesium, kuprum dan zink. Khasiat Alfalfa - : Kajian makmal telah mendapati Alfalfa mengandungi 3% asid aspartik yang berfungsi untuk, Menghilangkan ammonia, Menolong melindungi sistem saraf pusat, merawat keletihan dan meningkatkan stamina.
Baik Untuk Penyakit Berikut:

1. Kencing Manis
2. Darah Tinggi
3. Jantung
4. Sembelit
5. Cuci Usus dan membuang toksin dalam badan
6. Badan lemah
7. Tingkat stamina lelaki dan seks
8. Milk Booster - Menambah susu ibu
9. Kurangkan berat badan
10. Kacip Fatimah Moden Wanita


Khasiat Daun Alfalfa

# Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
# Melegakan sakit sendi dan belakang.
# Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
# Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak
Peppermint)
# Memberi kelegaan semasa haid.
# Merawat arthitis
# Bagus untuk elergi dan ekzema
# Merawat asma
# Mencuci usus bagi membuang toksik
# Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan
jangkitan dalam buah pinggang
# Meneutralkan asid dalam badan
# Merawat masalah keputihan pada wanita
# Membesar dan menegangkan payudara
# Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
# Memulihkan urat selepas bersalin
# Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
# Meningkatkan stamina seorang suami
# Melegakan sembelit

# Menghilangkan bau badan dan bau nafas yang kurang enak


JADI APA DI TUNGGU LAGI. JOM ORDER SEKARANG.. TAK CUBA TAK TAHU... JANGAN KETINGGALAN ..SUDAH RAMAI PENGGUNA PRODUK SHAKLEE MERASAI KEBERKESANANNYA @@
Hubungi saya segera untuk mendapatkan khasiat ALFALFA dengan segera! First come first serve..lagi cepat anda mencuba, lagi cepat nampak hasilnya...woww!

Terdapat dalam dua saiz:
Saiz S = 330 biji
Saiz L = 700 biji

Boleh juga dapatkan dalam bentuk set, iaitu:
===========================

* Set B --> untuk penyusuan, juga sesuai untuk sesiapa saja yang mahukan kesihatan optimum tetapi mempunyai masalah seperti resdung, alahan dsbnya.
* Set E --> Set B yang ditambahkan Ostematrix, sesuai utk penyusuan mahupun sesiapa saja.
* Set F --> untuk kesihatan dalaman dan luaran wanita.
* Set G --> untuk yang mempunyai masalah resdung/gegata/asthma/alergi/ekzema
* Set Tripple M --> set penyusuan lengkap untuk ibu menyusukan anak
* Set Slimming Bajet --> untuk detoks, memecah lemak dan menyingkirkannya keluar.



FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392

Rabu, 8 Januari 2014

Set Keintiman SHAKLEE : Kembalikan Kehangatan Malam Pertama (18 SX )

Salam, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang Vitamin Cinta Shaklee. Mengapa gabungan vitamin E & Alfalfa digelarkan sebagai vitamin cinta ya?  Kombinasi dua beradik ini dapat memberikan kesan yang sangat-sangat mengujakan tau... Jom semak fungsi dan khasiat vitamin cinta ini.

Adakalanya, pasangan yang telah lama berkahwin semakin melupakan hubungan intim. Malah ada juga yang menganggap, dah tua-tua ni manalah perlu berhubungan intim ni...Eh, jangan macam tu! Jika keadaan ini berterusan, ia boleh menjejaskan hubungan suami isteri. Rumahtangga semakin dingin dan malah ia juga boleh mengakibatkan perceraian! Jadi, usah dibiarkan masalah ini berlanjutan kerana ia boleh menjejaskan kerukunan rumah tangga.

Selain faktor usia  antara punca yang menyebabkan HUBUNGAN CINTA semakin pudar dan 'dingin' antaranya kerana kehamilan, kelahiran, penyusuan susu badan (anak asyik 'melekap' dan akhirnya ibu pun tertidur). Tinggallah si suami terkulat-kulat sendirian. Perubahan hormon dan stress serta sibuk dengan tugasan pejabat dan anak-anak turut mengurangkan keinginan wanita dan adakala suami juga untuk berhubungan intim. Ada juga wanita yang diganggu dengan masalah keputihan dan ini turut dijadikan alasan untuk mematikan 'mood' suami. Wanita yang ada masalah keputihan biasanya turut mempunyai  rasa rendah diri untuk tampil menawan bersama suami.

Jom lakukan sesuatu untuk menyemarakkan lagi hubungan kasih sayang antara suami dan isteri.Kali ini saya akan membantu anda dengan memperkenalkan Vitamin Cinta ini. Sesuai untuk suami dan isteri dan sangat membantu hubungan menjadi lebih mesra dan bersemangat. Jom ketahui dengan lebih lanjut:

Vitamin E Complex 

Peranan Kepada Suami 


     
  • Lebih tenaga seksual
  • Ereksi yang lebih lama
  • Libido yang lebih kuat
  • Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat
Peranan Kepada Isteri

     
  • Lebih tenaga seksual
  • Lebih mudah terangsang
  • Libido yang lebih kuat
  • Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat
  • Untuk menstabilkan hormon seks dan kewanitaan terutama bagi ibu yang menyusu dan mempunyai kandungan hormon prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi

Alfafa Complex ( dikenali juga sebgai Kacip Fatimah Moden )
  • membantu mengurangkan masalah keputihan
  • mengurangkan masalah 'kering' ketika bersama
  • memberikan orgasma yang lebih kerap dan bersemangat
  • membantu detoks dan mengurangkan masalah sembelit
  • menghilangkan masalah bau badan
Vitamin Cinta Shaklee







Testimoni Pengguna yang telah mencuba! Memang hangat...ehemmm!


Berminat untuk mendapatkan set ini? Jangan malu-malu, hubungi saya segera untuk set vitamin cinta anda sekarang!

FB: June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WA : 017-943 8392

Isnin, 2 Disember 2013

Ubat untuk Masalah Batu Karang

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi tentang penyakit batu karang. Masalah batu karang ini sangat menyakitkan bagi orang yang mengalaminya... nama lagi penyakit, yer tak? Bayangkan ada pasir-pasir halus dalam buah pinggang kita. Sudah tentu sakit sewaktu nak membuang air kecil...aduh! Takut betul nak bayangkan...



Batu karang boleh terbentuk akibat kandungan mineral ( oksalat) yang berlebihan dalam air kencing atau urin kita. Sekiranya kita mempunyai masalah kolesterol tinggi dalam darah, ia juga akan mendak dan membentuk butiran pasir halus yang lama- kelamaan akan membesar sehingga boleh menyebabkan sakit batu karang.

Selain itu juga, tabiat suka menahan kencing, kurang minum air kosong serta bekerja di persekitaran yang sejuk @ berpenghawa dingin juga boleh meningkatkan risiko batu karang terjadi. Seseorang itu juga boleh mendapat batu karang jika mereka banyak mengambil makanan yang masin, mengamalkan minuman berkafein seperti teh dan kopi serta gemar memakan makanan berprotein tinggi seperti daging merah. Pesakit kencing manis dan darah tinggi juga berisiko untuk mendapat penyakit batu karang.

Ada tak cara untuk merawat batu karang?

Tahukah anda, batu karang tidak akan keluar melalui air kencing. Ia hanya dapat dikeluarkan melalui pembedahan yang kecil bagi mengeluarkan batu-batu karang tersebut. Sekiranya pesakit takut untuk menjalani pembedahan, saya cadangkan supaya mereka memilih untuk mencuba suplemen Shaklee untuk merawat masalah batu karang mereka. Saya pernah bertemu dengan seorang pelanggan yang menghidap sakit batu karang, dan setelah mengamalkan Shaklee dalam tempoh dua minggu, masalah beliau dapat diatasi. Mungkin penyakit batu karang beliau masih dalam peringkat awal, maka jangka masa untuk pulih juga agak cepat.

Macam mana nak cegah penyakit batu karang sebelum ia terjadi?

Kita hendaklah mengamalkan pengambilan air putih yang mencukupi setiap hari iaitu sebanyak 3 liter sehari. Seboleh-bolehnya, kurangkanlah pengambilan makanan yang mampu meningkatkan risiko batu karang seperti makanan berkolesterol tinggi, berkafein dan sebagainya.

Antara produk  Shaklee yang disarankan untuk penyakit batu karang ialah :




Carotomax ~ Antioksidan yang tinggi dan mampu mempercepatkan penyembuhan luka di urinari akibat batu karang.
Lecithin ~ Memecahkan lemak dan kolesterol yang termendak dan membentuk batu karang.
Alfalfa Complex ~ Mengurangkan jangkitan dan radang pada salur kencing.
Ostematrix ~ Mengandungi Magnesium yang mengurangkan pembentukan oksalat dan mencegah pembentukan batu karang.
Vitamin C ~ Mengasidkan urin, batu karang tidak akan terbentuk dalam keadaan berasid.
B Complex ~ Merendahkan kadar oksalat yang boleh membentuk batu karang.

Diharapkan agar info yang saya kongsikan di sini mampu membantu anda semua. Insya Allah.
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee atau ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-25%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Rabu, 20 November 2013

Khasiat Alfalfa Shaklee


Alfalfa Shaklee merupakan produk pertama sekali yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950-an. Maka Alfalfa Shaklee merupakan produk signature Shaklee Corporation.

Kenapa  Dr. Shaklee memilih Alfalfa Shaklee sebagai supplement pertama? Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada jutaan manusia.




Kebaikan Mengamalkan Alfalfa

1. Kaya dengan vitamin dan mineral
    Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. 
    Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa 
    Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak 
    dan Antioksidan.
2. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protien, dan karbohidrat.
3. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah

20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki


Keistimewaan Alfalfa Shaklee

1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
3.  Disediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji  
4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
7.  Membersihkan hati.
8.  Membantu melengkapkan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang. kredit

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383



Cara Terbaik untuk Detox dengan Shaklee

Pernah dengar tak pasal DETOX? Ramai menyebut-nyebut pasal DETOX atau dalam bahasa kita dipanggil NYAHTOKSIN. Apa sebenarnya detox ni ye?

Secara normal, hari-hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal.




Dari mana datang toksin?

Toksin pada badan kita datang samada dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan melalui macam-macam cara seperti :
  • UDARA : udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan
  • MAKANAN/ MINUMAN : makanan atau minuman yang tidak bersih atau dimasak mungkin mengandungi  sisa racun,  bahan kimia dan sebagainya. 
  • UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan. 
  • RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
  • MAKANAN TIDAK HADAM : makanan yang tidak hadam dan tinggal akan usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam
  • DEHIDRASI dan MALNUTRISI : kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia

Tanda-tanda anda perlu DETOX

  • Masalah penghadaman
  • Sembelit
  • Sakit kepala
  • Jerawat
  • Penuaan pra-matang
  • Letih
  • Berat badan berlebihan
  • Insomnia

Cara & Langkah-langkah DETOX 


Bagi membersihkan tubuh dari toksin secara semulajadi, dicadangkan supaya kita mengikuti langkah berikut :
  1. PUASA - rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox
  2. DETOX hati - rangsang hati anda untuk membuang toksin yang terkumpul dengan cara mengurangkan pengambilan kaffein, alkohol, garam, gula, makanan diproses dan sbagainya. Pengambilan sesetengah herba seperti teh hijau, bawang putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke,  cendawan reishi, milk thistle, dandelion root dan sebagainya
  3. DETOX Sistem Penghadaman - ambil makanan yang tinggi serat (fiber) seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan buahan berries.
  4. DETOX melalui kulit -  minum air yang ditapis lebih banyak dari biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh, nikmati sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu.
  5. MAKANAN BERKHASIAT - setelah melalui proses detox, kawal pemakanan anda dengan mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan tambahan dan vitamin  dan menggunakan sistem penapis air yang baik.

Detox dengan SHAKLEE!


Shaklee mencadangkan pengambilan beberapa rangkaian produknya untuk membantu proses detox bagi melancarkan proses membuang toksin dan bahan buangan. Berikut adalah rangkaian produk untuk anda : 
  • Alfalfa Complex (Detox seluruh tubuh) : Herba yang kaya dengan pelabagai nutrisi dan digelar 'Raja Segla Tumbuhan'. Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.
  • DTX Complex (Detox hati) : Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu  biji benih milk thistle,  kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati 
  • Garlic (Detox darah) : dibuat dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary & spearmint. Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi meningkatkan sistem imun tubuh
  • Herblax (Detox usus) : Gabungan 9 herba semualajadi - daun alfalfa, daun jati cina (senna), biji adas manis cina (anise seed), bunga mallow biru (Blue malva),  kulit kayu buckthorn, akar likoris, biiji jintan manis (fennel), akar rhubarb & akar Culver's. Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus & melegakan sembelit

Bila waktu terbaik detox?

Sebenarnya kita boleh melakukan detox pada bila-bila masa. Badan kita bukan kereta yang perlu ada jadual penyelenggaraan. Cuma yang penting, bila badan rasa tidak selesa, dan timbul simptom-simptom seperti sakit kepala, berat badan berlebihan, tidak hadam, keletihan, sukar tidur dan jerawat - mungkin kita perlukan detox. Pakar nutrisi mencadangkan supaya seorang individu dewasa melakukan detox menyeluruh sekurang-kurangnya setahun sekali. Tapi, sebaiknya anda lakukan mengikut keperluan.

Menurut Dr. Juliet Tien, pakar dalam bidang ini - jika anda jarang-jarang melakukan proses detoksifikasi, disarankan anda melakukanny selepas musim perayaan kerana pada masa inilah anda akan mengambil makanan yang berpotensi mentoksikkan badan dalam jangka masa pendek dan panjang. Makanan manis, berlemak, berminyak, makanan tersedia yang mungkin dicemari yis dan parasit banyak dihidangkan di rumah terbuka dan jamuan-jamuan. (kredit)

Jangan tunggu lagi, jom detox sekarang!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

Rabu, 9 Oktober 2013

Tips Pengambilan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum & selamat malam..hari ini merupakan hari yang sedikit stress bagi saya...minggu ni merupakan antara minggu terakhir untuk kami menghabiskan sukatan pelajaran & key-in markah PBS ke dalam sistem. So, minggu ni juga saya pulun habiskan semua aktiviti yang perlu diajar kepada anak-anak murid tercinta...di sekolah petang tadi seorang pelajar saya telah memecahkan termometer makmal secara tidak sengaja. Walhal saya sudah banyak kali berpesan pada mereka supaya berhati-hati. Merkuri dalam termometer sangat berbahaya dan harus dibersihkan dengan cermat sekali..semalam pun peristiwa yang sama berlaku..oh, my students..pls be extra careful OK? Tapi bukan ini yang saya nak huraikan malam ni...layannn..

Kali ini saya nak kongsikan panduan bagi mereka yang sedang mengambil vitamin Shaklee. Ramai yang bertanya dan keliru, kenapa bila consume Shaklee jadual makannya berbeza? Saya tak de masa, so kalau nak makan semuanya sekali gus boleh tak??

Sebenarnya, kami mengadakan jadual pemakanan yang eksklusif berdasarkan keadaan & kesesuaian pelanggan. Jadi, tidak hairanlah sekiranya jadual pemakanan yang disarankan adakalanya berbeza antara satu sama lain. Di sini adalah panduan umum yang boleh diamalkan jika anda sedang mencuba vitamin Shaklee.

Sebelum sarapan : ESP, Meal Shake, Cinch, Performance Drink
Selepas sarapan : Vita Lea, B Complex, Vita C, AJHT
Selepas makan tengahari : Alfafa, Lecithin, Omega, Carotomax
Sebelum makan malam: Zinc
Selepas makan malam : Omega Guard, Herb Lax, Alfafa, Lecithin
Sebelum tidur : Ostematrix, Vita E, Vivix, Collagen, GLA Complex

Namun, jadual di atas hanyalah cadangan untuk mendapatkan kesan optimum supaya berbaloi dengan nilai bayaran yang pelanggan keluarkan. 

Selain itu, terdapat beberapa tips berguna yang perlu diberi perhatian sekiranya anda mahukan kesan terbaik setelah mengambil suplemen Shaklee...ada juga pelanggan yang merungut, saya dah makan vitamin tapi badan masih lagi lesu & tidak bertenaga..mungkin juga khasiat vitamin tidak dapat diserap dengan sempurna akibat 'kesilapan' yang mereka lakukan. Jom semak...

  1. Ibu yang hamil dan menyusukan bayi kurang sesuai mengambil Vivix kerana ia boleh mengubah DNA & hormon. Ibu hamil dan menyusukan memerlukan hormon tertentu pada kadar yang tinggi dan hormon tertentu pada kadar sedikit. Pengambilan Vivix boleh mengganggu proses kehamilan & penyusuan.
  2. Ibu yang menyusukan juga tidak digalakkan untuk mengambil Cinch kerana Cinch mengandungi kandungan kalori yang rendah. Ibu menyusu memerlukan kalori yang banyak. ESP lebih sesuai bagi mereka yang menyusu.
  3. Penghidap SLE tidak boleh makan alfalfa kerana alfalfa mengandungi sejenis asid amino L-canavanine yang menyebabkan pesakit SLE menjadi keradangan.
  4. Ibu hamil tidak dinasihatkan mengamalkan alfalfa kerana alfalfa boleh induce kedatangan haid & menyebabkan keguguran.
  5. Penghidap Anemia tidak boleh amalkan alfalfa kerana ia boleh memusnahkan sel darah merah.
  6. Vita-Lea tidak boleh diambil bersama Ostematrix atau sebarang produk tenusu kerana kalsium akan menghalang penyerapan Iron.
  7. Vita-E tidak boleh diambil bersama Alfafa kerana alfalfa bertindak menghalang penyerapan vitamin E.
  8. Amalkan minum air kosong sebanyak 2-3 liter sehari untuk menambah daya serapan vitamin oleh badan.
  9. Pesakit Thalasemia tidak boleh mengambil Vita Lea kerana ianya mengandungi kadar Iron yang tinggi.
  10. Vita-Lea sesuai diambil bersama vitamin C kerana vitamin C akan membantu penyerapan iron dalam Vita-Lea.
  11. Vitamin bukan ubat, jadi tindakannya adalah perlahan dan lembut terhadap tubuh kita. Jadi, kita harus bersabar untuk mendapatkan hasil yang diharapkan.
  12. Jangan lupa berdoa kerana vitamin hanyalah ikhtiar...penyembuh datangnya daripada Allah.
Semoga artikel ini dapat membantu anda...selamat mencuba!
June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

Selasa, 8 Oktober 2013

Kuruskan Badan dengan Set Kurus Optimum Shaklee


Pn. Musliana Mustafa :

Shaklee merubah impian menjadi kenyataan...



" Masalah kegemukan memang menghantui diri saya sejak dari zaman remaja hinggalah kepada umur 30 an ni....Pelbagai ubat-ubatan, murah dan mahal telah saya cuba...termasuk slimming center yang memakan ribuan ringgit....berat memang la turun tapi sekejap jer, bila makan je berat naik balik...sampai saya jadi takut hendak makan....susah hati....tekanan darah tinggi pun melambung2 bila badan naik ni.....tapi sekarang semua tu takde masalah lagi...Shaklee telah menjadi penyelamat kepada saya......Herblax, Alfafa, Omega, Lecithin dan esp membuatkan saya sentiasa tersenyum......sambil slimkan badan kulit pun jadi cantik......ubat darah tinggi pun saya dah tak ambil lagi sejak ambil supplement ni......toxin dalam badan pun dah takde.......walaubagaimanapun saya masih belum berpuas hati dengan berat ni lagi.....insyaAllah, dengan Shaklee saya tak perlu risau lagi......berat 89 tapi saya hilang inci yang sangat banyak.....Alhamdulillah..."





Semakin ramai pengguna yang telah memilih Set Slimming daripada Shaklee & meyakini keberkesanannya..Tapi bagaimana vitamin boleh berfungsi dalam proses menurunkan berat badan?

Set Slimming Optimum mengandungi ALFALFA, LECITHIN, HERB LAX, ESP @ CINCH, CINCH ENERGY TEA MIX DAN JUGA OMEGA GUARD. Let's go through one by one...


1. Alfalfa Complex : Mengandungi kandungan serat yang tinggi untuk mengangkut lemak dan toksin keluar dari badan.

2. Lecithin : Berfungsi untuk memecahkan lemak dan mengelakkan lemak daripada tergumpal dalam saiz yang lebih besar.


3. Herb lax : Agen detoks yang paling berkesan bagi membersihkan usus dan memudahkan 
penyerapan semua vitamin yang masuk ke dalam badan. Juga boleh membantu untuk mengempiskan perut. Najis yang terkumpul dalam usus biasanya menyebabkan perut kelihatan lebih buncit daripada biasa.


4. *ESP : Khasiat protein soya memberikan tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan. ESP mempunyai nilai indeks glisemik yang rendah. Paras gula dalam darah akan terkawal kerana makanan yang GI rendah akan melepaskan gula ke dalam darah secara perlahan-lahan dan tenaga akan dibekalkan sedikit demi sedikit. Proses pelepasan tenaga secara perlahan akan menyebabkan perut rasa kenyang yang berpanjangan. Jadi..bagi yang ingin kawal selera makan atau nak turunkan berat badan, ESP adalah pilihan terbaik untuk anda.


5. *Cinch Shake : Bertindak untuk membina otot dan mengelakkan badan kita daripada menggelebeh apabila berat badan berkurangan. Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati disamping mengurangkan berat badan. Rumusan yang diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, Leucine dalam Cinch Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

6. *Cinch Energy Tea Mix : Mengurangkan keinginan untuk makan, membantutkan pembinaan sel lemak, meningkatkan metabolisme badan serta memberikan tenaga ketika kita sedang berdiet. 

7.*Omega Guard : Memainkan peranan penting dalam proses pembakaran lemak. Lemak omega 3 dalam minyak ikan membuatkan badan kita bertindak balas dengan hormon leptin. Leptin berfungsi untuk memberi isyarat kepada badan untuk mengurangkan selera makan & serta meningkatkan tahap metabolisme badan. Ia juga membantu untuk menukarkan lemak yang tersimpan dan ditukarkan kepada tenaga.

Bilakah waktu yang sesuai untuk saya makan suplemen yang banyak2 ni?


1. taraaaa..yang ni kena buat pembelian melalui saya barulah saya share jadual makan yang tepat.

Bolehkah diet saya berjaya?

1. Pastikan anda mengambil jumlah air kosong yang mencukupi. Setiap 25kg berat anda =      1 liter air yang perlu diminum.

2. Pastikan anda melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.


3. Banyakkan makan sayur-sayuran & buah-buahan.

4. Makan dengan kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit-sedikit.

5. Ambil ukur lilit badan anda kerana adakalanya berat tidak turun tetapi shape badan anda telah berubah dan semakin mengecil.

6. Usah cepat putus asa, kuatkan semangat untuk kurus.

Siapakah yang sesuai mengambil set Slimming Optimum ni?

Mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan ingin mendapatkan tahap kesihatan yang baik dengan berat badan yang ideal.


Bagaimanakah cara nak dapatkan set ini?


Klik sahaja di sini untuk membuat pembelian.


Anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383