Jumaat, 24 Mei 2013

Awet Muda dengan Vivix Shaklee


Ramai yang menyangka penuaan (aging) bermaksud “menjadi tua”. Tetapi sebenarnya sains mendapati penuaan bermula sebelum kita mencecah umur dewasa lagi dan ini berlaku pada peringkat selular iatu dalam sel-sel tubuh kita. Namun begitu ia tidak disedari kerana tiada perubahan yang dapat dirasai atau dilihat memandangkan ia masih di peringkat sel.

Semakin usia meningkat, sel-sel dalam tubuh akan mula mengganti baru(renew) pada kadar yang lebih perlahan dan menyebabkan tidak banyak sel baru dihasilkan bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak.
Di sinilah kita dapat lihat kesan daripada penuaan selular(cellular aging) ini, yang mana semakin masa berlalu, fungsi tubuh akan menjadi kurang efisyen disebabkan oleh sel-sel yang rosak tadi. Sebab itu juga, semakin usia meningkat, risiko mendapat pelbagai penyakit juga meningkat terutama jika tidak menjaga pemakanan dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat.
Secara amnya, penuaan selular juga berlaku disebabkan oleh efek pemusnahan oleh radikal bebas. Oleh itu, diet yang kaya dengan antioksida sangat penting untuk melawan radikal bebas seterusnya memperlahankan proses penuaan ini. Banyak kajian santifik dan penyelidikan klinikal menyarankan pengambilan diet yang tinggi kandungan polifenol tumbuhan dalam jangka masa panjang bagi melindungi tubuh kita daripada masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan.
Vivix memperlahan penuaan sel-sel badan

Di dalam kajian makmal, ramuan utama Vivix telah menunjukkan kesan yang hebat terhadap 4 mekanisma penting penuaan pada peringkat sel-sel dalam tubuh seterusnya meransang penuaan yang sihat.
1) Melindungi dan memperbaiki DNA sel
Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pangkalan data genetik lalu menghasilkan “typo” (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan memendekkan usia sel.
2) Mengaktifkan pengawalan genetik utama yang membantu melambatkan penuaan pada peringkat sel.
3) Menggalakkan biogenesis(pembentukan baru) mitokondria untuk meningkatkan parasa tenaga di dalam sel
Mitokondria = penjana tenaga di dalam sel yang menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitokondria meurun, fungsi sel menurun.
4) Melambatkan pembentukan protein AGE(advanced Glycation End products)
Penimbunan protein AGE boleh menyebabkan kerosakan pada sel yang akan mengganggu keutuhan sel dan memendekkan usia.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

0 comments:

Catat Ulasan