Masa begitu pantas berlalu. Pejam celik, pejam celik sedar-sedar dah nak habis setengah tahun. Rasanya macam baru je lagi kita beranjak ke tahun 2014. rupa-rupanya hari ni dah masuk 9 Mei pun..
Bulan Mei setiap tahun merupakan antara bulan yang paling meriah dengan pelbagai sambutan. Bermula dengan Hari Pekerja pada 1 Mei, sambutan Hari Ibu pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei, sambutan Hari Wesak ( cuti umum, siapa tak suka kan?), dan yang paling meriah untuk semua guru adalah sambutan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun.
Tahun ni saya merupakan antara salah seorang Cikgu yang agak 'sibuk' dengan persiapan hari guru kerana saya memegang jawatan dalam Kelab Staff. Jadi, terpaksalah saya menjalankan tugas yang diberi dengan sebaik mungkin. Dalam banyak-banyak tugasan, jawatan diberi sebagai AJK Cenderahati untuk semua guru daripada Kelab Staff. Naik pening jugak nak fikir. Bukan senang nak puaskan hati semua orang. Dengan bajet yang serba sederhana saya dan anak buah pun memilih beberapa item di bawah :
Jam epal ni macam comel je kan?
Yang ni, kalau budak-budak diorang sukalah kot.
Lastly kitorang pilih mug yang boleh dihias mengikut pilihan kita.
Tapi takdelah lukis gambar kartun camni pulak..marah Pengetua kami nanti kang..ehehee!
Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua insan yang bergelar guru. Tak lupa juga buat semua cikgu yang pernah mengajar saya dari darjah 1 - Universiti. Dan juga kepada semua sahabat yang menjadi 'guru' dalam universiti kehidupan saya. Semoga kehidupan mereka semua sentiasa berkat dan dikasihi Allah dalam setiap ketika. Saya sayang kamu semua.. Tak lupa juga buat pembaca budiman, terima kasih kerana sudi menjengah ke teratak comelku ini ;-) Semoga kalian sentiasa bahagia dalam meniti titian kehidupan ini.
Sekian, terima kasih.
0 comments:
Catat Ulasan