Memaparkan catatan dengan label ESP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ESP. Papar semua catatan

Khamis, 2 Oktober 2014

Mengapa ESP menjadi Pujaan Hatiku?

Di saat jari-jemari saya khusyuk menekan papan kekunic, hujan lebat turun membasahi bumi... Pesan seorang teman, kala hujan merupakan antara waktu yang terbaik untuk submit doa kepada Allah.

Alangkah ruginya kalau saya tak ambil kesempatan ini untuk berdoakan? Semoga Allah akan menunaikan semua impian pembaca blog ini (jika ada) yang sangat saya kasihi...tanpa kalian siapalah saya kan...

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa promosi Shaklee pada bulan ni? OK, bulan ni pihak Shaklee bermurah hati untuk mengadakan promo ESP yang merupakan all time favourites ni...kalau bulan-bulan biasa pun ESP ni memang menjadi produk yang laku keras, apatah lagi di bulan promo kan....

Kat sini saya nak ceritakan kebaikan ESP Shaklee yang telah saya rasa pada diri saya sendiri. Kalau orang lain, tak pastilah pulak.
  • Parut jerawat cepat hilang. Kalau dulu, wajah saya penuh dengan kesan kehitaman akibat parut jerawat yang lambat hilang. Rupa-rupanya, minum ESP boleh membantu memperbaharui sel kulit yang lebih sihat. Kesan parut yang kehitaman adalah akibat tak cukup sumber protein untuk memperbaharui sel kulit yang lebih sihat.
  • Saya biasa amalkan ESP ketika sarapan pagi. Alhamdulillah, ia membantu saya mengawal berat badan dengan baik. Tak perlu lagi makan makanan yang tinggi kalori seperti mi goreng, nasi lemak atau pun roti canai sebagai sarapan.
  • Menjimatkan masa dan juga ongkos saya. Setin ESP boleh bertahan sehingga dua bulan. Baru RM2.50 (retail price) yang perlu saya belanjakan untuk satu hidangan ESP dalam sehari...
  • Mengurangkan risiko terketar-ketar akibat terlambat sarapan. Dulu, kalau saya terskip sarapan pagi, badan saya akan menggigil-gigil akibat kelaparan yang amat sangat. Tapi kini, semua tu dah takde lagi...coz ESP merupakan protein yang rendah indeks glisemiknya, jadi tenaga dilepaskan sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan kita. 
  • Kalau waktu menyusukan Faris dulu, saya suka minum ESP sebab susu badan akan jadi lebih pekat dan nampak lemak berkrim...Faris pun cepat kenyang apabila menyusu. Dapatlah saya pam lebih sikit untuk bekalan Faris ketika di rumah pengasuh.
  • Apa lagi yek...kulit saya menjadi lebih lembap dan lembut...sesetengah orang, ada efek gebu-gebas....pada saya tak sure la pulaks...ngaku karang dikatakan perasan pulak kan? hihihh...

OK sekian sahaja perkongsian saya tentang ESP. Ni saya ambil kesempatan menulis sebelum line internet putus lagi...nyawa-nyawa ikan je line kat kampung ni hah... Kalau ada yang teringin nak mencuba ESP, bolehlah contact saya semasa promosi sedang berlangsung ni kan...

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Ahad, 3 Ogos 2014

Slimming Set Shaklee yang Superb!


Fuh lamak...dah seminggu lepas raya ni kan..saya percaya ada yang berjaya menaikkan berat badan tanpa rela. Mana taknya, raya sakan kan....memang tak boleh nak control bab makan..Sedar-sedar aje, baju pun dah mula ketat...muka bujur dah nampak bulat..dagu dah start berlapis..badan pun dah start semput....

Aduhai, menyesal tak sudah dibuatnya. Bulan puasa hari tu baru jer turun tiga kilo, tapi lepas raya naik sampai 6-7 kilo! Apa lagi...mulakan diet anda sekarang..jangan nak tunggu naik berkilo-kilo lagi baru nak mula diet..lagi banyak berat anda naik, lagi lama masa yang diambil untuk anda kuruskan berat badan..jadi, jangan pernah bertangguh untuk dapatkan berat badan yang ideal..badan yang lebih kurus pastinya menyebabkan anda kelihatan lebih muda dan semakin cun gituh....

Tapi kan..macam mana nak berdiet? Saya ni jenis yang tak tahan berlapar...ok, kali ini saya kongsikan tentang set slimming shaklee yang bukan lagi rahsia. Diet yang sihat dan berkesan kena ada caranya....silap-silap hari bulan, berat lagi susah nak turun atau pun makin naik pula jadinya.

Dengan Shaklee, kami akan menggalakkan supaya pelanggan untuk detox terlebih dahuhlu supaya toksin dalam badan dapat dibersihkan. Usus yang bersih dan sihat, mampu menyerap semua nutrisi yang diperlukan dengan sempurna. Makanan yang berlebihan akan dibuang secara berkala dan perut juga akan kelihatan lebih kempis berbanding biasa. 

Untuk me'apung'kan lemak pula, Lecithin memang terbaik. Jadi, lemak dalam makanan yang kita makan tidak semuanya akan diserap ke dalam badan. So, kuranglah lemak-lemak degil yang masuk dalam badan kita...yer tak?
 
Tetapi untuk diet, saya akan gabungkan dengan Omega Guard supaya lebih banyak lemak yang dapat dibakar. Dan kesannya juga 2x lebih cepat berbanding set slimming tanpa Omega Guard. Sebab itulah, kalau customer ada bajet lebih, saya akan cadangkan supaya mereka mengambil Omega Guard dalam set slimming mereka. Kesannya? Marvellous!

ESP! Bagi saya, ESP sangat membantu untuk saya mengurangkan portion makanan. Nak tahu kenapa? ESP ni sangat mengenyangkan. Jadi, perut kita akan bertahan dengan lebih lama tanpa rasa lapar. Ini akan menyebabkan kita akan makan dengan saiz hidangan yang lebih kecil berbanding biasa. So, kalau berterusan macam ni agak-agak kurus tak badan kita? Yang lagi best, selain kurang makan dan kita pun dapat berjimat....korang akan perasan bahawa kulit akan jadi lebih bersih dan sihat. Selain itu, otot juga akan jadi lebih pejal dan berat badan tak mudah naik walaupun ketika kita lupa untuk berdiet.





Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Isnin, 7 Julai 2014

Review ESP Shaklee yang buat Saya Nak Nangis!

 Assalamualaikum w.b.t :-)

Salam 10 Ramadhan.. begitu pantas masa berlalu. Jadi gunakanlah masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Buatlah perkara-perkara yang berfaedah kepada diri-sendiri dan orang lain. Manalah tahu, sekecil-kecil kebaikan yang kita buat tu akan menjadi asbab kita ke syurga Allah. Insya Allah.

Berbalik kepada tajuk di atas, dalam entry kali ini saya ingin membuat review tentang ESP Shaklee. Sebenarnya banyak sangat produk yang boleh dijadikan pilihan untuk 'review' kerana saya dah jatuh cinta dengan hampir kesemua produk Shaklee! Sikit lagi nak sampai tahap angau...ahahaa!

Pertama kali mencuba ESP (saya beli daripada Kak N), saya mengambil ESP untuk memekatkan susu badan kerana saya perasan yang susu saya kurang pekat. Mungkin kerana saya makan tak makanan kurang seimbang, jadi zat dalam susu badan pun tak seberapa. 

Minum-minum je ESP, susu saya pun keluar laju macam air hujan..hahahaa..mengarutlah tu kan...sebenarnya, ambil masa 2-3 hari juga untuk badan saya sesuaikan dengan ESP. Selepas hari ketiga barulah saya nampak susu saya bertambah pekat. Faris juga cepat kenyang setiap kali selepas menyusu. Tak adalah melekap sepanjang malam seperti sebelum ni. Senanglah saya bangun tengah-tengah malam untuk pam susu. I'm really happy for that! Kalau tak.....punyalah seksa nak 'bebaskan' diri daripada Faris. BF mommies sure faham perasaan saya ni kan :-D. 
Best memories ever :-)


Selain itu, saya suka ESP ni coz ia memberikan tenaga segera untuk saya. Saya biasa amalkan ESP di waktu pagi sebagai pengganti break fast. Busy mom like me, sering kali tak sempat nak bersarapan di rumah. Di sekolah pun kalau kena kelas waktu pertama dan kedua tu, jawabnya pukul 9 a.m barulah dapat menjamah makanan. Kalau gap setakat 40 minit tu, saya lagi rela pam susu daripada ke kantin. Bimbang sangat nak skip jadual mengepam, takut susu akan berkurang. Saya ni dulunya ada masalah darah rendah. Kalau terlambat makan tu, mau menggigil satu badan. Sikit lagi nak pitam...mujurlah tak pernah pulak pitam kat mana-mana..hihihhh.. Alhamdulillah, ESP Shaklee banyak membantu saya untuk rasa kenyang lebih lama dan bertenaga setiap hari.

Selain itu, saya suka sangat dengan ESP kerana ia membantu menghilangkan parut jerawat dengan lebih cepat. Kulit saya memang bermasalah dari sekolah menengah lagi. Jerawat tumbuh dengan meriahnya. Lepas tu, mulalah tinggalkan parut hitam dan hodoh di muka. Kadang kala tu, saya sampai tak sanggup nak tengok muka sendiri depan cermin...sedihkan? Alhamdulillah, ESP banyak membantu memulihkan parut-parut yang ada di wajah saya. Jerawat pun mudah kecut, kulit semakin lembap dan yang paling penting, saya semakin yakin untuk mengadap cermin setiap hari!!! Yahhhoooo... kalau kawan-kawan ada yang menghadapi masalah yang sama seperti saya, jangan lepaskan peluang untuk rasakan perbezaan dengan ESP. 



Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Jumaat, 4 Julai 2014

Vitamin untuk Kulit Kusam tak Berseri

Siapa tak nak kalau diberi peluang untuk meremajakan kulit wajah. Saya teringat satu iklan kecantikan tak lama dahulu. Ada seorang gadis, Ayu (nama sekadar rekaan) dengan rakan baiknya. Suatu hari, rakan baiknya yang telah lama tidak berjumpa mengajak beliau untuk keluar dating. Ayu menolak kerana dia sangat malu dengan wajahnya yang kusam tidak berseri. Ini menyebabkan beliau berasa sangat rendah diri.

Dengan wajah yang kusam tidak bermaya, sesiapa sahaja pun boleh rasa rendah diri kan? Saya percaya, setiap orang pasti mahukan penampilan yang terbaik setiap kali keluar rumah. Tak ada kot yang berani keluar rumah jika wajah mereka nampak pucat dan penuh dengan parut hodoh yang menakutkan. Kalau diri-sendiri pun tak sanggup nak tengok, apa tah lagi orang lain kan?

Kali ini saya mahu berkongsi tips untuk mengelakkan kulit wajah kusam tak berseri. Saya bukanlah pakar kecantikan, namun saya akan share tentang pengalaman yang saya alami sendiri. Kalau sesuai, korang pun boleh amalkan ye :-)

  • Amalkan facial secara berkala. Dua kali seminggu cukuplah. Sangat bagus untuk menanggalkan sel-sel mati yang melekat pada wajah. Kalau tak sempat ke salun kecantikan, buat aje di rumah. Boleh jimat masa, jimat tenaga dan jimat duit poket kita :-). Boleh try masker macam saya buat ni. Masker ESP Bersihkan Muka Berkarat.
  • Saya akan pastikan muka dibersihkan daripada make up (saya pakai bedak je pun) sebelum tidur supaya liang-liang roma tidak tersumbat. Apabila liang roma tersumbat, mulalah jerawat muncul beramai-ramai. So, pastikan muka dicuci dengan bersih dan sapukan toner dan pelembap sebelum tidur. Muka kita boleh jadi lembut dan lembap seperti bayi. Tapi nak kena RAJIN lah ye...Untuk penjagaan kulit muka, Set Enfuselle Normal to Oily pilihan saya.
  • Untuk penjagaan dalaman pula, saya lebih suka makan suplemen kerana saya sukar untuk disiplinkan diri supaya makan makanan seimbang setiap hari. Tambahan pula saya tinggal dua beranak sahaja, jadi kebiasaannya masak satu dua lauk sahaja dah cukup. Itu pun kadang-kadang dan jarang-jarang sahaja! Suplemen pilihan saya ada di sini. Vitamin untuk Kulit Cantik. Boleh terus ORDER di sini jika korang berminat.
  • Selain daripada tiga suplemen di atas, saya juga tidak lupa untuk mengamalkan ESP setiap hari. ESP sangat penting untuk memulihkan parut dan membuatkan wajah kelihatan bersih dari dalam. Tahukah anda, setiap hari badan kita menghasilkan sel-sel baru. Dan protein yang ada dalam ESP merupakan zat yang sangat diperlukan oleh sel-sel tersebut supaya dapat berfungsi dengan sempurna. Mereka yang punya parut-parut hitam di tubuh menandakan mereka kekurangan protein dalam diet mereka. Kalau pun tak mampu nak makan suplemen banyak-banyak, sekurang-kurangnya amalkanlah ESP kerana banyak fungsi ESP ni tau. Klik ORDER untuk dapatkan ESP.
  • Amalkan sikap pemaaf. Kalau dalam hidup ni, kita sukar nak maafkan orang hati kita pun tak bahagia. Jadi, apabila hati tak bahagia, agak-agak wajah kita nampak berseri ke suram? Haa..jawab jangan tak jawab. Lagi pun tak rugi kalau kita bersikap pemaaf. Jadinya, maafkanlah semua orang barulah jiwa kita tenang :-)
  • Hargai diri kita. Sentiasa ucapkan perkara-perkara yang positif tentang diri-sendiri. Biasanya, ramai orang yang sibuk menghargai orang-orang di sekeliling mereka tetapi mereka jarang  menghargai diri-sendiri. Kalau bukan kita yang menghargai diri kita, nak harapkan siapa lagi? Sebab tu saya suka reward diri dengan perkara-perkara yang menggembirakan saya setiap kali dapat selesaikan sesuatu tugasan. Tak perlu reward diri dengan benda-benda mahal, cukup dengan sebatang aiskrim atau kek kegemaran pun dah OK:-) Yang penting benda tu boleh buat kita happy....
  • Sentiasa tersenyum walau pun dalam hati ada taufan. Dengan senyuman, kita boleh menyebarkan aura positif. Jadi, secara tak langsung wajah kita akan nampak berseri-seri dan membahagiakan orang lain. Insya Allah. Tak perlu modal pun nak senyum..jadi, jangan kedekut nak tunjuk lesung pipit korang lepas ni yek..

Antara testimoni pengguna ESP yang happy dengan kesannya!

Cukup setakat ini dahulu tips untuk wajah tampil berseri ye. Kena rajin amalkannya, barulah nampak kesannya. 


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga. Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee atau menjadi ahli, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah, dengan menjadi ahli anda mampu jimat sehingga 15-25%!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Khamis, 3 Julai 2014

Petua Lembapkan Kulit Wajah ketika Berpuasa

Salam Ramadhan! Bertemu kembali kita di ruangan maya tanpa suara ni. Semoga semuanya sihat-sihat aje ye. Kali ini saya ingin berkongsi tips untuk melembapkan wajah ketika sedang berpuasa.

Belum pun sampai seminggu kita berpuasa, tetapi dah ada yang mengadu kulit mereka makin kering dan tak lembap macam dulu lagi. Puncanya kenapa? Oh...mestilah sebab kurang minum air kosong kerana sedang berpuasa. Bagi orang perempuan, sudah tentu mereka risau kerana takut nampak kurang cantik di Hari Raya nanti...Orang lelaki tak kisah sangat kot fasal ni hihihhh.

Antara tips yang banyak saya google mencadangkan supaya menggunakan kaedah semula jadi seperti campuran jus limau nipis dan madu. Campurkan kedua-dua bahan tersebut hingga sebati dan sapukan pada wajah yang bersih. Biarkan selama setengah jam, dan hasilnya memang marvellous! Kulit akan jadi sangat lembap dan lembut macam baby... Tips ini tak susah, tapi nak kena rajinlah kan..



Kalau macam saya, saya lebih suka amalkan suplemen supaya kulit lembap dan lembut setiap hari. Antara supelemen yang sangat membantu untuk melembapkan dan menghaluskan kulit ialah :



ESP
ESP merupakan protein soya yang membantu untuk kulit memperbaharui sel-sel yang sihat setiap hari. ESP juga membantu supaya tubuh dapat menyerap vitamin lain yang kita makan setiap hari dengan lebih baik. Sebab itulah, kalau kita amalkan ESP, kita akan nampak kesan yang lebih cepat berbanding orang lain yang tidak mengamalkan ESP.

Lecithin
Selain untuk memecahkan lemak, lecithin sangat memainkan peranan untuk melembapkan kulit. So, no wonderla seorang customer saya, sangat berpuas hati kerana kesan tumit yang pecah kini dah tiada lagi setelah mengamalkan sebotol lecithin. Siap nak repeat order lagi tu..:-)
Performance Drink
Saya sangat sukakan Performance Drink..ala, yang perisa oren tu..rasanya sungguh nyaman di tekak. Selain itu, ia juga mampu membantu untuk mengelakkan tubuh daripada kekeringan setelah seharian berpuasa. Ia juga membantu untuk melembapkan kulit supaya kita kelihatan awet muda sentiasa :-)

Shaklee Collagen Powder
Kesan kolagen dalam bab anjal-menganjal dan tegang-menegang sudah tidak dapat dinafikan lagi. Ia juga mampu membantu supaya kulit lebih lembap daripada biasa. 

Cubalah. Klik ORDER untuk mendapatkan set di atas hari ini juga. Insya Allah tak menyesal kot kalau korang mencuba set untuk kulit lembap ni. 

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221




Sabtu, 14 Jun 2014

Kecutkan Jerawat Batu Cara Saya

Bayangkan, seminggu lagi anda akan menyambut hari istimewa yang paling ditunggu-tunggu dalam hidup anda. Wajah anda yang licin bak telur dikupas tiba-tiba dihiasi dengan dua tiga biji jerawat batu yang besar. Aduh! Sungguh merosakkan mood bukan? Sudahlah wujudnya jerawat batu tersebut di kawasan yang strategik. Nak sorok-sorok dengan tudung pun tak boleh... Geram tak? hihih...



Kali ini saya nak kongsikan beberapa petua mudah untuk mengecutkan jerawat batu dengan cepat.
  • Gunakan ubi kentang. Ubi kentang mengandungi alkali yang mampu memecahkan jerawat batu berpunca daripada pori-pori yang tersumbat. Potong ubi kentang nipis-nipis dan tampalkan pada jerawat batu tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga jerawat batu benar-benar mengecut.
  • Gunakan ramuan putih telur dengan tiga sudu madu. Kacau sebati dan oleskan ke seluruh muka. Tunggu sehingga kering baru dibilas dengan sempurna. Hasilnya? Kulit akan jadi lebih bersih dan jerawat batu akan mengecil dengan cepat.
  • Tumbuk dua inci kunyit hidup sehingga lumat. Tambahkan dengan sesudu jus limau nipis. Sapukan pada seluruh wajah dan biarkan selama 15-20 minit sebelum dibilas sehingga bersih. Masker ini akan membantu mengurangkan radang pada jerawat batu.
  • Campurkan sesudu teh baking powder dengan sedikit air. Sapukan pada bahagian yang berjerawat dan biarkan selama 15-20 minit. Baking powder akan membantu untuk menyerap minyak berlebihan dan mengurangkan jangkitan bakteria di kawasan tersebut.
Kecutkan jerawat batu dengan Shaklee :
  • Gunakan masker setengah sudu ESP dan setengah paket Shaklee Collagen Powder. Campurkan dengan toner ataupun air bersih. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sehingga masker tersebut benar-benar kering sebelum dicuci. Kesannya sungguh mengujakan. Tak caya, boleh try nanti :-) Boleh tekan sini untuk ORDER.
  • Sapukan setengah sudu teh vivix pada muka yang bersih. Dan biarkan sehingga kering. Setelah wajah dicuci, anda akan dapat rasakan perbezaannya. Korang boleh beli vivix kat sini,click to ORDER Vivix now.
  • Bagi saya yang mengalami masalah kulit berjerawat, Set Enfuselle Normal to Oily sangat membantu untuk mengurangkan jerawat. Sebelum ini saya dah cuba macam-macam jenis produk muka. Baik tempatan mahu pun luar negara. Tapi sayang, kulit semakin menipis dan rosak. Masalah jerawat tak juga hilang. Sedihkan? Mungkin saya boleh share dalam next entry pasal ni. Klik untuk ORDER skincare set macam saya :-)

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<. Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Jumaat, 6 Jun 2014

Masker ESP Bersihkan Muka Berkarat

Masker gaya ekspres untuk cun. Nak pegi National Conference punya pasal..

Masker ESP cara saya : Ambil sesudu teh ESPdan sedikit toner. Gaul hingga sebati. Sapukan pada muka dan bahagian leher. Biarkan selama 20-30 minit. Kalau nak buat skrub pun boleh jugak. Ni lagi best. Habis daki2 lama keluar tau :-)

Lepas cuci muka nanti, korang akan perasan yang kulit korang akan beberapa kali lebih cerah :-)


Tak lama lagi nak rayakan? Kalau korang nak cemburukan rakan-rakan atau mak cik sebelah rumah dengan kulit  yang lebih mulus silalah amalkan ESP dua kali sehari yer...Kesannya dapat dilihat paling awal dalam masa dua minggu. Ada je yang dapat lihat kesan yang lebih awal.... Tapi, ada syarat-syaratnya tau.. Kalau nak tahu, kenalah jadi customer saya baru saya boleh kongsikan rahsianya :-)

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.

Satu canister ESP hanyalah berharga RM150.00 sahaja. Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan ESP Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Selasa, 6 Mei 2014

Semua dalam Satu..ESP Buatku Jatuh Cinta Sejak Canister Pertama!

Sebelum mengenali Shaklee, saya pernahlah ternampak harga untuk satu canister ESP Shaklee pada waktu tu RM150.00. Dalam hati cakap sorang2..mak aihhh...mahalnya. Ada ke orang nak beli?

Macam tak logik je kan ESP boleh jadi hotseller Shaklee. Sampai pernah kehabisan stok pun ada. Diorang ni apa hal sampai suka sangat dengan ESP nih??

Ahahah! Itu cerita dulu..memang lah..kata orang, tak kenal maka tak cinta. So, memang rugi bebenorla siapa yang dah tahu khasiat tapi belum tergerak hati nak makan ESP Shaklee. Nak tau kenapa? Sebabnya ia memang best. Banyak sangat kelebihan bila amalkan ESP ni. Macam saya sendiri, saya perasan kulit saya makin lembut setelah konsisten dengan ESP. Serius best kan. Kalau sebelum ni, dari kecil lagi saya mengalami masalah kulit kering dan sensitif. Tak sangkalah pula dengan ESP masalah kulit kering dapat dikurangkan. Saya suka...saya suka!

Banyak lagi khasiat ESP sebenarnya. Tapi kat sini saya nak ringkaskan fungsinya mengikut keperluan satu-persatu :



Ibu Hamil –---> ESP menguatkan rahim & membantu perkembangan otot bayi dalam kandungan
Ingin Hamil –--->ESP pelihara & pulihara rahim
Ibu Menyusu –---> ESP membantu mempercepatkan pengeluaran susu
Ingin Kurus –---> ESP memberikan rasa kekenyangan yang berpanjangan.
Ingin Gemuk –---> ESP menganjalkan & memontokkan
Ingin Sihat –---> ESP memelihara kesihatan secara menyeluruh
Ingin Cantik –---> ESP membuat kulit jadi licin, gebu & cerah


Menarikkan? So, kalau anda masih ragu lagi nak cuba...terpulanglah. ESP hanya sesuai untuk mereka yang berani melabur untuk mendapatkan tahap kesihatan terbaik. Semua sayangkan diri-sendiri kan? Sebelum nak sayang orang lain, kita kenalah jatuh cinta pada diri-sendiri dulu. Barulah berbaloi... Sebelum tu jemput baca risiko kekurangan protein kat sini..mana tahu anda salah seorang daripada orang yang mengalami masalah kekurangan protein dalam diet harian.

 Berminat nak dapatkan ESP anda? Hubungi saya sekarang juga. Raya dah nak dekat ni...so, sesuai sangatlah kalau nak mulakan program Jom Cantik di Hari Raya ni kan :-)


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Khamis, 1 Mei 2014

Pengalaman Bersahur Tanpa Makan Nasi

Assalamualaikum w.b.t..


Alhamdulillah. Hari ini merupakan cuti umum di seluruh Malaysia sempena Hari Pekerja. Selamat bercuti buat semua :-) Best lepak-lepak di rumah tanpa perlu berkejar ke tempat kerja. Dan ramai kot yang ambil peluang ni untuk sambung tidur lepas Subuh..eheheee. Tak baik tau tidur lepas Subuh. Rezeki payah nak masuk nanti. Jangan menyesal pulak ye...

Dan hari ini juga dah masuk 1 Rejab. Ini bermakna tinggal lebih kurang dua bulan lagi sebelum kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu. Saya pasti ramai yang dah mula melatih diri untuk berpuasa sunat. Yang tak habis ganti puasa lagi tu, jangan buat-buat lupa pulak yer :-)

Hari ini saya dan emak tak melepaskan peluang untuk berpuasa sempena 1 Rejab. Pada kebiasaannya kami akan mengambil makanan yang berat untuk mengalas perut sepanjang hari. Tapi semenjak terjatuh cinta dengan Shaklee ni saya dah lama meninggalkan amalan bersahur dengan nasi. OK ke tak OK?

Kalau tanya saya, sure confirm saya akan jawab OK sangat! Hihihhh...Apa yang saya perasan, sejak amalkan ESP dan Performance Shaklee untuk bersahur, badan jadi bertenaga sehingga petang. Lapar pun tak terasa sangat. Kadang-kadang tu, boleh tak perasan pulak yang kita sedang berpuasa. Bezanya kalau kita makan nasi, adakalanya saya akan mula terasa lapar seawal jam 9 pagi. Perut mula berkeroncong mintak diisi....sebabnya, nasi lebih cepat dihadam berbanding protein. Dan, yang paling best ialah, saya dah berjaya memujuk Mak untuk cuba ESP & Performance untuk bersahur. Sebelum ini, Mak hanya mengambil nasi sebagai menu pilihan untuk bersahur. Takkan saya nak dapat manfaat suplemen sorang-sorang, kan? Mestilah saya nak sebarkan kebaikan Shaklee kepada orang yang saya sayang :-)

And....guess what, dari tak berapa nak suka suplemen, Mak saya dah pandai minta saya bancuhkan Performance untuk berbuka. Alhamdulillah, seorang lagi insan yang dapat saya bantu tunjukkan jalan untuk hidup lebih sihat :-) Apabila ditanya, jawab beliau, Mak tak rasa haus sangat walau pun berpuasa dalam cuaca panas terik. Syukurlah..

Anda berminat untuk mencuba suplemen untuk bulan puasa? Jangan segan-segan untuk hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221








Ahad, 20 April 2014

Tips Nak Habiskan Qada Puasa di Musim Panas

Pejam celik, pejam celik, ada lebih kurang 70 hari lagi sebelum kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang dinantikan. Tak sabar nak berpuasa lagikan? Apa yang buat saya lagi tak sabar adalah detik-detik menyambut hari lebaran. Walau pun dah tak layak untuk terima duit raya, tapi kenangan di hari raya sungguh indah dan sukar nak digambarkan dengan kata-kata.. tetiba jer lagu Dendang Perantau terngiang-ngiang di telinga.

Semoga kita semua dipanjangkan usia untuk bertemu dan mengumpul pahala beribadah di bulan Ramadhan yang akan datang. Insya Allah. Tapi, sebelum kita beria-ia untuk sambut Ramadhan, eloklah remind anak isteri atau adik beradik perempuan kita kot2 mereka belum habis berpuasa ganti. Kalau terlepas, susah jadinya. Tak fasal-fasal kena bayar fidyah pulak.



Macam kat tempat saya sekarang ni musim panas. Cuaca begitu hangat dan mencabar sesiapa sahaja yang mahu berpuasa. Tak kiralah puasa sunat mahu pun yang nak ganti puasa. Kalau yang nak berpuasa sunat tu, mungkin ada yang berfikir 2-3x sebelum meneruskan niat suci mereka. Tapi, bagi yang kena qada puasa tu, tiada pilihan lainlah melainkan harus diganti juga walau susah macam mana pun.

Macam saya....kalau nak berpuasa, saya akan pastikan saya bersahur dengan ESP + Mealshakes yang mengenyangkan. Sambil-sambil tunggu waktu imsak tu saya akan minum 2 gelas Performance Orange yang lazat. Ia sangat penting untuk mengekalkan keseimbangan bendalir dalam badan. Jadi, walau pun berpuasa sepanjang hari, badan saya tak de la lesu sangat. Lagi satu, 3 jam sebelum tidur saya akan minum air kosong banyak-banyak bagi mengelakkan badan terlalu kering ketika berpuasa. Saya juga jarang bersahur dengan nasi. Bagi saya, saya akan lebih cepat berasa lapar apabila bersahur dengan nasi.

Tadaaa...sekian dulu tips daripada saya. Selamat qada puasa dan berpuasa sunat sebelum Ramdhan tiba..Awas! Jangan sampai terlepas...

Dapatkan set Shaklee untuk kegunaan di Bulan puasa sekarang juga. Ia adalah untuk mengelakkan diri daripada kelesuan melampau ketika berpuasa.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA: 017-9438392 ID: 891221

Jumaat, 21 Mac 2014

Kesan Kekurangan HB pada Ibu Hamil ~ Nyawa Ibu Terancam & Mental Anak Lemah

Menurut beberapa soal selidik yang dijalankan dalam kalangan wanita hamil, masih ramai lagi yang tidak mengetahui kesan sebenar anemia terhadap diri mereka dan bayi. Berikut antara jawapan yang diberi :

“ANEMIA boleh menyebabkan kekurangan kalsium ketika mengandung.” - Wanita 1
“Kalau anemia masa hamil, anak boleh cacat.” - Wanita 2

“ Anemia semasa hamil boleh memberi risiko pendarahan ketika bersalin.” - Wanita 3

Jawapan-jawapan sebegini menunjukkan betapa ceteknya pengetahuan masyarakat mengenai masalah anemia dan kekurangan zat besi ketika hamil biarpun ada di antara mereka sedang mendukung bayi berusia kurang setahun.

Malah, ramai wanita mengandung juga menganggap kesan letih, emosi terganggu atau lemah badan hanyalah simptom biasa dialami akibat perubahan hormon kehamilan terhadap tubuh. Namun apakah benar sedemikian?


Persepsi itu salah kerana kajian menunjukkan satu bagi setiap tiga wanita yang mengalami simptom sebegitu sebenarnya mengalami masalah lebih serius iaitu anemia yang bukan saja kekurangan darah, tetapi kurang zat besi.

Di Malaysia, 35% wanita hamil mengalami anemia ringan dan kebanyakannya kaum India dan Melayu manakala 47.5% wanita luar bandar disahkan anemia ketika lawatan antenatal pertama.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran, berkata wanita yang mengalami risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri semasa hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi paras darah mereka.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan bagi memastikan kelangsungan hidup dan apabila sel darah merah kurang daripada paras normal (kurang daripada 12-15 mg/dl), wanita itu menghadapi risiko anemia paling umum iaitu kekurangan zat besi.


“Ia mungkin berlaku disebabkan badan kekurangan zat besi akibat diet tidak seimbang, penyerapan rendah, kesan sampingan ubat tertentu, genetik misalnya penyakit talasemia, kehilangan banyak darah terutama akibat haid dan kehamilan.


“Faktor lain penyebab anemia boleh juga diakibatkan pengambilan gizi tidak seimbang, hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah), kehilangan darah akibat ulser perut dan buasir serta parasit,” katanya.

Jelas Dr Premitha, wanita hamil memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung keperluan diri dan juga bayi.

Katanya lagi, dianggarkan bahawa wanita memerlukan lebih banyak zat besi semasa hamil iaitu tambahan daripada 15 kepada 27 mg/dl sehari.

“Wanita hamil yang mengalami anemia kekurangan zat besi hendaklah sedar, kesannya bukan sekadar gejala pucat, letih, lesu dan sesak nafas saja.

“Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap lebih serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan meningkatnya risiko kematian ibu.

“Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anemia kekurangan darah juga menjadi penyebab keganjilan perangai terhadap anak, lemah tahap pembangunan mental berbanding rakan sebaya,” katanya.
Dr Premitha berkata, anemia semasa hamil boleh ditentukan melalui proses diagnosis yang bermula dengan menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah.

“Sebaiknya, ujian darah dilakukan sebelum merancang kehamilan tapi malangnya, ramai wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan disahkan mengalami anemia ringan semasa ujian darah dijalankan,” katanya.




Bagi wanita hamil, pemeriksaan hemogblobin darah menjadi saat sukar bagi segelintir bakal ibu, bimbang jika tidak melepasi tahap normal ibu hamil iaitu lebih 11g/dl.

Justeru, bagi menambah zat besi apabila sedang cuba mengandung, semasa dan ketika menyusukan bayi, wanita digalakkan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijiran penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan serta tauhu.



Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan bagi merawat anemia dan ibu hamil boleh memilih rumusan sesuai tubuh khususnya bagi yang sukar menerima rasa logam pil zat besi dan mereka berdepan kesan sampingan seperti sembelit.


“Ketahuilah bahawa vitamin C mampu meningkatkan serapan zat besi manakala teh, kopi dan produk tenusu pula merencatkan serapan jika diambil bersama zat besi tambahan.
“Jadi, sebaik-baiknya pengambilan pil zat besi tambahan diambil secara berasingan dengan teh, kopi dan produk tenusu serta kalsium iaitu sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum.

“Pengambilan makanan kaya zat besi dan pil tambahan hendaklah diteruskan sehingga ibu berhenti menyusukan bayi atau sekurang-kurangnya sehingga enam bulan selepas melahirkan,” katanya.

INFO

1. Anemia kekurangan darah biasa dialami oleh:


* Penduduk luar bandar
* Ibu kembar
* Ibu kerap hamil
* Vegetarian
* Remaja
* Perokok
* Penghadaman terganggu

2. Makanan merencat penyerapan zat besi dalam darah 

* Teh, kopi, koko, wain merah
* Bayam
* Lemak
* Bijirin. produk soya
* Susu, produk tenusu, kalsium (jika diambil serentak dengan zat besi)
* Ubatan berunsur keasidan, phytates, phenols
* Magnesium, tetracyclines, thyroxine

3. Makanan membantu penyerapan zat besi dalam darah

* Daging merah, telur kuning, ikan
* Sayuran kecuali bayam
* Salad, buah, jus buah mengandungi vitamin C
* Gula
* Cuka


Sumber

Namun begitu, jika anda sudah cuba semua tips di atas tetapi masih belum berjaya, anda digalakkan untuk mencuba set untuk tambah HB di bawah :

Foto : Dr. Google

Testimoni HB meningkat dengan vitamin Shaklee :








Jadi, setelah memahami kesan negatif akibat kekurangan hb, sebaik-baiknya jangan biarkan bacaan Hb anda terlalu rendah kerana ia boleh mengancam nyawa ibu dan memberi kesan kepada mental si anak setelah dilahirkan. Patutlah doktor memandang serius bacaan Hb pada ibu hamil. Rupa-rupanya, kesannya sangat serius dan banyak masalah yang akan timbul apabila masalah ini dibiarkan berlarutan. 

Jom beli set ini sekarang!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221






Selasa, 18 Mac 2014

PROMO ESP : Jadi Ahli Percuma Sempena Promosi ESP Mac 2014


Memandangkan Shaklee Malaysia susah sangat nak bagi promo ESP..tahun lepas tak ada tau promo ESP. last time punya promo ESP buy 6 FREE 1 ialah pada Oktober 2012. Lama tu... Nak tahu kenapa Shaklee tak pilih ESP sebagai promo tahun lepas? Jeng jeng jeng.... Antaranya adalah disebabkan ESP merupakan all times favourite. Tak payah tunggu promosi pun ESP memang 'hot seller'. Ramai pengguna yang memang dah jatuh cinta dengan ESP yang best ni tau. Termasuklah saya...

Ada yang minum ESP untuk kurus.
Ada yang ambil ESP untuk gebu.
Ada yang ambil ESP untuk tambah susu badan.
Ada yang pilih ESP untuk hilangkan parut.
Ada yang cari ESP untuk pulihkan luka pembedahan.
Ada yang suka ESP untuk kesuburan.
Ada yang mahu ESP untuk tegangkan kulit.
Ada yang jatuh cinta dengan ESP kerana tumit yang merekah dah jadi licin.



Pendek kata, sekali dah cuba ESP pasti rasa rugi sangat-sangat jika tak teruskan. Hasilnya memang marvellous.. tapi dengan syarat, anda kena amalkan setiap hari untuk dapat kesan yang diidam-idamkan. Makan suplemen jenama apa pun, kalau tak berapa rajin & konsisten susah juga nak dapat hasilnya.. betul tak?

Jadi, untuk tidak menghampakan pelanggan setia dan peminat tegar ESP, dengan suka citanya saya ingin war-warkan bahawa bulan ini, MAC 2014 sekali lagi Shaklee bermurah hati untuk memberikan promo ESP kepada semua pengguna Shaklee.

Apa untungnya jika anda membeli produk PROMO ( beli 6 percuma 1) kali ini?

  • Anda akan mendapat satu canister ESP percuma bernilai RM150.00
  • Anda akan dapat KEAHLIAN PERCUMA bernilai RM75 (WM) @ RM85 (EM)
  • Anda akan mendapat CASH BACK pada bulan berikutnya sebanyak RM36.00
  • Anda akan mendapat bimbingan berterusan untuk berbisnes (jika berminat/ tiada paksaan).
  • Anda akan menyertai kumpulan JUTAWAN yang kini telah berjumlah lebih 13 ribu orang secara eksklusif.
Banyak lagi kelebihan yang akan diperoleh sekiranya anda menyertai kami. Peluang keemasan hanya datang sesekali. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tawaran ini. Hubungi saya segera untuk maklumat lanjut. 

Salam sayang, 
June Mohd

kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Ahad, 9 Mac 2014

Ubat untuk Atasi Masalah Gastrik

Gastrik merupakan salah satu penyakit yang sering melanda masyarakat kita terutamanya golongan remaja. Saya mempunyai beberapa orang kenalan yang mempunyai masalah gastrik. Para pelajar saya di sekolah juga ada yang mempunyai masalah gastrik. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran mereka. Mungkinkah kerana jadual makan yang tidak teratur serta tabiat sering 'skip' waktu makan kerana berdiet menyebabkan gastrik berlaku? 

Apakah sebenarnya ciri-ciri penyakit gastrik?

Penyakit gastrik atau gastritis terjadi akibat keradangan pada lapisan dinding perut kita. Tahukah anda, di dalam perut kita, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mucus pelindung di permukaan perut.












                                                                                                                              

Apakah punca sebenar penyakit gastrik?



 
               


   
                                            






Adakalanya, gastrik terjadi disebabkan oleh mengambil ubat-ubatan yang tertentu secara berlebihan. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alcohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori di dalam perut boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik turut boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, stress ekstrem dan jangkitan virus yang tertentu.

Simptom-simptom Gastrik



Terdapat ramai pesakit gastrik yang tidak mengalami sebarang symptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik ini akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom-simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah.

Sekiranya penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah. Simptom tersebut menandakan penyakit gastrik itu sudah menjadi tahap yang sangat serius dan pesakit tersebut harus dibawa ke klinik atau hospital secepat mungkin.


Jadi, sekiranya anda mempunyai simptom-simptom gastrik, segeralah mencari alternatif untuk merawat masalah gastrik yang ada sebelum ianya benar-benar serius dan membahayakan nyawa.

Cadangan untuk rawat Gastrik  dengan Shaklee :


Fungsi setiap vitamin : 
Ostematrix
  • vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D
  • membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati
  • kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik.
Energizing Soy Protein (ESP)
  • Sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.
  • nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan
Peppermint Ginger Plus
  • membantu pencernaan dan merangsang pengaliran cecair pencernaan secara semula jadi
  • membuang angin dalam badan secara semula jadi
  • diperbuat daripada halia, herba pudina asli, jintan manis dan jintan hitam yang memberikan kesan nyaman yang melegakan perut.
Segera hubungi saya untuk mendapatkan Set Gastrik anda hari ini.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221