Khamis, 3 Julai 2014

Petua Lembapkan Kulit Wajah ketika Berpuasa

Salam Ramadhan! Bertemu kembali kita di ruangan maya tanpa suara ni. Semoga semuanya sihat-sihat aje ye. Kali ini saya ingin berkongsi tips untuk melembapkan wajah ketika sedang berpuasa.

Belum pun sampai seminggu kita berpuasa, tetapi dah ada yang mengadu kulit mereka makin kering dan tak lembap macam dulu lagi. Puncanya kenapa? Oh...mestilah sebab kurang minum air kosong kerana sedang berpuasa. Bagi orang perempuan, sudah tentu mereka risau kerana takut nampak kurang cantik di Hari Raya nanti...Orang lelaki tak kisah sangat kot fasal ni hihihhh.

Antara tips yang banyak saya google mencadangkan supaya menggunakan kaedah semula jadi seperti campuran jus limau nipis dan madu. Campurkan kedua-dua bahan tersebut hingga sebati dan sapukan pada wajah yang bersih. Biarkan selama setengah jam, dan hasilnya memang marvellous! Kulit akan jadi sangat lembap dan lembut macam baby... Tips ini tak susah, tapi nak kena rajinlah kan..



Kalau macam saya, saya lebih suka amalkan suplemen supaya kulit lembap dan lembut setiap hari. Antara supelemen yang sangat membantu untuk melembapkan dan menghaluskan kulit ialah :



ESP
ESP merupakan protein soya yang membantu untuk kulit memperbaharui sel-sel yang sihat setiap hari. ESP juga membantu supaya tubuh dapat menyerap vitamin lain yang kita makan setiap hari dengan lebih baik. Sebab itulah, kalau kita amalkan ESP, kita akan nampak kesan yang lebih cepat berbanding orang lain yang tidak mengamalkan ESP.

Lecithin
Selain untuk memecahkan lemak, lecithin sangat memainkan peranan untuk melembapkan kulit. So, no wonderla seorang customer saya, sangat berpuas hati kerana kesan tumit yang pecah kini dah tiada lagi setelah mengamalkan sebotol lecithin. Siap nak repeat order lagi tu..:-)
Performance Drink
Saya sangat sukakan Performance Drink..ala, yang perisa oren tu..rasanya sungguh nyaman di tekak. Selain itu, ia juga mampu membantu untuk mengelakkan tubuh daripada kekeringan setelah seharian berpuasa. Ia juga membantu untuk melembapkan kulit supaya kita kelihatan awet muda sentiasa :-)

Shaklee Collagen Powder
Kesan kolagen dalam bab anjal-menganjal dan tegang-menegang sudah tidak dapat dinafikan lagi. Ia juga mampu membantu supaya kulit lebih lembap daripada biasa. 

Cubalah. Klik ORDER untuk mendapatkan set di atas hari ini juga. Insya Allah tak menyesal kot kalau korang mencuba set untuk kulit lembap ni. 

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221




0 comments:

Catat Ulasan