Memaparkan catatan dengan label Performance. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Performance. Papar semua catatan

Ahad, 28 September 2014

Tips Atasi Mabuk dan Loya ketika Hamil

Berita kehamilan menjadi saat yang paling dinantikan bagi pasangan yang berhasrat untuk menambahkan bilangan ahli keluarga. Menurut kajian, 8 per 10 daripada wanita yang hamil akan mengalami rasa loya dan mabuk sepanjang tiga bulan pertama kehamilan mereka. 

Namun ada juga  wanita yang hamil tanpa sebarang alahan. Cemburu juga dibuatnya kan? Saya pernah mengenali seorang teman yang mabuk teruk dari awal hingga ke hujung kehamilan. Ini menyebabkan beliau lemah dan tidak berdaya sehingga memaksa beliau mengambil cuti tanpa gaji kerana tidak mampu untuk menjalankan tugas dengan baik. Kasihan juga saya melihatnya.


Apakah Cara yang Sesuai untuk Atasi Mabuk ketika Hamil?

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin berguna bagi mereka yang menghadapi masalah mabuk ketika hamil :

  • Makan makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap.
  • Amalkan makanan yang yang membantu untuk mencegah muntah seperti protein, keju, susu, buah-buahan, mentega kacang, biskut kraker dan sebagainya.
  • Makan buah-buahan yang masam tetapi elakkan pengambilan yang berlebihan kerana ia memberikan kesan yang kurang elok jika anda mempunyai gastrik.
  • Elakkan makanan yang boleh mencetuskan rasa nak muntah seperti makanan berminyak, berkafein serta makanan yang manis seperti kek, coklat dan sebagainya.
  • Jauhkan diri daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan dan boleh menyebabkan anda muntah.
  • Cuba tarik nafas dalam-dalam, mungkin ia boleh membantu masalah loya anda.
  • Pakai pakaian yang longgar dan selesa untuk menyejukkan badan dan mengelakkan rasa loya daripada berlarutan.
  • Jika sudah tak mampu menahan rasa loya, tidur adalah jawapan terbaik.
  • Ambil vitamin pranatal anda selepas makan atau pun sebelum tidur.
  • Amalkan menambahkan halia dalam menu harian anda. Pasti melegakan rasa mual yang tidak berkesudahan itu.



  • Sekiranya tips-tips di atas kurang berkesan, mungkin anda boleh mencuba vitamin/ suplemen khas untuk mengatasi mabuk ketika hamil seperti B Complex (mengandungi vitamin B6 yang berkesan untuk mengurangkan rasa mual) dan Peppermint Ginger Plus.

  • Pastikan anda minum air cukup 3 liter bagi mengelakkan kekurangan bendalir dalam badan yang hilang dan mengelakkan masalah sembelit yang serius. Jika tak mampu nak minum air, mungkin Performance drink boleh membantu untuk 'lock' cecair dalam badan dan mengelakkan kekeringan yang serius.
  • Berjumpalah doktor sekiranya keadaan anda semakin serius.
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Selasa, 22 Julai 2014

Alamak! Saya Dah Terlepas Waktu Sahur..

Berpuasa hari ke-25 mencatat sejarah bagi saya. Kalau sebelum ni berjaya untuk bangun bersahur setiap hari dengan mudah, namun hari ini saya gagal berbuat demikian. Puncanya? Saya terjaga lebih awal daripada biasa sekitar pukul 3.30 pagi, dan kemudiannya sesudah buat apa yang patut kepala terasa agak pening. Jadinya, saya mengambil keputusan untuk 'melelapkan mata buat seketika'.

Memang sekejap je saya terlena (tidur kalau 5-6 jam pun masih rasa sekejap je kan hihihh). Alih-alih, tersedar tengok jam handphone saya dah menunjukkan pukul 6.10 pagi...hadooiiii...terlepas sahur saya. Tak dapatlah saya bersahur untuk hari ini. Dahlah kelas penuh..terpaksalah saya menggunakan tenaga secara berhemah kat sekolah tadi. Sebenarnya saya tak rasa ralat sangat kalau tak sempat makan. Tapi saya rasa rugi sangat bila tak sempat bersahur dengan air oren kesayangan saya ni. Berbeza sungguh berpuasa tanpanya... 





Inilah dia buah hati pengarang jantung kami sekeluarga :-)


Saya sangat sukakan Performance kerana ia membantu agar kulit saya tidak kering lagi walaupun kurang minum air ketika di bulan puasa. Alhamdulillah!

Wahhhh! Terujanya...kalau korang pun nak dapatkan PERFORMANCE, boleh terus ORDER je tau.. Semudah ABC :-)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Akibat terlepas waktu sahur, saya rugi kerana tidak mendapat fadilat-fadilat seperti berikut : 

"Perbezaan antara puasa orang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan sahur." (HR al-Tirmizi)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." (HR Bukhari) 

"Bersahur itu adalah makan yang berkat. Maka jangan kalian meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kalian hanya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah Ta’ala dan malaikatNya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur." (HR. Imam Ahmad)

"Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (HR. Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)


Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-25%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221




Khamis, 10 Julai 2014

Faris Demam Tiga Jam Sebelum Sihat seperti Biasa

Pagi semalam, orangnya riang ria lah sangat. Tengah hari, sempat lagi kami sekeluarga keluar shopping baju raya. Sambil tu cari barang dapur sikit-sikit. Petang baru sampai kat rumah. Faris macam biasalah menghabiskan masa dengan tengok kartun. Mama pula sibuk di dapur menyiapkan juadah untuk berbuka. Masak simple2 jer..sup sayur, sambal udang dan ayam goreng. Dah siap masak, tengok-tengok, Faris dah terbongkang tidur.

FYI, Faris ni jarang sangat tidur siang melainkan dia betul-betul penat atau kurang sihat. Bila Mama sentuh kepala Faris, terasa lebih hangat berbanding biasa. Macam nak demam je anak bertuah ni.

Selepas berbuka, saya segera mengelap kepala Faris dengan air sejuk. Sambil tu saya minta Encik Suami bancuhkan Performance bersama satu sachet nutriferon. Gabungan nutriferon dengan Performance memberikan rasa yang sangat sedap. Tak sempat Mama nak 'powww' air oren Faris sudah habis diminumnya. Selepas 2 jam, Faris dah mula minta nak makan nasi. Eh eh...cepat pulak kebah demamnya. Badan yang panas tadi pun dah kembali normal. Alhamdulillah..

P/S : Stok Nutriferon dan Performance saya sentiasa pastikan supaya ada dalam simpanan. Penting untuk kegunaan waktu-waktu kecemasan sebegini.


Set cegah anak demam sangat membantu untuk turunkan suhu badan anak.



Faris nak shopping sattt..

Siannya dia..bila demam nak Mama dia aje..

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Khamis, 3 Julai 2014

Petua Lembapkan Kulit Wajah ketika Berpuasa

Salam Ramadhan! Bertemu kembali kita di ruangan maya tanpa suara ni. Semoga semuanya sihat-sihat aje ye. Kali ini saya ingin berkongsi tips untuk melembapkan wajah ketika sedang berpuasa.

Belum pun sampai seminggu kita berpuasa, tetapi dah ada yang mengadu kulit mereka makin kering dan tak lembap macam dulu lagi. Puncanya kenapa? Oh...mestilah sebab kurang minum air kosong kerana sedang berpuasa. Bagi orang perempuan, sudah tentu mereka risau kerana takut nampak kurang cantik di Hari Raya nanti...Orang lelaki tak kisah sangat kot fasal ni hihihhh.

Antara tips yang banyak saya google mencadangkan supaya menggunakan kaedah semula jadi seperti campuran jus limau nipis dan madu. Campurkan kedua-dua bahan tersebut hingga sebati dan sapukan pada wajah yang bersih. Biarkan selama setengah jam, dan hasilnya memang marvellous! Kulit akan jadi sangat lembap dan lembut macam baby... Tips ini tak susah, tapi nak kena rajinlah kan..



Kalau macam saya, saya lebih suka amalkan suplemen supaya kulit lembap dan lembut setiap hari. Antara supelemen yang sangat membantu untuk melembapkan dan menghaluskan kulit ialah :



ESP
ESP merupakan protein soya yang membantu untuk kulit memperbaharui sel-sel yang sihat setiap hari. ESP juga membantu supaya tubuh dapat menyerap vitamin lain yang kita makan setiap hari dengan lebih baik. Sebab itulah, kalau kita amalkan ESP, kita akan nampak kesan yang lebih cepat berbanding orang lain yang tidak mengamalkan ESP.

Lecithin
Selain untuk memecahkan lemak, lecithin sangat memainkan peranan untuk melembapkan kulit. So, no wonderla seorang customer saya, sangat berpuas hati kerana kesan tumit yang pecah kini dah tiada lagi setelah mengamalkan sebotol lecithin. Siap nak repeat order lagi tu..:-)
Performance Drink
Saya sangat sukakan Performance Drink..ala, yang perisa oren tu..rasanya sungguh nyaman di tekak. Selain itu, ia juga mampu membantu untuk mengelakkan tubuh daripada kekeringan setelah seharian berpuasa. Ia juga membantu untuk melembapkan kulit supaya kita kelihatan awet muda sentiasa :-)

Shaklee Collagen Powder
Kesan kolagen dalam bab anjal-menganjal dan tegang-menegang sudah tidak dapat dinafikan lagi. Ia juga mampu membantu supaya kulit lebih lembap daripada biasa. 

Cubalah. Klik ORDER untuk mendapatkan set di atas hari ini juga. Insya Allah tak menyesal kot kalau korang mencuba set untuk kulit lembap ni. 

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221




Selasa, 27 Mei 2014

Suplemen Shaklee untuk Cirit-birit

Hari ini badan terasa begitu lemah dan agak kurang bermaya. Sebenarnya sudah dua hari saya mengalami sakit perut dan cirit-birit. Selepas 2-3-4x keluar masuk tandas, sudah cukup untuk membuatkan badan ini kekeringan. Lemah jer rasa. Itu yang selepas lunch tadi saya 'double'kan Vita-Lea dan B Complex intake. Nak cepat pulihkan tenaga, lagi-lagi dah dekat nak closing ni. Subhanallah..permudahkanlah.

Tak tahulah apa punca yang membuatkan perut saya sakit. Nak kata salah makan, tak tahulah tu. Mungkin hari Ahad lepas saya makan jeruk kelubi banyak sangat kot? Tapi tak de lah masam sangat jeruk kelubi tu.. Saya ambil pun bukan ketika perut kosong. 

Sudahlah pagi-pagi tadi saya terpaksa mengangkat barang ( beg-beg  + bakul berisi barang dapur + stok vitamin ) yang berat untuk dibawa pulang ke kampung. Saya tinggal di kuarters guru setinggi empat tingkat. Dan, rumah saya berada di tingkat teratas! Empat kali turun naik tadi sungguh mencabar. Nak tak nak, kena gagahkan diri kerana suami tiada di sisi. Nak harapkan Faris, dia hanya mampu bawa beg galas dia sahaja. Itu pun dah kira OK la dia sanggup tolong...hihih!

Alhamdulillah, saya memandu dengan kelajuan sederhana, dan tiba juga ke kampung dengan selamat. Syukurlah kerana walau pun masih lagi kepenatan, Allah masih memberi peluang kepada saya untuk menemani ibu di kampung. Seronoklah Mak Tok kerana Faris dah balik ;-)

Bagaimana saya merawat cirit-birit tanpa mengambil ubat di klinik?

1. Minum banyak air untuk elakkan dehidrasi
Macam saya, saya akan minum Performance Drink iaitu minuman isotonik Shaklee yang berkesan mengekalkan bendalir dalam badan. Jadi, badan tak akan mudah kekeringan. Saya sangat sukakan rasa orennya yang lazat! Nyaman sungguh bila diminum sejuk-sejuk.

2. Nutriferon Shaklee
Walau pun harganya dikatakan sangat mahal, tapi Nutriferon sangat berkesan untuk digunakan di saat-saat kecemasan. Punca cirit-birit datangnya daripada bakteria atau virus asing yang masuk ke dalam badan kita. Jadi, nutriferon bertindak meningkatkan kekuatan sistem imun kita untuk melawan virus asing tersebut. So, badan akan cepat pulih seperti sediakala.


Testimoni seorang pengguna yang gembira dengan Nutriferon untuk merawat petanda awal cirit-birit dalam keluarga beliau. Happy kan bila tak jadi nak sakit perut...hihihhh..kalau tak, seksa kita dibuatnya. Saya sebenarnya terlupa nak makan nutriferon awal-awal. Itu yang berlarutan sehingga dua hari!


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin ini, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221





Khamis, 1 Mei 2014

Pengalaman Bersahur Tanpa Makan Nasi

Assalamualaikum w.b.t..


Alhamdulillah. Hari ini merupakan cuti umum di seluruh Malaysia sempena Hari Pekerja. Selamat bercuti buat semua :-) Best lepak-lepak di rumah tanpa perlu berkejar ke tempat kerja. Dan ramai kot yang ambil peluang ni untuk sambung tidur lepas Subuh..eheheee. Tak baik tau tidur lepas Subuh. Rezeki payah nak masuk nanti. Jangan menyesal pulak ye...

Dan hari ini juga dah masuk 1 Rejab. Ini bermakna tinggal lebih kurang dua bulan lagi sebelum kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu. Saya pasti ramai yang dah mula melatih diri untuk berpuasa sunat. Yang tak habis ganti puasa lagi tu, jangan buat-buat lupa pulak yer :-)

Hari ini saya dan emak tak melepaskan peluang untuk berpuasa sempena 1 Rejab. Pada kebiasaannya kami akan mengambil makanan yang berat untuk mengalas perut sepanjang hari. Tapi semenjak terjatuh cinta dengan Shaklee ni saya dah lama meninggalkan amalan bersahur dengan nasi. OK ke tak OK?

Kalau tanya saya, sure confirm saya akan jawab OK sangat! Hihihhh...Apa yang saya perasan, sejak amalkan ESP dan Performance Shaklee untuk bersahur, badan jadi bertenaga sehingga petang. Lapar pun tak terasa sangat. Kadang-kadang tu, boleh tak perasan pulak yang kita sedang berpuasa. Bezanya kalau kita makan nasi, adakalanya saya akan mula terasa lapar seawal jam 9 pagi. Perut mula berkeroncong mintak diisi....sebabnya, nasi lebih cepat dihadam berbanding protein. Dan, yang paling best ialah, saya dah berjaya memujuk Mak untuk cuba ESP & Performance untuk bersahur. Sebelum ini, Mak hanya mengambil nasi sebagai menu pilihan untuk bersahur. Takkan saya nak dapat manfaat suplemen sorang-sorang, kan? Mestilah saya nak sebarkan kebaikan Shaklee kepada orang yang saya sayang :-)

And....guess what, dari tak berapa nak suka suplemen, Mak saya dah pandai minta saya bancuhkan Performance untuk berbuka. Alhamdulillah, seorang lagi insan yang dapat saya bantu tunjukkan jalan untuk hidup lebih sihat :-) Apabila ditanya, jawab beliau, Mak tak rasa haus sangat walau pun berpuasa dalam cuaca panas terik. Syukurlah..

Anda berminat untuk mencuba suplemen untuk bulan puasa? Jangan segan-segan untuk hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221








Jumaat, 25 April 2014

Salah Faham tentang Shaklee PERFORMANCE

Apabila dikenang, rasa nak tergelak pun ada... suatu hari seseorang bertanya kepada saya. Beliau begitu teringin untuk mencuba minuman isotonik Permance Shaklee. Tetapi ada sesuatu yang menghalang beliau untuk meneruskan hasrat murninya itu. "Kak, saya minat nak try Performance...tapi saya bukan pemain basikal. Kalau saya nak cuba jugak, boleh tak...?'' Hihihii...sorry ye dik, akak share kat sini.

Nampaknya, ada juga yang salah faham dengan 'gambar orang berbasikal' pada tin Performance. Sebenarnya, sesiapa sahaja pun sesuai menggunakannya. Jom tengok senarai di bawah :

  1. Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
  2. Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
  3. Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
  4. Para pesakit yang menghidap gout.
  5. Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  6. Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  7. Anak-anak yang demam.
  8. Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
  9. Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan ada gula berlebihan.

Mengapa anda perlu berkata YA kepada Performance Drink Shaklee?
    • Bebas gas atau tidak berkarbonat.
    • Kurang  kandungan gula (less sugar).
    • Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
    • Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT! sumber
Berminat untuk dapatkan Performance? Memang best Performance ni, saya bersahur dengan segelas Performance + ESP je pagi tadi. Alhamdulillah, dapat bertahan sampai ke petang tanpa kelesuan melampau..best tau :-)

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-9438392 | ID : 891221

Isnin, 17 Februari 2014

Suplemen Shaklee Bantu Kurangkan Demam Denggi

Apa itu Demam Denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih berbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.


Bagaimanakah penyakit ini merebak?
Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.
Pemindahan penyakit:
  • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
  • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
  • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
  • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
  • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.
Bagaimanakah terjadinya demam denggi?
Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.
Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.
Apakah penyebab demam denggi?
Penyakit demam denggi berpunca dari  virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. 
Fakta tentang denggi sungguh menggerunkan! Sekarang ini sesiapa sahaja pun boleh mendapat risiko terkena denggi. Jika dah terkena denggi, kena cepat-cepat dapatkan rawatan di hospital. Kalau terlambat, risau juga takut ada yang sampai kehilangan nyawa. Nauzubillahuminzalik...

Kali ini saya nak share, suplemen yang digunakan oleh seorang saudara saya yang terkena denggi pada bulan lepas. Saya membekalkan Performance DrinkVita-Lea dan Nutriferon kepada beliau untuk meningkatkan tenaga dan mengelakkan keletihan terlampau akibat demam denggi.

Secara asasnya : 
Performance Drink bertindak untuk mengelakkan daripada badan kekeringan akibat dehidrasi. Ia juga mampu mengurangkan panas pada badan akibat demam. Performance mengandungi formula karbohidrat Shaklee yang unik iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta-merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga terus-menerus tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.

Nutriferon pula bertindak untuk mengukuhkan sistem imuniti dalam masa 3 hari. Jadi, apabila sistem pertahanan badan dah kuat, maka simptom demam denggi dapat dikurangkan. Nutriferon juga mampu bertindak untuk mengurangkan kelesuan, serta membantu untuk melindungi badan daripada mendapat influenza.

Vita-Lea pula bertindak untuk membaiki sel-sel darah merah dengan lebih baik. Apabila antibiotik tak dapat berfungsi dengan baik, insya Allah Vita-Lea boleh membantu untuk memulihkan tahap kesihatan individu yang mendapat denggi.

Sekiranya terdapat ahli keluarga kita yang mengalami demam yang berlanjutan lebih daripada 3 hari, segeralah berjumpa doktor dan dapatkan rawatan lanjut di klinik. Tindakan yang cepat boleh menyelamatkan nyawa orang yang anda sayang. Insya Allah :-)

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221



Sabtu, 8 Februari 2014

Vitamin untuk Hilangkan Demam dan Selsema Anak

Dua hari lepas Faris terkena demam. Siang OK, tapi bila malam tiba suhu badan agak panas.
Risau juga kita dibuatnya. Faris pula jenis yang susah sangat nak makan ubat. Bila disuap, terus diluahkan sampai muntah-muntah. Tapi syukurlah, belum pun sempat saya bawa Faris ke klinik, demamnya dah kebah. Yang tinggal hanyalah selsema yang tidak terlalu serius. 

Di sini saya ingin kongsikan tips yang boleh kita lakukan sekiranya anak demam tiba-tiba di waktu malam. Sementara dibawa ke klinik untuk rawatan lanjut, bolehlah anda mencuba tips di bawah :


1. Elakkan anak memakai baju tebal @ tak pakai langsung lagi bagus ~ memudahkan kita untuk mengelap tubuh anak dengan air. Macam saya, saya akan titiskan 2-3 titis Basic H ke dalam semangkuk air supaya suhu badan anak turun dengan lebih cepat.


2. Saya menggalakan anak minum air Performance ( perisa oren yang sedap ) untuk menyejukkan bahagian dalam badan. Performance adalah minuman isotonik yang sangat Faris gemari kerana rasanya yang enak. Tak cukup segelas, dimintanya segelas lagi. Ia bagus untuk mengelakkan badan anak kekeringan dan mengurangkan bacaan suhu yang tinggi. Jadi, saya sentiasa pastikan stok Performance sentiasa ada untuk kegunaan ketika kecemasan.


3. Untuk mengelakkan hidung tersumbat pula, saya memastikan Faris mengunyah sebiji Omega Guard sebelum tidur. Omega Guard membantu untuk mencairkan hingus dan kahak yang tersimpan dan dikeluarkan melalui batuk. Selain itu, Omega Guard juga bagus untuk mengelakkan penyakit asthma akibat kahak yang terkumpul dalam paru-paru.

4. Selain itu, untuk mengelakkan anak kekurangan nutrisi akibat hilang selera makan, saya turut membekalkan Meal Shakes setiap hari. Dengan ini, Faris masih mendapat zat yang sepatutnya diambil melalui makanan melalui vitamin dan mineral yang ada dalam Meal Shakes.

Rasanya setakat ini dahulu cerita saya. Kita berjumpa lagi dalam entry akan datang. Petang ni dah janji dengan Faris nak bawa dia pergi main dengan sepupu-sepapatnya di kampung Mak Tok. Sehingga ketemu lagi di lain siaran. Assalamualaikum :-)

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Ahad, 22 September 2013

Vitamin untuk Pelajar Kuatkan Daya Ingatan



Baru-baru ni saya berada di Pulau Pinang bagi urusan pengajian dan kebetulan masa tu berlangsung majlis konvokesyen di USM. Paling menarik perhatian saya sepanjang konvokesyen tu adalah pada hari pertama dan kedua di mana ia adalah sidang konvokesyen graduan pasca-siswazah dan pengajian jarak jauh. Semua datang dengan keluarga dan anak-anak buat saya berfikir, alangkah besarnya pengorbanan mereka dan betapa besarnya cabaran yang mereka hadapi sepanjang pengajian hinggalah tamat. Yang pasti, tidaklah sama dengan rata-rata pelajar pra-siswazah lain kerana besarnya komitmen terhadap kerja, keluarga dan usia.
Hari ni saya nak fokuskan pada topik menyambung pengajian bagi mereka di kategori ‘senior’. Sebab ramai kenalan, serta saudara-mara saya yang menyambung pengajian mereka di pelbagai peringkat serta kaedah samada pasca-siswazah mahupun jarak jauh. Bila dah mula berkerja, berkeluarga saya faham ramai yang akan kata “berkarat dah nak sambung belajar” ataupun tersepit dengan tugasan harian serta komitmen keluarga. Di sinilah kekuatan fizikal dan mental kita teruji. Mana taknya, nak study semua lecture notes, buku, menyiapkan tugasan serta menghadapi peperiksaan. Kalau yang pengajian jarak jauh, kena travel sampai beratus kilometer untuk menghadiri kelas. Semuanya menuntut komitmen serta ketahanan fizikal dan mental.
Kita semua tahu dan faham, bila kita semakin berusia, kemampuan kita sebenarnya semakin menurun. Umur 30-an serta 40-an manakan sama dengan rata-rata penuntut universiti yang berusia awal 20-an, bertenaga serta sentiasa bersemangat. Tapi selagi kita berniat untuk menuntut ilmu kerana-Nya, selagi itulah ia akan dipermudahkan oleh-Nya. Secara peribadi, saya menyanjung tinggi pada mereka yang melanjutkan pengajian pada usia serta komitmen keluarga serta kerjaya sebegini. Sebab itulah saya ingin berkongsi tentang persiapan untuk ‘kembali ke sekolah’J. Kami di Shaklee mempunyai jalan penyelesaian sekaligus membantu anda.
1.    Shaklee Omega Guard
Oleh kerana menuntut ilmu memerlukan memori, kecerdasan minda serta kecergasan fizikal yang baik. Shaklee Omega Guard adalah ‘ibu’ kepada supplement yang diperlukan. Kandungan Omega-3 atau minyak ikan dalam produk ni mampu membantu menguatkan memori, mengekalkan tekanan darah normal, mengurangkan stress serta risiko depresi, dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
2.    Shaklee Performance Drink
Sangat sesuai bagi yang travel jauh menghadiri kelas, atau menghadiri kelas sepanjang hari. Shaklee Performance membantu mengekang dehidrasi atau kehilangan air dalam badan, membekalkan elektrolit dalam membantu pergerakan otot, serta paling penting, meningkatkan stamina.
3.    Shaklee CoQHealth Plus
Produk ni mengandugi coenzyme-Q yang membantu memberikan tenaga kepada jantung dalam mengekalkan kekuatan serta fungsi jantung selain membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi serta penyakit jantung.

Jadi, ketiga-tiga produk ini adalah pakej terbaik sebagai persediaan menyambung pengajian. Doa serta sanjungan saya kepada mereka yang sedang dalam pengajian dan semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya untuk andaJ
Wassalam…

Writer : Mr. Fahmi Best...


June Mohd | kerengge83@gmail.com | 017-943 8392


Sabtu, 17 Ogos 2013

Tips untuk Anak yang Susah Makan Ubat


Dua hari lepas anak saya, Faris mengalami demam, cirit birit dan muntah-muntah yang teruk. Saya kurang pasti apa puncanya..patutlah Faris ada mengadu yang perutnya sakit. Ingatkan dia bergurau...Faris baru berusia 3 tahun setengah, itu yang tidak sangka dia betul-betul sakit perut. Bila tengok Faris asyik muntah dan enggan menjamah makanan walau secubit pun, saya naik risau..dahla Faris paling susah nak telan ubat....hanya pengasuh dia jer yang berjaya suapkan ubat pada Faris setakat ini. Kalau orang lain yang suapkan, pasti diluahkan semula semua ubat tu...huhu...anak oh anak. Memandangkan kami masih bercuti di kampung, tak dapatla nak minta pengasuh Faris suapkan ubat padanya...

Dalam dok muntah-muntah tu saya bagi Faris minum Performance kegemarannya...nasib baik nak jugak ditelannya. Rasa oren Performance begitu memikat selera Faris. Kita sering dipesan oleh doktor, jika mengalami cirit birit yang teruk, pastikan kita mengambil air kosong secukupnya bagi mengelakkan masalah kekurangan air yang serius dalam badan. Macam kes Faris, saya bekalkan dengan Performance untuk mengelakkan dehidrasi dan mengurangkan panas badannya dengan cepat. Kesian tengok budak yang periang tiba-tiba jer lemah tak bermaya...rumah pun jadi sunyi sepi...Untuk lebih cepat menyejukkan badan Faris yang demam, saya lapkan badannya dengan air yang dicampurkan dengan beberapa titis cecair Basic H. Alhamdulillah, cepat pula sejuk badannya. Basic H berfungsi untuk menyejukkan badan lebih cepat berbanding air kerana ia meningkatkan daya serapan air oleh kulit sehingga tiga kali ganda.






Pagi tadi demam Faris dah makin berkurang dan petang tadi demamnya dah hilang tanpa makan ubat. Baru sebentar tadi Faris habiskan 2 mangkuk bubur nasi...siap minta tambah lagi. Itu tandanya Faris sudah sihat dan perutnya dah makin OK.  Baru je plan esok nak bawak Faris ke klinik.Syukur sangat2. Terima kasih Allah. My lil sunshine is back!! Jadi, kalau korang pun mengalami situasi yang sama seperti saya jangan cepat-cepat menggelabah. Carilah tips yang sesuai untuk mengatasi masalah anak sukar makan ubat dengan segera. Saya percaya, ibu bapa yang prihatin tidak sanggup melihat anak mereka dalam kesakitan. Selain Perfomance, saya juga berikan Faris nutriferon untuk meningkatkan daya tahan badannya. Risau jugak kalau2 sakitnya melarat. Nutriferon bertindak bagaikan antibiotik semulajadi yang berfungsi untuk melawan sebarang bakteria asing yang masuk ke dalam tubuh. Rasa labu yang manis-manis buah membuatkan kita tidak terasa seperti sedang mengambil suplemen. Cubalah!



Bagaimana untuk mendapatkan vitamin di atas? Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Setiap pelanggan saya berhak mendapat konsultansi percuma seumur hidup dan anda juga bakal di'add' ke dalam Secret Group yang EKSKLUSIF. Hanya untuk pelanggan kami sahaja tau :-)

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

Khamis, 6 Jun 2013

Suplemen Shaklee untuk Bulan Puasa

Assalamualaikum w.b.t...
Hari ini ialah 6 Jun 2013 bersamaan dengan 27 Rejab 1434 Hijrah maknanya tinggal lagi lebih kurang sebulan untuk umat Islam menunaikan ibadah puasa. Kepada kaum wanita yang masih punya baki untuk puasa ganti, kena ganti cepat2 tau...karang tak pasal2 kena bayar fidyah pulak...huhu...sempena bulan Ramadhan yang bakal muncul tak lama lagi, dalam entry kali ini saya ingin berkongsi tentang Set Mighty 3 Gems yang sangat sesuai diambil pada bulan puasa...ini adalah untuk memastikan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna...bonusnya, di malam hari kita masih mampu untuk bersolat tarawikh & berqiamullail lagi...dapatla kumpul pahala banyak-banyak...Insya Allah :-)

Kenapa SET RAMADHAN ini sesuai untuk seisi keluarga : 


1) ESP (KURANG RASA LAPAR)
> membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian kita.
> Mengatasi masalah GASTRIK
> MILK BOOSTER! Mengurangkan masalah susu merundum
> Kulit lebih anjal, tegang dan berseri-seri.
Info best tentang ESP, rujuklah di sini.

2) Performance Drink (KURANG RASA HAUS)
> Mengekalkan kandungan air di dalam badan
> Mengandungi imbangan elektrolit untuk MENCEGAH DEHIDRASI
> Membekal 3 jenis karbohidrat untuk tenaga

Untuk maklumat lanjut tentang Performance Drink yang marvellous, klik kat sini tau.

3) Meal Shakes (KURANG RASA LETIH)
> Multivitamin! Mengandungi 19 vitamin/galian, serat dan protien
> Mengenyangkan dan memberi tenaga
> Elakkan sembelit
>Menyebabkan kulit wajah tampak berseri-seri kesan daripada nutrisi lengkap. 

Lebih info tentang Meal Shakes silalah rujuk di sini.

Untuk mendapatkan pengalaman berpuasa yang lebih indah, dapatkan Set Ramadhan hari ini juga!!! Sebelum ianya kehabisan stok. (Hot produk di bulan ramadhan). Ia amat sesuai untuk kanak2, ibu hamil, ibu menyusu, pesakit gastrik, warga emas dan semua golongan.

Usah ragu untuk mencuba suplemen kami kerana ternyata ianya :

✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Diiktiraf Doktor Profesional
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan

Klik ORDER untuk dapatkan set Mighty 3 Gems anda hari ini juga.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<. Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee atau menjadi ahli, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221