Menurut beberapa soal selidik yang dijalankan dalam kalangan wanita hamil, masih ramai lagi yang tidak mengetahui kesan sebenar anemia terhadap diri mereka dan bayi. Berikut antara jawapan yang diberi :
“ANEMIA boleh menyebabkan kekurangan kalsium ketika mengandung.” - Wanita 1
“Kalau anemia masa hamil, anak boleh cacat.” - Wanita 2
“ Anemia semasa hamil boleh memberi risiko pendarahan ketika bersalin.” - Wanita 3
Jawapan-jawapan sebegini menunjukkan betapa ceteknya pengetahuan masyarakat mengenai masalah anemia dan kekurangan zat besi ketika hamil biarpun ada di antara mereka sedang mendukung bayi berusia kurang setahun.
Malah, ramai wanita mengandung juga menganggap kesan letih, emosi terganggu atau lemah badan hanyalah simptom biasa dialami akibat perubahan hormon kehamilan terhadap tubuh. Namun apakah benar sedemikian?
Persepsi itu salah kerana kajian menunjukkan satu bagi setiap tiga wanita yang mengalami simptom sebegitu sebenarnya mengalami masalah lebih serius iaitu anemia yang bukan saja kekurangan darah, tetapi kurang zat besi.
Di Malaysia, 35% wanita hamil mengalami anemia ringan dan kebanyakannya kaum India dan Melayu manakala 47.5% wanita luar bandar disahkan anemia ketika lawatan antenatal pertama.
Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran, berkata wanita yang mengalami risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri semasa hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi paras darah mereka.
Jelas Dr Premitha, wanita hamil memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung keperluan diri dan juga bayi.
Katanya lagi, dianggarkan bahawa wanita memerlukan lebih banyak zat besi semasa hamil iaitu tambahan daripada 15 kepada 27 mg/dl sehari.
“Wanita hamil yang mengalami anemia kekurangan zat besi hendaklah sedar, kesannya bukan sekadar gejala pucat, letih, lesu dan sesak nafas saja.
“Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap lebih serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan meningkatnya risiko kematian ibu.
“Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anemia kekurangan darah juga menjadi penyebab keganjilan perangai terhadap anak, lemah tahap pembangunan mental berbanding rakan sebaya,” katanya.
Dr Premitha berkata, anemia semasa hamil boleh ditentukan melalui proses diagnosis yang bermula dengan menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah.
“Sebaiknya, ujian darah dilakukan sebelum merancang kehamilan tapi malangnya, ramai wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan disahkan mengalami anemia ringan semasa ujian darah dijalankan,” katanya.
“Jadi, sebaik-baiknya pengambilan pil zat besi tambahan diambil secara berasingan dengan teh, kopi dan produk tenusu serta kalsium iaitu sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum.
“Pengambilan makanan kaya zat besi dan pil tambahan hendaklah diteruskan sehingga ibu berhenti menyusukan bayi atau sekurang-kurangnya sehingga enam bulan selepas melahirkan,” katanya.
INFO
1. Anemia kekurangan darah biasa dialami oleh:
* Penduduk luar bandar
* Ibu kembar
* Ibu kerap hamil
* Vegetarian
* Remaja
* Perokok
* Penghadaman terganggu
2. Makanan merencat penyerapan zat besi dalam darah
* Teh, kopi, koko, wain merah
* Bayam
* Lemak
* Bijirin. produk soya
* Susu, produk tenusu, kalsium (jika diambil serentak dengan zat besi)
* Ubatan berunsur keasidan, phytates, phenols
* Magnesium, tetracyclines, thyroxine
3. Makanan membantu penyerapan zat besi dalam darah
* Daging merah, telur kuning, ikan
* Sayuran kecuali bayam
* Salad, buah, jus buah mengandungi vitamin C
* Gula
* Cuka
Sumber
Namun begitu, jika anda sudah cuba semua tips di atas tetapi masih belum berjaya, anda digalakkan untuk mencuba set untuk tambah HB di bawah :
Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Kalau tak keberatan jemput singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)
BalasPadamnice sharing kak..
BalasPadam