Siapa tak nak kalau diberi peluang untuk meremajakan kulit wajah. Saya teringat satu iklan kecantikan tak lama dahulu. Ada seorang gadis, Ayu (nama sekadar rekaan) dengan rakan baiknya. Suatu hari, rakan baiknya yang telah lama tidak berjumpa mengajak beliau untuk keluar dating. Ayu menolak kerana dia sangat malu dengan wajahnya yang kusam tidak berseri. Ini menyebabkan beliau berasa sangat rendah diri.
Dengan wajah yang kusam tidak bermaya, sesiapa sahaja pun boleh rasa rendah diri kan? Saya percaya, setiap orang pasti mahukan penampilan yang terbaik setiap kali keluar rumah. Tak ada kot yang berani keluar rumah jika wajah mereka nampak pucat dan penuh dengan parut hodoh yang menakutkan. Kalau diri-sendiri pun tak sanggup nak tengok, apa tah lagi orang lain kan?
Kali ini saya mahu berkongsi tips untuk mengelakkan kulit wajah kusam tak berseri. Saya bukanlah pakar kecantikan, namun saya akan share tentang pengalaman yang saya alami sendiri. Kalau sesuai, korang pun boleh amalkan ye :-)
Dengan wajah yang kusam tidak bermaya, sesiapa sahaja pun boleh rasa rendah diri kan? Saya percaya, setiap orang pasti mahukan penampilan yang terbaik setiap kali keluar rumah. Tak ada kot yang berani keluar rumah jika wajah mereka nampak pucat dan penuh dengan parut hodoh yang menakutkan. Kalau diri-sendiri pun tak sanggup nak tengok, apa tah lagi orang lain kan?
Kali ini saya mahu berkongsi tips untuk mengelakkan kulit wajah kusam tak berseri. Saya bukanlah pakar kecantikan, namun saya akan share tentang pengalaman yang saya alami sendiri. Kalau sesuai, korang pun boleh amalkan ye :-)
- Amalkan facial secara berkala. Dua kali seminggu cukuplah. Sangat bagus untuk menanggalkan sel-sel mati yang melekat pada wajah. Kalau tak sempat ke salun kecantikan, buat aje di rumah. Boleh jimat masa, jimat tenaga dan jimat duit poket kita :-). Boleh try masker macam saya buat ni. Masker ESP Bersihkan Muka Berkarat.
- Saya akan pastikan muka dibersihkan daripada make up (saya pakai bedak je pun) sebelum tidur supaya liang-liang roma tidak tersumbat. Apabila liang roma tersumbat, mulalah jerawat muncul beramai-ramai. So, pastikan muka dicuci dengan bersih dan sapukan toner dan pelembap sebelum tidur. Muka kita boleh jadi lembut dan lembap seperti bayi. Tapi nak kena RAJIN lah ye...Untuk penjagaan kulit muka, Set Enfuselle Normal to Oily pilihan saya.
- Untuk penjagaan dalaman pula, saya lebih suka makan suplemen kerana saya sukar untuk disiplinkan diri supaya makan makanan seimbang setiap hari. Tambahan pula saya tinggal dua beranak sahaja, jadi kebiasaannya masak satu dua lauk sahaja dah cukup. Itu pun kadang-kadang dan jarang-jarang sahaja! Suplemen pilihan saya ada di sini. Vitamin untuk Kulit Cantik. Boleh terus ORDER di sini jika korang berminat.
- Selain daripada tiga suplemen di atas, saya juga tidak lupa untuk mengamalkan ESP setiap hari. ESP sangat penting untuk memulihkan parut dan membuatkan wajah kelihatan bersih dari dalam. Tahukah anda, setiap hari badan kita menghasilkan sel-sel baru. Dan protein yang ada dalam ESP merupakan zat yang sangat diperlukan oleh sel-sel tersebut supaya dapat berfungsi dengan sempurna. Mereka yang punya parut-parut hitam di tubuh menandakan mereka kekurangan protein dalam diet mereka. Kalau pun tak mampu nak makan suplemen banyak-banyak, sekurang-kurangnya amalkanlah ESP kerana banyak fungsi ESP ni tau. Klik ORDER untuk dapatkan ESP.
- Amalkan sikap pemaaf. Kalau dalam hidup ni, kita sukar nak maafkan orang hati kita pun tak bahagia. Jadi, apabila hati tak bahagia, agak-agak wajah kita nampak berseri ke suram? Haa..jawab jangan tak jawab. Lagi pun tak rugi kalau kita bersikap pemaaf. Jadinya, maafkanlah semua orang barulah jiwa kita tenang :-)
- Hargai diri kita. Sentiasa ucapkan perkara-perkara yang positif tentang diri-sendiri. Biasanya, ramai orang yang sibuk menghargai orang-orang di sekeliling mereka tetapi mereka jarang menghargai diri-sendiri. Kalau bukan kita yang menghargai diri kita, nak harapkan siapa lagi? Sebab tu saya suka reward diri dengan perkara-perkara yang menggembirakan saya setiap kali dapat selesaikan sesuatu tugasan. Tak perlu reward diri dengan benda-benda mahal, cukup dengan sebatang aiskrim atau kek kegemaran pun dah OK:-) Yang penting benda tu boleh buat kita happy....
- Sentiasa tersenyum walau pun dalam hati ada taufan. Dengan senyuman, kita boleh menyebarkan aura positif. Jadi, secara tak langsung wajah kita akan nampak berseri-seri dan membahagiakan orang lain. Insya Allah. Tak perlu modal pun nak senyum..jadi, jangan kedekut nak tunjuk lesung pipit korang lepas ni yek..
Antara testimoni pengguna ESP yang happy dengan kesannya!
Cukup setakat ini dahulu tips untuk wajah tampil berseri ye. Kena rajin amalkannya, barulah nampak kesannya.
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga. Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee atau menjadi ahli, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah, dengan menjadi ahli anda mampu jimat sehingga 15-25%!
June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221
0 comments:
Catat Ulasan