Assalamualaikum..
Korang semua suka tengok pemandangan apa ye? Kalau macam saya, saya cukup terkesan dengan keindahan bukit-bukau dan lautan.
Terasa diri ini sungguh kerdil sekali. Betapa hebatnya Allah sebagai pencipta, tiada sehelai pun daun yang gugur melainkan dalam pengetahuanNya...
Alam sangat memberi inspirasi untuk saya lebih mengkagumi Pencipta yang Maha Bijaksana.
Alhamdulillah, tempat saya bertugas sekarang ni dikelilingi bukit-bukau yang saujana mata memandang. Sungguh mendamaikan jiwa. Terima kasih ya Allah atas kurniaanMu ini..
Opocot! Memang tergezut bebenor saya semalam.. Apa taknya, tengah-tengah asyik mengawas peperiksaan, tiba-tiba mendapat panggilan kecemasan dari Encik Suami...
Katanya, tadi ada jiran satu taman telefon bagitau yang rumah kami dah kena sita! Eh eh.. Apahal yang teruk sangat kami ni kan.. Dua-dua bekerja tapi sampai tak boleh nak bayar cukai. Apa kes?
Rasanya bulan Ogos lepas kami dah bayar cukai pintu. Enam ratus jugakla yang terbangnya. Alih-alih, kali ni kena sita pulak.. Dahlah kami berdua tak de kat rumah. Nak balik tengok puncanya, jauh.. So, suami call Majlis Perbandaran XX, minta semak balik cukai yang kami dah bayar tempoh hari.. Sekali dia tengok, ada rekod ni Encik. Encik dah settlekan semua cukai yang perlu dibayar...
Habis tu? Kenapa pergi sita rumah saya? Baik pihak tuan buka notis tu sekarang sebelum saya report polis. Maaf encik, ni kesilapan dari pihak kami. Maaf encik, maaf. Sekarang jugak pihak kami akan cabut balik notis tu...!
Sekian.
P/S : Rumah yang patut kena sita ialah rumah yang berhadapan dengan rumah kami.. Macam mana mereka boleh salah alamat pulak...
Jabatan Meteorologi Malaysia mengumumkan ribut kuat akan melanda seluruh Malaysia pada bila-bila masa bermula hari ini. Dinasihatkan kepada semua supaya berada di dalam rumah dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Elakkan park kereta di bawah pokok. Maklumkan kepada keluarga masing-masing.
Sumber: http://m.met.gov.my/IDM20016.html