Isnin, 19 Ogos 2013

Papan Visi Saya a.k.a My Vision Board

Semalam sehari suntuk saya bertungkus lumus untuk menyiapkan papan visi saya yang telah sekian lama tertangguh. Rasanya dah dekat 3-4 bulan kot, saya nak buat tapi tak terbuat-buat...macam-macam hal adanya. Saya je yang dok cipta alasan kot..nak tunggu printer baru yang canggih manggih lah...nak tunggu line internet laju untuk pilih gambor lawa2lah...Anak kacau masa nak ngadap laptop la...pendek kata, 1001 alasan saya boleh reka atas penangguhan ini. Kawan-kawan, jangan tiru perangai suka bertangguh macam saya ye. Lepas ni saya nak elakkan kerja bertangguh-tangguh ni. Tak de sesiapa yang rugi melainkan diri saya sendiri....
Orang yang berjaya tak pernah mencipta alasan di atas kegagalan tetapi mereka sentiasa mencari peluang di sebalik setiap perkara yang berlaku. So, pilihlah kita nak jadi orang yang macam mana kan?

Sebelum ni saya tak pernah terfikir pun untuk menghasilkan papan visi versi saya sendiri kerana kurang memahami tentang kepentingannya. Kalau korang dah ada vision board sendiri memang saya tabik springgg...hihihh! Hebat!! Sebenarnya, kita kena bercita-cita tinggi dan harus berani untuk bermimpi. Dare to Dream Big! Yup, biar pun nampak macam mustahil untuk dicapai, tapi kita harus mengejutkan minda separa sedar yang selama ni lena dibuai mimpi supaya sama-sama bekerja ke arah IMPIAN kita tu. Kata salah seorang mentor saya, hidup tanpa impian ibarat kita memandu kereta ke arah destinasi yang tak pasti....kita just bawak kereta tu, but in the end kita tak sampai ke mana-mana. Petrol habis, alam sekitar pun tercemar...tak pasal-pasal menambahkan kandungan karbon dioksida dalam udara.

Memandangkan papan visi saya yang cantik dah siap..lepas ni saya kena rajin2lah tengok papan visi saya tu dan bayangkan bahawa segala impian yang saya hajatkan telah pun tercapai. Bukan susah pun nak berangan, betul tak? Sebenarnya saya agak segan untuk berkongsi dengan anda semua gambar vision board saya tu. Cukuplah saya jadikan ia sebagai simpanan peribadi terlebih dahulu. Jangan marah tau…sebagai ganti, saya letakkan beberapa contoh vision board yang best sumber dari Dr. Google….layannnnn jew.






Semoga impian saya akan tercapai suatu hari nanti. Insya Allah. Kawan-kawan, tolong doakan sama yer…terima kasih ^_^

2 comments:

  1. Letakla letakla..Boleh aminkan sekali dan jadi inspirasi untuk semua..hihi

    BalasPadam
  2. Saya ada menulis berkaitan dengan vision board ini di azwans.com. Seperti Tuan Tanah juga, banyak kali saya tangguhkan, kononnya nak membina vision board yang sempurna. Ada knowledge tapi takde action tak ke mana kan. Terima kasih atas perkongsian ini.

    BalasPadam