Memaparkan catatan dengan label khasiat alfalfa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label khasiat alfalfa. Papar semua catatan

Selasa, 22 April 2014

Diet Cara Suami yang Saya Tak Dapat Ikut Hingga Kini

Assalamualaikum w.b.t..


Cakap pasal diet, semua orang tak nak gemukkan? Bila berat badan dah mula naik, ramailah pakat2 cari ubat kuruslah, jamu untuk langsingla...Bukan tak boleh nak makan ubat-ubat kurus tu semua. Tapi, kita kena faham dulu konsep asas nak diet. Pastikan kalori yang kita bakar tu lebih banyak daripada kalori yang kita makan setiap hari. Ini tidak, ramai juga yang bersenam setiap hari minggu, tapi sesudah senaman mereka lepak-lepak di kedai mamak makan roti canai berkuah kari...pekena pula dengan teh tarik kaw kaw. Oh, indahnya dunia... Sama ada korang sedar atau tidak, tabiat sebeginilah yang akan merosakkan diet anda. Lepas tu mulalah rasa tak nak bersenam coz tiada penurunan berat badan.

Roti canai jer? Mana teh tarikkk..

Macam pesan suami saya, kalau nak kurus senang aje katanya...Nak tau apa rahsianya? Saya yakin, tips tok laki a.k.a suami saya ni tak semua orang mampu buat. Termasuklah isterinya sendiri. Hahahh! Katanya, kalau betul-betul nak kurus, makan ikut jadual. Kalau di luar waktu makan, jangan dok hentam jugak. Lagi satu, makan hanya bila perlu dan berhenti sebelum betul-betul kenyang. Mak aihh...tak daya den nak ngikut tips magik beliau. Susahkan? Sebab tu lah penat je saya dok tayang pisang goreng time minum petang tak dilayannya pun. Setakat minum Nescafe segelas dah cukup.. Macam manalah bini & anak tak bulat...

Last week, kami sekeluarga berkesempatan mengunjungi Soeul Garden yang baru dibuka di KB Mall, Kelantan. Dah bayar mahal-mahalkan, so Cik Puan Isteri pun bantai la makan tak hengat dunia. Dengan mi gorengnya, sushi, ABC mangkuk besar dan macam-macam jenis makanan yang ku tak tau namanya dapat dihabiskan dengan jayanya.


Rosak lagi diet saya...tapi lepas hantam segala jenis makanan tuh, saya telan lecithin & alfalfa untuk elakkan lemak diserap & terus dibuang daripada badan. Korang semua, sila jangan ikut cara saya, OK? Suplemen pun tak berapa nak berkesan kalau kita sendiri yang tak de disiplin. Nak diet dengan tak sama banyak jer..last2 diet ke lautttt...haaaa, sapa yang susah....? But, at least ada jugak suplemen yang membantu kan..hahaahh..

So, lepas ni..kalau korang betul-betul nak kurus, silalah kawal jumlah kalori intake. Tak de maknanya suplemen kalau tabiat makan tak diubah. Kira macam self reminder jugakla nih..

Kalau nak kurus = Kurangkan makan

Nak try lecithin & alfalfa? Roger me ok...
Sekian :-)

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-9438392 | ID : 891221

Jumaat, 11 April 2014

Ubat Selamat untuk Alergi

Biasa tak korang pergi ke pasar-pasar malam mahu pun pasar tani, ada orang jual ubat resdung dengan pelbagai testimoni yang hebat. Pakai 2-3x penyakit resdung boleh hilang. Gatal-gatal pun cepat je baik. Macam-macam promo hebat mereka buat. Kita pun boleh terlopong kalau mendengar. Hihihhhh... Tapi, bukan ubat resdung tu yang saya nak promote kali ini. 
Ini bukan sebarang obat..lagi pun Shaklee bukan ubat atau pun makjun. Shaklee hanyalah makanan tambahan a.k.a vitamin yang diambil untuk memenuhi keperluan nutrisi dalam badan. Jangan tak tahu, Shaklee pun ada menyediakan set untuk masalah resdung, asthma, gegata, alergi dan ekzema. Ia juga dikenali sebagai penyakit 5 serangkai.
1. B-Complex
  • Ia membantu menukarkan makanan kepada tenaga, membantu masalah penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga, sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan
  • Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
  • Membantu tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang-tulang
  • Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut
  • Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian
  • Mencegah anemia
  • Merawat sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darah atau laut.
  • Meredakan senggugut, kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman
  • Mencegah jangkitan lidah dan nafas berbau
  • Meredakan alahan
2. Vitamin C
  • Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik. Bila kolagen banyak dalam badan, wajah pun nampak lebih mudalah kan? Suka tak?
  • Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan gusi berdarah, lebam pada kulit, pemulihan kecederaan menjadi lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar
  • Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asma. Juga membantu menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selesema
  • Antioksidan yang kuat, ia mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia SEMPAT menyerang sel-sel kita.
  • Ia membantu mencantikkan kulit, mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah punca utama kejadian jeragat
  • Ia membantu memperbaiki insomnia, stress
  • Ia membantu mengekalkan kolesterol sihat, mengurangkan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.
3. Alfalfa Complex
- Alfalfa dikenali sebagai “Raja segala Tumbuhan.” Ia merupakan tumbuhan yang kaya dengan dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia mempunyai banyak khasiat, buat wanita, terutamanya;
  • Mengatasi masalah keputihan
  • Ia adalah makanan beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot
  • Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air
  • Menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi
  • Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit
  • Mengurangkan alahan terhadap seafood. Saya akan telan alfalfa sesudah makan sotong celup tepung @ tom yam seafood. Dan hasilnya, tiada lagi gatal-gatal pada mana-mana anggota badan.Alhamdulillah. Jadi kepada mereka yang ada masalah seperti saya, jangan abaikan set ini ye.
Set ini sangat sesuai untuk masalah-masalah di bawah :

Eczema
p/s : Bayi kurang sesuai untuk makan suplemen di atas.

Gegata

Asthma

Resdung
Alollooo...kesiannya dia. Bersin tak henti-henti!

Jika anda mempunyai masalah seperti di atas, apa kata cubalah set Resdung Shaklee ini. Manalah tahu, dengan Shaklee masalah anda akan berakhir. Tak rugi kan membuat pelaburan untuk hidup yang lebih sihat dan berkualiti. You decide!

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin anda. Nak jadi ahli pun boleh. Peluang jana pendapatan terbentang di depan mata. Feel free to contact me now :-)

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221




Selasa, 11 Februari 2014

Vitamin Shaklee untuk Masalah Keputihan

Assalamualaikum w.b.t :-) Apa khabar semua pembaca Vitamineshoppe yang saya kasihi? Semoga anda sentiasa sihat dan dapat menjalankan tugasan harian dengan sebaik mungkin. Barang kali ada dalam kalangan pembaca yang sedang mengalami masalah kesihatan dan tidak dapat bekerja seperti biasa. Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu seperti sekarang ni, jagalah kesihatan baik-baik ye..kalau agak-agak rasa nak demam tu minumlah air kosong banyak-banyak. Barulah badan tak jadi nak demam..ehehe..Mmm, terpanjang pulak intro kali ini :-)

Berbalik kepada tajuk, masalah keputihan merupakan masalah yang dialami oleh wanita. Terdapat banyak punca yang menyebabkan seseorang itu mengalami keputihan. Antaranya ialah :

  1. Akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, dan penyakit dalaman.  
  2. Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.
  3. Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibatkan ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.
  4. Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.
Bagaimana merawat keputihan dengan vitamin Shaklee?

Garlic Complex
Merupakan antibiotik semula jadi yang berkesan untuk kesihatan menyeluruh. Ia juga bertindak menghapuskan bakteria jahat dalam tubuh kita.


Ihsan Google

Alfalfa Complex


Alfalfa bersifat anti kulat yang bertindak mengurangkan masalah keputihan akibat jangkitan fungus pada bahagian intim wanita. Dalam alfalfa, terdapat vitamin K. Vitamin K inilah yang berfungsi untuk menghapuskan bakteria penyebab masalah keputihan berlaku. Apabila bakteria jahat terhapus, maka keputihan akan hilang dengan sendirinya.

Selain itu, Alfalfa juga bertindak sebagai perapat. Kalau terasa hubungan intim tidak lagi sehangat dulu, Alfalfa boleh membantu. Insya ALLAH :-)

Anda berminat nak dapatkan Shaklee? Hubungi saya melalui maklumat yang tertera di bawah.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Rabu, 29 Januari 2014

Promosi Set yang ada Alfalfa!

Salam sayang buat semua pembaca setia VitamineShoppe..hari ini merupakan hari terakhir persekolahan sempena cuti Tahun Baru Cina 2014. Jadi, sebelum saya bercuti tak hengat dunia, kali ini saya nak berkongsi tentang set-set yang best sepanjang bulan Januari 2014 ni. Sudah semestinya set-set ini mengandungi ALFALFA  COMPLEX yang digelar raja segala tumbuhan itu. 



Set yang terlibat dengan promosi harga runtuh untuk bulan ini : 
  • SET SLIMMING BAJET : ALFALFA COMPLEX + LECITHIN
  • SET SLIMMING : ALFALFA COMPLEX + LECITHIN + OMEGA GUARD
  • SET SLIMMING OPTIMUM : ALFALFA COMPLEX + LECITHIN + OMEGA GUARD+ ESP @ CINCH SHAKE
  • SET MENYUSU BAJET : ALFALFA COMPLEX + ESP
  • SET MENYUSU OPTIMUM (3M) : ALFALFA COMPLEX + B COMPLEX + VITA-LEA + VIT C SR + ESP + OSTEMATRIX
  • SET KEINTIMAN SUAMI ISTERI : ALFALFA COMPLEX + VITAMIN E COMPLEX
  • SET KECANTIKAN BAJET : ALFALFA COMPLEX + VITAMIN C SR
  • SET UNTUK DETOX @ HILANGKAN BAU BADAN : ALFALFA COMPLEX + HERB LAX
  • SET UNTUK TULANG KUAT : ALFALFA COMPLEX + OSTEMATRIX
Alahai, bermacam-macam set yang boleh digandingkan dengan Alfalfa Complex ni...semua set ini boleh didapati melalui saya . Promosi tinggal dua hari saja lagi. Dengar-dengarnya, stok alfalfa sudah mula menyusut di warehouse Shaklee. Jadi, kepada yang belum pernah merasa kehebatan Alfalfa ni, silalah ambil peluang sempena promo  ni sebelum stok betul-betul kehabisan. Kalau terlambat, tak dapatlah den nak tolong. 1hb Februari nanti, promosi bakal tamat tau.
Hubungi saya untuk dapatkan set vitamin idaman anda sekarang!

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com |SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Jumaat, 10 Januari 2014

PROMO JANUARI : Kembalikan Kehangatan Malam Pertama dengan ALFALFA...Ehem!!!

Rasanya semua isteri inginkan yang terbaik untuk suami mereka kan? Mana ada isteri yang baik yang tak sayangkan suami..betul tak? Tak rugi jaga penampilan diri luaran dan dalaman..siapa yang untung..hehehhh...

Sempena promo bulan Januari ni saya nak kongsikan tips untuk mengembalikan kehangatan malam pertama dengan ALFALFA.

Kalau si isteri SAYANG SUAMI KETAT-KETAT alfalfa adalah jawapan terbaik!

Tapi....

Alfalfa ni BUKAN HANYA UNTUK ISTERI BAHKAN UNTUK SUAMI, IBU AYAH, KAKAK DAN ABANG.. ALFALFA MERUPAKAN RAJA TUMBUHAN YANG MEMPUNYAI PELBAGAI KHASIAT UNTUK PELBAGAI MASALAH PENYAKIT......

KEPADA SESIAPA YANG MASIH RAGU-RAGU, RUGI SANGAT-SANGAT KALAU TAK CUBA...DAH RAMAI YANG JATUH CINTA DAN REPEAT ORDER BERKALI-KALI...


ALFALFA JUGA MERUPAKAN HERBA YANG PALING DIGEMARI OLEH WANITA ARAB.. 





Jom kenali khasiat alfalfa dengan lebih lanjut...layannn..


ALFLAFA (Raja Segala Tumbuhan)
==================

Alfalfa adalah tumbuhan kekacang yang berakar panjang yang boleh menyerap banyak zat makanan yang jauh ke dalam tanah. Ia menjadi gudang untuk banyak vitamin yang penting seperti Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niasin (B3), Piridoksin (B6), vitamin A, E dan asid pantotenik.

Mineral yang ditemui dalam Alfalfa ialah kalsium, besi, mangan, magnesium, kuprum dan zink. Khasiat Alfalfa - : Kajian makmal telah mendapati Alfalfa mengandungi 3% asid aspartik yang berfungsi untuk, Menghilangkan ammonia, Menolong melindungi sistem saraf pusat, merawat keletihan dan meningkatkan stamina.
Baik Untuk Penyakit Berikut:

1. Kencing Manis
2. Darah Tinggi
3. Jantung
4. Sembelit
5. Cuci Usus dan membuang toksin dalam badan
6. Badan lemah
7. Tingkat stamina lelaki dan seks
8. Milk Booster - Menambah susu ibu
9. Kurangkan berat badan
10. Kacip Fatimah Moden Wanita


Khasiat Daun Alfalfa

# Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
# Melegakan sakit sendi dan belakang.
# Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
# Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak
Peppermint)
# Memberi kelegaan semasa haid.
# Merawat arthitis
# Bagus untuk elergi dan ekzema
# Merawat asma
# Mencuci usus bagi membuang toksik
# Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan
jangkitan dalam buah pinggang
# Meneutralkan asid dalam badan
# Merawat masalah keputihan pada wanita
# Membesar dan menegangkan payudara
# Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
# Memulihkan urat selepas bersalin
# Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
# Meningkatkan stamina seorang suami
# Melegakan sembelit

# Menghilangkan bau badan dan bau nafas yang kurang enak


JADI APA DI TUNGGU LAGI. JOM ORDER SEKARANG.. TAK CUBA TAK TAHU... JANGAN KETINGGALAN ..SUDAH RAMAI PENGGUNA PRODUK SHAKLEE MERASAI KEBERKESANANNYA @@
Hubungi saya segera untuk mendapatkan khasiat ALFALFA dengan segera! First come first serve..lagi cepat anda mencuba, lagi cepat nampak hasilnya...woww!

Terdapat dalam dua saiz:
Saiz S = 330 biji
Saiz L = 700 biji

Boleh juga dapatkan dalam bentuk set, iaitu:
===========================

* Set B --> untuk penyusuan, juga sesuai untuk sesiapa saja yang mahukan kesihatan optimum tetapi mempunyai masalah seperti resdung, alahan dsbnya.
* Set E --> Set B yang ditambahkan Ostematrix, sesuai utk penyusuan mahupun sesiapa saja.
* Set F --> untuk kesihatan dalaman dan luaran wanita.
* Set G --> untuk yang mempunyai masalah resdung/gegata/asthma/alergi/ekzema
* Set Tripple M --> set penyusuan lengkap untuk ibu menyusukan anak
* Set Slimming Bajet --> untuk detoks, memecah lemak dan menyingkirkannya keluar.



FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392

Rabu, 8 Januari 2014

Set Keintiman SHAKLEE : Kembalikan Kehangatan Malam Pertama (18 SX )

Salam, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang Vitamin Cinta Shaklee. Mengapa gabungan vitamin E & Alfalfa digelarkan sebagai vitamin cinta ya?  Kombinasi dua beradik ini dapat memberikan kesan yang sangat-sangat mengujakan tau... Jom semak fungsi dan khasiat vitamin cinta ini.

Adakalanya, pasangan yang telah lama berkahwin semakin melupakan hubungan intim. Malah ada juga yang menganggap, dah tua-tua ni manalah perlu berhubungan intim ni...Eh, jangan macam tu! Jika keadaan ini berterusan, ia boleh menjejaskan hubungan suami isteri. Rumahtangga semakin dingin dan malah ia juga boleh mengakibatkan perceraian! Jadi, usah dibiarkan masalah ini berlanjutan kerana ia boleh menjejaskan kerukunan rumah tangga.

Selain faktor usia  antara punca yang menyebabkan HUBUNGAN CINTA semakin pudar dan 'dingin' antaranya kerana kehamilan, kelahiran, penyusuan susu badan (anak asyik 'melekap' dan akhirnya ibu pun tertidur). Tinggallah si suami terkulat-kulat sendirian. Perubahan hormon dan stress serta sibuk dengan tugasan pejabat dan anak-anak turut mengurangkan keinginan wanita dan adakala suami juga untuk berhubungan intim. Ada juga wanita yang diganggu dengan masalah keputihan dan ini turut dijadikan alasan untuk mematikan 'mood' suami. Wanita yang ada masalah keputihan biasanya turut mempunyai  rasa rendah diri untuk tampil menawan bersama suami.

Jom lakukan sesuatu untuk menyemarakkan lagi hubungan kasih sayang antara suami dan isteri.Kali ini saya akan membantu anda dengan memperkenalkan Vitamin Cinta ini. Sesuai untuk suami dan isteri dan sangat membantu hubungan menjadi lebih mesra dan bersemangat. Jom ketahui dengan lebih lanjut:

Vitamin E Complex 

Peranan Kepada Suami 


     
  • Lebih tenaga seksual
  • Ereksi yang lebih lama
  • Libido yang lebih kuat
  • Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat
Peranan Kepada Isteri

     
  • Lebih tenaga seksual
  • Lebih mudah terangsang
  • Libido yang lebih kuat
  • Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat
  • Untuk menstabilkan hormon seks dan kewanitaan terutama bagi ibu yang menyusu dan mempunyai kandungan hormon prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi

Alfafa Complex ( dikenali juga sebgai Kacip Fatimah Moden )
  • membantu mengurangkan masalah keputihan
  • mengurangkan masalah 'kering' ketika bersama
  • memberikan orgasma yang lebih kerap dan bersemangat
  • membantu detoks dan mengurangkan masalah sembelit
  • menghilangkan masalah bau badan
Vitamin Cinta Shaklee







Testimoni Pengguna yang telah mencuba! Memang hangat...ehemmm!


Berminat untuk mendapatkan set ini? Jangan malu-malu, hubungi saya segera untuk set vitamin cinta anda sekarang!

FB: June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WA : 017-943 8392

Isnin, 2 Disember 2013

Ubat untuk Masalah Batu Karang

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi tentang penyakit batu karang. Masalah batu karang ini sangat menyakitkan bagi orang yang mengalaminya... nama lagi penyakit, yer tak? Bayangkan ada pasir-pasir halus dalam buah pinggang kita. Sudah tentu sakit sewaktu nak membuang air kecil...aduh! Takut betul nak bayangkan...



Batu karang boleh terbentuk akibat kandungan mineral ( oksalat) yang berlebihan dalam air kencing atau urin kita. Sekiranya kita mempunyai masalah kolesterol tinggi dalam darah, ia juga akan mendak dan membentuk butiran pasir halus yang lama- kelamaan akan membesar sehingga boleh menyebabkan sakit batu karang.

Selain itu juga, tabiat suka menahan kencing, kurang minum air kosong serta bekerja di persekitaran yang sejuk @ berpenghawa dingin juga boleh meningkatkan risiko batu karang terjadi. Seseorang itu juga boleh mendapat batu karang jika mereka banyak mengambil makanan yang masin, mengamalkan minuman berkafein seperti teh dan kopi serta gemar memakan makanan berprotein tinggi seperti daging merah. Pesakit kencing manis dan darah tinggi juga berisiko untuk mendapat penyakit batu karang.

Ada tak cara untuk merawat batu karang?

Tahukah anda, batu karang tidak akan keluar melalui air kencing. Ia hanya dapat dikeluarkan melalui pembedahan yang kecil bagi mengeluarkan batu-batu karang tersebut. Sekiranya pesakit takut untuk menjalani pembedahan, saya cadangkan supaya mereka memilih untuk mencuba suplemen Shaklee untuk merawat masalah batu karang mereka. Saya pernah bertemu dengan seorang pelanggan yang menghidap sakit batu karang, dan setelah mengamalkan Shaklee dalam tempoh dua minggu, masalah beliau dapat diatasi. Mungkin penyakit batu karang beliau masih dalam peringkat awal, maka jangka masa untuk pulih juga agak cepat.

Macam mana nak cegah penyakit batu karang sebelum ia terjadi?

Kita hendaklah mengamalkan pengambilan air putih yang mencukupi setiap hari iaitu sebanyak 3 liter sehari. Seboleh-bolehnya, kurangkanlah pengambilan makanan yang mampu meningkatkan risiko batu karang seperti makanan berkolesterol tinggi, berkafein dan sebagainya.

Antara produk  Shaklee yang disarankan untuk penyakit batu karang ialah :




Carotomax ~ Antioksidan yang tinggi dan mampu mempercepatkan penyembuhan luka di urinari akibat batu karang.
Lecithin ~ Memecahkan lemak dan kolesterol yang termendak dan membentuk batu karang.
Alfalfa Complex ~ Mengurangkan jangkitan dan radang pada salur kencing.
Ostematrix ~ Mengandungi Magnesium yang mengurangkan pembentukan oksalat dan mencegah pembentukan batu karang.
Vitamin C ~ Mengasidkan urin, batu karang tidak akan terbentuk dalam keadaan berasid.
B Complex ~ Merendahkan kadar oksalat yang boleh membentuk batu karang.

Diharapkan agar info yang saya kongsikan di sini mampu membantu anda semua. Insya Allah.
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee atau ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-25%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Rabu, 20 November 2013

Khasiat Alfalfa Shaklee


Alfalfa Shaklee merupakan produk pertama sekali yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950-an. Maka Alfalfa Shaklee merupakan produk signature Shaklee Corporation.

Kenapa  Dr. Shaklee memilih Alfalfa Shaklee sebagai supplement pertama? Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada jutaan manusia.




Kebaikan Mengamalkan Alfalfa

1. Kaya dengan vitamin dan mineral
    Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. 
    Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa 
    Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak 
    dan Antioksidan.
2. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protien, dan karbohidrat.
3. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah

20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki


Keistimewaan Alfalfa Shaklee

1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
3.  Disediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji  
4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
7.  Membersihkan hati.
8.  Membantu melengkapkan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang. kredit

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383



Sabtu, 28 September 2013

Rawat Masalah Tangan Kebas dengan ALFALFA


Salam ceria semua...semoga pembaca yang sudi singgah ke sini sentiasa sihat & mampu menjalankan tugasan harian dengan baik.

Berbalik kepada topik di atas, saya seringkali ditanya oleh mereka yang menghadapi masalah kebas-kebas pada tangan tentang cadangan suplemen yang sesuai untuk mengatasi ketidakselesaan pada anggota badan mereka. Jika dalam entri sebelum ini, saya mencadangkan vitamin B Complex, Ostematrix (kalsium + magnesium) dan Omega Guard untuk masalah tangan kebas, sebenarnya ALFALFA juga merupakan antara suplemen yang mampu mengurangkan kebas-kebas pada badan kita.




Antara khasiat alfalfa :


Sesuai untuk merawat bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.

Senarai vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

Antara MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:


Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, serta melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:


Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu

Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.

Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.


Di kalangan ibu menyusu, ia mungkin glamer sebagai milk-booster. Namun, banyak kebaikan dan khasiat lain Alfalfa ni sebenarnya. Rugi sangat siapa yang tak cuba..
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221