Memaparkan catatan dengan label diet yang betul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diet yang betul. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Oktober 2014

Fakta Tentang Indeks Glisemik untuk mereka yang Sedang Diet

Apa itu Glisemik Indeks?

Sebenarnya saya baru je ambil tahu tentang glisemik indeks ni. Sebelum ni tak berapa nak kisah pun sebab macam tak ada kaitan je kan...kalau pesakit diabetis memang kena tahulah sebab ia berkaitan dengan kadar gula dalam darah.

Semenjak terjebak dengan Shaklee, saya kena mula ambil tahu...kalau tak de ilmu macam mana nak bantu orang lain kan? Suka tau bila dapat memberi dengan lebih banyak..nak sedekah harta berjuta-juta, mungkin belum masanya lagi...so, saya pilih untuk memberi dengan berkongsi info dan maklumat yang saya dapat kepada anda semualah...boleh gitu?

Badan kita bertindak memecahkan karbohidrat yang kita makan kepada gula ringkas yang dipanggil glukosa. Glukosa merupakan sumber tenaga kepada sel-sel badan manusia. Setiap kali selepas makan, masa yang diambil oleh badan kita untuk menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk diserap oleh badan dipanggil indeks glisemik. Masa yang diambil sangat bergantung kepada jenis karbohidrat yang kita makan. Sesetengah karbohidrat sangat cepat terurai dan ini menjadikan kita cepat terasa lapar.


Indeks Glisemik (G.I) digunakan untuk mengukur kadar masa  yang diambil sebelum karbohidrat terurai kepada glukosa ( tenaga). Makanan dengan nilai G.I yang lebih tinggi akan lebih cepat ditukarkan kepada tenaga berbanding nilai G.I yang lebih rendah.



Semakin tinggi nilai G.I, semakin cepat karbohidrat dalam makanan tu terurai. Makanan tinggi G.I akan menyebabkan kita cepat lapar. Bila cepat lapar, kita akan makan lagi...dan lagi..ini yang akan menyebabkan diet kita hancusssss. Oh, tidak.. so, lepas ni kalau nak diet sila pilih makanan G.I rendah ye..perut pun kenyang lebih lama. Tak la craving for cakes, sweets, cheesy pizzas, junk food and so on.



Contohnya, rujuk gambar di bawah supaya kita lebih jelas lagi tentang indeks glisemik dalam makanan ni..saya bebel panjang-panjang, takut ada yang pening je nanti..

Smaller G.I is better.

Contoh  G.I dalam makanan 

Kesimpulannya, banyakkan pengambilan makanan dengan G.I yang lebih rendah supaya badan kita kenyang lebih lama dan tak mengidam nak makan makanan yang bukan-bukan. Berat badan pun akan lebih mudah dikawal. Bak kata suami saya, kalau nak kurus senang je...makan bila perlu sahaja. Elakkan makan di luar waktu makan, bukan macam saya pantang jumpa makanan sedap laju je makan....


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Ahad, 6 Oktober 2013

Tips Diet yang Berkesan


Salam ceria semua...hari ini saya ingin kongsikan tentang rahsia atau tips diet yang berkesan. Kadangkala, cara diet yang kurang sesuai boleh menyebabkan berat tidak turun-turun walaupun kita rasa bahawa kita sudah mengurangkan jumlah makanan dalam diet harian kita. Ini akan menyebabkan kita akan tertekan dan makan dengan lebih banyak akibat kecewa dengan cara diet yang salah. Jom kita lihat 20 tips diet yang berkesan. Artikel ini saya petik dari laman web Majalah Rapi.

1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari. 
 
2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buah-buahan 
 
3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu 
 
4. Tambahkan satu hidangan untuk buah-buahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan  hidangan sehari untuk sayuran dan buahbuahan.
 
5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam
 
6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
 
7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk  membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.
 
8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan. 
 
9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’  permintaan perut. Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
 
10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan. 
 
11. Berusahalah untuk mengambil menu  rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori 
 
12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang. 
 
13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda. 
 
14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.
 
15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda 

16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti
 
17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.
 
18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.
 
19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.
 
20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.

Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga habis. Selamat mencuba!

kredit to : sumber

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 017-9438392




Selasa, 1 Oktober 2013

Kebaikan Shaklee Cinch Energy Tea Mix

Setelah berkenalan dengan Energy Tea Mix Shaklee ni, terasa 'gian' la pulak..hihihhh...rasa teh yang begitu enak dan harumannya yang memikat membuatkan saya tak sabar untuk menikmatinya setiap hari...tapi hanya 2 sachet sahaja dos maksimum yang boleh diambil setiap hari...dan berdasarkan pengalaman saya yang lepas-lepas, teh ini betul-betul membantu untuk kita berasa segar sampai tengah malam! Senangla kerja saya jika mahu berjaga malam...Energy Tea Mix kan ada!


Apakah Shaklee Energy Tea Mix?

Teh yang berfungsi untuk membekalkan tenaga segera kepada mereka yang sedang mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan ketika proses menurunkan berat badan. Ia mengandungi :
~ teh hijau Matcha : berfungsi sebagai agen terapi di Jepun
~ ekstrak teh hijau : sumber kafein semulajadi yang selamat
~ekstrak teh merah Rooibos : kaya dengan sumber asid polifenolik. Polyphenols adalah sejenis bahan kimia yang hanya wujud dalam tumbuhan sahaja. Ia merupakan salah satu daripada agen antioksidan untuk mengelakkan kesan negatif radikal bebas.
~ ekstrak teh putih : membekalkan kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau yang matang




Dan yang paling menarik, segelas Energy Tea Mix hanya membekalkan 5 kalori sahaja! Sangat sesuai bagi orang yang sedang berdiet!
Sesuai untuk dinikmati ketika panas atau sejuk. Hanya satu atau dua sachet sehari untuk menikmati keenakannya.
Sekotak mengandungi 28 'sticks'.
Peringatan : ShakleeCinch™ Energy Tea mengandungi 70mg kafein dalam setiap sachet. Wanita hamil & ibu menyusu perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengamalkannya.
Penjelasan Saintifik

In order to promote a safe and effective rate of weight loss, caloric restriction in combination with increasing energy expenditure (through physical activity) is recommended. However, for many people this can lead to feelings of low energy making weight loss even more difficult. Dips in energy level often result in the selection of unhealthy, high calorie, sugar laden snacks for a boost in energy which in turn, defeats a person’s weight loss efforts. The Shaklee Cinch™ Energy Tea is a healthy, low calorie alternative to help naturally boost energy levels.* It not only provides a healthier alternative to other quick pick-me-ups, but delivers tea catechins and polyphenols that have potent antioxidant effects that protect cells from free radicals.*

In addition, green tea and its polyphenolic compounds such as epigallocatechin gallate (EGCG) show promise in supporting weight loss through increased energy expenditure.* The contribution of naturally present caffeine in tea can also provide a gentle stimulatory effect to the central nervous system resulting in beneficial effects such as enhanced mood, memory, alertness and physical and cognitive performance.* In addition, a number of studies examining the effects of taurine combined with caffeine indicating that the addition of taurine may enhance the mental and physical effects of caffeine.*

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Jadi setelah mengetahui segala kelebihan yang ada pada Shaklee Cinch™ Energy Tea, rasanya anda tidak perlu teragak-agak untuk mencubanya. Pastikan anda menjalani diet yang betul & cubalah Shaklee Cinch™ Energy Tea bagi mendapatkan berat badan yang didam-idamkan.

Feel free to contact me for more info!

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Ahad, 27 Januari 2013

Jom Diet : Tips Mudah untuk Kurus..


Salam petang Ahad semua...entry kali ini bakal berkisarkan tentang diet yang betul...saya suka melihat orang lain sihat, cergas dan hidup gembira setiap hari.Tak mau la stres2 yer...nak tegur pun ngeri..hahahaaa..semoga info ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua yaa...
Menurunkan berat badan bagi sesetengah orang tidaklah semudah orang lain. Walaupun telah mencuba pelbagai produk diet dan program diet,hasilnya adalah mengecewakan. 

Seorang teman melahirkan rasa kecewa akibat gagal menurunkan berat badan walaupun telah berdiet selama seminggu (mungkin bagi  anda seminggu itu adalah suatu jangka masa yang singkat,namun hanya empunya badan sahaja yang tahu betapa seksanya untuk menjayakan dietnya itu)...hal ini amatlah mengecewakannya dan menyebabkan teman saya itu terus melupakan diet beliau dengan makan makanan kegemaran beliau semahunya selepas melihat tiada perubahan berat badan seperti yang diharapkan.......Untuk makluman anda, teman saya telah mencuba pelbagai cara untuk diet..termasuklah mengikuti langkah yang dicadangkan oleh doktor & pakar....tapi masih tidak berjaya...di mana silapnya ya??Mungkinkah beliau belum cukup BERDISIPLIN untuk mendapatkan berat badan ideal seperti yang diharapkan...selepas ini saya akan cadangkan beliau untuk mencuba tips ini pula...


 Untuk mengelakkan daripada perkara sebegini berlaku, mungkin anda boleh mencuba beberapa tips yang ingin saya kongsikan buat anda semua...Di sini ada beberapa tip mudah yang boleh anda lakukan tanpa melibatkan modal yang banyak serta tidak memeningkan kepala anda dalam usaha mengurangkan lebihan lemak di badan.




  • Jangan sesekali tinggalkan waktu makan utama -  Kalau anda fikir dengan berlapar boleh menurunkan berat badan,anda silap. Berlapar hanya menyebabkan anda mengambil makanan dua kali ganda lebih banyak pada hidangan yang seterusnya kerana anda kelaparan.
  • Makan dengan perlahan,kunyah banyak kali - Otak akan memberitahu apabila kita telah kenyang.Ianya selalunya mengambil masa 20 minit untuk otak memberi isyarat kita sudah kenyang. Makan dengan cepat tidak memberi masa yang cukup kepada otak bahawa kita telah kenyang menyebabkan kita makan berlebihan. 
  • Rancang hidangan anda - Ianya lebih selamat sekiranya anda merancang apa yang ingin dimakan supaya tidak terjebak dengan makanan ringan.
  • Elakkan makanan kegemaran - Sebagai manusia biasa,kita ada makanan yang disukai dan tidak. Cuba elakkan makanan kegemaran anda berada di rumah. Lebih mudah anda mengelakkan bila makanan itu tidak di depan mata.
  • Perhatikan saiz hidangan - Jumlah makanan yang kita makan adalah sangat penting dalam proses menurunkan berat badan. Sentiasa teliti saiz hidangan dan jenis makanan yang anda makan. Makanan ringan tidak bagus. Sekiranya anda hanya makan 10% daripada saiz hidangan biasa,anda boleh menurunkan berat badan tanpa menukar diet harian anda.
  • Bakar kalori dengan senaman - Setiap makanan berkalori tinggi haruslah dibakar dengan senaman. Contohnya,sekiranya anda makan burger,ianya memerlukan 3 jam di gim untuk membakar semua kalori tadi. Terpulang pada anda untuk memilih sama ada tidak makan burger  atau menghabiskan 3 jam di gim.
  • Ambil masa - Ada masanya berfikir sebelum ingin makan sangat membantu untuk tidak makan makanan yang tidak sepatutnya.
  • Jauhi minuman ringan - Minuman ringan mengandungi 150 kalori. 
  • Bersenam selalu - Senaman membantu minda dan tubuh anda. Jogging atau berjalan untuk menurunkan berat badan. Gunakan tangga daripada lif.

kredit:www.ilayahaya.com