Memaparkan catatan dengan label set penyusuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label set penyusuan. Papar semua catatan

Ahad, 22 Jun 2014

Cara Elakkan Susu 'Drop' ketika Berpuasa

Assalamualaikum w.b.t :-)

Kedatangan bulan Ramadhan sangat ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Mereka tidak sabar untuk mendapatkan ganjaran yang Allah berikan bagi mereka yang beramal dalam bulan yang barakah ini. Tapi, bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, pasti ada sedikit kerisauan takut-takut susu mereka akan berkurangan apabila berpuasa. Tambah pula, jika stok susu yang ada dalam simpanan tidak seberapa, ini pasti lebih membimbangkan. Sedihnya andai bayi kita tidak mendapat bekalan secukupnya apabila kita keluar bekerja.

Jadi, di sini saya ingin berkongsi beberapa tips penting untuk mengelakkan susu berkurangan akibat ibu yang berpuasa :



  1. Pastikan anda minum air 3-4 liter setiap hari. Sukat jumlah air yang diambil kerana adakalanya kita rasa yang kita dah minum banyak air. Tapi hakikatnya, tak sampai 2 liter pun air yang kita minum setiap hari. Apabila tak cukup air, macam mana susu nak dihasilkan dengan lebih banyak? Betul tak...
  2. Pastikan anda mengambil makanan lengkap ketika bersahur dan berbuka. Macam saya, saya lebih suka amalkan ESP, Meal Shakes dan Performance untuk bersahur. Tapi jangan lupa dapatkan makanan yang seimbang jugak ya walaupun sedikit. Pastikan ada ikan/ayam/daging, nasi/roti dan sayuran atau buah-buahan dalam hidangan anda. Ketika berbuka pula, Performance sudah jadi kemestian untuk saya.
  3. Ikut jadual perahan susu seperti biasa. Jangan skip sesi perahan susu setiap 3 jam sekali pada waktu siang. Pada sebelah malam, saya akan pam sebelum tidur dan selepas bangun tidur (sebelum bersahur). Jadual pam yang konsisten akan membantu pengeluaran susu yang lebih banyak. Korang ingat lagi tak rules DEMAND vs SUPLLY?
  4. Saya amalkan pengambilan suplemen. Saya pernah test, berpuasa tanpa suplemen sangat-sangat melesukan tubuh saya. Susu juga nampak lebih cair berbanding biasa. Jadi, bagi saya pengambilan suplemen sangat penting untuk menjadikan kita cergas & bertenaga. Saya amalkan B Complex, Vita-Lea, Alfalfa, Vitamin C, ESP dan Performance untuk kekal cergas. Susu juga kelihatan lebih creamy dan berkhasiat :-) Anak pun cepat kenyang. Alhamdulillah.
  5. Setelah semua usaha di atas telah anda buat, jangan lupa berdoa setiap kali mengepam supaya rezeki susu untuk anak dipermudahkan. Elakkan stress sewaktu mengepam. Walau pun mungkin dapat sedikit, tapi yakinlah bahawa ia memang cukup untuk anak anda. Insya Allah.
  6. Jangan putus asa. Amalkan tips di atas secara istiqamah. Ganjaran pahala menanti usaha murni yang anda lakukan.
Saya doakan semoga ibu-ibu sekalian berjaya mengharungi bulan Ramadhan dengan stok susu yang melimpah ruah dan meriah. Semoga berjaya!

P/S : Soal jawab tentang penyusuan di bulan puasa boleh baca di sini.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set penyusuan Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221




Sabtu, 21 Jun 2014

Penyusuan Semasa bulan Ramadhan

Bagi ibu menyusu, kehadiran bulan Ramadhan adakalanya menjadikan mereka sedikit gusar. Lebih-lebih lagi jika usia bayi mereka masih di bawah enam bulan dan mereka belum mula makan makanan pejal. Mereka hanya bergantung kepada susu ibu semata-mata. Bagaimana sekiranya penghasilan susu berkurangan kerana mereka berpuasa? Diharapkan perkongsian di bawah dapat membantu menjawab kemusykilan yang mungkin timbul bagi ibu-ibu yang bakal berpuasa tidak lama lagi :-)
1. Bolehkah saya berpuasa semasa menyusu badan?
Jika anda menyusu badan, anda tidak diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan.Kebanyakan sarjana Islam percaya bahawa wanita yang menyusukan, seperti juga wanita yang tidak sihat atau sedang bermusafir, dibenarkan untuk tidak berpuasa. Malah, ramai yang mengatakan adalah salah untuk tidak menghiraukan kelonggaran ini dengan berpuasa jika anda tidak perlu berbuat begitu.
Namun begitu, keputusan samada hendak berpuasa atau tidak bergantung kepada beberapa perkara, dan usia bayi adalah pertimbangan utama. Memang ada perbezaan di antara bayi yang masih kecil dan hanya menyusu, dengan bayi berusia satu tahun yang sihat dan sudah makan makanan lain dan menyusu hanya pada waktu malam. Berbincanglah dengan ibu-ibu lain dalam keluarga anda mengenai apa yang mereka lakukan dan pengalaman mereka dalam hal itu. Hubungi doktor, perunding penyusuan atau ahli agama untuk mendapat lebih keyakinan dalam membuat keputusan. 
2. Adakah berpuasa semasa menyusukan akan membahayakan bayi saya?
Tidak. Berpuasa tidak membahayakan bayi kerana badan anda masih boleh menghasilkan susu semasa anda berpuasa. Kurang pengambilan kalori sepatutnya tidak menjejaskan jumlah susu yang dihasilkan.

Malah, walaupun wanita yang menyusu badan itu tidak makan apa-apa selama 24 jam, ia masih tidak menjejaskan kuantiti dan nilai nutrisi susu mereka. Jika terdapat kesan berpuasa terhadap badan anda, anda pasti sudah merasainya terlebih dahulu dan tentu sekali anda perlu menghentikan puasa sebelum kesan itu menjejaskan penghasilan susu. 

3. Adakah perubahan dalam susu badan akan memberi kesan ke atas bayi saya?
Perubahan dalam susu badan anda tidak akan memberi kesan ke atas bayi. Dia sudahpun dapat menerima perubahan-perubahan kecil pada susu anda bergantung kepada apa yang anda makan dan berapa banyak dia perlu menyusu. Kajian menunjukkan bahawa walaupun si ibu berpuasa selama 24 jam, kandungan lemak dalam susunya tidak akan berubah.

Jika anda makan terlalu sedikit dan berat badan mula turun, jenis lemak dalam susu anda mungkin berubah, tetapi jumlahnya tidak berubah. Walaupun payudara itu sendiri boleh menghasilkan lemak susu, jenis-jenis lemak yang lain akan diperolehi daripada simpanan lemak dalam badan anda sekiranya ia tidak diperolehi melalui pemakanan anda.  

4. Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan saya?
Badan anda biasanya dapat bertahan jika anda berpuasa. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil.

Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan anda sangat dahaga. Jika anda ternyahhidrat, anda akan rasa tidak sihat. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:
  • anda rasa sangat dahaga;
  • air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat;
  • anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu;
  • anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.
Jika anda mula sedar akan tanda-tanda ini, anda harus berbuka dengan meminum air dan berehat. Selepas setengah jam, jika anda masih rasa tidak sihat, hubungilah doktor anda.

Minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur. Ahli panel pakar BabyCenter dan kaunselor penyusuan badan, Jennifer Hor, menyarankan anda makan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi.
Jangan sekadar minum sahaja. Penting untuk anda mendapatkan nutrien, kalori dan serat daripada makanan. Jika sukar untuk anda makan secukupnya pada waktu malam dan anda berat badan anda mula turun, bincanglah dengan doktor anda. Anda juga mungkin perlu untuk tidak berpuasa.
Walau bagaimanapun, jika anda sihat dan tidak kisah berat badan anda turun sedikit, penurunan sehingga 1kg seminggu sepanjang bulan Ramadan sepatutnya tidak menjejaskan penghasilan susu. 

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengelakkan sebarang masalah?
Membuat persiapan untuk berpuasa boleh membantu anda mengelakkan masalah-masalah yang mungkin berlaku:
Beli barang keperluan dan buat kerja-kerja rumah yang lebih berat sebelum anda mula berpuasa.
Simpan diari makanan supaya anda boleh memastikan anda makan dan minum dengan cukup pada waktu malam.
Berehat dan duduk di tempat sejuk sebanyak mungkin pada waktu siang.


Bilakah saya harus meminta bantuan?
Jika anda mula rasa tidak sihat atau mula ternyahhidrat, hubungilah doktor anda. Jika anda bimbang samada bayi anda mendapat susu yang cukup ataupun tidak, dapatkanlah nasihat daripada doktor atau pakar kanak-kanak. Tanda-tanda bayi tidak mendapat cukup susu termasuk:
  • kurang membuang air (bayi baru lahir sepatutnya buang air kecil beberapa kali sehari);
  • najis berwarna kehijauan;
  • tangisan yang nyaring dan berpanjangan atau kerap meragam;
  • turun berat badan atau berat badan tidak bertambah.
Jika masalah penyusuan badan berlaku, hubungilah kaunselor penyusuan badan atau penasihat laktasi. Mungkin ada seorang di hospital berdekatan anda, atau tanyalah doktor anda jika beliau boleh mencadangkan seseorang. Kredit: babycenter.com.my

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set penyusuan Shaklee, bolehlah klik untuk ORDER atau pun menghubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Punca Susu Badan Semakin Berkurangan

Pada tahun ini, guru-guru sesi petang di sekolah saya ramai pula yang hamil. Kebetulan pula, jarak kehamilan tidak terlalu jauh. Jadi, seorang demi seorang terpaksa meninggalkan sekolah dan bercuti panjang kerana melahirkan. Dari kalangan enam orang guru yang telah hamil, tiga orang telah pun selamat melahirkan bayi lelaki dan perempuan yang sangat comel. Dan yang paling menggembirakan saya, seorang daripada ibu bayi tersebut telah memilih untuk menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan pertama. Beliau juga berhasrat untuk melanjutkan tempoh penyusuan selama dua tahun. Alhamdulillah! Saya bangga dengan hasrat beliau. Saya seorang yang sangat menyokong penyusuan susu ibu. Seboleh-bolehnya saya akan bantu sekiranya rakan saya ini memerlukan.Jadi, sedikit sebanyak saya berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang saya ada selama menyusukan Faris selama 2 tahun empat bulan tempoh hari. Bayi ini merupakan anak kedua beliau. Anak sulung tidak lama menyusu badan akibat salah faham bahawa susunya tidak banyak. 




Macam saya dahulu pun, susu tidaklah semeriah mana. Namun saya gigihkan diri untuk mengepam setiap tiga jam sekali. Saya juga mengepam susu setiap kali selesai menyusukan Faris. Saya mahu 'breast' benar-benar kosong supaya otak akan hantar signal bahawa lebih banyak susu diperlukan oleh badan.

Selain itu, saya langsung tidak menyediakan susu formula di rumah. Beli pun tidak. Kalau ada kemudahan susu formula di rumah, saya bimbang saya akan memilih jalan mudah untuk memberikan susu formula kepada Faris apabila dia menangis. Adakalanya, bayi menangis bukanlah disebabkan dia kelaparan. Mungkin juga dia memerlukan perhatian dan masih belum dapat membiasakan diri dengan dunia luar.

Kalau ikutkan, penat memanglah penat. Tapi apabila memikirkan bayi sangat memerlukan susu ibu jadi saya seperti mendapat kekuatan untuk teruskan penyusuan ibu. Bagi saya, dua tahun pertama yang sangat penting dalam sejarah kehidupan manusia haruslah bermula dengan susu ibu!

Selama tempoh dua tahun, acap kali juga saya mengalami fasa turun naik dalam dunia penyusuan. Apabila difikirkan kembali, tak sangka kot saya mampu bertahan sehingga lebih dua tahun. 

Apa sebenarnya yang menyebabkan susu badan berkurang?
  • Ibu sering tertekan ~ tekanan boleh mempengaruhi pengeluaran susu badan.
  • Kurang stimulasi ~ ibu tidak @ kurang mengepam susu apabila berada di tempat kerja
  • Ibu sedang berdiet dan mengehadkan pengambilan makanan berkhasiat setiap hari.
  • 'Breast' tidak dikosongkan sekerap mungkin.
  • Tiada jadual pengepaman yang teratur.
  • Ibu datang bulan.
Tips menambahkan susu badan. Antara tips yang boleh dicuba untuk menambahkan susu badan :

  1. Power pumping ~ merupakan satu kaedah yang dikatakan sangat membantu untuk meningkatkan pengeluaran susu badan dengan meniru gaya 'cluster feeder'. 
        Kaedah : Masa diperlukan = satu jam. Boleh dibuat 2-3x sehari.

  • Double pumping = > 10 minit pam, 10 minit rehat ulang dalam masa sejam
  • Single pumping  = >  5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat ( dalam masa sejam)
  • Info lanjut tentang POWER PUMPING ada di sini.

  2. Kerapkan mengepam susu pada waktu malam ~ Pada waktu malam, hormon prolaktin akan meningkat secara semula jadi. Kita digalakkan untuk banyakkan mengepam pada waktu malam kerana susu dapat dihasilkan dengan lebih banyak.


  3. Kosongkan payudara setiap 3 jam sewaktu sedang bekerja ~ lagi kerap payu dara dikosongkan, lagi banyak susu dapat dikeluarkan.

  4. Pam dengan lebih lama ~ kalau biasanya anda mengepam selama 15 minit, cuba tambah lagi 15 minit. Mana tahu, akan dapat rasa 'let down'..masa ni susu akan keluar dengan lebih banyak.

  5. Rangsang payu dara sebelum mula mengepam ~ urut payu dara dengan urutan membulat dari pangkal hingga ke puting menggunakan tangan perlahan-lahan. Sambil tu bayangkan susu keluar mencurah-curah seperti air hujan. Jangan abaikan kuasa minda di bawah sedar anda. Hasilnya adakala tidak terjangka! Meriah gitu...

    6. Tatap gambar bayi @ fikirkan perkara yang buat kita rasa gembira ~ tips ini juga mampu meggalakkan penghasilan susu badan.

     7. Amalkan pemakanan yang berkhasiat ~ badan memerlukan zat yang mencukupi untuk mengekalkan tahap kesihatan. Jika protein, kalsium  dan zat lain tidak mencukupi, mana mungkin pengeluaran susu dapat dihasilkan dengan lebih banyak.

     8. Jika tidak mampu untuk mengamalkan pemakanan seimbang setiap hari, anda boleh memilih suplemen Shaklee yang semula jadi untuk bekalkan khasiat terbaik kepada tubuh anda. Set tambah susu badan daripada Shaklee.
Klik sini untuk lebih info : Set 3 M

   9.  Amalkan zikir Ya Matin banyak-banyak kali sewaktu mengepam susu dan anda juga boleh amalkan doa seperti di bawah :


Jadilah ahli sekarang untuk membeli vitamin pada harga ahli. Penjimatan sehingga 15-20% atas setiap jenis vitamin. Wowww, banyak kan? Juga, ketahui kelebihan jadi ahli di sini.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221




Ahad, 30 Jun 2013

Set Penyusuan Shaklee Super Bajet

Set penyusuan Shaklee semakin mendapat tempat dalam kalangan ibu-ibu yang berhasrat untuk menyusukan anak. Mereka tidak teragak- agak untuk memilih Shaklee kerana setiap kali 'Google' tentang set tambah susu ibu, page Google ternyata dipenuhi dengan cerita tentang Shaklee...saya sendiri pun berkenalan dengan Shaklee melalui info daripada internet..saya di Kelantan, tetapi pengedar yang menjual Shaklee kepada saya berada di Sarawak..sungguh mudah! Dan saya juga hanya bermula dengan set bajet, sajalah nak test market...kot2 la tak serasi, jadi tak delah rugi sangat...tapi ternyata selepas itu saya berpuas hati & terus membeli Set Penyusuan Optimum untuk kesihatan diri saya dan anak :-).



Set penyusuan bajet diperkenalkan bagi memberi peluang kepada semua ibu untuk mencuba vitamin Shaklee..ianya terdiri daripada Energising Soy Protein dan alfalfa...khasiat yang diperoleh setelah menggunakan set ini ialah si ibu akan lebih cergas bertenaga, susu akan bertambah meriah, ....dan kulit ibu dan bayi juga makin lama menjadi semakin halus dan gebu!

Mari kita rungkaikan khasiat ESP dan alfalfa satu persatu...


Kebaikan Energising Soy Protein Shaklee (ESP) :

1. Kulit makin cerah, gebu dan berseri-seri
2. Memudarkan kesan parut pada wajah dengan cepat (protein menghasilkan sel baru yang lebih sihat)
3. Menjadikan ibu lebih bertenaga dan tidak cepat letih
4. Mengenyangkan, jadi ESP sesuai bagi ibu menyusu yang ingin berdiet
5. Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik jika diambil bersama ESP
6. Memekatkan susu ibu dan bayi cepat kenyang, jadi senanglah ibu nak pam susu untuk dibuat stok
7. Meningkatkan sistem imun ibu dan bayi yang disusukan dengan susu ibu
8. Mengandungi 9 jenis asid amino penting yang tidak mampu dihasilkan oleh badan
9. Mengurangkan masalah rambut gugur
10. Menjadikan ingatan lebih kuat

Kebaikan Alfalfa :

1. Milk booster
2. Membantu untuk membuang toksin dalam badan
3. Membantu mengurangkan masalah keputihan
4. Mengurangkan masalah bau badan
5. Mengurangkan kesan alergi atau resdung
6. Membantu masalah penghadaman@ mengurangkan sembelit
7. Merawat asthma
8. Mengurangkan kolesterol dalam darah
9. Bertindak seperti kacip fatimah & menjadikan hubungan intim lebih hangat... (syy, diam-diam jer  tau...)
10. Meneutralkan asid dalam badan kerana alfalfa sangat beralkali
11. Merawat masalah gastrik
12. Melegakan sakit sendi dan belakang bagi ibu-ibu menyusu

Dengan adanya set penyusuan bajet ini diharap agar semua ibu berjaya menyusukan bayi mereka secara eksklusif selama dua tahun.. Jangan lupa juga untuk mendalami ilmu tentang penyusuan susu ibu. Khasiat susu ibu tiada tandingannya, percayalah!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

Jumaat, 8 Februari 2013

TESTIMONI SET PENYUSUAN...set B


Selamat bercuti panjang buat semua....entry hari ini adalah berkisarkan testimoni penyusuan ibu...set B adalah antara set yang paling banyak terjual selain Set K (Slimming Set)...sangat2 seronok apabila customer memberikan feedback yang positif...yang tak positif pun ada...pengambilan suplemen ni sebenarnya bergantung dengan keadaan metabolisme tubuh badan kita jugak...ada yang cepat, dan ada pula yang lambat...ape yang penting kita harus mengambil air dengan cukup...makan SUPLEMEN ikut jadual, jangan kejap makan kejap lupa nak makan...memang payahla nak dapat hasil yang diinginkan....sesi perahan susu jugak harus dilakukan dengan kerap...if malas nak pam sekali pun, make sure baby disusukan sekerap mungkin...susu akan terhasil dengan lebih banyak apabila ada 'demand'...air dah cukup, makan suplemen ikut jadual, perah dah perah...tapi mengapa susu masih ciputtt?opsss! jangan lupa ye...berdoa banyak2..mohonlah pada Allah...susu ni rezeki bayi yang disalurkan oleh Allah melalui kita....banyakkan berzikir (ya Matiin 70x sehari...lebih pun xper)...rajin2 beristighfar...selawat, tahajjud jangan tinggal...pendek kata, jaga hubungan dengan Allah :-) jom lihat apa kata pengguna set penyusuan Shaklee...
TESTIMONI PERTAMA :
Salam semua..saya nak kongsikan pengalaman saya menggunakan set breastfeeding B (vitalea,b-complex,vita c ,alfalfa) dan ESP selama 2 bulan. Mula2 sy perasan susu sy jd semakin pekat..kwn2 yg tgk hasil pam saya pon ckp susu sy dah mcm susu formula.kemudian hasil pam saya meningkat dari hari ke hari. Dulu nak dapat 2 oz pun susah, skrg sekali pam sy boleh dapat 8-10 oz.


sy cuma pam bl kat ofis, bl dgn baby sy akan direct feeding je.setiap mlm baby akan bgn menyusu 2 kali. bezanya skrg, lepas 5 minit minum, baby dah tertido kekenyangan, mayb sbb susu sy dah pekat kot. tp cik b sy dah penuh n sy mls nk bgn mlm2 pam, sudahnya habis basah lengan baju baby sbb susu dah melimpah keluar..kesian baby..

Dulu, kulit baby sgt sensitif, sng naik butir2 merah sampai pnh sekali tu butir2 merah yg sangat banyak n gatal tumbuh di muka baby..kesian sgt..skrg kulit baby dah licin dan lembut je..
...
happy sgt dengan perubahan +ve ni..kini sy dh x bimbang lagi walaupun baby dah 4 bulan n demand susu Elea smkn meningkat..Alhamdulillah n tq to Shaklee.
Jacky Bass
TESTIMONI KEDUA:
Wowww...seronok kan...anda juga boleh merasai kebaikannya....berminat untuk mencuba?Hubungi saya untuk maklumat lanjut....
June Mohd
0192187383
kerengge83@gmail.com

P/S: Anda berhak mendapat konsultansi percuma yang berterusan selepas pembelian...anda juga bakal dijemput ke secret FB Group khas untuk pelanggan saya sahaja...Hadiah istimewa juga bakal menanti anda ;-)

Ahad, 3 Februari 2013

Testimoni : Set Penyusuan & Set Ibu Mengandung Shaklee


MACAM MANA BOLEH JATUH CINTAN NGAN SHAKLEE:-)


Puteri sulong…Husna Ruhii dilahirkan tepat jam 4.37 pagi pada 31.12.10…Alhamdulillah:-)….Memang dh niat nak fully BF, walaupun husna warded selama lebih kurang seminggu di NICU HUSM, Kubang Kerian, Alhamdulillah, susu memang meriah.Memang boleh pump bg stok utk Husna di wad….Alhamdulillah, sehingga 60 hari sblm masuk keje, stok susu Husna tiada masalah..

Setelah mula bekerja, rutin pump adalah pada pukul 5.00 pagi (atau sebelum pukul 6.00) sebab dh nak subuh, nak breakfast lagi, takot Husna terjaga, then di tempat kerja sblm naik wad (rutin harian akan g tgk patient yg DR refer) iaitu sblm pukul 9.00 pagi.then sblm lunch hour skali dalam pukul 12.30 tengahari.then pukul 3.00 @ 4.00 petang sekali..balik rumah, lepas ambil Husna dari Nursery, ...lebih kurang pukul 7.00 sblm Maghrib…kalu rajin sblm tido lagi skali …

Tak ingat daa masa Husna umur brapa bulan, tergerak di hati nak tanyer my Best Fren…a.k.a..Neslo Beng Wardah…macam mana nak pekatkan susu:-)…masa tu, sy x der maslah sangat ngan pengeluaran susu…Alhamdulillah:-)

Then, Pn Neslo Beng Wardah pun bagi cadangan Set B (Set Penyusuan) iaitu Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Alfalfa…
Alhamdulillah, bila pump, layer yang terbentuk memang Fantasticccc:-)…sangat suka bila letak dalam Fridge….

Lama lepas tu, Pn Neslo Beng Wardah suggestkan Osteomatrix pulak, bukan sajer sebagai sumber Kalsium, malah ia juga boleh meriahkan lagi rezeki susu Husna:-)

Pengambilan Vitamin Shaklee bukan hanya untuk Ummi Husna sorang, malah Abi Husna pun turut sama menikmati dan merasai kebaikan serta kelebihan Shaklee

Setelah umur Husna 1 tahun 10 bulan, BF dihentikan sbb husna akan mendapat ‘adik’…Alhamdulillah
Awal kehamilan, alahan teruk menyebabkan Hb terus drop 10.5…masa buka buku merah terus dapat sticker …Dengan x semena2, terus call Pn Neslo Beng Wardah…huhuuuuu..Mcm mana deyyy, Hb aku dh drop, padahal sblm pregnant, HB sangat normal …..Apa yang dicadangkan adalah Set J1 (utk trimester 1) dan Set J2 untuk trimester 2&3…Tanpa buang masa, terus jer oder…dan Alhamdulillah…Hb dah naik 11.0 walaupun alahan masih lagi teruk….Bila masuk Trimester 2, mula tambahkan Omega dan ESP….Alhamdulillah, latest Hb adalah 11.8 iaitu pada kandungan berumur 20/52…ngam2 masuk 5 bulan, dan Alhamdulillah, alahan pun berlalu pergi:-)



kredit to : Hasimah Mamat 

P/S: Alhamdulillah...pengguna di atas begitu teruja dengan khasiat yang diperoleh setelah menggunakan suplemen Shaklee...jangan ragu-ragu lagi...dapatkan suplemen anda hari ini juga...

Anda juga berminat?
hubungi saya 

June Mohd
019-2187383
kerengge83@gmail.com

Setiap pembelian daripada blog ini anda akan mendapatkan khidmat nasihat berterusan 'after sales'..juga akan di'add' ke secret group yang EXCLUSIVE di facebook...diskaun hebat juga bakal menanti anda...

Sekian, terima kasih.