Memaparkan catatan dengan label kebaikan ostematrix shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kebaikan ostematrix shaklee. Papar semua catatan

Rabu, 14 Mei 2014

Rawat Senggugut yang Mengganggu dengan Shaklee


Mengalami masalah senggugut adalah perkara yang paling dibenci oleh wanita ketika kedatangan haid. Lebih-lebih lagi jika kesakitan senggugut yang dialami begitu serius. Ada yang sampai berguling-guling menahan kesakitan. Ada juga sampai tahap 'iron' perut sendiri semata-mata nak kurangkan kesakitan senggugut. Dan ramai juga yang tidak dapat meneruskan aktiviti harian seperti biasa akibat kesakitan senggugut yang mereka alami. Sudahnya, mereka terpaksa bercuti dan berehat di rumah. 

Apakah agaknya punca senggugut? Senggugut disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus membawa kepada kontraksi. Pergerakan ini yang menyebabkan kita berasa ngilu & sakit.
Siapakah yang berisiko mendapat senggugut/ period pain?
  1. Anak gadis yang berusia bawah 20-an
  2. Mempunyai sejarah ahli keluarga yang senggugut teruk
  3. Merokok
  4. Mempunyai aliran darah yang sangat banyak semasa haid
  5. individu yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur
  6. Individu yang belum pernah hamil dan melahirkan anak
  7. Individu yang akil baligh sebelum usia 11 tahun

Cara mudah mengurangkan senggugut tanpa bertemu doktor :
  1. Bertungku di kawasan pelvik atau bahagian belakang badan
  2. Lakukan urutan lembut di bahagian abdomen/ perut
  3. Mandi air suam
  4. Lakukan senaman ringkas
  5. Makan snek ringan yang berkhasiat seperti kekacang, bijirin, atau buah-buahan
  6. Lakukan teknik pernafasan yang betul supaya badan lebih tenang
  7. Ambil ubat anti radang seperti ibuprofen beberapa hari sebelum haid
  8. Amalkan vitamin B6, vitamin B1, vitamin E, asid lemak omega 3, kalsium dan magnesium setiap hari
  9. Kurangkan pengambilan kafein, gula, garam untuk mengelakkan kembung dan ketidakselesaan perut semasa haid


RAWAT SENGGUGUT/PMS DENGAN SHAKLEE



Dalam Shaklee 3 suplemen dicadangkan :

1. B Complex

Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
Vitamin B6 juga meringankan simptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan. 


2. OsteMatrix (Kalsium Magnesium)
Wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain simptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta simptom-simptom yang lain
Wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium. 

3. GLA Complex
Apabila seseorang itu mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan otot didalam rahim. Kajian mengatakan, keadaan ini terjadi apabila tubuh seseorang kekurangan GLA ( Gamma Linolenic Acis). Jadi dengan pengambilan GLA COMPLEX SHAKLEE adalah sangat perlu untuk memenuhi gla yang kurang itu tadi.
Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut.



Berminat untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya seperti maklumat tertera.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221



Sabtu, 3 Mei 2014

Cara Menambahkan Ketinggian secara Semulajadi seperti Model


Tubuh yang tinggi lampai merupakan dambaan kaum wanita dan juga lelaki. Ketinggian menyebabkan seseorang itu kelihatan lebih menarik dan terserlah kecantikan atau pun ketampanannya. Selain itu, faktor ketinggian juga mampu meningkatkan keyakinan diri seseorang.



Menurut kajian, kadar pertambahan ketinggian seseorang adalah berbeza. Untuk memahami perkara ini dengan lebih lanjut, kita perlu mengetahui beberapa  faktor yang mempengaruhi ketinggian seseorang dan juga aktiviti yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kadar pertumbuhan kita secara semula jadi.


Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk menambah ketinggian secara semula jadi :

Pastikan mendapat kadar tidur yang mencukupi
Kajian memaklumkan bahawa badan kita membesar dan menghasilkan tisu ketika kita berehat. Tidur yang betul dan cukup adalah benar-benar penting dalam badan yang semakin meningkat.
Adalah dipercayai bahawa hormon pertumbuhan manusia dihasilkan secara semulajadi dalam badan kita semasa gelombang bunyi yang perlahan semasa tidur.
Di samping itu, mandi air panas sebelum tidur boleh meningkatkan kualiti tidur.

Cukupkan Gizi
Pastikan mendapat protein, lemak, vitamin (seperti vitamin A dan D) dan mineral (seperti zat besi, kalsium) yang mencukupi kerana sumber sumber ini sangat mempengaruhi proses pertumbuhan badan. Dalam kes ini, mungkin Vita-Lea dan ESP Shaklee dapat membantu memenuhi keperluan nutrisi yang dikehendaki oleh badan.

Lakukan senaman yang kerap dan aktiviti bersukan
Antara cara terbaik untuk meningkatkan ketinggian secara semulajadi adalah melakukan aktiviti fizikal yang sihat dan aktif seperti kanak-kanak.
Senaman dan aktiviti sukan boleh meningkatkan ketinggian. Apabila anda aktif , badan anda memerlukan nutrien yang lebih sihat dan kesannya, peningkatan dalam pengambilan nutrien dalam pertumbuhan. Perasan tak, pemain bola keranjang biasanya bertubuh  tinggi lampai dan jarang kita jumpa atlit 'basketball' yang bertubuh rendah.

Berenang
Aktiviti ini adalah cara yang terbaik untuk menambah ketinggian, kerana semasa berenang, seluruh badan akan mengalami peregangan dari badan sampai ujung kaki. Disamping itu, gerakan renang hampir melibatkan semua otot-otot tubuh.
Jika tidak tahu berenang memadai dengan melakukan aktiviti kayuhan berbasikal. 

Amalkan diet seimbang
Ia amat penting untuk mendapatkan nutrisi yang betul. Justeru itu, anda disarankan untuk menjauhkan diri daripada memakan makanan ringan. Badan anda memerlukan semua vitamin dan mineral untuk berkembang dengan ketinggian maksimum anda. Kepada anak-anak gadis, pastikan jumlah kalsium harian anda diambil dalam jumlah yang mencukupi bermula tarikh pertama anda datang bulan kerana, tumbesaran anda akan berhenti tiga tahun selepas itu. Jadi, jika jumlah kalsium yang anda peroleh tidak mencukupi, badan anda tidak akan membesar seperti ketinggian yang sepatutnya. Rugi kan? Dalam kes ini, saya cadangkan supaya anda mengamalkan OsteMatrix Shaklee supaya jumlah kalsium yang dapat diserap oleh badan anda benar-benar optimum. 

Amalkan gaya hidup sihat
Tabiat mengambil dadah, alkohol dan merokok pada usia muda bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan malah boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut serta menghalang badan dari mencapai ketinggian maksimum.Selain itu, pengambilan kafein harus dihadkan untuk memastikan mendapat tidur dengan nyenyak dan teratur.

Elakkan penggunaan ubat-ubatan yang mengandungi steroid kerana ia juga telah didapati mampu menghalang pertumbuhan tulang dan boleh menjejaskan ketinggian.

Berminat untuk dapatkan suplemen-suplemen di atas? Jom jadi ahli untuk mendapatkan diskaun menarik bagi setiap pembelian anda. Hanya RM75 @ RM85 untuk yuran pendaftaran. Maka sesudah itu, bersiap-sedialah untuk menikmati segala kemudahan yang diberikan kepada ahli berdaftar yang sah :-)

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221



Jumaat, 18 April 2014

Tips atasi Perut Buncit Macam Ibu Hamil 9 Bulan

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan petanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya.


Pasti tidak selesa untuk bergerak jika memiliki masalah seperti ini.

Di sini saya kongsikan beberapa cara untuk mengempiskan perut :


1. Minum Air Masak Yang Banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.

4. Makanlah Makanan Yang Penuh Serat.

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.

5. Kesan Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan. Pssstt... Herb Lax & Ostematrix  banyak membantu orang yang ada masalah sembelit.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan. B Complex mampu meningkatkan metabolisme badan dan ia menyebabkan badan kekal bertenaga untuk kita melakukan senaman.

~sumber~

Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan dan janganlah biarkan perut kita mengembang seperti ibu hamil. Alangkah kecilnya hati jika rakan yang dah lama tak jumpa menegur bahawa kita sedang hamil 5-6 bulan,,,Nampak sangat perut tak rata seperti zaman anak-anak dara dulu...aduduuudushh! Terkena sebijik... (Ops, ini bukan kisah saya. Ia hanyalah rekaan semata-mata. Sila jangan percaya kay?)

Kepada sesiapa yang mengalami masalah perut boroi macam gambar di atas, bawak2lah bersenam dan cubalah segala macam tips di atas. Selain itu, amalkanlah pemakanan yang sihat.

Sekiranya ingin mencuba vitamin Shaklee yang glamers itu, bolehlah hubungi saya seperti berikut:


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-9438392 | ID : 891221

Rabu, 16 April 2014

Apa yang Buat Saya Menyampah Apabila Telan Ostematrix?

Bulan April 2014 merupakan bulan promo untuk Ostematrix Shaklee. Malas nak cerita panjang-panjang. Kita terus pergi kepada tajuk diberi, okeh...

Hahahaaa...semacam jer tajuk hari ni. Yeahh..memang betul. Kadang kala tak semua benda tu bagus sangatkan.. 



Apa yang tak best tentang Ostematrix Shaklee?
  1.  Saya tak boleh sambung tidur lama-lama hatta ketika 'cuti' sekali pun. Tiga-empat jam tu dah cukup lamalah tu. Kucuba pejam mata, tapi masih tak mahu lena kembali. Sudahnya, saya terpaksa bangun dan buat la apa yang patut. Actually, to do list saya memang panjang berderet-deret minta diselesaikan. Ada hati hang nak sambung tidur yek?
  2. Kalau kat dalam kelas tu, saya langsung tak sempat nak duduk. Biasanya saya akan round keliling kelas untuk memantau aktiviti pelajar saya. Mana tahu diorang curi tulang & tak buat latihan. Bila buku nota tak lengkap, cikgu jugak yang kena. Sudahnya saya pun tak sedar yang saya dah berdiri lama sangat. Ostematrix punya pasal, saya boleh tak rasa lenguh-lenguh pun walau pun berdiri sampai sejam..hihihh..nyampah tak?
  3. Yang saya perasan, masalah gigi sensitif saya pun dah makin jarang terasa kesensitifannya. Alaaa, tak dapatla saya nak jumpa doktor gigi yang hensem macam Ally Iskandar tuh selalu..hahaaa..gediks weh!
  4. Ni lagi satu yang mencemaskan. Pagi-pagi hari lagi saya terpaksa berlari ke tandas. Alamak hai...Ostematrix ni sungguh berkesan sebagai pelawas. Tak tahan den...kalau nak travel ke mana-mana saya akan pastikan dosage ostematrix saya dikurangkan berbanding biasa. Tak delah kalut cari toilet kan?
  5. Period datang tanpa tanda. Haa, ni lagi satu masalah. Biasanya kalau dekat2 nak datang bulan kaum wanita akan mengalami tanda-tanda seperti sakit2 di bahagian ari-ari. Tapi, dengan Ostematrix, tanda2 period langsung tiada. Semuanya normal seperti biasa. Tau2, bendera merah sudah berkibar...waduh2...kok bisa. Senggugut pun dah lama tak menjengah..:-P OK what?? hehehh..
Sekian sahaja entry mengarut saya kali ini. Tapi, percayalah. Memang itu yang saya alami. Kalau nak tau, orderla sekarang..

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-9438392 | ID : 891221

Rabu, 10 Julai 2013

Suplemen untuk Penyakit 'Slip Disc'



Struktur tulang belakang manusia, terdapat 'jelly-like structure' yang dipanggil 'disc'. Disc ini bertindak sebagai pelindung atau kusyen pad diantara tulang-tulang di bahagian tulang belakang. 


Slip Disc terjadi apabila disc yang menjadi kusyen antara tulang-tulang ini membengkak atau membenjol atau tersasar dari keadaan asalnya.

Disc yang membengkak ini akan menekan urat-urat saraf berhampiran. Kebiasaanya kesan slip disc akan mengakibatkan kebas-kebas dan sakit yang tidak terhingga di bahagian pinggul seterusnya ke kaki dan ke bawah.


Bagaimana ia boleh berlaku?
  • Cara duduk yang digunakan ketika mengangkat barang yang tidak betul
  • Duduk atau baring dalam keadaan postur badan yang tidak betul 
  • Membongkok terlalu lama 
  • Angkat beban yang terlalu berat 
  • Common 'sport injury' terutamanya bagi yang terlalu ghairah mengangkat berat di gym. 
Bolehkah pesakit 'slip disc' sembuh seperti biasa?

TIADA ubat untuk menghilangkan penyakit ini selama-lamanya. Cuma terdapat beberapa pendekatan bergantung pada sejauh mana seriusnya penyakit 'slip disc' itu sendiri.

Ada juga kes yang memerlukan pembedahan untuk mengurangkan kesakitan akibat penyakit slip disc.

Fisioterapi juga salah satu cara rawatan terbaik walaupun ianya memakan masa. Fisio bermula dengan rawatan cold pack pada peringkat permulaan diikuti dengan hot pack ditempat sakit. Rawatan diteruskan dengan senaman ringan bagi menguatkan otot-otot bahagian yang terlibat. 

Rawatan thermal seperti bersauna adalah digalakkan bagi mengurangkan sakit.

Suplemen yang dicadangkan untuk pesakit slip disc adalah seperti berikut :


- memelihara ligamen (tisu penyambung) yang sihat.

- menyokong keselesaan sendi

-meningkatkan kesan kusyen

OSTEMATRIX
- Sumber kalsium di mana penting untuk kesihatan tulang,otot dan ligament

- Magnesium membantu penyerapan kalsium dan membantu menguatkan tulang.

- Vitamin D merangsang penyerapan kalsium.

OMEGA GUARD
- Mengurangkan inflamasi atau radang akibat sakit sendi

- Bertindak sebagai pelincir pada sendi.

Vivix™

- Merupakan agen anti penuaan di mana menjaga keanjalan struktur Disc tulang belakang dan mengurangkan risiko Slipped Disc.

- Menyokong kesihatan sendi.

- Menyokong kesihatan menyeluruh.
Slip disc boleh berulang jika kita melakukan perkara-perkara salah terhadap tulang belakang kita. Jadi berhati-hatilah ketika melakukan aktiviti harian supaya masalah slip disc tidak terus menghantui hidup anda. Rujukan : http://www.puanseri.com

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 017-9438392