Isnin, 3 Februari 2014

VITA-LEA : Vitamin Shaklee Terbaik untuk Lelaki

Assalamualaikum w.b.t..


Insan bergelar lelaki terkenal dengan kegagahan & ke'macho'an mereka. Jadi tak ramai yang ada kesedaran untuk menjaga kesihatan seawal mungkin. Bila penyakit dah mula menyinggah, barulah terkial-kial nak cari ubat. Ramai yang beranggapan vitamin @ suplemen tidak penting dalam hidup mereka. Selagi mereka sihat, selagi itulah mereka berasa selesa dan tidak perlukan sebarang suplemen.

Sebenarnya, setiap orang memerlukan vitamin kecuali mereka yang mampu makan makanan seimbang setiap hari. Pastikan anda mendapatkan zat yang diperlukan oleh tubuh dengan secukupnya. Tapi, adakah kita benar-benar yakin dengan zat yang diserap oleh badan telah mencukupi. Terlalu banyak faktor yang perlu kita ambil kira untuk mendapatkan khasiat yang mencukupi daripada makanan yang kita makan setiap hari. Anda boleh baca di sini dan juga kat sini sebab-sebab badan kita perlukan vitamin setiap hari.

Kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda vitamin yang sesuai untuk kaum lelaki terutamanya mereka yang tak suka nak telan bermacam-macam pil. Untuk memenuhi keperluan nutrisi anda setiap hari, cubalah amalkan Vita-Lea Shaklee.



Ia dilengkapi dengan 28 nutrien penting yang diperlukan oleh badan.


Fakta nutrisi dalam Vita-Lea Shaklee :
  • Vitamin A ~ Untuk kesihatan mata, anti oksida, cegah rabun malam, membantu proses tumbesaran, sesuai untuk tingkatkan sistem imun dan bagus untuk rambut yang sihat.
  • Vitamin D ~ Memperkasakan kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
  • Vitamin E ~ Anti oksida yang kuat, pejalkan kulit, menjadi kulit lebih berseri, , melancarkan perjalanan darah, mencegah sakit jantung, baik untuk sistem pembiakan lelaki dan boleh mengurangkan kesan parut.
  • Vitamin C ~ Sejenis anti oksida, melawan kanser, merangsang pembentukan kolagen, meningkatkan daya tahan penyakit, mempercepatkan penyembuhan luka, mencegah selsema, elakkan  gusi  dan hidung berdarah.
  • Asid Folik ~ Baik untuk kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung, bagus untuk mencegah ulser mulut, merangsang pengeluaran susu badan, cegah kecacatan fetus (untuk wanita hamil), dan bagus untuk kecantikan kulit.
  • Vitamin B1 ~ Menukarkan makanan kepada tenaga, memperkuatkan ingatan, bagus untuk kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah, membantu tumbesaran, mengurangkan masalah keresahan dan membantu mengurangkan mabuk laut/ darat.
  • Vitamin B2 ~ Elak anemia, membantu menukarkan makanan kepada tenaga, baik untuk mata letih, katarak dan mereka yang sering mengalami kekejangan.
  • Vitamin B3 ~ Memberi tenaga, menghasilkan hormon yang diperlukan oleh badan, merangsang peredaran darah, merawat kepeningan, membantu kurangkan cirit-birit, mencegah migrain, sesuai untuk mereka yang ada masalah nafas berbau serta baik untuk perut dan usus.
  • Vitamin B5 ~ Meredakan tekanan, anti stress, melawan alahan, cegah sembelit, kawal keletihan, athritis, redakan kesan sampingan anti biotik, mencegah jangkitan dan mempercepatkan luka sembuh.
  • Vitamin B6 ~ Bagus untuk metabolisme protein, memperbaiki otot, cegah senggugut, anti stress, mengelakkan muntah-muntah, masalah kekejangan dan anemia.
  • Vitamin B12 ~ Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, membantu selera makan, meningkatkan tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan dan rabun malam.
  • Biotin ~ Membantu B Complex untuk berfungsi dengan lebih baik, cegah rabun, elak rambut cepat beruban dan mudah gugur,  kurangkan kesan diabetis serta sesuai untuk kurangkan kesan masalah eczema dan keradangan kulit.
  • Kalsium ~ Memperkasakan tulang dan gigi, mengurangkan rasa kebas dan kesakitan, mengekalkan kadar degupan jantung normal serta mencegah osteoporosis.
  • Fosforus ~ Meningkatkan kepadatan tulang, cegah diabetis, batu karang dan pereputan tulang,  turut membantu proses tumbesaran, meredakan kesakitan arthritis dan anoreksia.
  • Iodin ~ baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, meningkatkan IQ kanak-kanak, membina ligamen & otot, penting untuk membentuk  tisu-tisu penghubung, baik untuk kekuatan fizikal, serta mengawal berat badan.
  • Zat besi ~ Membentuk hemoglobin, meredakan kesakitan senggugut, melawan penyakit, membantu tumbesaran, mengelakkan keletihan dan anemia.
  • Magnesium ~ Bagus untuk kesihatan tulang dan gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, bersifat penenang semula jadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman.
  • Kuprum ~ Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, baik untuk kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, rawat masalah kebengkakan.
  • Zink ~ Memperkasa sistem imun, mempercepat luka sembuh, meningkatkan keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria bau dan minda yang tajam.
Wah, terlalu banyak khasiat vitamin dan mineral dalam Vita-Lea. Naik lenguh tangan saya menaipnya. Jadi, tak perlu tunggu lagi untuk mendapatkan khasiat-khasiat di atas. Hubungi saya segera untuk mendapatkan Vita-Lea anda sekarang. Ada yang cakap,harga Vita-Lea terlalu mahal dan tak mampu milik. Hakikatnya, nilai RM88.75 untuk 120 biji tablet sangatlah berbaloi untuk anda laburkan. Jagalah kesihatan sejak awal lagi kerana insan bergelar lelaki adalah tulang belakang dalam sesebuah keluarga.

Salam sayang, 
Junainah Mohamed
FB : June Mohd
Emel : kerengge83@gmail.com
SMS/ WA : 017-943 8392





0 comments:

Catat Ulasan