Memaparkan catatan dengan label faedah jadi ahli Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label faedah jadi ahli Shaklee. Papar semua catatan

Khamis, 3 Julai 2014

Kenapa Saya Suka Shaklee?

Andai ada yang bertanya, kenapa saya bersungguh sangat buat Shaklee? Dah ada gaji tetap, kerja separuh hari. Setiap tahun ada 3-4 kali cuti semester. Hujung tahun boleh berehat sepuas hati tapi gaji tetap jalan...Anak baru seorang. Suami, gaji boleh tahan.. Tapi, mengapa masih sibuk nak berbisnes? Mak aiiih, masih tak cukup makan lagi ke selama ini?

Ada banyak faktor yang membuatkan saya suka sangat dengan Shaklee ni sebenarnya. Selain daripada ianya merupakan suplemen yang bagus dan berkualiti, ia juga dapat memperbaiki taraf kesihatan ramai orang termasuk diri saya sendiri. Dan, apa yang membuatkan saya terus terpikat adalah kerana ikatan silaturrahim sesama SID/ upline/ downline sangat erat. Kami sentiasa menyokong antara satu sama lain. Persaingan antara kami adalah sangat sihat dan adil. Mereka yang ada dalam famili Shaklee kami juga tak pernah kedekut ilmu! Ada juga yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk datang jauh-jauh kerana nak jumpa anak cucu bagi berkongsi ilmu dan strategi. Setiap hari ada sahaja santapan rohani yang dibekalkan untuk kami dalam secret group. Bisnes yang saya cari adalah bisnes yang mendekatkan kita kepada Allah. Insya Allah.

Kat bawah ni pula apa yang Shaklee bagi untuk semua pengedar jika cukup syarat-syaratnya :

1. CASH BONUS
~ yang ni memang setiap tengah bulan dapat. Bermula dari 2 angka, kemudian naik 3 angka, sekarang 4 angka dan saya sasarkan untuk mendapat 5 angka secepat yang mungkin. Berapa lama saya buat Shaklee untuk dapat 4 angka ni?  Secara serius, belum pun sampai setahun lagi...

2. CAR BONUS
~ yang ni tengah dalam misi melengkapkan program ini Shaklee bagi kereta ke? Tak, dia bagi CASH. Terpulanglah kat kita nak buat apa dengan cash tu.. Dan bukan sekali je dapat car bonus ni tau, akan dapat setiap kali kita lengkapkan program CAR BONUS ini. Kalau saya nak cerita panjang2 pun konfem tak paham, kena jadi ahli dululah yer... 

3. CONVENTION
~ yang ni trip, either local or international trip, juga umrah . 
Based on point yang dapat dikumpul dalam setiap 'cycle'. Trip yang diberi adalah 5 STARS trip. Sungguh mengujakan! Untuk cycle lepas (Mac 2012 - Feb 2013) adalah local trip (ke karambunai, bulan 9 2013). Untuk cycle Mac 2013-Feb 2014) adalah pakej penginapan di Sunway Resort Hotel & Spa semasa National Conference yang lepas.

Sekarang ni dah bulan kelima dalam cycle 2014-2015 ni. Lambat anda join, sikit jelah poin yang dapat dikumpul ;-)..

Nak join boleh pm saya. Saya akan masukkan anda kedalam grup eksklusif kami, di mana segala teknik2 marketing, santapan rohani semua tersedia kat situ.

Berapa RM nak join? RM75 @ RM85 jer, untuk LIFETIME MEMBERSHIP... Murah sangat jer ponnn..betul tak.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<. Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee atau menjadi ahli, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Isnin, 16 Jun 2014

Peluang Bekerja dari Rumah dengan Shaklee

Aduhai...cemburu sungguh rasanya apabila melihat ibu-ibu yang bekerja dan berbisnes dari rumah. Sambil melayan keletah anak-anak, mereka masih boleh meraih pendapatan yang lumayan setiap bulan. Mengalahkan orang yang bekerja makan gaji macam saya ni. Ops! Bukanlah bermakna saya tidak bersyukur dengan pekerjaan saya sekarang...but there's something yang saya nak dan saya belum dapat. 

Untuk pengetahuan semua, saya dan suami telah pun masuk tahun keenam berkahwin. Hingga sekarang, kami masih belum pernah tinggal sebumbung. Sadiskan? Mungkin ramai lagi pasangan di luar sana yang senasib dengan saya. Atas dasar itulah, saya memilih untuk membuat Shaklee. Impian saya adalah untuk bekerja sendiri dan berbisnes dari rumah. Jadi saya tidaklah terikat dengan pekerjaan saya sekarang. Saya kasihankan Faris kerana dia membesar tanpa seorang bapa di sisi. Walaupun kami berhubung setiap hari menerusi telefon, manakan sama dengan ayah yang berada di depan mata. 

Jadi, apabila bertemu dengan Shaklee, saya nampak jalan yang terbentang di hadapan mata. Sudah ramai ibu-ibu yang dahulunya bekerja kini telah memilih Shaklee sebagai sumber pendapatan. Kebetulan pula, saya berada di bawah naungan kumpulan Jutawan, pimpinan Master Shareeza Hashim. Setakat ini,  Master Shareeza telah melahirkan 45 orang
Master Coordinator dalam Shaklee. Dan pencapaian ini sangat-sangat membanggakan kerana mereka hanya melakukan bisnes melalui online. Hanya dari rumah! Dan mereka mengamalkan konsep teach others to teach others to teach others. Upline kami  tidak lokek ilmu dan sentiasa membantu anak cucu yang memerlukan. Alhamdulillah, kami bertuah kerana mengenali mereka.

Jangkaan pendapatan mengikut Ranking dalam setahun. 

Jika ada rakan-rakan yang senasib dengan saya ( Perkahwinan Jarak Jauh ), apa kata cuba buat bisnes shaklee. Modalnya cuma RM75 sahaja. Syaratnya hanyalah ikut sahaja jalan yang mentor tunjukkan. Mereka telah merentasinya jadi tugas kita hanyalah duplicate. Just do it! Yang penting, anda adakan masa untuk membina bisnes yang anda pilih. Buat betul-betul dan ikhtiar sungguh-sungguh. Pasti kita akan tiba ke puncak kejayaan. Insya Allah :-)

Berminat untuk menyertai kami? Hubungi saya di maklumat yang tertera. Semoga kisah PJJ kita ada kesudahannya.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<. Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli dan berbisnes, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Selasa, 6 Mei 2014

Ramai Sangat yang Jual Shaklee, Ada lagikah Peluang untuk Saya?

Saya juga pernah terfikir soalan yang sama dua tahun lepas. Walau pun sering terbaca post ' jom jadi ahli & jana pendapatan hebat dengan Shaklee', tapi saya masih ragu-ragu untuk serius dalam Shaklee. Saya akui produknya hebat dan berkesan...tapi jauh di sudut hati saya, saya meragui peluang yang ada. Masih ada orang nak beli ke dengan saya? Kan dah ramai yang register jadi ahli..ramai pulak yang menjual...eh ehhh... market dah tepu la..

Hakikatnya, memang betullah..setiap hari beratus-ratus ahli baru kot yang join Shaklee. ID Shaklee yang terkini pun dan mencecah ke angka 1.1 juta...1,141,768 merupakan no keahlian terbaru yang saya daftarkan di bawah kumpulan saya dua hari lepas. Fuh, market Shaklee dah makin HOT kat Malaysia ni haaa..

Habis tu, ada lagi ke peluang untuk saya nak BISNES kalau market dah tepu?
macam ni lah..kalau ikut logik memanglah tepu...tapiiiii... jangan lupa..rezeki Allah Maha Luas.. Setiap makhluk yang Allah ciptakan ada rezeki masing-masing. Rezeki kita tetap milik kita dan rezeki orang lain tetap akan jadi milik mereka. Kita lihat analogi ini. Cuba lihat ikan di laut, pernah tak ikan-ikan tu habis walau pun setiap hari berbillion manusia yang makan ikan tapi ikan tu tak jugak pupus. Tak habis dan tak luak pun walau pun setiap hari ditangkap oleh para nelayan. Saya nak korang pegang kunci ni : Rezeki Allah Maha Luas dan takkan pernah habis bagi setiap hambaNya yang berusaha.

Lagi satu, walau pun dah ramaiiii sangat yang register Shaklee, tapi berapa kerat sangatlah yang serius berbisnes. Ada yang awal-awal tu semangat bukan main..tapi setakat 2-3-4 bulan je lepas tu down...diam. Dah tak nak bisnes. Ramai je yang macam ni sebenarnya. Maka, tinggallah beberapa kerat jelah yang setia dan bersungguh-sungguh buat Shaklee. Kat sini % SID yang nak buat bisnes dah berkurang. So, tak  timbul soal market tepu lagilah kan.

Ni pun satu hal...saya nak korang luaskan skop pemikiran, tengok sekeliling dan berikan perhatikan. Rakyat Malaysia saban hari semakin bertambah dan statistik terkini menunjukkan rakyat Malaysia dah mencecah 30 juta orang. Jumlah ini akan dijangka akan bertambah pada masa akan datang kerana tahap kesihatan rakyat Malaysia semakin berkualiti. Katalah ada 100.000 pengedar dan nak jual kepada 25 juta rakyat Malaysia yang ada. Setiap orang akan dapat purata dalam 250 orang customer. OK lah tu kan...sape yang usaha lebih, merekalah yang akan dapat lebih ramai customer..adil tak?

Berdasarkan pemantauan yang dibuat oleh akhbar berkenaan terhadap jam populasi itu, kira-kira satu kadar kelahiran berlaku setiap minit, dan membuat kesimpulan angka 30 juta angka itu akan dicapai pada kira-kira pukul 2 pagi Khamis (27 Februari 2014)
Tambah laporan lagi, menurut unjuran populasi jabatan tersebut, angka 38.5 juta orang penduduk akan dicapai pada tahun 2040, yang terdiri daripada 19.6 juta lelaki dan 19 juta perempuan~ MySumber.com

Selain itu, pengedar Shaklee ni karakter mereka pelbagai. Jadi customer boleh memilih pengedar mana yang mereka selesa dan suka. So, just be yourself...berkongsilah seikhlas mungkin dan pasti kita akan dapat pelanggan yang serasi dengan kita. 

Kesimpulannya, jangan sempitkan fikiran. Shaklee mempunyai produk yang berkesan dan berkualiti tinggi. Kalau sekali orang dah rasa keberkesanannya, mereka akan terus makan dan berkongsi dengan orang lain pula. Dengan ini, market kita akan berkembang dan terus membesar. Kalau ada niat untuk berbisnes, daftarlah sekarang. Cari side income kerana kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Harga barang dah sah-sah meningkat..itu belum campur cukai itu ini begitu begini...dapat gaji sebulan sekali tapi tak sampai sehari dah tak sampai separuh gara-gara habis buat bayar hutang. Sampai bila nak hidup macam ni kan?

Ketahui macam mana nak jadi ahli di sini. Apa kelebihan jika anda mendaftar bersama kumpulan kami? Dalam group kami ada online support group untuk coaching anda semua. Untuk coaching secara offline pun ada disediakan. Kami akan bimbing anda berkali-kali setiap hari dan percayalah, dalam Shaklee upline takkan tinggalkan down line terkapai-kapai begitu sahaja coz korang dah dianggap macam 'baby' mereka sendiri. This is what they did..every day..hatta income dah juta-juta pun mereka still bagi guide pada down lines...hari-hari pulak tu..part ni buat saya rasa terharu sangat (>_<) dan tak menyesal coz join Shaklee dalam group besar ni. 


Daftarlah sekarang. Tak perlu tunggu esok atau lusa untuk jana pendapatan tambahan anda. Masa tak pernah menunggu kita. Hubungi saya untuk dapatkan lebih info di maklumat ini :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Rabu, 9 April 2014

Segalanya Hanya di Hujung Jari



Kalau dulu-dulu setiap bulan kami hanya akan 'walk in'  atau buat panggilan telefon ke cawangan-cawangan Shaklee untuk order, tapi kini dengan dengan adanya sistem online, segalanya menjadi mudah. Semuanya hanya di hujung jari.

Teringat lagi bagaimana kalutnya menjelang closing sebelum sistem online diperkenalkan. Kalau saya nak ke branch, memanglah jauh. Yang paling mudah, adalah dengan membuat panggilan telefon. Nak tembus line susahnya lahai...kadang-kadang tu, berbelas-belas kali dail pun belum tentu dapat. Memang stress kita dibuatnya..huhuhuu..

Tapi, saya dikira bertuah lagilah, walau pun saya berada jauh di Gua musang, tapi saya masih boleh minta tolong Mr. H yang bekerja di Kubang Kerian untuk ke branch Shaklee. Kalau nak beli barang atau pun semak point/ uv yang terkumpul biasanya Mr. H yang jadi mangsa. Kesian juga coz banyak masa yang terbuang akibat kesesakan lalu lintas, tapi dah terpaksa...nak buat camne kan? Belum lagi dikira masa untuk pergi branch nak beli barang, tapi stok asyik habissssss jek..kan dah jadi keje sia-sia pulak tu.

Sekarang ni terasa lega yang amat. Dari order barang, nak daftar ahli, nak check GE,nak semak bonus, nak check barang apa yang sold out, nak tahu segala aktiviti mahu pun program anjuran Shaklee semuanya hanya dengan klik pada laman ini : https://www.shaklee2u.com.my/mbst_en/



So, kini segala-galanya dah semakin mudah. Kalau masih ramai lagi yang beralasan susah itu ini...Memang tak tau nak cakap apalah. Terima kasih Shaklee kerana menyediakan sistem klik-klik yang sungguh mudah ini. I'm loving it!

Anda nak join team kami untuk berkongsi kebaikan Shaklee? Jom jadi ahli dan dapatkan segala kelebihan yang Shaklee sediakan. Daftarlah sekarang. Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Insya Allah, saya sentiasa bersedia untuk membantu.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Sehari Bersama Jom Hebat Pantai Timur

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya saya berpeluang untuk join satu kelas Shaklee yang dianjurkan oleh group Lady & Boss. Pada mulanya hati berbelah bahagi nak join ke tak..tapi, syukurlah coz Allah dah gerakkan hati saya untuk join. Banyak yang dapat saya pelajari dalam bengkel tersebut. Bengkel ini terbuka untuk semua susur galur yang berada di bawah Master Lyna Noh/ Master Zainul Anuar dan tiada paksaan pun untuk hadir. Semuanya bergantung atas pilihan sendiri. Tapi, serius memang best pun bengkel tersebut. Rugi sangat sesiapa yang tak join...


Saya dan mak Shaklee saya, Kamilah.
Encik Amin Idris kelihatan begitu 'kecil' sekali apabila diapit oleh kami berdua. Lepas ni haruslah kena diet nih..Mr. H pun dah warning2 tu..tak mo wife dia bulat sangat.

Peace...yo!!

Bersama Master Lyna Noh & Master Zainul Anuar. Leader yang humble dan sanggup buat apa sahaja supaya anak-anak buah turut berjaya. Boleh tahan jugak pedasnya, makan cili time ni.. Fuh!


 Kek sempena birthday En. Amin Idris yang jatuh sehari sebelum kejadian. Terharu beliau dibuatnya. Tak sangka pulak ada surprise kek..hehehee.. Snap gambar dulu sebelum potong kek.



MAGNET DIRI tajuk diberi. En. Amin Idris in action. Banyak input diberi sehingga kami tak sedar masa berlalu begitu pantas. Apa isi perbincangan yang disampaikan? Actually, saya hanya akan share dengan anak cucu saya dalam rumah rahsia kami nanti.
Manalah gambar ni...tak keluar-keluar pun...hihihhh.

Secara keseluruhan, banyak maklumat baru yang dapat saya serap. Tinggalnya, nak buat atau tak sahaja. Rugilah, penat-penat datang kelas tapi tak 'apply' pun. Harapan saya, semoga semua peserta yang hadir dapat memanfaatkan ilmu baru yang diperoleh untuk lebih berjaya. Insya Allah.

Jika ada antara pembaca yang berminat untuk menyertai 'team' kami, hubungilah saya seperti maklumat di bawah. Peluang sentiasa terbuka jika anda ingin menjana pendapatan hanya dari rumah. Segala-galanya terletak di hujung jari. Mudah bukan?

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Khamis, 3 April 2014

Mengapa Harus Jadi Ahli Shaklee?

Sejak Shaklee melancarkan P&R yang baru ni, saya rasa kalau adalah pengguna-pengguna produk Shaklee yang dah setahun, 2 tahun, 3 tahun guna Shaklee tu.. eloklah daftar jadi ahli Shaklee jer... tak nak bisnes pun takpe... jadi member tak semestinya nak bisnes. untuk makan sendiri pun boleh...

Mmmm..Ini kisah kelmarin. Nak tergelak pun ada..semalam saya offer seorang customer saya jadi ahli. Jadi, dapatlah beliau buat belian pada harga yang jauuuuuhhhh lebih jimat. Sekali dia tanya, akak...kalau jadi ahli kena menjual jugak ke kak...oh no no no! Saya tak pernah paksa ahli-ahli di bawah saya untuk jual-jual barang. Kalau mereka memang dah cakap, kak saya nak makan sendiri je...confirm 100% saya takkan paksa mereka buat sales pulak. Saya akan hormat pendirian mereka. Unless, mereka yang datang dan cakap...akak saya minat nak bisnes. Barulah saya tunjukkan jalannya macam mana. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi..samalah jugak dengan bisnes ni. Kalau 'anak' memang TAK IKHLAS NAK BUAT, buat apa dipaksa-paksa...betul tak?

Anak Shaklee Saya..hihihhh...

Apa sebenarnya faedah kalau jadi ahli?
Dapat beli semua produk Shaklee pada harga ahli. Jimat sehingga 30%.
Boleh kumpul UV & dapat bonus jika cukup syarat.
Dapat sertai support group kami yang best.
Peluang untuk bisnes tanpa modal & jana income bersama Shaklee (jika mahu).
Sistem jualan secara online. Jimat masa. Jimat tenaga coz tak perlu ke branch. 


Pendaftaran sebagai member Shaklee hanyalah RM 75 @ RM85 termasuk pos untuk SEUMUR HIDUP. Takde kena renew setiap tahun.
Ramai sangat yang telah menikmati faedah sebagai ahli Shaklee. Alhamdulilah.

Nak jadi ahli? Silalah bertindak...

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Rabu, 2 April 2014

Inilah Kisahku dan Kekasih Hati :-)

Salam ceria semua :-) Apa khabar pembaca sekalian? Kita dah masuk hari kedua dalam bulan April. Semoga hari ini lebih baik daripada  semalam. Hari ini saya happy sangat coz dapat bersantai dengan anakanda tercinta. Life saya kat sini banyak dipengaruhi oleh si cilik saya. Hanya Faris peneman setia. Kami belum berpeluang untuk sebumbung dengan Encik Papa. Mujurlah zaman sekarang ni kita dikurniakan dengan kemudahan  telefon, internet segala untuk berhubung....dapatlah mendengar suara dan berkongsi cerita 2-3 kali sehari :-D. Terima kasih Tuhan. Sesungguhnya, nikmat-Mu terlalu banyak dan tak terhitung olehku..


Faris n Dad masa umurnya 3YO

Alhamdulillah, pagi-pagi tadi saya berpeluang ke bandar Gua Musang untuk pos dan hantar barang yang pelanggan nak. Kalau orang lain, pejabat pos sebelah rumah diorang jer, tapi saya, alamak hai...jauhnyalah nak keluar ke pejabat pos. Jarak antara rumah saya dengan bandar Gua Musang lebih kurang 45km. Kalau pergi balik, dah 90km tu. Tapi, saya tak kisah asalkan dapat berkhidmat untuk pelanggan tersayang. Saya juga anggap ianya sebagai cabaran yang mematangkan saya dalam dunia Shaklee ni. Kalau nak ikutkan, ada je yang cakap berbaloi ke ko buat semua ni. Bagi saya, yes..indeed! Shaklee bukan bisnes biasa-biasa..ia penuh dengan suka duka yang banyak mendidik saya menjadi 'manusia'..

Daripada seorang yang bekerja hanya untuk keperluan diri sendiri, saya mula bertekad untuk menyumbang kepada yang memerlukan. Setidak-tidaknya, dengan bonus Shaklee saya mempunyai sedikit lebihan untuk berzakat dan bersedekah kepada yang memerlukan. Dan saya tak tahu mengapa saya mudah sangat tersentuh bila tengok orang-orang yang memerlukan...Sampai terngiang-ngiang pulak lirik lagu 'Kalau Aku Kaya! Aku bayar semua....:-)

Lagi, saya kagum dan jeles sesangat bila tengok ada orang yang mampu berzakat sehingga 5 angka sebulan. Mak datuk...sebulan tu, bukan setahun. Macam tak percaya, tapi ianya benar-benar terjadi. Sebab tu saya kena TEKAD untuk follow semua jejak langkah mentor-mentor yang dah berjaya.

DAN lagi...banyak benefit yang saya dapat dalam ber'Shaklee'..ianya bukan sekadar duit. Hubungan sesama upline, downline mahu pun side line sangat erat. Kami saling membantu apabila susah dan senang. Yup, even upline yang dah dapat 5-6 angka pun takkan biarkan downline mereka terkapai-kapai. Kami sentiasa diberi nasihat dan tunjuk ajar yang tak berbelah bagi..Aduh, terharu sungguh dengan kebaikan mereka.

Banyakkkkkk sangat benefits yang saya dapat setelah setahun lebih bersama Team Jutawan ,Lady Boss, Supermom segala...tak habis kalau nak taip kat sini tau..hihihhh. OK lah, dah larut malam. Sebelum tidur, kena telan OsteMatrix dulu, barulah hilang lenguh di badan. Esok hari Khamis, so banyak energy nak guna. Khamis adalah hari yang kami tunggu-tunggu. Faris nak balik kampung jumpa Mak Tok dan Papa tercinta :-)

Syyy...kalau uols nak join team kami yang best ni boleh contact saya tau :-) Tak rugi berkongsi kebaikan yang kita rasa kat orang lain. silap-silap hari bulan dapat jugak pahala free coz dah bantu orang hidup lebih sihat. Yer tak yer jugakkan?

Sekian.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221



Selasa, 18 Mac 2014

PROMO ESP : Jadi Ahli Percuma Sempena Promosi ESP Mac 2014


Memandangkan Shaklee Malaysia susah sangat nak bagi promo ESP..tahun lepas tak ada tau promo ESP. last time punya promo ESP buy 6 FREE 1 ialah pada Oktober 2012. Lama tu... Nak tahu kenapa Shaklee tak pilih ESP sebagai promo tahun lepas? Jeng jeng jeng.... Antaranya adalah disebabkan ESP merupakan all times favourite. Tak payah tunggu promosi pun ESP memang 'hot seller'. Ramai pengguna yang memang dah jatuh cinta dengan ESP yang best ni tau. Termasuklah saya...

Ada yang minum ESP untuk kurus.
Ada yang ambil ESP untuk gebu.
Ada yang ambil ESP untuk tambah susu badan.
Ada yang pilih ESP untuk hilangkan parut.
Ada yang cari ESP untuk pulihkan luka pembedahan.
Ada yang suka ESP untuk kesuburan.
Ada yang mahu ESP untuk tegangkan kulit.
Ada yang jatuh cinta dengan ESP kerana tumit yang merekah dah jadi licin.



Pendek kata, sekali dah cuba ESP pasti rasa rugi sangat-sangat jika tak teruskan. Hasilnya memang marvellous.. tapi dengan syarat, anda kena amalkan setiap hari untuk dapat kesan yang diidam-idamkan. Makan suplemen jenama apa pun, kalau tak berapa rajin & konsisten susah juga nak dapat hasilnya.. betul tak?

Jadi, untuk tidak menghampakan pelanggan setia dan peminat tegar ESP, dengan suka citanya saya ingin war-warkan bahawa bulan ini, MAC 2014 sekali lagi Shaklee bermurah hati untuk memberikan promo ESP kepada semua pengguna Shaklee.

Apa untungnya jika anda membeli produk PROMO ( beli 6 percuma 1) kali ini?

  • Anda akan mendapat satu canister ESP percuma bernilai RM150.00
  • Anda akan dapat KEAHLIAN PERCUMA bernilai RM75 (WM) @ RM85 (EM)
  • Anda akan mendapat CASH BACK pada bulan berikutnya sebanyak RM36.00
  • Anda akan mendapat bimbingan berterusan untuk berbisnes (jika berminat/ tiada paksaan).
  • Anda akan menyertai kumpulan JUTAWAN yang kini telah berjumlah lebih 13 ribu orang secara eksklusif.
Banyak lagi kelebihan yang akan diperoleh sekiranya anda menyertai kami. Peluang keemasan hanya datang sesekali. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tawaran ini. Hubungi saya segera untuk maklumat lanjut. 

Salam sayang, 
June Mohd

kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Khamis, 13 Februari 2014

Faedah Jadi Ahli Shaklee berdasarkan Pengalaman Saya

Assamualaikum w.b.t..


Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman setelah lebih setahun bergelar duta kecil Shaklee iaitu Shaklee Independent Distributor. Pada awalnya saya tak tahu pun bahawa Shaklee adalah MLM. Kalau tahu, memang saya tak join kot...dulu-dulu saya pernah tertipu dengan satu syarikat ini. Saya diajar untuk membeli stok sebanyak RM2,000.00. janji mereka, mereka akan bantu saya untuk jualkan produk tersebut. Tapi sayangnya, janji tinggal janji. Habuk pun tak de....serik saya dibuatnya.

Lain pula ceritanya dengan Shaklee. Saya jatuh cinta dengan produk Shaklee setelah mencuba set menyusu sewaktu susu 'drop' ketika Faris berusia 8 bulan. Setelah makan set menyusu, badan terasa cergas dan tak mudah tertekan. Jadi, bila mood baik, susu pun makin meriah. Alhamdulillah, setelah konsisten dengan Shaklee dan rajin amalkan konsep asas penyusuan, saya berjaya menyusukan Faris sehingga usianya 26 bulan. 



Alang-alang saya memang dah makan Shaklee, rasanya tak rugi kot kalau saya jadi ahli. Jadi, hari ini saya akan dedahkan faedah-faedah yang saya dapat setelah menjadi ahli Shaklee :
  1. Modal yang sangat rendah iaitu hanya RM75 seumur hidup. Tapi kalau tak nak bayar RM75, boleh buat belian barangan sebanyak RM650 bersamaan 200 point (UV). Tak perlu nak keluarkan duit simpanan atau buat loan puluh-puluh ribu tapi pulangannya sangat lumayan. Jangan tak tahu, mentor-mentor saya ramai yang dah mencecah pendapatan 5-6 angka. Tapi mereka ni humble jer, tak delah tayang2 duit macam typical MLM yang lain..ahahaaa..
  2. Dapat bonus tengah bulan. Saya ni kerja makan gaji, pendapatan saya hanya masuk sekali jer sebulan. Biasanya bila dah masuk 14-15 hb setiap bulan, memang seksa nak tunggu gaji. Terpaksalah berjimat-cermat dan ikat perut dengan duit poket yang makin kempis. Tapi, sejak dah ada income dengan Shaklee saya tidak lagi tertunggu-tunggu hari gaji. In fact, bonus saya pun lagi banyak daripada gaji bersih saya sekarang ni. ALHAMDULILLAH...
  3. Bisnes yang sangat mudah dan fleksibel. Boleh dilakukan di mana-mana sahaja selama 24 jam. Cukuplah dengan adanya line internet, saya bolehlah berbisnes sambil menonton TV di rumah! Lebih-lebih lagi Shaklee dah mula buat online system, bila-bila masa pun boleh beli barang!
  4. Tak perlu kumpul stok banyak-banyak. Shaklee memudahkan kerja saya dengan membantu untuk poskan barang kepada pelanggan-pelanggan saya di seluruh Malaysia. Jimat masa saya untuk packing barang dan beratur di pejabat pos.
  5. Hampir tiada risiko. Shaklee adalah syarikat yang stabil. Shaklee telah tertubuh lebih 50 tahun dan setakat ini belum pernah gagal membayar bonus kepada pengedar-pengedarnya walau pun ekonomi dunia jatuh merudum!!
  6. Shaklee menawarkan produk yang dijamin SELAMAT dan BERKESAN serta SEMULA JADI. Terdapat 83,000 kajian yang dijalankan setiap tahun bagi memastikan produknya benar-benar selamat untuk digunakan. Ujian klinikal juga dijalankan bagi menguji keberkesanan produk. 
  7. Nikmat kesihatan yang baik. Alhamdulillah, dengan izin ALLAH sejak mengamalkan vitamin Shaklee yang semulajadi, saya dapati diri saya sekeluarga bertambah sihat dan cergas. Anak pun jarang sangat demam. Vitamin berfungsi untuk mengisi kekosongan dalam tubuh, jadi tubuh dapat berfungsi dengan baik dan sihat. 
  8. Tambah kenalan. Saya berada di bawah susur galur Group Jutawan yang diketuai oleh PM CeryMamaFaiz. Hubungan antara ahli-ahli JUTAWAN bagaikan bersaudara kerana kami saling menyokong dan memberi motivasi antara satu sama lain. Pendek kata, saya tidak keseorangan dalam bisnes Shaklee ni. Best kan?
  9. Hidup saya dipenuhi dengan aura yang positif! Dalam kumpulan JUTAWAN, amalan rohani adalah sesuatu yang sangat digalakkan. Amalan rohani yang dahulunya biasa-biasa sahaja, kini dah jadi amalan saya setiap hari. Hati terasa sungguh tenang apabila kita bergantung sepenuhnya kepada  ALLAH Yang Maha Esa.
  10. Kelas bimbingan secara online diberikan hampir setiap hari! Ada sahaja pesanan dan kata-kata semangat untuk anak-anak buah Shaklee. Terasa sungguh bertuah kerana saya telah berada dalam kumpulan yang betul pada masa yang tepat. Yang tinggal hanyalah usaha saya sendiri untuk bergerak menuju impian besar saya. 
Sebenarnya, banyak lagi manfaat jadi ahli Shaklee. Tapi cukup setakat ini dahulu perkongsian saya. Kita sambung cerita dalam entry akan datang ye. Insya ALLAH. Ada tak kat sini yang berminat untuk jadi ahli Shaklee macam saya? Kalau ada, bolehlah hubungi saya untuk mendaftar! Jangan tunggu lama-lama...bertindaklah sekarang. Tindakan anda hari ini boleh mengubah masa depan anda sekeluarga. Do it NOW!

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221