Memaparkan catatan dengan label mengapa harus Shaklee?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mengapa harus Shaklee?. Papar semua catatan

Rabu, 2 April 2014

Inilah Kisahku dan Kekasih Hati :-)

Salam ceria semua :-) Apa khabar pembaca sekalian? Kita dah masuk hari kedua dalam bulan April. Semoga hari ini lebih baik daripada  semalam. Hari ini saya happy sangat coz dapat bersantai dengan anakanda tercinta. Life saya kat sini banyak dipengaruhi oleh si cilik saya. Hanya Faris peneman setia. Kami belum berpeluang untuk sebumbung dengan Encik Papa. Mujurlah zaman sekarang ni kita dikurniakan dengan kemudahan  telefon, internet segala untuk berhubung....dapatlah mendengar suara dan berkongsi cerita 2-3 kali sehari :-D. Terima kasih Tuhan. Sesungguhnya, nikmat-Mu terlalu banyak dan tak terhitung olehku..


Faris n Dad masa umurnya 3YO

Alhamdulillah, pagi-pagi tadi saya berpeluang ke bandar Gua Musang untuk pos dan hantar barang yang pelanggan nak. Kalau orang lain, pejabat pos sebelah rumah diorang jer, tapi saya, alamak hai...jauhnyalah nak keluar ke pejabat pos. Jarak antara rumah saya dengan bandar Gua Musang lebih kurang 45km. Kalau pergi balik, dah 90km tu. Tapi, saya tak kisah asalkan dapat berkhidmat untuk pelanggan tersayang. Saya juga anggap ianya sebagai cabaran yang mematangkan saya dalam dunia Shaklee ni. Kalau nak ikutkan, ada je yang cakap berbaloi ke ko buat semua ni. Bagi saya, yes..indeed! Shaklee bukan bisnes biasa-biasa..ia penuh dengan suka duka yang banyak mendidik saya menjadi 'manusia'..

Daripada seorang yang bekerja hanya untuk keperluan diri sendiri, saya mula bertekad untuk menyumbang kepada yang memerlukan. Setidak-tidaknya, dengan bonus Shaklee saya mempunyai sedikit lebihan untuk berzakat dan bersedekah kepada yang memerlukan. Dan saya tak tahu mengapa saya mudah sangat tersentuh bila tengok orang-orang yang memerlukan...Sampai terngiang-ngiang pulak lirik lagu 'Kalau Aku Kaya! Aku bayar semua....:-)

Lagi, saya kagum dan jeles sesangat bila tengok ada orang yang mampu berzakat sehingga 5 angka sebulan. Mak datuk...sebulan tu, bukan setahun. Macam tak percaya, tapi ianya benar-benar terjadi. Sebab tu saya kena TEKAD untuk follow semua jejak langkah mentor-mentor yang dah berjaya.

DAN lagi...banyak benefit yang saya dapat dalam ber'Shaklee'..ianya bukan sekadar duit. Hubungan sesama upline, downline mahu pun side line sangat erat. Kami saling membantu apabila susah dan senang. Yup, even upline yang dah dapat 5-6 angka pun takkan biarkan downline mereka terkapai-kapai. Kami sentiasa diberi nasihat dan tunjuk ajar yang tak berbelah bagi..Aduh, terharu sungguh dengan kebaikan mereka.

Banyakkkkkk sangat benefits yang saya dapat setelah setahun lebih bersama Team Jutawan ,Lady Boss, Supermom segala...tak habis kalau nak taip kat sini tau..hihihhh. OK lah, dah larut malam. Sebelum tidur, kena telan OsteMatrix dulu, barulah hilang lenguh di badan. Esok hari Khamis, so banyak energy nak guna. Khamis adalah hari yang kami tunggu-tunggu. Faris nak balik kampung jumpa Mak Tok dan Papa tercinta :-)

Syyy...kalau uols nak join team kami yang best ni boleh contact saya tau :-) Tak rugi berkongsi kebaikan yang kita rasa kat orang lain. silap-silap hari bulan dapat jugak pahala free coz dah bantu orang hidup lebih sihat. Yer tak yer jugakkan?

Sekian.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221



Isnin, 16 Disember 2013

16 Alasan Mengapa Mesti Pilih SHAKLEE?

Kali ini saya ingin kongsikan sebab-sebab Shaklee semakin kukuh bertapak di Malaysia sejak sekian lama. Dan ia semacam menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini.




1. Produk yg bagus, berasaskan bahan semulajadi dan melalui kajian terperinci & ujian yg ketat. yg paling penting disahkan halal. 

2. Syarikat yg mempunyai kredibiliti dan integriti yang tinggi. Sudah 57 tahun di dunia. Dah established. 

3. Sistem yg adil & terbukti. yg paling penting patuh syariah. 

4. Shaklee bayar bonus yg tinggi pd pengedarnya, 50% drp keuntungan 
syarikat (satu ciri syarikat yg baik). Banyak sangat benefit selain cash bonus, ada car bonus & mcm2 insentif. Satu peluang yg sangat besar.

5. Bisnes yg boleh diwariskan pada anak-anak.

6. Income yg tidak terhad. Boleh jadi passive income dan pelan untuk persaraan.

7. Bisnes produk kecantikan & kesihatan adalah antara bisnes yg terbaik. Industri yg bernilai billion dollar, termasuk di Malaysia.

8. Tidak perlukan modal. Tak perlu buat pinjaman bank dan tak perlu berhutang dengan sesiapa.

9. Boleh dilakukan 100% dari rumah, tak perlu keluar jumpa orang.

10. Tak perlukan premis perniagaan. Kan mahal nak sewa kedai.

11. Tak perlu simpan stok yg banyak. Tak ada stok langsung pun boleh.

12. Hampir tiada risiko rugi, barang rosak, tak laku dsb

13. Kalis recession (kalis kemelesetan ekonomi), insya Allah. Maksudnya dlm keadaan ekonomi bagus atau tidak, orang tetap akan beli. Orang tetap perlukan suplemen & produk kesihatan.

14. Peluang perniagaan online yg sangat besar, sepertimana kajian oleh SKMM & Paypal berkenaan peningkatan pembeli online & nilai yg dibelanjakan secara online meningkat sehingga berbillion ringgit. Shaklee boleh dibuat 100% secara online.

15. Ramai yg dah berjaya mendapat income sehingga 6 angka sebulan. Dengan ilmu, mentor, sistem, strategi dan jalan yg dah tersedia, SEMUA ORANG BOLEH.

16. Shaklee menyumbang kepada kepimpinan alam sekitar sejak 5 dekad yg lalu. Syarikat pertama di dunia yg memperolehi pensijilan "Climate neutral". Kita sokong Shaklee, kita turut menjaga alam sekitar kerana produk2 Shaklee adalah MESRA ALAM.


sumber FB : Kak Long Nuzula

Sabtu, 19 Oktober 2013

Mengapa Doktor Perubatan juga Memilih Shaklee?

Sekadar perkongsian..baca dengan mata hati...renung-renungkan maksud yang tersurat & tersirat...ada mesej istimewa yang bakal disampaikan dalam perkongsian Doktor Malinda ini :-)

Assalamualaikum untuk anda yang dirahmati Allah.


Kerapkali saya menerima inbox yang bertanya kenapa saya mencadangkan atau mengesyorkan produk Shaklee. 

Tidak kurang juga yang melamar untuk pelbagai produk pemakanan yang lain. 

Selalu juga orang bertanya, Doktor buat Shaklee ke?

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya. 

September 2004 ~ 9 tahun lepas.

Saya rasa buntu dengan keadaan suami yang menghidap migraine yang sangat kronik. Hampir setiap minggu, pasti ada attack sehingga tahap menghantuk-hantuk kepala ke dinding. 

Pelbagai ubat tahan sakit dah saya beri, dari yang biasa-biasa, sampailah yang paling kuat. Sama je. Habis ubat tahan sakit, sakit la semula. In a process untuk dapatkan Ct-brain appointment. Takut juga ada ketumbuhan, etc.. Nauzubillah.

As a doctor, banyak pesakit saya yang ‘bocor’ usus disebabkan terlalu banyak makan ubat tahan sakit. Yang menderita kegagalan buah pinggang pun tak kurang banyaknya. 

So, saya dah boleh jangka, jika keadaan berterusan begini, risiko untuk suami menjadi sebahagian dari statistik sangat tinggi. NO! Saya tak sanggup. Sudahlah arwah ayah dulu.

Saya mula mencari alternatif kepada rawatan dan mula mencari jawapan melalui kekuatan nutrisi. Mula menjinak-jinakkan diri ke farmasi untuk mencari supplement. Walaupun tahu kebanyakkan di farmasi adalah ‘chemical based’ tetapi, tidak banyak pilihan ketika itu. 

Allah Maha Mendengar.
Tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon di satu petang, ada pula rakan sekolah lama ingin datang ziarah ke rumah. Benarlah kata orang, tetamu datang membawa rezeki.  Tapi rezeki kali ini ~ Satu hadiah yang mula-mula saya nak tolak juga, almaklumlah.. Bila dengar melalui MLM, ada juga rasa nak lari.. hihi

Tapi, saya sentiasa bersikap terbuka. 

Walaupun bergelar doktor perubatan, tak semestinya kita tahu semua. Saya buang ego sebagai seorang doktor. Berapa banyak la subjek nutrisi di ajar masa di sekolah perubatan dulu, kurang dari 5% rasanya. Kalu ubat memang banyak la. 

Tapi, ilmu Allah tu luas. Apa yang kita tak tahu, tak semestinya tak bagus. Betul ke Betul? 

Jangan perlekeh pengetahuan insan lain.  

Macam payung terjun, kena terbuka luas baru berfungsi dengan baik, sama juga dengan minda kita. Kalu tertutup taksub, kita akan banyak hilang peluang yang Allah berikan.

Walaubagaimanapun, orang yang dah biasa menggunakan otak kiri - masih akan mencari fakta. Clinical studies.

Saya mula mencari fakta-fakta sains dan ujian klinikal ke atas produk-produk Shaklee. Bimbang jugak jika ada steroid etc. 


Alhamdulillah, semua pembacaan dan kajian sendiri saya menunjukkan jawapan yang positif terhadap produk Shaklee. Bukan senang nak percaya. Biasanya doktor mmg dilatih utk melihat evidence based medicine. 


Shaklee mempunyai banyak back-up science studies.



So, saya lebih confident dan saya dibukakan hati  untuk seterusnya menggunakan produk Shaklee, of course, specially for my beloved hubby. Antara produk awal yang dia makan malam tu – ESP, Bco, Vita C, Vitalea + Calsium. 

Pukul 3 pagi, tiba-tiba dia bangun sakit perut, cirit birit. Wah.. Risau jugak, keracunan ke apa ni? Shaklee ‘Natural based’, produk sejak tahun 1915, takkan la keracunan kot.. Confirm toksik banyak dan healing crisis ni, that was my thought.

Tapi , dengan kuasa diktator sebagai menteri kesihatan di rumah..hihi.. Saya paksa dia untuk teruskan pengambilan supplement tersebut. Suprisingly, selepas seminggu, tak ada migraine attack. 

Lepas 2 minggu pun tak ada.  Siap tunggu attack lagi dan ada pernah sekali, cuba kenakan hujan di kepala. Selalunya kalu kena hujan, sure tumbang, tapi Alhamdulillah. It really works.

Ok, gembira dengan testimoni pertama saya yang menunjukkan hasil positif.

Saya beralih  ke mak saya pula – Gastrik yang sangat teruk, almost setiap bulan kena. Pantang salah makan sikit, terus sakit perut, muntah-muntuh, cirit birit dan flat untuk sehari dua. 

Bertangguh nak buat scope sbb kesian sangat nak tengok mak saya di masukkan ‘wayar hitam berkamera’ tu kat mulut.. huhu. Ubat gastric dah macam-macam la. Kalu setakat ubat biasa dah tak jalan. 



Saya just bagi mak saya masa tu – ESP, Alfalfa, Zinc + Beta carotene. 

She shown tremendous improvement within one month. Mula-mula macam tak percaya. Tak kan la supplement lagi power dari ubat. Kalu cam tu, kenapa tak ajar masa kat medical school dulu? Kenapa government tak supply? 

Tapi, bila saya membaca lebih lanjut– saya dapat jawapan. 

Badan kita adalah satu mesin kompleks yang istimewa yang Allah ciptakan. 

Beri dia nutrisi atau zat yang diperlukan, dia tahu untuk ‘repair’ sendiri. 

Body Healing Mechanism. Subhanallah.

Saya terfikir, jika suami dan mak saya mendapat kebaikan dari produk Shaklee. Kenapa tidak saya berkongsi dengan keluarga, rakan-rakan dan pesakit saya. 

Then, bermulalah sessi sharing saya yang membawa kepada pelbagai tanggapan negative keluarga, kawan-kawan etc etc..

Pelbagai reaksi saya terima ..

Supplement? Rubbish! Just an expensive urine!

Dah tak cukup duit ke jadi doktor sampai nak buat Shaklee?

Shaklee mahal. Nak cepat kaya la tu.

Doktor mana boleh berniaga. Langgar etika.

Desperate sangat ke?

Boleh. Doktor kalu jual tahi bungkus cantik-cantik pun orang beli.

Itu tak termasuk panas telinga bila kawan-kawan perli.

Orang kaya la. Jutawan la. Saya amin kan saja doa-doa itu.




This is what I get, 9 years ago. Sinis. Pedih. Sedih. Hanya Allah je yang tahu.

Hippocrates Oath kata : DO NO HARM. Itu yang saya pegang.

Saya tak jual ubat batuk haram di klinik.
Saya tak ada jual ubat tidur. 
Saya tak tambah apa-apa dadah yang membahayakan diri. 
Saya tak bantu siapa-siapa gugurkan anak melalui produk. 

Saya hanya berkongsi nutrisi, pemakanan yang sel kita perlukan. 

Itu yang menjadi pegangan saya. Tak perlu rasa bersalah. Itu yang menjadi visi dan misi saya bahawa satu hari nanti, pasti ramai yang sedar kepentingan pemakanan tambahan dalam kehidupan dunia sekarang.

Ini yang menyuntik semangat saya untuk mendalami ‘Preventive Medicine’. Biar agak lari dari mainstream medicine, tapi saya tahu saya ada misi dan visi saya sendiri. 

Walaupun dibesarkan dalam keluarga bussiness minded - Mak dan arwah ayah mmg nak jadi jadi bisnesswoman, tapi sy berkeras nak jadi doktor. Jiwa sains kata saya..hihi. Tapi rupa-rupanya darah bisness memang ada sedikit sebanyak. Saya juga tengok lifestyle orang berniaga. Masa urus sendir. Tak de punch in dan punch out. Bebas!


Saya mula berkongsi dengan ramai orang. Bila kita berkongsi kebaikan, kita juga akan dapat kebaikan. Buat baik kan dapat pahala. By sharing, kita dapat Cash, Car dan Convention bonus dari company Shaklee. Tak apa, kalu kita nak tolak pun boleh, tapi dah company nak bagi.. Rezeki jangan di tolak. 

Apa yang saya perhatikan. Ramai orang datang dan pergi bila buat bisnes Shaklee. 

Tapi saya di sini bukan sekadar untuk Duit, Kereta atau Pelancongan percuma sahaja. Alhamdulillah, 5 figure income, 2 kali bonus kereta dan pelancongan ke luar negara dah banyak kali kami rasa tapi bukan itu sahaja matlamatnya.

Bukan itu matlamat saya. Ada banyak perkara yang lebih besar dari itu. 

Saya tidak mahu anda semua memenuhi katil-katil di hospital. 

Biar tak ramai pesakit. Biar semua orang sihat. Biar kawan-kawan doktor saya di hospital boleh rehat sedikit. Health is Wealth!

Selain kesihatan. Kekuatan ‘Emotional Intelligence’  banyak yang kami dapat melalui bisnes Shaklee. 

Ni gambar kami masa 2004 - tak sangka, hanya seronok berkongsi kekuatan nutrisi shaklee, ter'buat' bisness pulak.. hihi. Tetapi, itu lah keputusan yang terbaik saya telah lakukan. Meskipun banyak cabaran dalam perniagaan ini, sangat berbaloi.


Syukur. Kini saya sedar, Allah has a good plan for us dan Shaklee adalah platform untuk dia mengasah kekuatan jiwa kami. Dia ada plan untuk kami. Feeling Blessed.





Pergantungan pada Allah semakin akrab. Melayan pelbagai karenah manusia, mematangkan kami dalam komunikasi kemanusiaan. 

Banyak perkara ini saya tak dapat dalam dunia pekerjaan. Setiap bulan ada gaji, rasa sangat selamat. 

Bersyukur tetapi ada sesuatu yang kurang dan kosong dalam diri. 

Kebebasan membuat apa yang saya suka!. 

Terlalu sibuk jaga orang sakit, kadang-kadang anak sendiri sakit, bibik yang jaga sebab tak dapat cuti. Masa di rumah terhad. 8 jam dah tentu di tempat kerja. Tak nampak anak depan mata. Sebagai ibu, syurga kita adalah bila sentiasa bersama anak-anak. Dan itulah impian saya. Spending more time with them.

Itu semua pengalaman yang saya kutip 9 tahun lepas. Sangat mematangkan kami. Hidup sekali je, kenapa perlu stress hari-hari. Betul ke Betul? 

Alhamdulillah, Things changed now! Dulu susah nak tengok orang sekulit dengan kita makan supplement. Sekarang ni bila buka fb – ramai yang dah mula share produk-produk Shaklee. Pada saya itu menunjukkan kesedaran tentang kepentingan supplements dalam kehidupan sekarang. 

Saya gembira bila melihat ramai prihatin terhadap kesihatan sendiri. Cuma apa yang saya perhatikan, jangan terlalu mengejar UV. Bila niat kita lebih ikhlas, perkongsian akan jadi lebih manis. Rezeki Allah seperti udara. Cukup untuk semua orang. Hidup lebih tenang.


Shaklee has changed my life since 2004.

It changed our health.
It changed our thinking. 
It change our maturity.

For me, it is not just health or products, but a gift of new opportunity to a new life. 

Kepada anda yang prihatin untuk menggunakan supplement - Shaklee adalah  pilihan yang anda boleh fikirkan secara serius.


Kepada anda yang ingin memulakan perniagaan Shaklee. Kami di Future Wellness Presidential Master group bersedia untuk berkongsi pengalaman jatuh bangun kami dalam perniagaan shaklee.


In shaa Allah, training dan support system yang dapat membantu anda untuk melakar kejayaan dalam perniagaan.


Sebagai Master Coordinator yang telah membantu ramai insan diluar sana. Tiba masanya kami memberi dan membantu lebih ramai insan untuk mendapatkan bimbingan yang lebih baik dalam bidang perniagaan dan agar tidak di tipu dan dianiaya. Agar tidak menjadi 'mangsa' penipuan syarikat MLM yang tidak bertanggungjawab.