Memaparkan catatan dengan label vitamin untuk kulit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vitamin untuk kulit. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Julai 2014

Vitamin untuk Kulit Kusam tak Berseri

Siapa tak nak kalau diberi peluang untuk meremajakan kulit wajah. Saya teringat satu iklan kecantikan tak lama dahulu. Ada seorang gadis, Ayu (nama sekadar rekaan) dengan rakan baiknya. Suatu hari, rakan baiknya yang telah lama tidak berjumpa mengajak beliau untuk keluar dating. Ayu menolak kerana dia sangat malu dengan wajahnya yang kusam tidak berseri. Ini menyebabkan beliau berasa sangat rendah diri.

Dengan wajah yang kusam tidak bermaya, sesiapa sahaja pun boleh rasa rendah diri kan? Saya percaya, setiap orang pasti mahukan penampilan yang terbaik setiap kali keluar rumah. Tak ada kot yang berani keluar rumah jika wajah mereka nampak pucat dan penuh dengan parut hodoh yang menakutkan. Kalau diri-sendiri pun tak sanggup nak tengok, apa tah lagi orang lain kan?

Kali ini saya mahu berkongsi tips untuk mengelakkan kulit wajah kusam tak berseri. Saya bukanlah pakar kecantikan, namun saya akan share tentang pengalaman yang saya alami sendiri. Kalau sesuai, korang pun boleh amalkan ye :-)

  • Amalkan facial secara berkala. Dua kali seminggu cukuplah. Sangat bagus untuk menanggalkan sel-sel mati yang melekat pada wajah. Kalau tak sempat ke salun kecantikan, buat aje di rumah. Boleh jimat masa, jimat tenaga dan jimat duit poket kita :-). Boleh try masker macam saya buat ni. Masker ESP Bersihkan Muka Berkarat.
  • Saya akan pastikan muka dibersihkan daripada make up (saya pakai bedak je pun) sebelum tidur supaya liang-liang roma tidak tersumbat. Apabila liang roma tersumbat, mulalah jerawat muncul beramai-ramai. So, pastikan muka dicuci dengan bersih dan sapukan toner dan pelembap sebelum tidur. Muka kita boleh jadi lembut dan lembap seperti bayi. Tapi nak kena RAJIN lah ye...Untuk penjagaan kulit muka, Set Enfuselle Normal to Oily pilihan saya.
  • Untuk penjagaan dalaman pula, saya lebih suka makan suplemen kerana saya sukar untuk disiplinkan diri supaya makan makanan seimbang setiap hari. Tambahan pula saya tinggal dua beranak sahaja, jadi kebiasaannya masak satu dua lauk sahaja dah cukup. Itu pun kadang-kadang dan jarang-jarang sahaja! Suplemen pilihan saya ada di sini. Vitamin untuk Kulit Cantik. Boleh terus ORDER di sini jika korang berminat.
  • Selain daripada tiga suplemen di atas, saya juga tidak lupa untuk mengamalkan ESP setiap hari. ESP sangat penting untuk memulihkan parut dan membuatkan wajah kelihatan bersih dari dalam. Tahukah anda, setiap hari badan kita menghasilkan sel-sel baru. Dan protein yang ada dalam ESP merupakan zat yang sangat diperlukan oleh sel-sel tersebut supaya dapat berfungsi dengan sempurna. Mereka yang punya parut-parut hitam di tubuh menandakan mereka kekurangan protein dalam diet mereka. Kalau pun tak mampu nak makan suplemen banyak-banyak, sekurang-kurangnya amalkanlah ESP kerana banyak fungsi ESP ni tau. Klik ORDER untuk dapatkan ESP.
  • Amalkan sikap pemaaf. Kalau dalam hidup ni, kita sukar nak maafkan orang hati kita pun tak bahagia. Jadi, apabila hati tak bahagia, agak-agak wajah kita nampak berseri ke suram? Haa..jawab jangan tak jawab. Lagi pun tak rugi kalau kita bersikap pemaaf. Jadinya, maafkanlah semua orang barulah jiwa kita tenang :-)
  • Hargai diri kita. Sentiasa ucapkan perkara-perkara yang positif tentang diri-sendiri. Biasanya, ramai orang yang sibuk menghargai orang-orang di sekeliling mereka tetapi mereka jarang  menghargai diri-sendiri. Kalau bukan kita yang menghargai diri kita, nak harapkan siapa lagi? Sebab tu saya suka reward diri dengan perkara-perkara yang menggembirakan saya setiap kali dapat selesaikan sesuatu tugasan. Tak perlu reward diri dengan benda-benda mahal, cukup dengan sebatang aiskrim atau kek kegemaran pun dah OK:-) Yang penting benda tu boleh buat kita happy....
  • Sentiasa tersenyum walau pun dalam hati ada taufan. Dengan senyuman, kita boleh menyebarkan aura positif. Jadi, secara tak langsung wajah kita akan nampak berseri-seri dan membahagiakan orang lain. Insya Allah. Tak perlu modal pun nak senyum..jadi, jangan kedekut nak tunjuk lesung pipit korang lepas ni yek..

Antara testimoni pengguna ESP yang happy dengan kesannya!

Cukup setakat ini dahulu tips untuk wajah tampil berseri ye. Kena rajin amalkannya, barulah nampak kesannya. 


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga. Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee atau menjadi ahli, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah, dengan menjadi ahli anda mampu jimat sehingga 15-25%!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Isnin, 10 Februari 2014

Testimoni : Kulit semakin Cerah, Gebu dan Anjal dengan Shaklee

Assalamualaikum w.b.t


Memandangkan set kecantikan Shaklee iaitu set D yang mengandungi vitamin B Complex, Vitamin C SR dan vitamin E telah mendapat sambutan yang hangat daripada pengunjung blog ini, maka kali ini saya ingin berkongsi tentang beberapa testimoni pengguna Set D Shaklee. Ternyata, usaha mereka untuk mendapat kulit yang cerah, gebu dan anjal berhasil. Ada yang mengambil masa yang singkat untuk melihat kesan positifnya, namun ada juga yang terpaksa menunggu selama berbulan-bulan sebelum nampak hasil yang dihajatkan. Saya nasihatkan kepada pengguna yang ingin mencuba vitamin Shaklee untuk bersabar dan amalkanlah makan vitamin mengikut jadual yang ditetapkan setiap hari.

Testimoni 1

Saya consume vitamin untuk skincare (esp, vit c, vit e dan bcomp) selama 6 bulan konsisten. 

Memang kesannya agak lambat pada saya. Tapi sebab yakin dan inginkan kesihatan dalaman, sy teruskan makan dan hasilnya sekarang memang sgt berpuas hati. 


Jd pd kalian yang masih belum nmpk sebarang perubahan, bersabarlah dan konsisten. 

Insya'Allah.. 



Testimoni 2 : 

Hai..nak kongsi sikit testi...Eina konsisten ambil ESP sejak dari February lagi..memang 


best...badan rasa bertenaga...ada juga yang tegur nampak makin cerah dan berseri...then

konsisten ambil Vit E...untuk hilangkan kesan-kesan 'chicken pox'...Alhamdulillah...semakin

kurang dan ada yang dah hilang kesannya...kadang-kadang Vit E tu eina buat masker

sebelum tidur, memang best...kulit rasa moist jer...now, sejak Vita C dah restok and

sementara Collagen tengah promo...eina amalkan Vit C & Collagen ni...dengan konsisten

setiap hari...apa yang eina rasa...kulit dah tak kering lagi...muka pun dah tak 

berminyak...smooth jer...yang paling best...kesan merekah kat tumit dah kurang..terasa 

licin jer...kalau tak...kasar dan nampak buruk...hehe...selain tu eina amalkan juga Vitalea, 

Bcomplex, GLA dan Omega untuk kesihatan dan kecantikan juga..


For me, Shaklee is the best supplement...sebelum Shaklee pun Eina memang mengamalkan


supplemen dari brand lain...Vit C & EPO, pernah juga minum collagen dari brand 

lain...tapi..dengan Shaklee...Eina rasa kesannya sangat positif dan boleh dikatakan agak 

cepat kesannya pada Eina. Kesan-kesan ni..bergantung pada individu tau...

~ Puan Eina~


Testimoni 3

Nak share sikit gud news...semalam, ada saudara satu keluarga tumpang bermalam kat rumah saya..pendek citer..si kakak ni cakap..saya nampak makin berseri2 walaupun dah anak 4...tak taulah die saje2 ke or tipu ker...die tanye mcm2...1st ayat die...ko ni ade amik colagen x? Selama ni...mmg saya consume Vitamin2 SHAKLEE..tapi belum try lagi collagen powder tu..tunggu budget naik cket.bangga kejap ehehe.. tapi tak delah sye lupa diri..semua tu dr Allah ta'ala kn? 

Alhamdulillah...so..sye mulalah sharing dengan dier..psl vit2 shaklee nih...pagi td b4 si kakak ni balik  die nak pinjam compact powder, 2 way cake or foundation..saya ckp ler..mane ader guna mende2 gitu..yang sye guna mosturizer ...mascara dan eye liner jer......dier mcm x caye sye x guna mende gitu....

Selepas itu, sebelum dia balik...selain bersalam dengan sye...ayat yang keluar dr mulut die..order untuk akak Vitamin E, Vitamin C dan B Complex yer...boleh kan? hihih..

Kalau tengok pic sye nih...asli tau..x de guna 1 hape make up or touch up pon....clear...even mosturizer pon x pakai coz husband ckp nak pergi jalan2 tengok rumah yang masih dalam pembinaan jer....


Pn. Nieyza Hasyra

Testimoni 4 :

Testimoni diri sendiri...Setelah hampir 3 bulan makan Vitamin E & Vitamin C Shaklee...Kulit makin cerah, liang roma dah nak tertutup & kulit pun makin bersih...baru2 ni dating dgn bff, bff pun tegur makin cerah...hehe suka2...tp yg paling best badan pun rasa bertenaga tau....senang je nak bgn pagi...alamak tertinggal esp...ESP dah sebulan minum...



Puan Fieza


Testimoni 5 : 

PARUT JERAWAT HILANG 
----------------------------------
Puan Mira mengamalkan ESP, Alfalfa, Vitamin E dan GLA Complex. Beliau merupakan rakan sekolah saya. Dengan Shaklee kami bertemu semula. Alhamdulillah. Beliau ambil alfalfa dan esp untuk penyusuan anaknya setahun 9 bulan..GLA Complex dan Vitamin E untuk kulit. Sekarang semakin jatuh cinta dengan Shaklee kerana suami tersayang sudah nampak perubahan di wajahnya. Parut jerawat semakin hilang, susu badan banyak dan...hubungan suami isteri semakin mantap! hehe..ini membuatkan beliau terpikat terus dengan shaklee.. Ada rezeki anak no 2 nak guna Shaklee je katanya.. Amin..


Anda bagaimana? Belum cuba belum tahu. Jangan dengar cakap orang je.. Anda harus cuba sendiri.. Kesannya TERBAIK..



Alhamdulillah. Seronok sangat apabila melihat semakin ramai pengguna yang jadi lebih sihat, cantik dan bertenaga selepas mengamalkan vitamin Shaklee. Malah, hubungan antara suami isteri juga semakin erat. Saya pun tumpang gembira apabila mendapat maklum balas positif daripada pelanggan. Semuanya berlaku dengan keizinan ALLAH jua. Vitamin hanyalah ASBAB dan usaha kita untuk menjaga kesihatan diri. Jadi, buatlah pilihan yang bijak supaya kita sama-sama mendapat manfaat dari vitamin semula jadi Shaklee hari ini. Anda amalkan, anda dapat hasilnya. Insya Allah :-)

Hubungi saya untuk pertanyaan. Nak jadi AHLI pun boleh tau...Jangan tunggu lagi, dapatkan manfaat Set Cantik Shaklee hari ini juga!

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-2187383 | ID : 891221








Ahad, 12 Januari 2014

Gabungan Vitamin Shaklee yang Terbaik untuk Kulit Cantik

Soalan:
Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?


Jawapan :
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.
Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.




Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.




Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
"Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
"Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.
"Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.
Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.
Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.



Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.


Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.




Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.
Kredit : Utusan Malaysia

Sebarang pertanyaan tentang suplemen, boleh hubungi saya di sini :


FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WA : 017-943 8392



Artikel Penuh

Khamis, 9 Januari 2014

Tips Atasi Kulit Kusam, Kering dan Lesu

Kulit wajah yang kering harus diatasi dengan segera kerana ia akan menyebabkan penampilan seseorang terganggu. Tahap keyakinan diri juga akan berkurangan jika seseorang itu memiliki wajah yang kusam. Wajah yang kusam membuatkan wajah tampak tidak berseri. Lebih-lebih lagi jika anda akan berkahwin pada bulan hadapan. Sudah tentu anda impikan wajah yang mulus dan cantik berseri.



Bagaimana caranya nak elakkan masalah kulit kusam?

1. Pilihlah pelembap yang sesuai untuk wajah

Sebenarnya pelembab kulit wajah adalah wajib dipakai setiap hari. Untuk mendapatkan pelembab yang sesuai, berjumpalah dengan pakar kulit dan dapatkan pelembap yang sesuai untuk kulit anda.


2.Makanlah makanan yang ada Beta karoten

Beta karoten adalah salah satu jenis mineral yang berfungsi sebagai antioksidan serta diperlukan tubuh dan mempercepat proses regenerasi kulit. beta karoten itu buah-buahan serta sayuran yang amat berguna bagi wajah. jangan lupa amalkan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari tau..

.

3. Minum air putih 8 gelas sehari

Sebaik-baiknya minumlah air sebanyak mungkin iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas setiap hari.

Jangan  tunggu sehingga kita berasa haus kerana kekurangan air dalam badan akan membuatkan wajah kita dan kulit menjadi lebih kering.


4. Gunakanlah sabun khusus untuk muka 

Merawat wajah sebenarnya bukanlah sukar seandainya kita tahu apa yang harus dilakukan seperti memakai pencuci muka khusus. Pilihlah pencuci muka yang sesuai dengan kulit kita.


5. 
Sebaik-baiknya bersukanlah setiap pagi

Usahakan untuk mengeluarkan keringat pada waktu pagi, sedikit pun tidak mengapa. Pemanasan olahraga di waktu pagi akan membuat wajah kita bertambah segar dan badan terasa lebih bertenaga.


6. Amalkan suplemen sebagai makanan tambahan
Jika kita tidak mampu untuk makan makanan berzat setiap hari, sekurang-kurangnya amalkan pengambilan suplemen bagi menampung keperluan nutrisi dalam badan. Kekurangan zat makanan seperti protein juga boleh menyebabkan kulit wajah bertambah kusam. 

Diharapkan agar tips-tips di atas dapat membantu anda mengatasi masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

FB : June Mohd |kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392

Jumaat, 16 Ogos 2013

CoQHealth Vitamin untuk Cantik

Salam sejahtera...rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca kat sini...memandangkan hari ini pagi dan petang saya terlibat dengan jamuan hari raya..Perut kenyang sonang hati kan? hihih...sambil makan2 tadi kami dihidangkan dengan talk about 'product knowledge'...produk yang dibincangkan hari ini adalah tentang CoQHealth...
Jika selama ini saya ingatkan CoQHealth hanya sesuai untuk mereka yang punya masalah jantung tetapi sebenarnya CoQHealth juga sangat penting bagi mereka yang inginkan kulit yang berseri-seri...wah, betul ke ni? Sebut pasal seri wajah, semua suka kan?

Sebenarnya, apa fungsi CoQHealth untuk kulit kita ye? Antara kandungan yang ada dalam CoQHealth ialah CoQ10, vitamin E dan juga teh hijau. Vitamin E memang sangat terkenal sebagai vitamin anti penuaan dan telah digunakan sebagai vitamin untuk awet muda sejak dahulu lagi. Saya percaya, ramai yang jatuh cinta dengan vitamin E kan? Tapi, apa pula fungsi CoQ10? CoQ10 Shaklee diekstrak daripada yis dan 100% semulajadi. Ia mampu meningkatkan fungsi vitamin E pada tahap yang paling optimum.CoQ10 juga melindungi kulit  yang menyeluruh secara semula jadi daripada sinaran matahari. Biasanya kita akan memakai 'sunblock' untuk melindungi kulit wajah daripada cahaya matahari. Tetapi dengan CoQHealth Plus, seluruh kulit pada tubuh kita akan dilindungi daripada pancaran cahaya matahari sepenuhnya. Hebatnya! 
Kajian juga menunjukkan CoQ10 mampu meningkatkan stamina badan sehingga 90%!!! Badan yang sihat dan bertenaga akan menyebabkan kita tampak lebih ceria dan berseri-seri secara semulajadi.
Selain itu, teh hijau pula berfungsi untuk melancarkan perjalanan darah. Sistem peredaran darah yang lancar menyebabkan wajah kelihatan 'pinkish' dan lebih segar.

Jadi, jika sebelum ini anda berasakan bahawa jantung anda masih sihat dan anda tidak perlukan suplemen ini, ubahlah tanggapan anda segera kerana CoQHealth bukan sekadar untuk jantung. Kandungan CoQ10 dalam badan kita akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Semakin berusia seseorang itu, semakin tinggi risiko untuk mendapat pelbagai penyakit berbahaya. Mari kita mulakan hari dengan mengambil CoQHealth hari ini juga kerana sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati :-)

Dapatkan suplemen anda melalui saya dan nikmati konsultansi percuma yang berterusan. Anda juga bakal di'add' ke secret group yang hebat. Ianya EKSKLUSIF hanya untuk pelanggan kami sahaja tau :-)

June Mohd |kerengge83@gmail.com | 019-2187383