Memaparkan catatan dengan label bahaya antibiotik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahaya antibiotik. Papar semua catatan

Rabu, 9 Julai 2014

Kelebihan dan Testimoni Set Berpantang Shaklee

Hari ini saya nak fokus pada set berpantang Shaklee. Memandangkan masih ramai lagi yang cuak nak menggunakan Set Berpantang Shaklee ni, maka di sini saya sertakan beberapa testimoni daripada para pengguna Set Berpantang Shaklee yang telah berpuas hati. Tapi sebelum tu, jemput baca Tips Memilih Set Berpantang terlebih dahulu ya.

Jangan risau, pada mulanya saya juga seperti anda. Setelah memahami semua fungsi  setiap vitamin yang ada dalam pakej tersebut, barulah saya faham akan kebaikannya. Tak kenal, maka tak cinta. Cadangan saya, cari maklumat dan buatlah kaji selidik terlebih dahulu untuk memastikan kebenarannya. Sebab itulah, saya tak ragu-ragu lagi untuk 'recommend' Set Berpantang Shaklee kepada orang lain. Prinsip saya, share apa yang kita betul-betul suka kepada orang lain. What you give, you get back. So, berikan hanya yang terbaik untuk orang lain pasti hasilnya juga baik-baik aje kan? Insya Allah :-)



Rajah menunjukkan fungsi ringkas tentang Set Berpantang Shaklee ( Macam buku teks Sains pun hado...skemanya Cikgu!)

Kalau korang nak tahu kebaikan Set Berpantang Shaklee, boleh baca kat sini ye. Kelebihan Set Berpantang Shaklee.

OKlah, saya tak mahu korang ternanti-nanti testimoni pengguna Set Berpantang Shaklee ni. Sebenarnya ada banyak sangat, tapi saya pilih mana yang sesuai ajelah ye :-)

TESTIMONI 1 :


TESTIMONI 2 :


TESTIMONI 3 :


TESTIMONI 4 :

TESTIMONI 5 :

Rasanya, cukuplah 5 testimoni dulu yang dapat saya share kat sini. Semoga ada manfaat yang korang dapat melalui testimoni yang saya kongsikan hari ini. Kepada yang sedang survey set-set yang akan digunakan ketika berpantang nanti, bolehlah cuba Set Berpantang Shaklee yang selamat dan semula jadi daripada shaklee.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Jumaat, 14 Mac 2014

Bahayakah Antibiotik kepada Bayi?

Masih teringat sewaktu awal-awal kelahiran Faris dulu. Bagi seorang ibu yang baru pertama 

kali menjadi ibu dan kekurangan pengalaman, saya mudah cemas dan risau sekiranya anak

terkena demam atau selesema. Jadi, pantang suhu badan Faris panas sedikit kami segera ke

klinik untuk mendapatkan rawatan. Antara ubat wajib yang doktor bekalkan 

ialah antibiotik. Tapi saya tidaklah memberikan Faris antibiotik terlalu kerap kerana saya 

pernah terbaca tentang bahaya antibiotik kepada manusia.


Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua fakta sebenar tentang antibiotik.

Secara ringkasnya, fakta antibiotik adalah seperti di bawah :


Apa itu antibiotik?
  • Antibiotik merupakan sejenis dadah yang membunuh bakteria dan melawan jangkitan. Pada awalnya, antibiotik diperoleh daripada kulat dan cendawan.
  • Penisilin adalah antibiotik yang paling dikenali. Ia telah digunakan sejak 60 tahun lalu.
  • Tidak semua antibiotik berkesan untuk melawan penyakit.
  • Tahukah anda, di US lebih 500,000 kanak-kanak mendapat kesan sampingan akibat penggunaan ubat-ubatan dan 5% daripadanya terpaksa dimasukkan ke wad.
  • Pengambilan antibiotik juga boleh menyebabkan masalah ruam, sakit perut dan cirit-birit.
  • Antara contoh bakteria antibiotik yang resistant terhadap Chloramphenico ialah Salmonella Typhi dan Streptoccocus Pneumonia resistant terhadap Maklorida baru dan banyak lagi.

.
''Antibiotik kerap disebut sebagai 'magic drug' kerana peranannya yang sangat besar dalam mengurangkan angka kematian. Tetapi kini antibiotik menjadi ancaman disebabkan oleh penggunaannya secara berleluasa mencetuskan kerintangan bakteria terhadap ubat.''


Menurut pandangan doktor :

''Atas sebab masalah resistant, (lali pada antibiotik) , para doktor sangat menitikberatkan 

mengenai antibiotik. Kami akan memulakan rawatan antibiotik HANYA apabila dirasakan 

perlu, dan kami sering menegaskan bahawa rawatan antibiotik mestilah DIHABISKAN bagi 

mengelakkan terjadinya masalah resistant ini. Oleh itu janganlah hairan apabila anak anda 

dibawa ke klinik, doktor sekadar memberi ubat demam/ batuk tetapi tidak antibiotik. 

Kebanyakan kes kanak-kanak demam, mereka tidak perlukan antibiotik pun. Kalau boleh 

kami tak mahu menyebabkan anak anda terdedah dengan antibiotik awal-awal. Tetapi bila 

keadaan anak teruk, demam sangat panas, tak mahu makan/minum, paru-paru ada bunyi 

atau nampak tanda jangkitan di X-Ray, maka mesti kena dapatkan rawatan antibiotik.

Ada juga ibubapa yang bila pergi klinik A, diberi antibiotik, baru makan tiga hari demam

 tak kebah, dah pergi ke klinik B dan diberi antibiotik lain pula. Perbuatan sebegini,

 sangat-sangat menyumbang ke arah terjadinya resistant antibiotik. Kami khuatir bakteria

 resistant ini boleh menjadi dormant dalam badan anak, dan kelak apabila si anak

 membesar/ dewasa, ia boleh menjadi opportunis menyebabkan jangkitan yang semakin

 sukar dirawat.''

Seboleh-bolehnya saya memang mengelakkan daripada memberikan anak saya makan ubat-

ubatan mahu pun antibiotik. Jadi, sebagai alternatifnya saya membekalkan Faris nutrisi

yang lengkap melalui makanan dan suplemen setiap hari. Suplemen wajib untuk Faris ialah

Meal Shakes, Omega Guard dan Chewable Vita-C. Alhamdulillah, Faris dah lama sangat

tak perlu ke klinik kerana jarang demam mahu pun selesema. Bersyukur sangat kerana

dengan izin Allah melalui Shaklee, keluarga kami dapat menikmati kehidupan yang lebih

baik :-) Terima kasih Ya Allah!


Berminat untuk mendapatkan ini, hubungi saya melalui maklumat di bawah. Sama-samalah

kita berusaha untuk menikmati hidup yang lebih sihat demi masa depan anak kita hari ini

juga.


Sekian, terima kasih!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Isnin, 18 November 2013

Perbezaan antara Ubat dan Suplemen yang Jarang Doktor Dedahkan


Medicine ( Ubat )

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara mengganggu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan gangguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, gangguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, gangguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh menganggu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya di pertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. 

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesannya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukannya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, di sebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu sistem.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.


Supplement ( Vitamin )

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya terganggu sementara. Oleh itu badan akan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain faktor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai berbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas negatif kepada seseorang. Ianya hanya memberi kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

RINGKASANNYA...

Ubat diambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yang membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA......
kredit : Sofiah Ibrahim

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

Selasa, 23 April 2013

Bahaya Antibiotik kepada Manusia


Ramai ibu bapa yang meminta saya menulis tentang antibiotik. Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar perubatan dari German pd 1896 - tapi tak popular), penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama. 


Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas diseluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan. 


Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik. 


Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii..... )


Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh. 

Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?

1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas. 

2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut. Sila lihat gambar. 

3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak di kawasan itu. 

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada. 

Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring 

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Kos Perubatan Meningkat 

Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu? 

Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?

1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab... 

a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat
garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar
dibezakan untuk sesetengah pesakit. 

b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)

c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan... 

d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik. 

2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati. 

"Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik". Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam. 

Cara Saya

Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak pernah memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demm atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang. 

Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan. 

Perlu diberitahu di sini... Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria. 

~sumber~

Semoga bermanfaat untuk kita semua...sekadar perkongsian ilmu...nilailah yang mana terbaik untuk ahli keluarga anda..wassalam.