Memaparkan catatan dengan label Set Anak Pintar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set Anak Pintar. Papar semua catatan

Selasa, 23 September 2014

Set Anak Bijak Sihat Shaklee

Sejak akhir-akhir ini saya dah tak perlu ingatkan Faris untuk makan suplemen for kids setiap hari. Bila tiba waktu makan vitamin, dia akan ingatkan saya untuk memberikan vitamin kepadanya. Pagi-pagi selepas sarapan Faris akan kunyah Chew vita-C. Rasa buah oren yang masam-masam manis tu sangat digemarinya. Ada sekali tu, Faris sampai nak bawa 'gula-gula' @ Chew C beliau ke rumah pengasuh. Nak berkongsi dengan kawan-kawan katanya :-) Boleh tahan pemurah jugak Faris ni ye...



After lunch, saya bekalkan Faris dengan Omega Guard. Ketika mengandung hari tu saya tak ambil minyak ikan apa-apa. So, sepanjang menyusu dan selepas berhenti susu saya bekalkan khasiat minyak ikan kepada Faris. Risau jugak kalau otak Faris tidak dapat berkembang seperti sepatutnya. Tambahan pula, Omega Guard banyak lagi fungsi lain terhadap kesihatan buah hati pengarang jantung saya ni...Alhamdulillah, Faris suka Omega Guard dan senang je nak suruh dia makan setiap hari... Kalau ubat, alamatnya bertuahla kalau dia nak telan :p

Meal Shakes pula Faris akan request bersama segelas susu sebelum tidur. Ada ketikanya, Meal Shakes yang sedap tu diratah begitu sahaja macam Faris ratah Milo. Bukan setakat rasanya yang hebat, bau vanilla Meal Shakes pun dah cukup buatkan sesiapa sahaja teruja untuk mencuba... Faris boleh sampai tahap merayu-rayu kalau Mama terlambat sediakan susu Meal Shakes kesukaannya...sabar jelah kan?

Kalau nak tahu bagus ke tak set ini, cubalah dulu...lepas tu baru boleh lihat sendiri perbezaan kat anak-anak...set ini boleh tahan sehingga 2-3 bulan...tak mahal pun jika dibahagikan kepada 90 hari... harga sekitar RM3.20 je sehari. Yang penting....anak sihat, hati ibu pun bahagia..tak perlu lagi ibu ambil cuti emergency bila anak sakit...pengasuh pun suka bila jaga kanak-kanak yang sihat dan cergas :-) Insya Allah.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Isnin, 24 Februari 2014

Set Brilliant for Kids ~ Vitamin Shaklee untuk Kecerdasan Anak

Bagaimana untuk lahirkan anak yang pintar?

Setiap ibu dan ayah pasti inginkan anak mereka mempunyai tahap intelektual yang tinggi, berpotensi, bijak, kreatif, rajin belajar dan seronok membaca. Memang tidak dinafikan bahawa cemerlang dalam pembelajaran memberikan peluang yang cerah untuk masa depan anak anda, namun itu sahaja tidak mencukupi kerana tanpa nutrisi yang baik perkembangan minda dan kesihatan anak akan terganggu. Pengambilan nutrisi yang lengkap sangat penting supaya anak kita dapat membesar dengan sihat dan ceria. Anak-anak yang kurang jatuh sakit pastinya mampu belajar dengan fokus dan otak mereka dapat menyerap lebih banyak maklumat yang diajar oleh guru di sekolah.

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, di bawah merupakan beberapa nutrien penting yang membantu dalam perkembangan otak yang sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar.



Multivitamin/ Meal Shakes
Multivitamin memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B Complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.

Vitamin C
Vitamin C membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan dan demam selesema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin C juga perlu untuk mengekalkan integrasi antara sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.

Omega-3

Sebahagian besar daripada otak terbina daripada lemak "baik" yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega-3. Kajian menunjukkan yang diet yang kaya dalam Omega-3 boleh : meningkatkan keupayaan belajar
  • kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, 
  • meningkatkan daya tumpuan dan ingatan
  • meningkatkan perhubungan antara sel otak
  • menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif
  • membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.

Lecithin
Lecithin soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neurotransmitter asetilkolina yang terlibat dalam proses penghantaran mesej ke otak dalam sistem saraf. Akademi Sains Kebangsaan telah mengiktiraf yang kolina merupakan sumber penting dalam diet seharian kerana pelbagai khasiat yang dimiliki terutamanya untuk kesihatan otak.

Protein
Protein baik membantu untuk menyuburkan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmiter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina di dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel-sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.


Shaklee Brilliant for Kids Set

Shaklee memberikan rangkaian nutrisi terbaik yang diperlukan anak anda untuk sokongan tumbesaran yang sihat di samping mengekalkan kesihatan seiring tumbesaran mereka.

Set ini terdiri daripada:
  1. Chewable Vita-C Plus 100mg - Ia merupakan antioksida yang menyokong kesihatan sistem imun dan pertahanan tubuh secara semula jadi. Shaklee Chewable Vita-C Plus didatangkan dengan rasa citrus/limau dan vitamin C-nya mudah diserap dengan hanya mengunyah dan menghisapnya. Kajian menunjukkan bahawa vitamin C lebih mudah diserap sekiranya ia dikunyah sehingga lumat di dalam mulut berbanding terus ditelan bulat-bulat.
  2. OmegaGuard - Ia memberikan spektrum penuh yang berkesan dan merupakan asid lemak omega-3 bergred farmaseutikal
  3. Lecithin - Kaya dengan lecithin yang mengandungi kolina bagi menyokong kesihatan tubuh.
  4. Meal Shakes - Sumber protein yang hebat dengan menawarkan 19 vitamin dan mineral sebagai nutrien asas yang membantu dalam tumbesaran kanak-kanak dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.

Cara Makan:

Jadual makan vitamin adalah eksklusif untuk pelanggan kami sahaja. Cara makan yang tepat sangat penting dan ia akan mempengaruhi tahap keberkesanan sesuatu vitamin.


Lagi awal anda mulakan pemakanan tambahan untuk anak-anak, lagi cepat kesan positif yang akan anda nampak. Jadi, janganlah berlengah lagi. Jika ada anak anda yang akan menghadapi peperiksaan besar di hujung tahun, pastikan anda membekalkan suplemen dari awal tahun lagi. Persediaan awal mampu mengubah hidup dan masa depan anak anda. Insya ALLAH..kita berusaha, ALLAH tentukan. Selamat mencuba :-)

P/S : Anda berminat untuk menjana sumber pendapatan 2-3-4 angka sebulan? Sertailah team kami untuk mengetahui caranya dengan lebih lanjut.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221





Rabu, 30 Januari 2013

Vitamin untuk Kanak-Kanak Kekal Sihat

Selamat petang semua...perubahan cuaca sejak akhir-akhir ini banyak memberi kesan kepada kita semua terutamanya kanak-kanak. Sebulan yang lepas negara kita dilanda hujan lebat yang berterusan....tup tup masuk pertengahan bulan Januari cuaca bertukar dengan mendadak.....kalau sekarang ni nak lihat hujan turun pun susah..kesian tengok rumput di bumi yang sudah kering kekuningan....mmm, cuaca yang panas sebegini menyebabkan ramai yang mengalami masalah kesihatan seperti demam, sakit tekak dan selsema....yang paling kesian jika kanak-kanak yang menghidapinya...Untuk mengatasi masalah ini daripada berlaku, ibu bapa boleh mencuba beberapa suplemen di bawah:





1) Mealshake, 544g/ canister (RM113.75)

- sesuai untuk kanak2 umur 1 tahun ke atas
... - protein dari susu lembu
- mengandungi protien + multivitamin yang lengkap
- membantu untuk penghasilan sel baru yang sihat
- baik untuk perkembangan otak, meningkatkan sistem imun tubuh
- mengandungi fiber yang boleh membantu kanak-kanak sembelit
- rasa sedap - sesuai untuk sekeluarga
- meningkatkan selera JIKA ada masalah tersebut
- boleh dibancuh dengan air kosong, susu, jus atau minuman kegemaran

2) Omega Guard, 90 kapsul (RM136.00)

- untuk kanak2 umur setahun ke atas
- minyak ikan berkualiti tinggi mengandungi DHA, AHA, ALA
- Membantu dalam proses pembelajaran
- Membantu bayi mencapai berat dan tumbesaran terbaik semasa dalam kandungan
- Membantu kesihatan otak, penglihatan dan fungsi sendi
- membantu kanak2 yang mempunyai semput dan masalah kulit

3) Chewable Vita-C, 90 tablet (RM37.00)

- Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas.
- boleh dikunyah, perasa sitrus
- memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh
- penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat
- Baik untuk kesihatan menyeluruh
- meningkatkan daya tahan penyakit

Siapa yang tak sayangkan anak...ibu lah orang paling susah hati jika anak-anak diserang penyakit...tak tidur malam dibuatnya kan?

Jika anda berminat untuk mencuba suplemen di atas, hubungi saya segera untuk tempahan :-) 
June Mohd | kerengge83@gmail.com | 0192187383 | ID : 891221