Memaparkan catatan dengan label set kesihatan sendi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label set kesihatan sendi. Papar semua catatan

Sabtu, 20 September 2014

Punca Suplemen tidak Berkesan kepada Pengguna

Makan Vitamin tapi tidak Berkesan

Dalam zaman moden seperti sekarang, suplemen semakin mendapat tempat dalam hati masyarakat. Kesedaran untuk masyarakat untuk mengenepikan duit poket untuk membeli suplemen juga semakin meningkat. Ini merupakan perkembangan yang sangat positif. Malah peratus jualan suplemen ( vitamin Shaklee) pada tahun 2013 juga telah bertambah sebanyak 300% berbanding tahun-tahun sebelum ini! Alhamdulillah.

Setakat ini telah ramai pelanggan saya yang memberikan maklum balas positif setelah mengamalkan Shaklee. Ada yang sakit lututnya semakin berkurangan, kolesterol dalam darah makin menurun, bacaan gula dalam yang tinggi akibat diabetis sebelum ini telah kembali normal dan ibu-ibu yang sedang berpantang berasa lebih cergas setelah mengamalkan suplemen. Saya juga sangat teruja dengan kemeriahan susu badan yang dialami oleh sahabat saya selepas mengambil suplemen. Alhamdulillah, murah rezeki bayi beliau.

Betul ke suplemen Shaklee boleh membantu kita untuk hidup lebih sihat? Bagi saya, jawapannya iya kerana saya telah mengalami perbezaannya sendiri. Sebab itulah saya begitu teruja untuk berkongsi kebaikan vitamin Shaklee kepada anda semua :-)



Ada juga orang yang mengambil suplemen Shaklee namun begitu mereka masih belum dapat merasakan sebarang perubahan positif. Sesetengah tu keadaan mereka bertambah-tambah teruk pula jadinya. Sungguh mengecewakan bukan?

Nasihat saya, sebelum membuat sebarang pembelian, eloklah anda memilih pengedar Shaklee yang benar-benar bertauliah. Bukan daripada pengedar yang hanya tahu menjual untuk mendapatkan 'point' sahaja. Ada beza tau..insya Allah saya bukan jenis itu :-) Jika ada sebarang masalah bolehlah rujuk terus kepada pengedar yang anda beli tu kan..

Agak-agaknya, mengapa ya suplemen lambat memberi kesan kepada badan? Sesetengah orang tu badan mereka cepat sangat memberikan tindak balas yang positif setelah mengambil suplemen. Dalam masa seminggu je dah nampak perbezaannya. Bertuahnya orang-orang sebegini kan? Cemburu saya dibuatnya...anda nak tahu kenapa? Badan saya bukanlah jenis yang mudah memberi tindak balas terhadap vitamin. Kena sabar, sabar dan sabar baru dapat lihat kesan positifnya.

Punca suplemen kurang berkesan kepada badan?

1. Vitamin tidak dapat diserap sepenuhnya oleh badan kerana bahagian usus kecil yang menyerap zat makanan dipenuhi dengan toksin dan tinja yang telah lama tersimpan dalam badan. Sebab itulah saya biasa mencadangkan pelanggan untuk detox dengan Herb-Lax terlebih dahulu sebelum mengambil vitamin-vitamin lain.

2. Tidak mengambil air kosong yang mencukupi.

Jadi vitamin sukar menjalankan fungsinya dengan lebih baik. Badan tak cukup air, macam mana vitamin nak diserap oleh badan. Setelah mengambil suplemen, seharusnya anda kena minum lebih banyak air kerana kepekatan darah telah bertambah. Sukar nak minum air banyak-banyak? Mungkin ada boleh cuba tips minum banyak air di sini.

3. Tidak mengikut dos atau sukatan pengambilan yang betul.

Contohnya, kita ambil Alfalfa Complex untuk resdung. Sukatan yang disarankan adalah 10 biji sehari. Tetapi kita hanya mengambil 3-4 biji sahaja setiap hari, maka kesan yang diharapkan akan mengambil masa yang lebih panjang sebelum menampakkan hasil yang diinginkan.

4. Tidak ISTIQAMAH makan suplemen.

Contoh terdekat yang boleh saya kongsi, macam ibu saya sendiri. Ibu mengambil Set Kesihatan Sendi untuk sakit lutut yang beliau deritai sejak bertahun-tahun dulu. Tetapi beliau tidak mengambil vitamin dalam jumlah yang betul dan mengikut sukatan yang diberikan. Sebab itulah, walaupun telah makan set tersebut selama berbulan-bulan namun lutut ibu masih sakit-sakit. Hampir tiada perubahan positif yang berlaku! 

Rupa-rupanya, setelah saya selidik Ibu tidak mengamalkan vitamin dalam jumlah yang betul....risau overdose kata beliau... sekarang ni ibu dah mula makan vitamin mengikut sukatan yang saya berikan...dan alhamdulillah, dah nampak perbezaannya walaupun tak banyak sangat..

5. Mengamalkan pengambilan kafein dalam diet harian.

Ramai yang mengamalkan minuman berkafein seperti teh dan kopi walaupun ketika mengambil suplemen untuk kesihatan. Tahukah anda, pengambilan kafein boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Pengambilan minuman yang ada kafein yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ni. 


Kita tidak mendapat manfaat pun dari pengambilan vitamin yang kita makan. Sebabnya, vitamin akan rosak disebabkan kafein yang diambil secara berterusan. Rugi je kan beli vitamin mahal-mahal tapi tiada manfaat yang diperoleh.

6. Makan vitamin dengan ubat.

Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat. Kepada pengguna yang masih dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat dan vitamin secara serentak. Pengambilan ubat doktor dan ubat vitamin secara serentak boleh menyebabkan darah bercelaru kerana ada dua 'benda' yang berbeza masuk dalam badan sekali gus. Jadi, darah tidak menyerap vitamin dengan baik dan sempurna.

Sebaik-baiknya, cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun, sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan doktor.

7. Makan banyak vitamin dalam satu-satu masa.
Ada juga orang yang malas untuk makan vitamin beberapa kali dalam sehari. Jadi, mereka mengambil jalan mudah dengan makan semua jenis vitamin sekali gus. Tabiat ini tidak wajar diamalkan kerana ia menyebabkan  buah pinggang agak terbeban pada satu-satu masa tertentu sahaja. Cuba jarakkan beberapa jam untuk setiap jenis vitamin. Rancanglah waktu pengambilan vitamin dalam waktu yang berbeza supaya badan dapat menyerap satu-persatu vitamin yang kita makan. Barulah dapat manfaatnya.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Ahad, 11 Mei 2014

Suplemen untuk Wanita yang Penting dalam Hidup Kita

Saya baru lepas menelefon Emak di kampung. Alhamdulillah, suara mak kedengaran begitu ceria sekali. Emak mana yang tidak gembira apabila dihubungi oleh anakanda tercinta..yer dakk? Minggu ni saya tak dapat balik jenguk Mak, tapi tak mengapalah, hujung minggu ni kami ada peluang untuk berbuat demikian :-) 

Last week saya sempat buat 'spot check' vitamin yang Mak saya makan. Alhamdulillah, nampaknya mak tak lupa makan suplemen walau pun adakalanya ter'skip' juga. Bila vitamin makin berkurang, itu tandanya mak tak lupa nak makan suplemennya. Mak saya merupakan seorang ibu kepada 12 orang anak. Kini mak dah pun berusia 72 tahun. Sebagai seorang warga emas yang sudah banyak berkorban untuk lahirkan dan besarkan anak-anak, sudah tentu ada kesan sampingan yang mak alami. Kisah 30-40 tahun lalu, hidup pun serba sederhana. Mak tak pernah kisah untuk minum susu bagi keperluan tubuhnya. Dan pada masa yang sama, mak juga menyusukan kesemua 12 anaknya hingga usia 2 tahun. Jadi akibat kekurangan kalsium sejak muda lagi, sekarang mak mengalami masalah osteoporosis, di mana ketinggian mak semakin lama semakin berkurang!

Mak juga mengalami masalah lutut. Nak berdiri lama atau berjalan jauh-jauh mak dah tak larat. Maklumlah, waktu muda-muda dulu kerja apa yang Mak tak buat. Daripada bertani, menoreh getah, buat kuih dan ke bendang. Pendek kata, semua kerja yang boleh Mak dibuat, Mak saya akan buat. Tapi syukurlah kerana kami sekeluarga membesar dan dapat bersekolah dengan baik. Kini kami dah temui suplemen yang sesuai bagi memenuhi keperluan nutrisi dalam badan mak. Saya bekalkan Mak dengan set kesihatan sendi  yang mengandungi AJHT, OsteMatrix, GLA Complex dan Omega Guard.

GLA Complex penting untuk wanita yang telah mengalami menopause dan ia mampu menstabilkan hormon dan emosi. Ia juga mampu menyerlahkan seri wajah seseorang (tanpa mengira peringkat usia) jika diamalkan dengan konsisten. Karang tak pasal-pasal mak saya nampak muda 10 tahun daripada usia asal..jangan jeles tau...:-)

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set kesihatan seperti Mak saya, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Rabu, 19 Februari 2014

Vitamin Shaklee untuk Kesihatan Sendi : Advanced Joint Health Tablet

Selama ini saya tidak pernah ambil kisah tentang suplemen yang satu ini. Saya masih muda lagi, baru berusia awal 30-an, dan saya juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan sendi-sendi saya. Huh, eksyennya saya! Sehinggalah saya diberitahu bahawa penyakit sendi hanya boleh dikesan apabila ianya benar-benar serius. Apabila sendi-sendi kita mula bergesel antara satu sama lain, itu menunjukkan bahawa segala-galanya sudah terlambat! Tiada ubat untuk sakit lutut atau sakit sendi yang lain. Kalau ke klinik pun, doktor hanya akan memberi suntikan atau ubat tahan sakit bagi mengurangkan rasa sakit akibat tulang-temulang yang berlagaan antara satu sama lain. Ubat tahan sakit tidak boleh diambil secara berterusan kerana ia memberi kesan sampingan kepada badan kita. 

Sebenarnya, kita digalakkan untuk mengamalkan vitamin untuk kesihatah sendi seawal usia 30-an supaya sendi-sendi kita lebih sihat. Jangan tunggu sehingga sendi kita benar-benar haus barulah sibuk nak cari ubat... Jangan buat macam tu ye kawan-kawan..

Antara kebaikan Advance Joint Health Tablet (AJHT) ialah :
  • bahan-bahan yang digunakan adalah 100% daripada sayur-sayuran
  • 100% bebas kekerang
  • kombinasi bahan yang digunakan adalah sangat berkesan
  • mampu menyokong keselesaan sendi apabila bergerak 
  • membantu mengekalkan tulang rawan
  • memelihara tisu penyambung yang sihat
  • membantu untuk fungsi sendi yang sihat
  • dihasilkan oleh ramuan aktif yang bertindak pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang sendi perlukan.
  • kesan dapat dilihat seawal 5 hari!

Terbukti secara klinikal untuk :
  • menggalakkan mobiliti 
  • meningkatkan fleksibiliti
  • meningkatkan fungsi sendi
  • menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa panjang
Kandungan dalam AJHT :


  • mengandungi ekstrak unik Boswellia yang menghalang penghasilan bahan kimia yang mampu menyerang tisu sendi dan mengakibatkan ketidak selesaan sendi.
  • ekstrak jagung untuk membekalkan sumber glukosamin ( pelincir ) yang pekat.
  • zinc, kuprum dan manganes adalah nutrien penting untuk membina tisu penghubung yang sihat.
  • vitamin C iaitu nutrien yang penting untuk menghasilkan kolagen dalam badan.

Inilah dia Advanced Joint Health Tablet Shaklee yang semakin menjadi pilihan ramai dewasa ini. Pengambilan 2 tablet setiap hari mampu memberikan kesan kelegaan terhadap
sendi dalam masa 5 hari.

Jagalah kesihatan sendi sebelum ia benar-benar sakit. Ibu saya merupakan seorang pesakit lutut yang serius. Beliau tak dapat nak berjalan kaki dalam jarak 50 meter pun. Setelah menggunakan set kesihatan sendi yang mengandungi AJHT, Omega Guard dan OsteMatrix, tahap kesihatan ibu bertambah baik. Alhamdulillah. Anak mana yang tidak gembira apabila tahap kesihatan ibu mereka bertambah baik, betul tak? 

Jika anda turut mempunyai masalah sendi, hubungi saya untuk mendapatkan set kesihatan sendi anda hari ini juga!

FB : June Mohd | kerengge83@gmail | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221





Rabu, 10 Julai 2013

Suplemen untuk Penyakit 'Slip Disc'



Struktur tulang belakang manusia, terdapat 'jelly-like structure' yang dipanggil 'disc'. Disc ini bertindak sebagai pelindung atau kusyen pad diantara tulang-tulang di bahagian tulang belakang. 


Slip Disc terjadi apabila disc yang menjadi kusyen antara tulang-tulang ini membengkak atau membenjol atau tersasar dari keadaan asalnya.

Disc yang membengkak ini akan menekan urat-urat saraf berhampiran. Kebiasaanya kesan slip disc akan mengakibatkan kebas-kebas dan sakit yang tidak terhingga di bahagian pinggul seterusnya ke kaki dan ke bawah.


Bagaimana ia boleh berlaku?
  • Cara duduk yang digunakan ketika mengangkat barang yang tidak betul
  • Duduk atau baring dalam keadaan postur badan yang tidak betul 
  • Membongkok terlalu lama 
  • Angkat beban yang terlalu berat 
  • Common 'sport injury' terutamanya bagi yang terlalu ghairah mengangkat berat di gym. 
Bolehkah pesakit 'slip disc' sembuh seperti biasa?

TIADA ubat untuk menghilangkan penyakit ini selama-lamanya. Cuma terdapat beberapa pendekatan bergantung pada sejauh mana seriusnya penyakit 'slip disc' itu sendiri.

Ada juga kes yang memerlukan pembedahan untuk mengurangkan kesakitan akibat penyakit slip disc.

Fisioterapi juga salah satu cara rawatan terbaik walaupun ianya memakan masa. Fisio bermula dengan rawatan cold pack pada peringkat permulaan diikuti dengan hot pack ditempat sakit. Rawatan diteruskan dengan senaman ringan bagi menguatkan otot-otot bahagian yang terlibat. 

Rawatan thermal seperti bersauna adalah digalakkan bagi mengurangkan sakit.

Suplemen yang dicadangkan untuk pesakit slip disc adalah seperti berikut :


- memelihara ligamen (tisu penyambung) yang sihat.

- menyokong keselesaan sendi

-meningkatkan kesan kusyen

OSTEMATRIX
- Sumber kalsium di mana penting untuk kesihatan tulang,otot dan ligament

- Magnesium membantu penyerapan kalsium dan membantu menguatkan tulang.

- Vitamin D merangsang penyerapan kalsium.

OMEGA GUARD
- Mengurangkan inflamasi atau radang akibat sakit sendi

- Bertindak sebagai pelincir pada sendi.

Vivix™

- Merupakan agen anti penuaan di mana menjaga keanjalan struktur Disc tulang belakang dan mengurangkan risiko Slipped Disc.

- Menyokong kesihatan sendi.

- Menyokong kesihatan menyeluruh.
Slip disc boleh berulang jika kita melakukan perkara-perkara salah terhadap tulang belakang kita. Jadi berhati-hatilah ketika melakukan aktiviti harian supaya masalah slip disc tidak terus menghantui hidup anda. Rujukan : http://www.puanseri.com

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 017-9438392