Memaparkan catatan dengan label jadi ahli Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jadi ahli Shaklee. Papar semua catatan

Selasa, 1 Julai 2014

My Magic Book 2014

Assalamualaikum. apa khabar semua hari ini? Semoga semua pun OK-OK je kan. Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa. Dan hari ini adalah 1 Julai 2014, ini menandakan bermulalah cabaran baru di bulan baru untuk warga Shaklee.

Untuk bulan ini, target saya lebih banyak daripada biasa. Jadi, saya harus buat sesuatu untuk mencapai segala impian yang saya nak buat tu. Maka saya berjanji dengan diri-sendiri untuk menulis dalam buku impian secara konsisten setiap hari. Tidak boleh tidak. Ini janji saya kepada diri sendiri. My magic book ni ah jadi macam 'nyawa' sayalah kiranya :))

Selain itu, saya juga bertekad untuk menulis Jurnal Kesyukuran setiap hari. Sebenarnya, untuk menjemput rezeki yang lebih banyak kita haruslah bersyukur dengan semua nikmat yang ada. Bayangkan sekiranya kita memberi hadiah kepada seseorang, tetapi orang itu langsung tidak berterima kasih malah dicemuhnya lagi adalah. Apa agaknya perasaan kita pada ketika itu. Sudah tentu kita tidak lagi berminat untuk memberikan hadiah kepadanya lagi pada masa akan datang.

Begitu jugalah dengan Allah. Allah akan sentiasa menambah nikmat kepada hamba-hambaNya yang pandai bersyukur. Ini sekadar analogi supaya lebih mudah difahami. Jadi, selepas ini kita haruslah melatih diri supaya sentiasa bersyukur hatta pada sekecil-kecil perkara pun. Insya Allah :-) Dengan bersyukur, jiwa kita juga akan menjadi lebih tenang dan bahagia. Percayalah :-)



Cukup setakat ini dulu cerita tentang buku magika saya. Apa yang penting, kuasa tindakan. Impian tanpa usaha tak akan membawa kita ke mana-mana pun. Saya mempunyai impian yang tinggi. Jadi saya kena mulakan sesuatu untuk mencapai impian tersebut. Bagaimana dengan kalian. Walau pun mungkin tidak banyak, pasti setiap daripada kita ada hasrat atau pun impian yang terpendam kan? Saya doakan semoga impian semua pembaca akan tercapai dengan mudah dan cepat. Insya Allah. Just do it!!!

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Rabu, 9 April 2014

Segalanya Hanya di Hujung Jari



Kalau dulu-dulu setiap bulan kami hanya akan 'walk in'  atau buat panggilan telefon ke cawangan-cawangan Shaklee untuk order, tapi kini dengan dengan adanya sistem online, segalanya menjadi mudah. Semuanya hanya di hujung jari.

Teringat lagi bagaimana kalutnya menjelang closing sebelum sistem online diperkenalkan. Kalau saya nak ke branch, memanglah jauh. Yang paling mudah, adalah dengan membuat panggilan telefon. Nak tembus line susahnya lahai...kadang-kadang tu, berbelas-belas kali dail pun belum tentu dapat. Memang stress kita dibuatnya..huhuhuu..

Tapi, saya dikira bertuah lagilah, walau pun saya berada jauh di Gua musang, tapi saya masih boleh minta tolong Mr. H yang bekerja di Kubang Kerian untuk ke branch Shaklee. Kalau nak beli barang atau pun semak point/ uv yang terkumpul biasanya Mr. H yang jadi mangsa. Kesian juga coz banyak masa yang terbuang akibat kesesakan lalu lintas, tapi dah terpaksa...nak buat camne kan? Belum lagi dikira masa untuk pergi branch nak beli barang, tapi stok asyik habissssss jek..kan dah jadi keje sia-sia pulak tu.

Sekarang ni terasa lega yang amat. Dari order barang, nak daftar ahli, nak check GE,nak semak bonus, nak check barang apa yang sold out, nak tahu segala aktiviti mahu pun program anjuran Shaklee semuanya hanya dengan klik pada laman ini : https://www.shaklee2u.com.my/mbst_en/



So, kini segala-galanya dah semakin mudah. Kalau masih ramai lagi yang beralasan susah itu ini...Memang tak tau nak cakap apalah. Terima kasih Shaklee kerana menyediakan sistem klik-klik yang sungguh mudah ini. I'm loving it!

Anda nak join team kami untuk berkongsi kebaikan Shaklee? Jom jadi ahli dan dapatkan segala kelebihan yang Shaklee sediakan. Daftarlah sekarang. Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Insya Allah, saya sentiasa bersedia untuk membantu.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Sehari Bersama Jom Hebat Pantai Timur

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya saya berpeluang untuk join satu kelas Shaklee yang dianjurkan oleh group Lady & Boss. Pada mulanya hati berbelah bahagi nak join ke tak..tapi, syukurlah coz Allah dah gerakkan hati saya untuk join. Banyak yang dapat saya pelajari dalam bengkel tersebut. Bengkel ini terbuka untuk semua susur galur yang berada di bawah Master Lyna Noh/ Master Zainul Anuar dan tiada paksaan pun untuk hadir. Semuanya bergantung atas pilihan sendiri. Tapi, serius memang best pun bengkel tersebut. Rugi sangat sesiapa yang tak join...


Saya dan mak Shaklee saya, Kamilah.
Encik Amin Idris kelihatan begitu 'kecil' sekali apabila diapit oleh kami berdua. Lepas ni haruslah kena diet nih..Mr. H pun dah warning2 tu..tak mo wife dia bulat sangat.

Peace...yo!!

Bersama Master Lyna Noh & Master Zainul Anuar. Leader yang humble dan sanggup buat apa sahaja supaya anak-anak buah turut berjaya. Boleh tahan jugak pedasnya, makan cili time ni.. Fuh!


 Kek sempena birthday En. Amin Idris yang jatuh sehari sebelum kejadian. Terharu beliau dibuatnya. Tak sangka pulak ada surprise kek..hehehee.. Snap gambar dulu sebelum potong kek.



MAGNET DIRI tajuk diberi. En. Amin Idris in action. Banyak input diberi sehingga kami tak sedar masa berlalu begitu pantas. Apa isi perbincangan yang disampaikan? Actually, saya hanya akan share dengan anak cucu saya dalam rumah rahsia kami nanti.
Manalah gambar ni...tak keluar-keluar pun...hihihhh.

Secara keseluruhan, banyak maklumat baru yang dapat saya serap. Tinggalnya, nak buat atau tak sahaja. Rugilah, penat-penat datang kelas tapi tak 'apply' pun. Harapan saya, semoga semua peserta yang hadir dapat memanfaatkan ilmu baru yang diperoleh untuk lebih berjaya. Insya Allah.

Jika ada antara pembaca yang berminat untuk menyertai 'team' kami, hubungilah saya seperti maklumat di bawah. Peluang sentiasa terbuka jika anda ingin menjana pendapatan hanya dari rumah. Segala-galanya terletak di hujung jari. Mudah bukan?

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Khamis, 3 April 2014

Mengapa Harus Jadi Ahli Shaklee?

Sejak Shaklee melancarkan P&R yang baru ni, saya rasa kalau adalah pengguna-pengguna produk Shaklee yang dah setahun, 2 tahun, 3 tahun guna Shaklee tu.. eloklah daftar jadi ahli Shaklee jer... tak nak bisnes pun takpe... jadi member tak semestinya nak bisnes. untuk makan sendiri pun boleh...

Mmmm..Ini kisah kelmarin. Nak tergelak pun ada..semalam saya offer seorang customer saya jadi ahli. Jadi, dapatlah beliau buat belian pada harga yang jauuuuuhhhh lebih jimat. Sekali dia tanya, akak...kalau jadi ahli kena menjual jugak ke kak...oh no no no! Saya tak pernah paksa ahli-ahli di bawah saya untuk jual-jual barang. Kalau mereka memang dah cakap, kak saya nak makan sendiri je...confirm 100% saya takkan paksa mereka buat sales pulak. Saya akan hormat pendirian mereka. Unless, mereka yang datang dan cakap...akak saya minat nak bisnes. Barulah saya tunjukkan jalannya macam mana. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi..samalah jugak dengan bisnes ni. Kalau 'anak' memang TAK IKHLAS NAK BUAT, buat apa dipaksa-paksa...betul tak?

Anak Shaklee Saya..hihihhh...

Apa sebenarnya faedah kalau jadi ahli?
Dapat beli semua produk Shaklee pada harga ahli. Jimat sehingga 30%.
Boleh kumpul UV & dapat bonus jika cukup syarat.
Dapat sertai support group kami yang best.
Peluang untuk bisnes tanpa modal & jana income bersama Shaklee (jika mahu).
Sistem jualan secara online. Jimat masa. Jimat tenaga coz tak perlu ke branch. 


Pendaftaran sebagai member Shaklee hanyalah RM 75 @ RM85 termasuk pos untuk SEUMUR HIDUP. Takde kena renew setiap tahun.
Ramai sangat yang telah menikmati faedah sebagai ahli Shaklee. Alhamdulilah.

Nak jadi ahli? Silalah bertindak...

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Rabu, 2 April 2014

Inilah Kisahku dan Kekasih Hati :-)

Salam ceria semua :-) Apa khabar pembaca sekalian? Kita dah masuk hari kedua dalam bulan April. Semoga hari ini lebih baik daripada  semalam. Hari ini saya happy sangat coz dapat bersantai dengan anakanda tercinta. Life saya kat sini banyak dipengaruhi oleh si cilik saya. Hanya Faris peneman setia. Kami belum berpeluang untuk sebumbung dengan Encik Papa. Mujurlah zaman sekarang ni kita dikurniakan dengan kemudahan  telefon, internet segala untuk berhubung....dapatlah mendengar suara dan berkongsi cerita 2-3 kali sehari :-D. Terima kasih Tuhan. Sesungguhnya, nikmat-Mu terlalu banyak dan tak terhitung olehku..


Faris n Dad masa umurnya 3YO

Alhamdulillah, pagi-pagi tadi saya berpeluang ke bandar Gua Musang untuk pos dan hantar barang yang pelanggan nak. Kalau orang lain, pejabat pos sebelah rumah diorang jer, tapi saya, alamak hai...jauhnyalah nak keluar ke pejabat pos. Jarak antara rumah saya dengan bandar Gua Musang lebih kurang 45km. Kalau pergi balik, dah 90km tu. Tapi, saya tak kisah asalkan dapat berkhidmat untuk pelanggan tersayang. Saya juga anggap ianya sebagai cabaran yang mematangkan saya dalam dunia Shaklee ni. Kalau nak ikutkan, ada je yang cakap berbaloi ke ko buat semua ni. Bagi saya, yes..indeed! Shaklee bukan bisnes biasa-biasa..ia penuh dengan suka duka yang banyak mendidik saya menjadi 'manusia'..

Daripada seorang yang bekerja hanya untuk keperluan diri sendiri, saya mula bertekad untuk menyumbang kepada yang memerlukan. Setidak-tidaknya, dengan bonus Shaklee saya mempunyai sedikit lebihan untuk berzakat dan bersedekah kepada yang memerlukan. Dan saya tak tahu mengapa saya mudah sangat tersentuh bila tengok orang-orang yang memerlukan...Sampai terngiang-ngiang pulak lirik lagu 'Kalau Aku Kaya! Aku bayar semua....:-)

Lagi, saya kagum dan jeles sesangat bila tengok ada orang yang mampu berzakat sehingga 5 angka sebulan. Mak datuk...sebulan tu, bukan setahun. Macam tak percaya, tapi ianya benar-benar terjadi. Sebab tu saya kena TEKAD untuk follow semua jejak langkah mentor-mentor yang dah berjaya.

DAN lagi...banyak benefit yang saya dapat dalam ber'Shaklee'..ianya bukan sekadar duit. Hubungan sesama upline, downline mahu pun side line sangat erat. Kami saling membantu apabila susah dan senang. Yup, even upline yang dah dapat 5-6 angka pun takkan biarkan downline mereka terkapai-kapai. Kami sentiasa diberi nasihat dan tunjuk ajar yang tak berbelah bagi..Aduh, terharu sungguh dengan kebaikan mereka.

Banyakkkkkk sangat benefits yang saya dapat setelah setahun lebih bersama Team Jutawan ,Lady Boss, Supermom segala...tak habis kalau nak taip kat sini tau..hihihhh. OK lah, dah larut malam. Sebelum tidur, kena telan OsteMatrix dulu, barulah hilang lenguh di badan. Esok hari Khamis, so banyak energy nak guna. Khamis adalah hari yang kami tunggu-tunggu. Faris nak balik kampung jumpa Mak Tok dan Papa tercinta :-)

Syyy...kalau uols nak join team kami yang best ni boleh contact saya tau :-) Tak rugi berkongsi kebaikan yang kita rasa kat orang lain. silap-silap hari bulan dapat jugak pahala free coz dah bantu orang hidup lebih sihat. Yer tak yer jugakkan?

Sekian.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221



Selasa, 18 Mac 2014

PROMO ESP : Jadi Ahli Percuma Sempena Promosi ESP Mac 2014


Memandangkan Shaklee Malaysia susah sangat nak bagi promo ESP..tahun lepas tak ada tau promo ESP. last time punya promo ESP buy 6 FREE 1 ialah pada Oktober 2012. Lama tu... Nak tahu kenapa Shaklee tak pilih ESP sebagai promo tahun lepas? Jeng jeng jeng.... Antaranya adalah disebabkan ESP merupakan all times favourite. Tak payah tunggu promosi pun ESP memang 'hot seller'. Ramai pengguna yang memang dah jatuh cinta dengan ESP yang best ni tau. Termasuklah saya...

Ada yang minum ESP untuk kurus.
Ada yang ambil ESP untuk gebu.
Ada yang ambil ESP untuk tambah susu badan.
Ada yang pilih ESP untuk hilangkan parut.
Ada yang cari ESP untuk pulihkan luka pembedahan.
Ada yang suka ESP untuk kesuburan.
Ada yang mahu ESP untuk tegangkan kulit.
Ada yang jatuh cinta dengan ESP kerana tumit yang merekah dah jadi licin.



Pendek kata, sekali dah cuba ESP pasti rasa rugi sangat-sangat jika tak teruskan. Hasilnya memang marvellous.. tapi dengan syarat, anda kena amalkan setiap hari untuk dapat kesan yang diidam-idamkan. Makan suplemen jenama apa pun, kalau tak berapa rajin & konsisten susah juga nak dapat hasilnya.. betul tak?

Jadi, untuk tidak menghampakan pelanggan setia dan peminat tegar ESP, dengan suka citanya saya ingin war-warkan bahawa bulan ini, MAC 2014 sekali lagi Shaklee bermurah hati untuk memberikan promo ESP kepada semua pengguna Shaklee.

Apa untungnya jika anda membeli produk PROMO ( beli 6 percuma 1) kali ini?

  • Anda akan mendapat satu canister ESP percuma bernilai RM150.00
  • Anda akan dapat KEAHLIAN PERCUMA bernilai RM75 (WM) @ RM85 (EM)
  • Anda akan mendapat CASH BACK pada bulan berikutnya sebanyak RM36.00
  • Anda akan mendapat bimbingan berterusan untuk berbisnes (jika berminat/ tiada paksaan).
  • Anda akan menyertai kumpulan JUTAWAN yang kini telah berjumlah lebih 13 ribu orang secara eksklusif.
Banyak lagi kelebihan yang akan diperoleh sekiranya anda menyertai kami. Peluang keemasan hanya datang sesekali. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tawaran ini. Hubungi saya segera untuk maklumat lanjut. 

Salam sayang, 
June Mohd

kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Khamis, 13 Februari 2014

Faedah Jadi Ahli Shaklee berdasarkan Pengalaman Saya

Assamualaikum w.b.t..


Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman setelah lebih setahun bergelar duta kecil Shaklee iaitu Shaklee Independent Distributor. Pada awalnya saya tak tahu pun bahawa Shaklee adalah MLM. Kalau tahu, memang saya tak join kot...dulu-dulu saya pernah tertipu dengan satu syarikat ini. Saya diajar untuk membeli stok sebanyak RM2,000.00. janji mereka, mereka akan bantu saya untuk jualkan produk tersebut. Tapi sayangnya, janji tinggal janji. Habuk pun tak de....serik saya dibuatnya.

Lain pula ceritanya dengan Shaklee. Saya jatuh cinta dengan produk Shaklee setelah mencuba set menyusu sewaktu susu 'drop' ketika Faris berusia 8 bulan. Setelah makan set menyusu, badan terasa cergas dan tak mudah tertekan. Jadi, bila mood baik, susu pun makin meriah. Alhamdulillah, setelah konsisten dengan Shaklee dan rajin amalkan konsep asas penyusuan, saya berjaya menyusukan Faris sehingga usianya 26 bulan. 



Alang-alang saya memang dah makan Shaklee, rasanya tak rugi kot kalau saya jadi ahli. Jadi, hari ini saya akan dedahkan faedah-faedah yang saya dapat setelah menjadi ahli Shaklee :
  1. Modal yang sangat rendah iaitu hanya RM75 seumur hidup. Tapi kalau tak nak bayar RM75, boleh buat belian barangan sebanyak RM650 bersamaan 200 point (UV). Tak perlu nak keluarkan duit simpanan atau buat loan puluh-puluh ribu tapi pulangannya sangat lumayan. Jangan tak tahu, mentor-mentor saya ramai yang dah mencecah pendapatan 5-6 angka. Tapi mereka ni humble jer, tak delah tayang2 duit macam typical MLM yang lain..ahahaaa..
  2. Dapat bonus tengah bulan. Saya ni kerja makan gaji, pendapatan saya hanya masuk sekali jer sebulan. Biasanya bila dah masuk 14-15 hb setiap bulan, memang seksa nak tunggu gaji. Terpaksalah berjimat-cermat dan ikat perut dengan duit poket yang makin kempis. Tapi, sejak dah ada income dengan Shaklee saya tidak lagi tertunggu-tunggu hari gaji. In fact, bonus saya pun lagi banyak daripada gaji bersih saya sekarang ni. ALHAMDULILLAH...
  3. Bisnes yang sangat mudah dan fleksibel. Boleh dilakukan di mana-mana sahaja selama 24 jam. Cukuplah dengan adanya line internet, saya bolehlah berbisnes sambil menonton TV di rumah! Lebih-lebih lagi Shaklee dah mula buat online system, bila-bila masa pun boleh beli barang!
  4. Tak perlu kumpul stok banyak-banyak. Shaklee memudahkan kerja saya dengan membantu untuk poskan barang kepada pelanggan-pelanggan saya di seluruh Malaysia. Jimat masa saya untuk packing barang dan beratur di pejabat pos.
  5. Hampir tiada risiko. Shaklee adalah syarikat yang stabil. Shaklee telah tertubuh lebih 50 tahun dan setakat ini belum pernah gagal membayar bonus kepada pengedar-pengedarnya walau pun ekonomi dunia jatuh merudum!!
  6. Shaklee menawarkan produk yang dijamin SELAMAT dan BERKESAN serta SEMULA JADI. Terdapat 83,000 kajian yang dijalankan setiap tahun bagi memastikan produknya benar-benar selamat untuk digunakan. Ujian klinikal juga dijalankan bagi menguji keberkesanan produk. 
  7. Nikmat kesihatan yang baik. Alhamdulillah, dengan izin ALLAH sejak mengamalkan vitamin Shaklee yang semulajadi, saya dapati diri saya sekeluarga bertambah sihat dan cergas. Anak pun jarang sangat demam. Vitamin berfungsi untuk mengisi kekosongan dalam tubuh, jadi tubuh dapat berfungsi dengan baik dan sihat. 
  8. Tambah kenalan. Saya berada di bawah susur galur Group Jutawan yang diketuai oleh PM CeryMamaFaiz. Hubungan antara ahli-ahli JUTAWAN bagaikan bersaudara kerana kami saling menyokong dan memberi motivasi antara satu sama lain. Pendek kata, saya tidak keseorangan dalam bisnes Shaklee ni. Best kan?
  9. Hidup saya dipenuhi dengan aura yang positif! Dalam kumpulan JUTAWAN, amalan rohani adalah sesuatu yang sangat digalakkan. Amalan rohani yang dahulunya biasa-biasa sahaja, kini dah jadi amalan saya setiap hari. Hati terasa sungguh tenang apabila kita bergantung sepenuhnya kepada  ALLAH Yang Maha Esa.
  10. Kelas bimbingan secara online diberikan hampir setiap hari! Ada sahaja pesanan dan kata-kata semangat untuk anak-anak buah Shaklee. Terasa sungguh bertuah kerana saya telah berada dalam kumpulan yang betul pada masa yang tepat. Yang tinggal hanyalah usaha saya sendiri untuk bergerak menuju impian besar saya. 
Sebenarnya, banyak lagi manfaat jadi ahli Shaklee. Tapi cukup setakat ini dahulu perkongsian saya. Kita sambung cerita dalam entry akan datang ye. Insya ALLAH. Ada tak kat sini yang berminat untuk jadi ahli Shaklee macam saya? Kalau ada, bolehlah hubungi saya untuk mendaftar! Jangan tunggu lama-lama...bertindaklah sekarang. Tindakan anda hari ini boleh mengubah masa depan anda sekeluarga. Do it NOW!

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Ahad, 29 Disember 2013

Cara Nak Jadi Ahli Shaklee secara Percuma!

Nak jadi ahli Shaklee? Mari saya kongsikan caranya. Paling penting, anda tak perlu pening-pening kepala memikirkan kena sediakan wang yang banyak untuk menjadi sebahagian daripada ahli Shaklee.

Pertamanya, anda akan jadi ahli Shaklee untuk mana-mana SEBAB di bawah :

  • Makan sendiri
  • Buat business (part-time/fulltime)

Jadi, decide lah.

Mana-mana sebab pun anda menyertai Shaklee, insya ALLAH, ia tidak merugikan anda. Sekiranya anda jadi ahli Shaklee untuk makan sendiri, anda boleh kumpul points hasil belian produk Shaklee untuk ditukar kepada cash rebate, asalkan memenuhi syarat*. Manakala sekiranya anda menyertai keluarga Shaklee untuk tujuan menjana pendapatan, anda akan diberi latihan eksklusif dan intensif (buat yang serius) secara online dan offline.

Bagaimana cara-cara nak jadi ahli Shaklee?

Anda perlu ada sponsor/upline untuk mendaftar

    Dalam hal ini, sekiranya anda mahu mendaftar sendiri sebagai ahli Shaklee di HQ atau mana-mana branch Shaklee, bolehlah menggunakan ID Shaklee saya sebagai sponsor/upline anda.

    Walaubagaimanapun, jika anda mahu pendaftaran itu dilakukan oleh saya, sila hubungi saya di 019-2187383 atau emel sahaja ke kerengge83@gmail.com

    Anda perlu membayar yuran pendaftaran keahlian

      Yuran pendaftaran hanyalah RM75 bagi anda yang di Semenanjung dan RM85 bagi anda yang di Sabah/Sarawak. Anda boleh membuat pembayaran terus kepada pihak Shaklee sekiranya mendaftar sendiri di HQ atau mana-mana branch Shaklee dengan menggunakan ID Shaklee saya sebagai sponsor/upline anda.

      Atau...

      anda boleh hubungi saya di 019-2187383 atau emel sahaja ke kerengge83@gmail.com sekiranya mahu mendapatkan nombor akaun saya jika pendaftaran dilakukan oleh saya.

      Anda perlu memberikan maklumat diri anda untuk didaftarkan sebagai ahli Shaklee

        Sila berikan; nama penuh anda dan pasangan anda (optional), nombor kad pengenalan anda dan pasangan anda (optional), email, alamat pos, nombor telefon serta nombor akaun untuk urusan kemasukan bonus (sekiranya layak); kepada saya di 019-2187383 atau emel kepada kerengge83@gmail.com

        Done!



        Anda akan mendapat memberkit Shaklee selepas itu dan saya pula, sekiranya anda berdaftar di bawah keluarga JUTAWAN, anda akan dimasukkan ke dalam group Facebook kami yang eksklusif.

        Keahlian adalah seumur hidup dan tidak perlu maintain points.



        Ahli Shaklee PERCUMA?


        Ok. Seperti tajuk entry saya di atas, anda layak menjadi ahli Shaklee secara PERCUMA sekiranya anda membuat belian produk Shaklee sebanyak 200 UV. UV ini ialah mata (points) yang terdapat pada setiap produk Shaklee. 200 UV ini akan direct masuk ke dalam ID Shaklee anda seterusnya melayakkan anda untuk dapat cash rebate (bonus) pada bulan berikutnya.

        Dan of course, keahlian PERCUMA bermakna anda tak perlu bayar RM75 atau RM85 di atas tadi :-)

        Mana nak dapat 200 UV?


        Boleh pilih salah satu cara di bawah.
        1. Belian produk Shaklee yang anda kongsi beli bersama kawan-kawan dan keluarga
        2. Belian 2 botol Vivix Shaklee
        3. Belian 3 kotak Collagen Powder Shaklee
        4. Belian SATU SET OMEGA GUARD PROMO pada bulan ini.
        Jadi, bagaimana? Usah berlengah lagi untuk mendaftar. Hubungi saya segera untuk pendaftaran anda!

        June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383