Memaparkan catatan dengan label rambut gugur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rambut gugur. Papar semua catatan

Isnin, 2 Jun 2014

Apa Nak Buat Apabila Rambut Saya Gugur?

Siapa tak risau kalau rambut yang dahulunya cantik, kini mula menunjukkan tanda-tanda kerosakan. Rambut yang dahulunya halus, lembut, hitam dan lebat semakin menipis dan gugur sedikit demi sedikit. Sudahlah rambut gugur, anak-anak rambut baru pula tidak muncul-muncul seperti yang diharapkan. Tanda-tanda kebotakan sudah mula kelihatan. Aduhai...tak sanggup nak bayangkan rupa kita yang handsome dan cun ni botak tanpa kerelaan. Tak sanggup...tak sanggup!

Jadi, sebelum rambut kita semakin menipis dan bertukar menjadi botak, ada baiknya kita mengambil langkah berjaga-jaga. Kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Cadangan vitamin untuk rambut gugur :




Mengandungi biotin ( jarang ditemui dalam vitamin keluaran jenama lain) yang bertindak menghalang keguguran rambut. Ia juga mampu mengelakkan rambut cepat uban. B Complex juga bertindak untuk menguatkan akar-akar rambut supaya rambut lebih kuat dan tak mudah gugur.

Mengandungi zat besi untuk mengelakkan keguguran rambut. Kalau anda nak tahu, penambahan zat besi ke dalam diet, boleh memberi kesan yang ketara terhadap pertumbuhan rambut baru. Jadi, lepas ni kena rajin makan vitamin atau pun mana-mana makanan yang mengandungi zat besi la ye:-)
Turut mengandungi panthothenic acid yang merupakan salah satu komponen utama sel-sel dalam badan dan membantu dalam penukaran makanan kepada tenaga. Folikel rambut mula gugur disebabkan oleh kekurangan nutrien ini di dalam badan kita.

Sangat membantu untuk mengawal masalah kelumumur pada kulit kepala. Kulit kepala yang sihat akan mengelakkan rambut gugur berlaku. Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). dan Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan.

Vitamin C merupakan sejenis antioksidan yang merangsang pertumbuhan rambut baru dan mengeluarkan toksin daripada badan supaya badan sihat dan mampu menghasilkan sel yang lebih sihat.

Struktur rambut terdiri daripada 90% komposisi protein. Menjadikan rambut lebih kuat, tahan lasak dan bebas kerosakan. Kekurangan protein boleh menyebabkan perubahan warna rambut, rambut baru sukar tumbuh dan struktur rambut yang tidak kuat.

Jadi, kalau anda benar-benar tidak mahu mengalami dilema kebotakan atau keguguran rambut yang serius, silalah amalkan pengambilan vitamin dari awal lagi. Jangan tunggu nasi menjadi bubur kerana ianya sudah terlambat. Kalau nak dapatkan kesan yang lebih baik, saya cadangkan anda gunakan rangkaian syampu Shaklee iaitu Pro-Sante yang best ni.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set untuk rambut gugur Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Rabu, 22 Januari 2014

Vitamin penting untuk Rambut Lebat dan Cantik

Vitamin untuk Rambut Lebat dan Sihat

Rambut gugur boleh mendatangkan rasa rimas dan rendah diri kepada mereka yang mengalaminya. Sekiranya masalah ini tidak diselesaikan dengan segera, ia boleh mengakibatkan kebotakan. Apakah punca sebenar rambut gugur ye? Selain daripada tekanan dan pencemaran, salah satu punca utama keguguran rambut adalah akibat kekurangan vitamin. Biasanya, orang yang mengalami keguguran rambut juga mengalami kekurangan vitamin yang agak serius dalam diet mereka. Agak-agaknya apalah vitamin yang kurang dalam pemakanan harian kita yang menyebabkan keguguran rambut kan?




Contoh vitamin yang Penting untuk Rambut


1. Biotin (Vitamin-H) 
Vitamin yang paling popular yang membantu keguguran rambut adalah Biotin atau vitamin H. Biotin adalah sebahagian daripada keluarga B kompleks dan telah terbukti untuk menghalang keguguran rambut. Satu lagi faedah Biotin adalah bahawa ia mencegah rambut kelabu. Vitamin ini adalah dalam susu, yis dan kuning telur.

2. IRON (ZAT BESI)
Kekurangan zat besi dalam badan bukan sahaja menyebabkan anemia, tetapi ia juga menyumbang kepada keguguran rambut. Orang yang mempunyai kekurangan zat besi dan rambut gugur perlu meningkatkan pengambilan zat besi dalam pemakanan harian mereka. Ini perlu, kerana zat besi boleh membuat perubahan yang ketara dalam pertumbuhan rambut.

3. VITAMIN-B
Vitamin B kompleks juga membantu dalam mengatasi masalah keguguran rambut kerana iamenguatkan folikel rambut - menjadikan ia kurang terdedah kepada kerosakan dan kehilangan rambut. Pemakanan yang kaya dengan kandungan vitamin B akan meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan rambut gugur. Membantu mengurangkan tekanan yang kita alami setiap hari.


4. ZINC
Zink banyak terdapat dalam daging merah, yang membantu mengatasi sebarang masalah kulit kepala (berkelemumur). Satu lagi faedah pengambilan zink ialah ia meningkatkan kehidupan seks anda. Jadi ia menjamin bukan sahaja rambut yang cantik tetapi ‘saat’ yang indah ketika bersama. 

5. ANTI-OXIDANTS
Anti-oksidan, yang lebih dikenali sebagai Vitamin A, C dan E biasanya diambil untuk mempunyaikulit yang cantik. Tetapi adakah anda tahu bahawa selain daripada memberi anda kulit yang bersih dan mulus, ia menghalang keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut denganmengepam keluar toksin dalam badan dan meningkatkan sistem imun anda.

6. PROTEIN
Protein merupakan satu lagi komponen penting rambut. Sebenarnya, 90% struktur rambut dikomposisikan oleh protein. Bersama dengan vitamin B kompleks, protein juga sebenarnya adalah ramuan yang biasa terdapat di dalam syampu, perapi syampu dan  dalam rawatan rambut.Protein juga merupakan salah satu sebab yang menjadikan rambut kuat dan tahan daripada kerosakan.

7. PANTOTHENIC ACID
Asid Pantothenic adalah penting untuk kesihatan kulit kepala. Ia juga merupakan salah satu komponen utama sel-sel dalam badan dan membantu dalam penukaran makanan kepada tenaga.Folikel rambut mula gugur disebabkan oleh kekurangan nutrien ini di dalam badan kita - ia jugamengakibatkan sembelit dan penyakit yang lain.

Nah! Itu dia senarai jenis vitamin yang boleh membantu mengatasi masalah rambut , tak kiralah rambut gugur ke, rambut bercabang ke, masalah kulit kepala berkelemumur ke..etc..etc..Rambut yang cantik adalah idaman setiap orang. Jadi, jika anda mengalami keguguran rambut atau mana-mana masalah rambut atau kulit kepala, cuba kesan apa yang kurang  dalam diet anda. Pilihan di tangan anda untuk memilih makan terlalu banyak atau terlalu sedikit untuk memastikan sistem badan anda berfungsi dengan betul. Jika anda boleh berbelanja besar untuk rawatan keguguran rambut (termasuk syampu dan perapi, pelembap dan lain-lain), tetapi tanpa pemakanan (yang mengandungi nutrisi) yang betul semuanya adalah membazir. Renung-renungkan! 
(sumber:rafaliah.blogspot.com)


Tak mahu rambut gugur berterusan? Hubungi saya untuk dapatkan vitamin untuk rambut Shaklee sekarang ;-) Fast action, fast result Insya ALLAH.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Rabu, 14 November 2012

Kebaikan ZINC COMPLEX Shaklee yang Tak Boleh kita Abaikan




Zink membantu penyembuhan luka di luar dan dalam dengan cepat & cantik, dan ada yang mengatakan kandungan zink adalah tinggi di dalam ikan haruan. Sebab itulah ibu-ibu selepas bersalin digalakkan makan banyak ikan haruan/ pati ikan haruan! Buat ibu-ibu yang kurang gemar makan ikan ataupun tak boleh nak telan pati ikan haruan (i memang x boleh telan hihihi) , bolehlah digantikan dengan suplemen Zink, ya.

Jom kita lihat, apa yang Zink boleh lakukan untuk kita?

(1) Mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman & luaran.

(2) Menghilangkan tanda putih di kuku jari anda (dengan kata lain, jika anda mempunyai banyak white spots di kuku, maknanya badan anda kekurangan zink!)
(3) Mengembalikan rasa hilang selera makan.
(4) Membantu masalah ketidaksuburan (infertility).
(5) Mengelakkan masalah prostat.
(6) Menggalakkan pertumbuhan sihat (immune booster).
(7) Mengurangkan penempelan kolesterol.
(8) Bantu di dalam rawatan masalah mental (promote mental alertness).
(9) Mengurangkan tempoh dan kekerapan diserang demam.
(10) Mengurangkan masalah rambut gugur/ uban sebelum waktunya.

Bagaimana nak pilih suplemen Zink yang baik?


Kebiasaannya boleh didapati di dalam multivitamin & multimineral yang berkualiti. Boleh juga di dapati di dalam bentuk suplemen Zinc Sulfate, Zinc Gluconate atau Zinc Picolinate di dalam dos berkadar dari 15mg ke 50mg. Walaupun Zink bertindak sebagai penggalak imun (immune booster), pengambilan dos Zink melebihi 150mg sehari boleh merencatkan tindakbalas sistem imun.


Manakala, pengambilan dos Zink melebihi 1000mg boleh menyebabkan penghasilan toksin di dalam badan.


TIPS PENTING!


(1) Penambahan Zink ke dalam diet harian memerlukan penambahan Vitamin A yang seiring juga.

(2) Zink bertindak dengan efektif dengan kehadiran Vitamin A, Kalsium dan Fosforus.
(3) Elakkan pengambilan suplemen Zink dan Zat Besi (Iron) serentak, kerana kedua-duanya mengganggu aktiviti satu sama lain.

Set Ibu Berpantang/ Confinement Set


Apepun, suplemen Shaklee Zinc Complex ini pastinya menjadi pilihan saya sewaktu berpantang nanti, dan sebab itu jugalah kami turut menyenaraikannya di dalam pakej Confinement Set kami!!!


Jika ingin mencuba suplemen Zink, pastikan anda mendapat cadangan jadual pemakanan yang betul daripada pengedar Shaklee anda. (^_-) 

Kredit to: vavavoommomma