Memaparkan catatan dengan label vitamin untuk gastrik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vitamin untuk gastrik. Papar semua catatan

Ahad, 9 Mac 2014

Ubat untuk Atasi Masalah Gastrik

Gastrik merupakan salah satu penyakit yang sering melanda masyarakat kita terutamanya golongan remaja. Saya mempunyai beberapa orang kenalan yang mempunyai masalah gastrik. Para pelajar saya di sekolah juga ada yang mempunyai masalah gastrik. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran mereka. Mungkinkah kerana jadual makan yang tidak teratur serta tabiat sering 'skip' waktu makan kerana berdiet menyebabkan gastrik berlaku? 

Apakah sebenarnya ciri-ciri penyakit gastrik?

Penyakit gastrik atau gastritis terjadi akibat keradangan pada lapisan dinding perut kita. Tahukah anda, di dalam perut kita, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mucus pelindung di permukaan perut.












                                                                                                                              

Apakah punca sebenar penyakit gastrik?



 
               


   
                                            






Adakalanya, gastrik terjadi disebabkan oleh mengambil ubat-ubatan yang tertentu secara berlebihan. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alcohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori di dalam perut boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik turut boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, stress ekstrem dan jangkitan virus yang tertentu.

Simptom-simptom Gastrik



Terdapat ramai pesakit gastrik yang tidak mengalami sebarang symptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik ini akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom-simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah.

Sekiranya penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah. Simptom tersebut menandakan penyakit gastrik itu sudah menjadi tahap yang sangat serius dan pesakit tersebut harus dibawa ke klinik atau hospital secepat mungkin.


Jadi, sekiranya anda mempunyai simptom-simptom gastrik, segeralah mencari alternatif untuk merawat masalah gastrik yang ada sebelum ianya benar-benar serius dan membahayakan nyawa.

Cadangan untuk rawat Gastrik  dengan Shaklee :


Fungsi setiap vitamin : 
Ostematrix
  • vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D
  • membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati
  • kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik.
Energizing Soy Protein (ESP)
  • Sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.
  • nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan
Peppermint Ginger Plus
  • membantu pencernaan dan merangsang pengaliran cecair pencernaan secara semula jadi
  • membuang angin dalam badan secara semula jadi
  • diperbuat daripada halia, herba pudina asli, jintan manis dan jintan hitam yang memberikan kesan nyaman yang melegakan perut.
Segera hubungi saya untuk mendapatkan Set Gastrik anda hari ini.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221



Khamis, 2 Mei 2013

Vitamin Shaklee untuk Rawat Gastrik


Assalamualaikum...

Alkisah pada hari ini adalah tentang gastrik...penyakit gastrik ini kerap sangat saya temui dari kalangan kawan- kawan, para pelajar dan juga kanak- kanak kecil. Kadang- kadang tu kesian sangat tengok mereka menahan kesakitan...saya belum pernah merasa penangan gastrik (setakat nota ini ditulis) jadi sukar untuk saya bayangkan tahap kesakitan yang mereka alami. Bulan Ramadhan pastinya amat mencabar bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik. Memandangkan bulan puasa dah makin dekat, di sini saya ingin kongsikan tips & suplemen cadangan yang sesuai untuk mengawal masalah gastrik daripada terus berlaku. Sebelum itu, kenali dahulu punca-punca gastrik ya...bagi yang belum terkena gastrik, eloklah kita cegah dari awal :-).

PUNCA- PUNCA GASTRIK

1. Gemar mengambil makanan yang pedas.. (Alamak!...saya pun suka pedas)
~ makanan yang pedas sukar diproses oleh perut. Jadi ia akan menyebabkan perut untuk merembeskan asid dengan lebih banyak untuk mencernakan makanan tersebut....

2. Penggemar asam
~ Asam adalah makanan yang masam (berasid). Jadi asam akan menambahkan tahap keasidan di dalam perut dan boleh meningkatkan risiko terkena gastrik.

3. Makanan berlemak/ berminyak
~ Seperti makanan pedas, makanan yang berlemak & berminyak sangat sukar untuk dihadam, ia juga boleh menjadi salah satu daripada punca gastrik.

4. Orang sering stress
~ Bagaimana stress boleh dikaitkan dengan gastrik?. Perasan tak, jika orang stress maka mereka akan makan dengan banyak kononnya makanan boleh menghilangkan stress yang mereka tanggung.  Apabila tertekan, perut akan merembeskan asid dengan lebih banyak secara tidak langsung kita akan jadi cepat lapar.

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK MENGURANGKAN GASTRIK

1. Carotomax = sejenis antioksidan semula jadi yang bertindak untuk menjaga lapisan membran perut & usus yang kerana lebihan asid dalam perut.

2. Ostematrix = sumber kalsium yang bersifat alkali & mampu meneutralkan asid di dalam perut.

3. Energising Soy Protein (ESP) = membaik pulih luka dalaman & menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat.

4. Alfalfa = kaya dengan sumber klorofil untuk meningkatkan tahap kealkalian badan pesakit gastrik.

Setelah mengetahui punca- punca gastrik, maka seboleh-bolehnya cubalah elakkan daripada ianya berlaku. Kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati...selamat mencuba.


June Mohd | kerengge83@gmail.com | sms/ wassap : 017-943 8392