Assalamualaikum w.b.t :-)
Salam 10 Ramadhan.. begitu pantas masa berlalu. Jadi gunakanlah masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Buatlah perkara-perkara yang berfaedah kepada diri-sendiri dan orang lain. Manalah tahu, sekecil-kecil kebaikan yang kita buat tu akan menjadi asbab kita ke syurga Allah. Insya Allah.
Berbalik kepada tajuk di atas, dalam entry kali ini saya ingin membuat review tentang ESP Shaklee. Sebenarnya banyak sangat produk yang boleh dijadikan pilihan untuk 'review' kerana saya dah jatuh cinta dengan hampir kesemua produk Shaklee! Sikit lagi nak sampai tahap angau...ahahaa!
Pertama kali mencuba ESP (saya beli daripada Kak N), saya mengambil ESP untuk memekatkan susu badan kerana saya perasan yang susu saya kurang pekat. Mungkin kerana saya makan tak makanan kurang seimbang, jadi zat dalam susu badan pun tak seberapa.
Minum-minum je ESP, susu saya pun keluar laju macam air hujan..hahahaa..mengarutlah tu kan...sebenarnya, ambil masa 2-3 hari juga untuk badan saya sesuaikan dengan ESP. Selepas hari ketiga barulah saya nampak susu saya bertambah pekat. Faris juga cepat kenyang setiap kali selepas menyusu. Tak adalah melekap sepanjang malam seperti sebelum ni. Senanglah saya bangun tengah-tengah malam untuk pam susu. I'm really happy for that! Kalau tak.....punyalah seksa nak 'bebaskan' diri daripada Faris. BF mommies sure faham perasaan saya ni kan :-D.
Best memories ever :-)
Selain itu, saya suka ESP ni coz ia memberikan tenaga segera untuk saya. Saya biasa amalkan ESP di waktu pagi sebagai pengganti break fast. Busy mom like me, sering kali tak sempat nak bersarapan di rumah. Di sekolah pun kalau kena kelas waktu pertama dan kedua tu, jawabnya pukul 9 a.m barulah dapat menjamah makanan. Kalau gap setakat 40 minit tu, saya lagi rela pam susu daripada ke kantin. Bimbang sangat nak skip jadual mengepam, takut susu akan berkurang. Saya ni dulunya ada masalah darah rendah. Kalau terlambat makan tu, mau menggigil satu badan. Sikit lagi nak pitam...mujurlah tak pernah pulak pitam kat mana-mana..hihihhh.. Alhamdulillah, ESP Shaklee banyak membantu saya untuk rasa kenyang lebih lama dan bertenaga setiap hari.
Selain itu, saya suka sangat dengan ESP kerana ia membantu menghilangkan parut jerawat dengan lebih cepat. Kulit saya memang bermasalah dari sekolah menengah lagi. Jerawat tumbuh dengan meriahnya. Lepas tu, mulalah tinggalkan parut hitam dan hodoh di muka. Kadang kala tu, saya sampai tak sanggup nak tengok muka sendiri depan cermin...sedihkan? Alhamdulillah, ESP banyak membantu memulihkan parut-parut yang ada di wajah saya. Jerawat pun mudah kecut, kulit semakin lembap dan yang paling penting, saya semakin yakin untuk mengadap cermin setiap hari!!! Yahhhoooo... kalau kawan-kawan ada yang menghadapi masalah yang sama seperti saya, jangan lepaskan peluang untuk rasakan perbezaan dengan ESP.
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)
Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.
Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :
June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221
0 comments:
Catat Ulasan