Memaparkan catatan dengan label peppermint ginger plus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peppermint ginger plus. Papar semua catatan

Ahad, 28 September 2014

Tips Atasi Mabuk dan Loya ketika Hamil

Berita kehamilan menjadi saat yang paling dinantikan bagi pasangan yang berhasrat untuk menambahkan bilangan ahli keluarga. Menurut kajian, 8 per 10 daripada wanita yang hamil akan mengalami rasa loya dan mabuk sepanjang tiga bulan pertama kehamilan mereka. 

Namun ada juga  wanita yang hamil tanpa sebarang alahan. Cemburu juga dibuatnya kan? Saya pernah mengenali seorang teman yang mabuk teruk dari awal hingga ke hujung kehamilan. Ini menyebabkan beliau lemah dan tidak berdaya sehingga memaksa beliau mengambil cuti tanpa gaji kerana tidak mampu untuk menjalankan tugas dengan baik. Kasihan juga saya melihatnya.


Apakah Cara yang Sesuai untuk Atasi Mabuk ketika Hamil?

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin berguna bagi mereka yang menghadapi masalah mabuk ketika hamil :

  • Makan makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap.
  • Amalkan makanan yang yang membantu untuk mencegah muntah seperti protein, keju, susu, buah-buahan, mentega kacang, biskut kraker dan sebagainya.
  • Makan buah-buahan yang masam tetapi elakkan pengambilan yang berlebihan kerana ia memberikan kesan yang kurang elok jika anda mempunyai gastrik.
  • Elakkan makanan yang boleh mencetuskan rasa nak muntah seperti makanan berminyak, berkafein serta makanan yang manis seperti kek, coklat dan sebagainya.
  • Jauhkan diri daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan dan boleh menyebabkan anda muntah.
  • Cuba tarik nafas dalam-dalam, mungkin ia boleh membantu masalah loya anda.
  • Pakai pakaian yang longgar dan selesa untuk menyejukkan badan dan mengelakkan rasa loya daripada berlarutan.
  • Jika sudah tak mampu menahan rasa loya, tidur adalah jawapan terbaik.
  • Ambil vitamin pranatal anda selepas makan atau pun sebelum tidur.
  • Amalkan menambahkan halia dalam menu harian anda. Pasti melegakan rasa mual yang tidak berkesudahan itu.



  • Sekiranya tips-tips di atas kurang berkesan, mungkin anda boleh mencuba vitamin/ suplemen khas untuk mengatasi mabuk ketika hamil seperti B Complex (mengandungi vitamin B6 yang berkesan untuk mengurangkan rasa mual) dan Peppermint Ginger Plus.

  • Pastikan anda minum air cukup 3 liter bagi mengelakkan kekurangan bendalir dalam badan yang hilang dan mengelakkan masalah sembelit yang serius. Jika tak mampu nak minum air, mungkin Performance drink boleh membantu untuk 'lock' cecair dalam badan dan mengelakkan kekeringan yang serius.
  • Berjumpalah doktor sekiranya keadaan anda semakin serius.
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Khamis, 13 Mac 2014

Kebaikan Peppermint Ginger Plus Shaklee

Peppermint Ginger Plus merupakan salah satu daripada vitamin kegemaran saya. Peppermint Ginger Plus  mempunyai sangat banyak kelebihan yang tersendiri. Sejak mencubanya beberapa bulan yang lepas, saya tidak lepas untuk mengamalkannya sehingga hari ini. Jadi, kali ini saya mahu berkongsi khasiat PGP untuk anda semua. Semoga semakin ramai yang mendapat khasiat Peppermint Ginger Plus (PGP) seperti saya :-).

Antara kebaikan Peppermint Ginger Plus adalah seperti berikut :


  • Wanita mengandung yang mempunyai kesan loya dan 'morning sickness' yang serius
  • Mereka yang gemar mengembara tetapi serik akibat mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin.
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut.
  • Mereka yang sering mengalami masalah penghadaman.


Peppermint Ginger diperbuat dari bahan semulajadi dan bukan bahan sintetik . Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan. Kelebihan Peppermint Ginger diterangkan melalui kandungan bahan herba terpilih iaitu 4 herba dari Barat dan Timur iaitu:

Pudina (Peppermint)



  • Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenang
  • Membantu untuk merawat masalah gastrik.
  • Menghilangkan rasa loya bagi wanita hamil.
  • Merangsang pengeluaran peluh, jadi ia boleh membantu orang yang sedang selsema daripada demam.
  • Membantu dalam penghadaman bagi mereka yang sering mengalami kembung perut.
  • Membantu mengurangkan mabuk laut/darat ketika 'travel'.
  • Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
  • Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.
  • Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu menenangkan fikiran dan meningkatkan fokus.

Halia



  • Halia merangsang rembesan enzim salvia untuk meningkatkan pencernaan makanan.
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
  • Mampu mengurangkan kerengsaan kulit bagi mereka yang menjalani rawatan kemoterapi.

Pokok adas (fennal)



  • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. 
  • Berfungsi untuk mengeluarkan angin daripada badan dengan baik.
  • Juga, Ia dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.


Cekur Manis (anise)


  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. 
  • Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa.
  • Dikatakan paling mujarab untuk melegakan demam dan panas dalam badan.
  • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.
  • Membantu memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin dan juga dikatakan boleh menambahkan susu badan. 
Sekian sahaja perkongisan daripada saya. Jika anda berminat untuk dapatkan khasiat Peppermint Ginger Plus, bolehlah hubungi saya seperti di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Ahad, 9 Mac 2014

Ubat untuk Atasi Masalah Gastrik

Gastrik merupakan salah satu penyakit yang sering melanda masyarakat kita terutamanya golongan remaja. Saya mempunyai beberapa orang kenalan yang mempunyai masalah gastrik. Para pelajar saya di sekolah juga ada yang mempunyai masalah gastrik. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran mereka. Mungkinkah kerana jadual makan yang tidak teratur serta tabiat sering 'skip' waktu makan kerana berdiet menyebabkan gastrik berlaku? 

Apakah sebenarnya ciri-ciri penyakit gastrik?

Penyakit gastrik atau gastritis terjadi akibat keradangan pada lapisan dinding perut kita. Tahukah anda, di dalam perut kita, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mucus pelindung di permukaan perut.












                                                                                                                              

Apakah punca sebenar penyakit gastrik?



 
               


   
                                            






Adakalanya, gastrik terjadi disebabkan oleh mengambil ubat-ubatan yang tertentu secara berlebihan. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alcohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori di dalam perut boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik turut boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, stress ekstrem dan jangkitan virus yang tertentu.

Simptom-simptom Gastrik



Terdapat ramai pesakit gastrik yang tidak mengalami sebarang symptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik ini akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom-simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah.

Sekiranya penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah. Simptom tersebut menandakan penyakit gastrik itu sudah menjadi tahap yang sangat serius dan pesakit tersebut harus dibawa ke klinik atau hospital secepat mungkin.


Jadi, sekiranya anda mempunyai simptom-simptom gastrik, segeralah mencari alternatif untuk merawat masalah gastrik yang ada sebelum ianya benar-benar serius dan membahayakan nyawa.

Cadangan untuk rawat Gastrik  dengan Shaklee :


Fungsi setiap vitamin : 
Ostematrix
  • vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D
  • membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati
  • kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik.
Energizing Soy Protein (ESP)
  • Sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.
  • nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan
Peppermint Ginger Plus
  • membantu pencernaan dan merangsang pengaliran cecair pencernaan secara semula jadi
  • membuang angin dalam badan secara semula jadi
  • diperbuat daripada halia, herba pudina asli, jintan manis dan jintan hitam yang memberikan kesan nyaman yang melegakan perut.
Segera hubungi saya untuk mendapatkan Set Gastrik anda hari ini.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221



Sabtu, 4 Mei 2013

Vitamin untuk Kencing Tidak Lawas

Assalamualaikum...seminggu dua ini ibu mengadu kepada saya bahawa beliau mengalami masalah kencing tidak lawas...memang menyeksakan terutama tatkala tiba waktu solat. Masalah kencing tidak lawas adakalanya mengganggu kekhusyukan untuk bersolat dengan lebih sempurna. Was-was juga takut2 solat tidak sah....Ibu bertanya, ada tak produk Shaklee yang sesuai untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut. Kebetulan hari itu saya agak lapang, jadi sempatlah saya 'google' untuk mencari produk terbaik untuk masalah kencing tidak lawas. Jadi, inilah jawapan yang saya temui :-) Peppermint Ginger Plus, dalam banyak2 produk Shaklee, PGP ni lah yang belum pernah saya cuba. Baru seminggu mencuba PGP, dan saya sangat sukakan rasa pudina yang menyegarkan..Untuk ibu, saya hadiahkan sebotol bagi membantu mengurangkan masalah kencing tidak lawas beliau. Semoga ibu bertambah sihat dan mampu menunaikan ibadat dengan lebih khusyuk, insya Allah :-)
Apa lagi khasiat Peppermint Ginger Plus ya?

Nyaman dan Melegakan

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. Sesiapa sahaja yang sering mengalami masalah angin berlebihan dalam badan atau  kembung perut amatlah digalakkan untuk mencuba produk ini.

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.Sedikit tips daripada saya, campurkan 2-3 biji PGP di dalam teh O suam sebelum diminum...rasanya sungguh menyegarkan....cubalah.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | sms/ wassap : 017- 943 8392