Sabtu, 8 Februari 2014

Vitamin untuk Hilangkan Demam dan Selsema Anak

Dua hari lepas Faris terkena demam. Siang OK, tapi bila malam tiba suhu badan agak panas.
Risau juga kita dibuatnya. Faris pula jenis yang susah sangat nak makan ubat. Bila disuap, terus diluahkan sampai muntah-muntah. Tapi syukurlah, belum pun sempat saya bawa Faris ke klinik, demamnya dah kebah. Yang tinggal hanyalah selsema yang tidak terlalu serius. 

Di sini saya ingin kongsikan tips yang boleh kita lakukan sekiranya anak demam tiba-tiba di waktu malam. Sementara dibawa ke klinik untuk rawatan lanjut, bolehlah anda mencuba tips di bawah :


1. Elakkan anak memakai baju tebal @ tak pakai langsung lagi bagus ~ memudahkan kita untuk mengelap tubuh anak dengan air. Macam saya, saya akan titiskan 2-3 titis Basic H ke dalam semangkuk air supaya suhu badan anak turun dengan lebih cepat.


2. Saya menggalakan anak minum air Performance ( perisa oren yang sedap ) untuk menyejukkan bahagian dalam badan. Performance adalah minuman isotonik yang sangat Faris gemari kerana rasanya yang enak. Tak cukup segelas, dimintanya segelas lagi. Ia bagus untuk mengelakkan badan anak kekeringan dan mengurangkan bacaan suhu yang tinggi. Jadi, saya sentiasa pastikan stok Performance sentiasa ada untuk kegunaan ketika kecemasan.


3. Untuk mengelakkan hidung tersumbat pula, saya memastikan Faris mengunyah sebiji Omega Guard sebelum tidur. Omega Guard membantu untuk mencairkan hingus dan kahak yang tersimpan dan dikeluarkan melalui batuk. Selain itu, Omega Guard juga bagus untuk mengelakkan penyakit asthma akibat kahak yang terkumpul dalam paru-paru.

4. Selain itu, untuk mengelakkan anak kekurangan nutrisi akibat hilang selera makan, saya turut membekalkan Meal Shakes setiap hari. Dengan ini, Faris masih mendapat zat yang sepatutnya diambil melalui makanan melalui vitamin dan mineral yang ada dalam Meal Shakes.

Rasanya setakat ini dahulu cerita saya. Kita berjumpa lagi dalam entry akan datang. Petang ni dah janji dengan Faris nak bawa dia pergi main dengan sepupu-sepapatnya di kampung Mak Tok. Sehingga ketemu lagi di lain siaran. Assalamualaikum :-)

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221


0 comments:

Catat Ulasan