Isnin, 16 September 2013

Panduan Memilih Set Berpantang

Dewasa ini, terlalu banyak produk kesihatan yang tumbuh bagai cendawan di pasaran. Dari satu sudut, situasi ini memberikan kelebihan kepada pengguna untuk memilih produk yang sesuai dengan diri mereka. Namun begitu, tidak semua produk yang dikatakan berkesan adalah benar-benar selamat untuk digunakan. Suatu ketika dahulu, saya juga pernah rambang mata untuk memilih set berpantang kerana semua jenama menonjolkan keistimewaan masing-masing. Jadi, untuk mengelakkan anda mengalami masalah yang sama seperti saya, di sini saya ingin kongsikan tips untuk memilih set berpantang :

Tips 1 : Pastikan berapa bajet yang anda peruntukkan untuk set berpantang

Dalam sibuk berbelanja barangan untuk menyambut kelahiran bayi, pastikan bajet untuk penjagaan selepas bersalin tidak dilupakan. Biasanya  set berpantang pelbagai jenama berharga sekitar RM200-RM400 untuk 40 hari. Pastikan anda memilih yang terbaik supaya berbaloi dengan kos yang anda keluarkan & mampu mengembalikan tahap kesihatan anda seperti sedia kala.

Tips 2 : Kenal pasti fungsi setiap produk yang ada dalam pakej bersalin pilihan anda

Anda hendaklah mengetahui serba sedikit tentang fungsi setiap jenis produk yang ada dalam pakej bersalin pilihan anda. Ini adalah untuk memastikan bahawa anda mengambil produk yang benar-benar perlu sahaja kerana terlalu banyak produk dalam satu pakej boleh mendatangkan pembaziran akibat tidak sempat digunakan kerana fungsinya semasa berpantang.

Tips 3 : Pastikan bahawa produk yang diambil tidak memudaratkan bayi

Sesetengah produk berpantang adalah boleh mendatangkan masalah jaundis yang teruk kepada bayi. Selain itu, ada juga sesetengah produk yang boleh menyebabkan bayi anda mengalami masalah kembung perut dan mengalami ketidakselesaan di hari-hari awal mereka.

Tips 4 : Pastikan bahawa set bersalin anda tidak mengurangkan pengeluaran susu badan

Adalah sangat penting untuk ibu-ibu menyusukan bayi mereka dengan susu badan. Penyusuan susu badan sebaik-baiknya haruslah dimulakan sebaik sahaja bayi dilahirkan. Jadi, sila perhatian serius jika terdapat produk mengurangkan susu badan anda. Ini adalah untuk kepentingan bayi dan si ibu juga.

Tips 5 : Pastikan bahawa kandungan dalam produk bersalin anda benar-benar selamat

Hakikatnya tidak semua produk bersalin yang ada di pasaran benar-benar selamat dan mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi, anda perlu berhati-hati dalam memilih supaya ia tidak membahayakan nyawa anda dan bayi comel anda juga.

1 comments:

  1. panduan yang bagus bakal ibu yang bakal bersalin dan berpantang..

    BalasPadam