Ahad, 13 Julai 2014

Cara Kuruskan Badan Yang Biasa Kita Abaikan

Cara Kuruskan Badan yang Harus kita Amalkan Setiap Hari


Nampaknya ramai yang berhasrat untuk kuruskan badan dengan segera. Pada pandangan mereka, hanya dengan yang kuruskan barulah mereka akan kelihatan cantik. Produk kuruskan badan yang dijual di pasaran pun laku macam pisang goreng panas. Juallah apa sahaja produk untuk kuruskan badan, pasti mendapat sambutan daripada pengguna. Kenapa agaknya ya? 

Makan makanan yang seimbang

Menurut statistik yang didedahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, seramai 16.8 juta daripada 28 juta rakyat Malaysia yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Antara punca masyarakat kita sukar untuk kuruskan badan adalah akibat tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang. 



Pemakanan yang seimbang haruslah mengandungi kesemua cadangan yang ada dalam piramid makanan. Kurangkan makan tinggi karbohidrat dan berlemak, sebaliknya kita harus lebihkan makan makanan yang banyak serat setiap hari barulah dapat kuruskan badan dengan selamat. 


Aktiviti Senaman

Selain itu, masyarakat kita kurang bersenam. Senaman merupakan sesuatu yang sering diabaikan akibat kekangan masa. Kesibukan bekerja menyebabkan kita tidak mengambil berat untuk bersenam. Sedangkan, dengan bersenam kita akan dapat menguruskan badan kita secara sihat dan berkesan. Sekurang-kurangnya, bersenamlah sebanyak tiga kali seminggu untuk membakar kalori dalam badan dan percayalah, anda akan kurus lebih cepat dengan bersenam!

Makan mengikut Jadual

Dewasa ini, banyak restoran yang beroperasi 24 jam sehari dibuka bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Tempat-tempat sebegini menjadi tempat untuk orang ramai makan-makan dan lepak bersama teman sehingga lewat malam. Bayangkan, apakah yang akan terjadi jika kita mengambil sepinggan nasi pada waktu malam dan kita tidur selepas itu? Kalori yang masuk ke dalam badan kita akan ditukarkan kepada lemak kerana tiada aktiviti fizikal yang kita lakukan sesudah makanan masuk ke perut kita. Sebab itulah kita sukar untuk kurus jika sering makan lewat malam. Sebaik-baiknya, kurangkanlah aktiviti makan lewat malam supaya anda dapat kuruskan badan seperti yang dihajati :-)


Tidak Makan Sarapan Pagi

Perbuatan meninggalkan sarapan pagi sebenarnya bukanlah sesuatu yang baik untuk kesihatan. Jika anda tidak mengambil sarapan pagi ia boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan usaha untuk menguruskan badan anda gagal. Makan pada waktu pagi membantu untuk mengurangkan selera makan anda pada kemudian hari. Ini membantu untuk mengelakkan anda dari makan secara berlebihan. Selain itu, tabiat menunggu sehingga petang untuk makan akan meletakkan badan anda dalam 'mood kebuluran' menyebabkan tubuh anda bersedia untuk menyimpan lemak dengan lebih banyak. Selepas ini, ambillah sarapan setiap hari kerana ia juga membantu misi kita untuk kuruskan badan.



Rasanya cukup setakat ini dulu perkongsian saya tentang cara untuk kurus yang biasa kita abaikan. Sekiranya anda telah bosan mencuba pelbagai teknik untuk kurus, apa kata cuba dapatkan suplemen Shaklee yang selamat dan berkesan.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-25%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Rujukan :
1. http://goo.gl/z1DMff
2. http://goo.gl/OcztJE
3. http://kesihatankini.blogspot.com/2013/03/kesan-tidak-bersarapan-pagi.html
4. http://goo.gl/A8PwMG
5. http://goo.gl/QeMo34

1 comments:

  1. Terima kasih atas tips kuruskan badan. Tapi saya dah kurus. mungkin boleh kuruskan kolestrol

    BalasPadam