Anak saya selesema dan batuk 3 hari selepas demamnya kebah. Tambahan pula, hampir setiap hari hujan sahaja di Pulau Pinang ni. Sebenarnya, demam terjadi disebabkan antibodi tubuh sedang melawan virus, sebab itu badan seseorang akan panas. Punca virus itu berkemungkinan virus selesema, demam, keracunan makanan, demam campak dan sebagainya.
Seperti Yaya selepas 3 hari kebah demamnya baru selesema dan batuk muncul. Dari hari pertama Yaya batuk dan selesema saya berikan Yaya secubit Nutriferon 2 kali sehari iaitu pagi dan malam. Alhamdulillah, selepas hampir seminggu Yaya sudah tidak perlu makan Nutriferon walaupun dia sangat sukakan Nutriferon Shaklee.
Maklumlah setelah menggunakan Supplement Shaklee hampir dua tahun dan kini menjadi pengedar sah Shaklee banyak pengetahuan mengenai kebaikan supplement Shaklee yang terbaik di dunia yang menaiktarafkan kesihatan pengguna bukan sekadar merawat penyakit sahaja. Tambahan pula, apa guna saya menjadi pengedar Shaklee dan mengetahui kebaikan dan manfaat supplement Shaklee tetapi tidak dikongsikan bersama orang-orang kesayangan saya.
Dua hari pertama, suami sangat risau akan kesihatan Yaya, maklumlah sebelum saya berkenalan dengan Nutriferon ini, Yaya pernah selesema hampir sebulan, dikhuatiri terkena jangkitan paru-paru dan perlu berulang alik ke klinik 2 kali sehari semuanya kerana ketika itu Yaya tidak pandai mengeluarkan hingus dan kahaknya sendiri, maklumlah baru berusia setahun beberapa bulan ketika itu.
Tambahan pula, Yaya merupakan anak sulung kami maka banyak yang kami tidak tahu dan perlu pelajari dalam masa singkat seperti menyedut hingus yaya menggunakan alat sedut hingus dan juga menggunakan cara tradisional menyapukan bahagian belakang dan hadapan badan Yaya dengan campuran hirisan daun kaduk beserta secolek kecil kapur makan. Namun begitu sedutan sama ada terus melalui mulut penjaga ataupun alat sedutan sebenarnya tidak begitu digalakkan kerana boleh mengakibatkan kecederaan pada saluran pernafasan anak, tambahan kulit mereka masih lagi lembut.
Hari kedua pemberian Nutriferon, suara yaya bertukar sengau dan dia kerap batuk, tetapi saya meneruskan pemberian Nutriferon kerana saya tahu Nutriferon lebih baik daripada memberikannya antibiotik, ubat selesema dan batuk yang mempunyai kesan sampingan serta saya tidak suka melihat anak saya tertidur lena kerana ubat yang berunsurkan dadah dan sintetik.
Keistimewaan Nutriferon ialah Nutriferon dapat meningkatkan interferon tubuh dan menggerakkan antibodi tubuh untuk melawan virus selesema dan batuk dalam tempoh tiga hari. Oleh sebab itu, untuk dua hari pertama, selesema dan batuk Yaya tidak menunjukkan sebarang perubahan positif.
Masuk hari ketiga, Yaya tidak lagi batuk dan hanya sesekali bersin. Suaranya tetap sengau maklumlah hingus masih berkumpul dalam hidungnya. Dan, saya masih meneruskan pemberian Nutriferon 2 kali sehari kepada Yaya setiap pagi selepas menyusukan Yaya, sebelum saya keluar bekerja.
Memberi Nutriferon kepada Yaya sangat mudah daripada memberi ubat klinik. Hanya SECUBIT Nutriferon setiap 2 kali sehari. Rasanya pula, manis labu dan tidak kelat atau pahit seperti ubat klinik kerana Nutriferon dirumus dengan 4 ekstrak tumbuhan semulajadi iaitu biji labu, biji plantigo asiatica, honeysuckle jepun dan juga bunga safflower.
Anda hendak tahu? hari pertama hingga ketiga Yaya masih lagi takut semasa saya memberinya Nutriferon walaupun rasanya manis labu dan Yaya sangat suka makan labu kerana Yaya takut makan ubat. Hari ke-empat dan ke-enam Yaya mintak letakkan Nutriferon ditangannya dan dia akan jilat sampai habis dengan perasaan gembira. Bila sudah habis Nutriferon Yaya jilat ada masalah lain pula..hehe..dia mahukan Nutriferon lagi^_^
Suami saya pula? semasa hari ketiga Yaya selesema dia sudah boleh bertenang kerana dia dapat melihat perubahan positif tahap kesihatan Yaya. Oh ya, Yaya masih berselera makan dan aktif bermain seperti hari biasa walaupun sedang selesema. Itu yang membuatkan saya senang hati ^_^
Kini, selesema dan batuk Yaya sudah sembuh sepenuhnya dan kadangkala dia mencari akal beri alasan pada saya untuk berinya Nutriferon lagi. Seperti pagi tadi sebelum entry ini ditulis. "Amau can cuq agum ti Aya untah. Mama Aya nak can bat" (tak mau makan cucuq jagung, nanti yaya muntah. Mama, Yaya nak makan ubat)..hehehe..
Bagi anda; ibu bapa yang ingin memberi Nutriferon kepada anak anda saya akan berikan konsultasi sukatan Nutriferon mengikut umur anak-anak anda. Konsultasi ini hanya eksklusif kepada pelanggan-pelanggan yang membeli Nutriferon daripada saya Sahaja.
Anak saya kini ada pilihan 'ubat' yang 100% semulajadi, selamat, berkesan dan disukai oleh kanak-kanak tidak setakat anak saya sahaja. Tambahan pula, produk-produk shaklee ini semuanya hangat di pasaran dan acap kali kehabisan stok. Jangan tunggu Nutriferon kehabisan stok pula baru anda ingin menyediakan stok Nutriferon di rumah.
June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383
0 comments:
Catat Ulasan