Memaparkan catatan dengan label testimoni nutriferon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label testimoni nutriferon. Papar semua catatan

Selasa, 27 Mei 2014

Suplemen Shaklee untuk Cirit-birit

Hari ini badan terasa begitu lemah dan agak kurang bermaya. Sebenarnya sudah dua hari saya mengalami sakit perut dan cirit-birit. Selepas 2-3-4x keluar masuk tandas, sudah cukup untuk membuatkan badan ini kekeringan. Lemah jer rasa. Itu yang selepas lunch tadi saya 'double'kan Vita-Lea dan B Complex intake. Nak cepat pulihkan tenaga, lagi-lagi dah dekat nak closing ni. Subhanallah..permudahkanlah.

Tak tahulah apa punca yang membuatkan perut saya sakit. Nak kata salah makan, tak tahulah tu. Mungkin hari Ahad lepas saya makan jeruk kelubi banyak sangat kot? Tapi tak de lah masam sangat jeruk kelubi tu.. Saya ambil pun bukan ketika perut kosong. 

Sudahlah pagi-pagi tadi saya terpaksa mengangkat barang ( beg-beg  + bakul berisi barang dapur + stok vitamin ) yang berat untuk dibawa pulang ke kampung. Saya tinggal di kuarters guru setinggi empat tingkat. Dan, rumah saya berada di tingkat teratas! Empat kali turun naik tadi sungguh mencabar. Nak tak nak, kena gagahkan diri kerana suami tiada di sisi. Nak harapkan Faris, dia hanya mampu bawa beg galas dia sahaja. Itu pun dah kira OK la dia sanggup tolong...hihih!

Alhamdulillah, saya memandu dengan kelajuan sederhana, dan tiba juga ke kampung dengan selamat. Syukurlah kerana walau pun masih lagi kepenatan, Allah masih memberi peluang kepada saya untuk menemani ibu di kampung. Seronoklah Mak Tok kerana Faris dah balik ;-)

Bagaimana saya merawat cirit-birit tanpa mengambil ubat di klinik?

1. Minum banyak air untuk elakkan dehidrasi
Macam saya, saya akan minum Performance Drink iaitu minuman isotonik Shaklee yang berkesan mengekalkan bendalir dalam badan. Jadi, badan tak akan mudah kekeringan. Saya sangat sukakan rasa orennya yang lazat! Nyaman sungguh bila diminum sejuk-sejuk.

2. Nutriferon Shaklee
Walau pun harganya dikatakan sangat mahal, tapi Nutriferon sangat berkesan untuk digunakan di saat-saat kecemasan. Punca cirit-birit datangnya daripada bakteria atau virus asing yang masuk ke dalam badan kita. Jadi, nutriferon bertindak meningkatkan kekuatan sistem imun kita untuk melawan virus asing tersebut. So, badan akan cepat pulih seperti sediakala.


Testimoni seorang pengguna yang gembira dengan Nutriferon untuk merawat petanda awal cirit-birit dalam keluarga beliau. Happy kan bila tak jadi nak sakit perut...hihihhh..kalau tak, seksa kita dibuatnya. Saya sebenarnya terlupa nak makan nutriferon awal-awal. Itu yang berlarutan sehingga dua hari!


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin ini, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221





Sabtu, 17 Ogos 2013

Tips untuk Anak yang Susah Makan Ubat


Dua hari lepas anak saya, Faris mengalami demam, cirit birit dan muntah-muntah yang teruk. Saya kurang pasti apa puncanya..patutlah Faris ada mengadu yang perutnya sakit. Ingatkan dia bergurau...Faris baru berusia 3 tahun setengah, itu yang tidak sangka dia betul-betul sakit perut. Bila tengok Faris asyik muntah dan enggan menjamah makanan walau secubit pun, saya naik risau..dahla Faris paling susah nak telan ubat....hanya pengasuh dia jer yang berjaya suapkan ubat pada Faris setakat ini. Kalau orang lain yang suapkan, pasti diluahkan semula semua ubat tu...huhu...anak oh anak. Memandangkan kami masih bercuti di kampung, tak dapatla nak minta pengasuh Faris suapkan ubat padanya...

Dalam dok muntah-muntah tu saya bagi Faris minum Performance kegemarannya...nasib baik nak jugak ditelannya. Rasa oren Performance begitu memikat selera Faris. Kita sering dipesan oleh doktor, jika mengalami cirit birit yang teruk, pastikan kita mengambil air kosong secukupnya bagi mengelakkan masalah kekurangan air yang serius dalam badan. Macam kes Faris, saya bekalkan dengan Performance untuk mengelakkan dehidrasi dan mengurangkan panas badannya dengan cepat. Kesian tengok budak yang periang tiba-tiba jer lemah tak bermaya...rumah pun jadi sunyi sepi...Untuk lebih cepat menyejukkan badan Faris yang demam, saya lapkan badannya dengan air yang dicampurkan dengan beberapa titis cecair Basic H. Alhamdulillah, cepat pula sejuk badannya. Basic H berfungsi untuk menyejukkan badan lebih cepat berbanding air kerana ia meningkatkan daya serapan air oleh kulit sehingga tiga kali ganda.






Pagi tadi demam Faris dah makin berkurang dan petang tadi demamnya dah hilang tanpa makan ubat. Baru sebentar tadi Faris habiskan 2 mangkuk bubur nasi...siap minta tambah lagi. Itu tandanya Faris sudah sihat dan perutnya dah makin OK.  Baru je plan esok nak bawak Faris ke klinik.Syukur sangat2. Terima kasih Allah. My lil sunshine is back!! Jadi, kalau korang pun mengalami situasi yang sama seperti saya jangan cepat-cepat menggelabah. Carilah tips yang sesuai untuk mengatasi masalah anak sukar makan ubat dengan segera. Saya percaya, ibu bapa yang prihatin tidak sanggup melihat anak mereka dalam kesakitan. Selain Perfomance, saya juga berikan Faris nutriferon untuk meningkatkan daya tahan badannya. Risau jugak kalau2 sakitnya melarat. Nutriferon bertindak bagaikan antibiotik semulajadi yang berfungsi untuk melawan sebarang bakteria asing yang masuk ke dalam tubuh. Rasa labu yang manis-manis buah membuatkan kita tidak terasa seperti sedang mengambil suplemen. Cubalah!



Bagaimana untuk mendapatkan vitamin di atas? Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Setiap pelanggan saya berhak mendapat konsultansi percuma seumur hidup dan anda juga bakal di'add' ke dalam Secret Group yang EKSKLUSIF. Hanya untuk pelanggan kami sahaja tau :-)

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

Rabu, 24 Julai 2013

Testimoni Nutriferon untuk Kanak-kanak

Anak saya selesema dan batuk 3 hari selepas demamnya kebah. Tambahan pula, hampir setiap hari hujan sahaja di Pulau Pinang ni. Sebenarnya, demam terjadi disebabkan antibodi tubuh sedang melawan virus, sebab itu badan seseorang akan panas. Punca virus itu berkemungkinan virus selesema, demam, keracunan makanan, demam campak dan sebagainya.

Seperti Yaya selepas 3 hari kebah demamnya baru selesema dan batuk muncul. Dari hari pertama Yaya batuk dan selesema saya berikan Yaya secubit Nutriferon 2 kali sehari iaitu pagi dan malam. Alhamdulillah, selepas hampir seminggu Yaya sudah tidak perlu makan Nutriferon walaupun dia sangat sukakan Nutriferon Shaklee. 


Maklumlah setelah menggunakan Supplement Shaklee hampir dua tahun dan kini menjadi pengedar sah Shaklee banyak pengetahuan mengenai kebaikan supplement Shaklee yang terbaik di dunia yang menaiktarafkan kesihatan pengguna bukan sekadar merawat penyakit sahaja. Tambahan pula, apa guna saya menjadi pengedar Shaklee dan mengetahui kebaikan dan manfaat supplement Shaklee tetapi tidak dikongsikan bersama orang-orang kesayangan saya.

Dua hari pertama, suami sangat risau akan kesihatan Yaya, maklumlah sebelum saya berkenalan dengan Nutriferon ini, Yaya pernah selesema hampir sebulan, dikhuatiri terkena jangkitan paru-paru dan perlu berulang alik ke klinik 2 kali sehari semuanya kerana ketika itu Yaya tidak pandai mengeluarkan hingus dan kahaknya sendiri, maklumlah baru berusia setahun beberapa bulan ketika itu. 

Tambahan pula, Yaya merupakan anak sulung kami maka banyak yang kami tidak tahu dan perlu pelajari dalam masa singkat seperti menyedut hingus yaya menggunakan alat sedut hingus dan juga menggunakan cara tradisional menyapukan bahagian belakang dan hadapan badan Yaya dengan campuran hirisan daun kaduk beserta secolek kecil kapur makan. Namun begitu sedutan sama ada terus melalui mulut penjaga ataupun alat sedutan sebenarnya tidak begitu digalakkan kerana boleh mengakibatkan kecederaan pada saluran pernafasan anak, tambahan kulit mereka masih lagi lembut. 

Hari kedua pemberian Nutriferon, suara yaya bertukar sengau dan dia kerap batuk, tetapi saya meneruskan pemberian Nutriferon kerana saya tahu Nutriferon lebih baik daripada memberikannya antibiotik, ubat selesema dan batuk yang mempunyai kesan sampingan serta saya tidak suka melihat anak saya tertidur lena kerana ubat yang berunsurkan dadah dan sintetik. 

Keistimewaan Nutriferon ialah Nutriferon dapat meningkatkan interferon tubuh dan menggerakkan antibodi tubuh untuk melawan virus selesema dan batuk dalam tempoh tiga hari. Oleh sebab itu, untuk dua hari pertama, selesema dan batuk Yaya tidak menunjukkan sebarang perubahan positif. 

Masuk hari ketiga, Yaya tidak lagi batuk dan hanya sesekali bersin. Suaranya tetap sengau maklumlah hingus masih berkumpul dalam hidungnya. Dan, saya masih meneruskan pemberian Nutriferon 2 kali sehari kepada Yaya setiap pagi selepas menyusukan Yaya, sebelum saya keluar bekerja.

Memberi Nutriferon kepada Yaya sangat mudah daripada memberi ubat klinik. Hanya SECUBIT Nutriferon setiap 2 kali sehari. Rasanya pula, manis labu dan tidak kelat atau pahit seperti ubat klinik kerana Nutriferon dirumus dengan 4 ekstrak tumbuhan semulajadi iaitu biji labu, biji  plantigo asiatica, honeysuckle jepun dan juga bunga safflower.

Anda hendak tahu? hari pertama hingga ketiga Yaya masih lagi takut semasa saya memberinya Nutriferon walaupun rasanya manis labu dan Yaya sangat suka makan labu kerana Yaya takut makan ubat. Hari ke-empat dan ke-enam Yaya mintak letakkan Nutriferon ditangannya dan dia akan jilat sampai habis dengan perasaan gembira. Bila sudah habis Nutriferon Yaya jilat ada masalah lain pula..hehe..dia mahukan Nutriferon lagi^_^

Suami saya pula? semasa hari ketiga Yaya selesema dia sudah boleh bertenang kerana dia dapat melihat perubahan positif tahap kesihatan Yaya. Oh ya, Yaya masih berselera makan  dan aktif bermain seperti hari biasa walaupun sedang selesema. Itu yang membuatkan saya senang hati ^_^ 

Kini, selesema dan batuk Yaya sudah sembuh sepenuhnya dan kadangkala dia mencari akal beri alasan pada saya untuk berinya Nutriferon lagi. Seperti pagi tadi sebelum entry ini ditulis. "Amau can  cuq agum ti Aya untah. Mama Aya nak can bat" (tak mau makan cucuq jagung, nanti yaya muntah. Mama, Yaya nak makan ubat)..hehehe..

Bagi anda; ibu bapa yang ingin memberi Nutriferon kepada anak anda saya akan berikan konsultasi sukatan Nutriferon mengikut umur anak-anak anda. Konsultasi ini hanya eksklusif kepada pelanggan-pelanggan yang membeli Nutriferon daripada saya Sahaja. 

Anak saya kini ada pilihan 'ubat' yang 100% semulajadi, selamat, berkesan dan disukai oleh kanak-kanak tidak setakat anak saya sahaja. Tambahan pula, produk-produk shaklee  ini semuanya hangat di pasaran dan acap kali kehabisan stok. Jangan tunggu Nutriferon kehabisan stok pula baru anda ingin menyediakan stok Nutriferon di rumah.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383