Selasa, 27 Mei 2014

Suplemen Shaklee untuk Cirit-birit

Hari ini badan terasa begitu lemah dan agak kurang bermaya. Sebenarnya sudah dua hari saya mengalami sakit perut dan cirit-birit. Selepas 2-3-4x keluar masuk tandas, sudah cukup untuk membuatkan badan ini kekeringan. Lemah jer rasa. Itu yang selepas lunch tadi saya 'double'kan Vita-Lea dan B Complex intake. Nak cepat pulihkan tenaga, lagi-lagi dah dekat nak closing ni. Subhanallah..permudahkanlah.

Tak tahulah apa punca yang membuatkan perut saya sakit. Nak kata salah makan, tak tahulah tu. Mungkin hari Ahad lepas saya makan jeruk kelubi banyak sangat kot? Tapi tak de lah masam sangat jeruk kelubi tu.. Saya ambil pun bukan ketika perut kosong. 

Sudahlah pagi-pagi tadi saya terpaksa mengangkat barang ( beg-beg  + bakul berisi barang dapur + stok vitamin ) yang berat untuk dibawa pulang ke kampung. Saya tinggal di kuarters guru setinggi empat tingkat. Dan, rumah saya berada di tingkat teratas! Empat kali turun naik tadi sungguh mencabar. Nak tak nak, kena gagahkan diri kerana suami tiada di sisi. Nak harapkan Faris, dia hanya mampu bawa beg galas dia sahaja. Itu pun dah kira OK la dia sanggup tolong...hihih!

Alhamdulillah, saya memandu dengan kelajuan sederhana, dan tiba juga ke kampung dengan selamat. Syukurlah kerana walau pun masih lagi kepenatan, Allah masih memberi peluang kepada saya untuk menemani ibu di kampung. Seronoklah Mak Tok kerana Faris dah balik ;-)

Bagaimana saya merawat cirit-birit tanpa mengambil ubat di klinik?

1. Minum banyak air untuk elakkan dehidrasi
Macam saya, saya akan minum Performance Drink iaitu minuman isotonik Shaklee yang berkesan mengekalkan bendalir dalam badan. Jadi, badan tak akan mudah kekeringan. Saya sangat sukakan rasa orennya yang lazat! Nyaman sungguh bila diminum sejuk-sejuk.

2. Nutriferon Shaklee
Walau pun harganya dikatakan sangat mahal, tapi Nutriferon sangat berkesan untuk digunakan di saat-saat kecemasan. Punca cirit-birit datangnya daripada bakteria atau virus asing yang masuk ke dalam badan kita. Jadi, nutriferon bertindak meningkatkan kekuatan sistem imun kita untuk melawan virus asing tersebut. So, badan akan cepat pulih seperti sediakala.


Testimoni seorang pengguna yang gembira dengan Nutriferon untuk merawat petanda awal cirit-birit dalam keluarga beliau. Happy kan bila tak jadi nak sakit perut...hihihhh..kalau tak, seksa kita dibuatnya. Saya sebenarnya terlupa nak makan nutriferon awal-awal. Itu yang berlarutan sehingga dua hari!


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin ini, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221





0 comments:

Catat Ulasan